HPD || BAB 23

Romance Completed 246547

SARAH menguak daun pintu perlahan,
dia melihat Haura sedang termenung sambil berbaring mengiring di atas katil. Disebelahnya ada Irsyad. Anak kecil itu sedang menendang-nendang kakinya keudara.

"Haura..." Sarah duduk ditepi katil.

Mata Haura melirik pada Sarah. Wajah pucat Haura membuatkan hati Sarah sarat dengan perasaan sedih. Puas Sarah pujuk, baru hari ini Haura menceritakan apa sebenar-benarnya yang terjadi.

Apa yang Haura sudah ceritakan padanya, membuatkan Sarah terkejut sekali gus marah dengan perbuatan Arsyad.

Dia tahu, apa yang Arsyad buat itu kerana salah faham tetapi adakah patut dia paksa Haura tidur bersama dengan status bekas suami isteri?! Sudahlah Haura dipaksa melayani Arsyad semalaman. Lepastu, dia dihalau keluar dari rumah dengan membawa Irsyad dalam keadaan tak bermaya!

Tapi Sarah perlu kawal emosi. Dia tidak mahu menjadi pembakar amarah Haura. Dia mahu Haura tenang dan tidak mengikut emosi.

Nasiblah Sarah punya rumah sendiri, rumah ini adalah rumah di waktu bujangnya. Jadi, dia tumpangkan Haura disini.

"Haura, aku...aku nak teman kau tidur dekat sini malam ni boleh?" soal Sarah dengan suara yang terketar. Sedih sangat dengan diamnya Haura. Haura adalah seorang gadis yang sangat periang dan ceria sebelum ini. Tetapi sekarang, seperti Sarah sedang bersama gadis lain. Gadis yang memendam dengan berjuta kesedihan.

Haura mengukir senyuman nipis. Tangannya memaut tangan Sarah.

"Tak apalah, aku okay tidur sini dengan anak aku. Kau kan...ada suami. Tak manis pula kan?" lemah sahaja Haura menjawabnya. Betul, dapat menumpang di sini sahaja sudah cukup bersyukur bagi Haura.

Sarah mengeluh perlahan.

"Suami aku dah tidur dengan aku tiap-tiap hari Haura. Dia pun dah tak kisah. Kau? Tak kan aku sanggup nak tinggal tidur sini sorang-sorang. Kalau anak kau menangis tengah-tengah malam macam mana? Larat ke kau nak jaga dengan demam panas lagi." Sarah cuba memejuk Haura untuk membenarkan dia menemaninya tidur malam ini.

"Tak apa Sarah..." Bila Sarah nampak mata Haura mula bertakung, dia terus menarik Haura kedalam pelukannya.

"Aku tak tipu...aku benci tengok kau sedih macam ni. Kau nak aku ajar Arsyad?" Soalan Sarah membuatkan Haura tertawa perlahan dengan linangan air mata.

"Aku boleh pukul dia sampai patah tangan, kau nak?" Siap gaya sekali Sarah tunjuk. Dengan muka penuh ekspresi berjaya menbuatkan Haura geli hati. Tidak sampai beberapa minit, Haura menangis semula.

Emosinya sangat terganggu dengan apa yang terjadi. "Aku takut..." Dia sambut pelukan Sarah. Dia rasa hatinya sangat ketakutan. Perbuatan Arsyad semalam membuatkan Haura teringat bagaimana Fawaz memperkosanya. Sampai rasa jijik dengan tubuhnya sendiri.

"Aku ada, Haura..." Sarah mengelus belakang Haura untuk menenangkannya. Dia mahu Haura berasa selamat dengan nya.

Sarah rasa sangat terkilan dengan Arsyad. Memang betul, dia tahu Arsyad rasa terkhianati tetapi kenapa perlu menghukum Haura sampai macam ni?

Sarah cuba menahan dirinya dari berteriak. Dia sayangkan Haura macam adik dia sendiri.

Ketika Haura bersalin pun, dia tidak dapat peluang untuk menemani Haura seperti yang dijanjikan. Malang sungguh masih kawan baiknya.

Tiba-tiba sahaja ketukan yang kuat pada pintu rumahnya mula kedengaran.

"Siapa pula datang ni?" Segera Sarah bangun dan berlari anak ke ruang tamu.

BAM! BAM! BAM!

"Sekejap!" Tangan Sarah memulas tombol pintu. Terkejut bukan kepalang, tubuhnya mengejung melihat wajah di hadapannya sekarang.

Dia adalah Arsyad. Matanya sembap dan kemerahan, bajunya tidak bergosok, rambutnya berserabai.

"Pergi!" Sarah baru sahaja mahu menutup daun pintu kerana marah. Dia tidak mahu Arsyad mengacau hidup Haura lagi.

"Sarah please!" Tangan Arsyad menahannya dengan sekuat tenaga.

"Bagi aku jumpa dengan Haura!" Arsyad cuba menguak pintu rumah itu tetapi segera Sarah menghalang laluan.

Sarah bertekad. Dia tidak akan membiarkan Arsyad masuk kedalam dan memujuk Haura. Biarlah hati Haura tenang dulu. Dia tidak mahu Haura rasa tertekan dengan sebarang paksaan.

"Bagi aku jumpa dengan Haura!" Arsyad cuba menguak pintu rumah itu tetapi segera Sarah menghalang laluan.

"Tak! Aku tak benarkan! Haura tak sudi nak tengok muka kau! Kalau semalam kau halau Haura, hari ni aku yang akan halau kau Arsyad! Berambus!!!" Sarah bertekad. Dia tidak akan membiarkan Arsyad masuk kedalam dan memujuk Haura. Biarlah hati Haura tenang dulu. Dia tidak mahu Haura rasa tertekan dengan sebarang paksaan.

Arsyad meraup wajah dengan kasar.

"Ak-aku dah dengar rakaman kau...a-apa...apa yang aku buat pada Haura...aku baru sedar...aku aku salah! Aku silap! Aku silap menilai Haura! Aku silap menilai kesetiaan dia pada aku! Aku kena berjumpa dengan Haura! Tolong Sarah!"

Sarah betul-betul tengah marah. Emosinya ikut tidak stabil kerana memikirkan tentang keadaan Haura. Dia mahu melindungi Haura tidak kira walau dengan apa cara sekali pun.

"Tolong Sarah...aku nak berjumpa dengan Haura...aku nak minta ampun dengan dia..."

"Sudah! Sudah Arsyad! Haura dah banyak sakit sebabkan kau! Sebabkan kau! Sebabkan kau dia nak mati! Dia jadi macam tu disebabkan kau Arsyad! Sekarang ni pergi! Pergi dari hidup kawan baik aku!"

Arsyad terus berlutut dihadapan kaki Sarah dengan lemah. Dia sanggup merendahkan harga dirinya untuk mendapatkan Haura kembali. Untuk menerangkan apa yang sedang terjadi. Untuk meminta ampun. Untuk merawat kembali hati belahan jiwanya.

"Aku kena berjumpa dengan Haura..." Dia tertunduk. Telapak tangan menongkat pada tempurung lututnya.

"Eh! Kau tak malu ke? Tak malu? Lepas dah hukum Haura sampai macam ni sekali? Kau, paksa dia bersetubuh dengan kau Arsyad! Lepas dia baru beberapa bulan lahirkan anak kau! Masa dia tengah sakit! Masa dia sudah bergelar bekas isteri kau! Mana pergi belas ihsan kau sebagai bekas suami dia?!"

"Dia masih lagi isteri aku Sarah!" Akhirnya Arsyad mendedahkan rahsia yang sudah lama dia simpan di belakang pengetahuan sesiapa selain dari Kamal.

Sarah menutup mulutnya dengan telapak tangan. Terkejut. Macam tak percaya apa yang dia dengar sekarang ini. Arsyad masih sah bergelar suami kepada Haura. Jadi, selama ini Arsyad menyimpan Haura untuk menjaga isterinya ketika berpantang. Arsyad buat semua ini sebab masih sayangkan Haura walaupun selepas melihat Haura curang?

"Jadi dengan alasan itu kau boleh hancurkan hati Haura sesuka hati kau?" Sarah masih lagi tidak dapat menerima perbuatan Arsyad. Dia mahu Arsyad belajar dari kesilapan.

"Aku sedar silap aku! Tapi kau tak ada hak halang aku untuk berjumpa dengan isteri aku."

"Dia kawan baik aku, Arsyad! Aku ada hak untuk halang! Kau dah janji untuk jaga dia baik-baik masa akad nikah dulu! Tapi sekarang, kau yang sakiti dia!"

"Dan aku suami Haura. Syurga dia terletak pada aku dan tempat seorang isteri adalah disisi seorang suami. Kau nak dia tanggung dosa sebabkan kau menjadi penghalang?"

Sarah tergamam.

"Kau nak ke Haura jadi isteri derhaka?"

Tersentap. Betul, kalau dia tidak membenarkan pilihan Haura untuk tidak berjumpa dengan suaminya adalah satu tapak keneraka.

"Macam nilah, bagi aku slow talk dengan Haura dulu. Kalau dia tak ready nak berjumpa dengan kau...aku terpaksa halang juga."

Arsyad balas dengan anggukan. Menanti dengan penuh debaran seraya melihat figura Sarah lesap dari ruangan ruang tamu.

"Tolong...beri kerjasama dengan abang, sayang..." Pohonnya didalam hati. Semoga Tuhan memberinya kesempatan kali kedua. Dia mahukan kedamaian setelah berantakan yang tampak tiada kesudahan.

KELUHAN berat Sarah lepaskan dengan penuh kerisauan. Kehulu-kehilir dia di lorong berdekatan bilik kerana sarat memikirkan.

Apa agaknya perasaan Haura kalau dia beritahu kepadanya bahawa Arsyad ingin berjumpa dengannya? Sarah risau dengan keadaan Haura. Macam mana kalau tiba-tiba dia cederakan diri kerana tertekan?

Kakinya berhenti menapak betul-betul dihadapan pintu bilik yang ditumpang oleh Haura. Tangan menggenggam tombol pintu. Fikirannya buntu.

Pintu bilik dikuak perlahan.

"Comelnya strong boy ibu..." Suara Haura kedengaran sepertinya sedang berbual dengan Irsyad untuk mencari kekuatan. Dia nampak Haura memaksa diri untuk tersenyum ketika berbaring bersama anak kecilnya.

"Haura..." Panggil Sarah dengan teargak-agak.

Haura toleh kearah pintu sebaik sahaja namanya dipanggil oleh Sarah. Tangannya masih mengusap kepala Irsyad yang lembut.

"Siapa datang?" Sarah berdehem beberapa kali sebelum menjawab persoalan. Dia menapak perlahan kedalam. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Haura.

"Haura..." Panggilnya lagi sekali. Pandangan Haura tertumpu pada wajah Sarah yang sepertinya sedang buntu.

"Iya, kenapa?" Sarah terus menggenggam tangan Haura dan duduk bersila.

"Haura...Arsyad..." Dengar sahaja nama Arsyad disebut, anak mata Haura membulat ketakutan.

Sarah segera memeluk Haura untuk menenangkan. Dia belum beritahu lagi yang Arsyad sudah menunggunya di depan pintu rumah, reaksi Haura sudah teruk begini.

"A-Arsyad apa...Sarah?" Suara Haura menggigil ketakutan. Dia merasakan getaran yang hebat. Peristiwa malam semalam bermain didalam fikirannya semula tanpa keizinan.

"Dia...dia datang. Dia...dia nak jumpa dengan kau..." Semakin erat pelukannya. Tidak mahu Haura mengamuk dengan mendadak.

"A-apa kau cakap ni Sarah..."

"Arsyad...dia betul-betul nak jumpa dengan kau...dia dah tahu segalanya. Dia dah tahu yang kau tak bersalah..." Sarah mengusap belakang kepala Haura.

Haura seakan tidak percaya, setelah sekian lama dia menderita. Akhirnya, Arsyad tahu kebenaran tetapi semuanya seakan sudah terlambat. Jambatannya sudah roboh, jalannya sudah mati dan cahaya pada tiang lampu disetiap jalanannya sudah semakin malap.

"Kalau...kau tak mahu berjumpa dengan dia...aku tak akan paksa. Aku hormat keputusan
kau..." Lengan Haura, dia usap perlahan untuk menenangkan hatinya.

Haura menggeleng kepala.

"Jangan Sarah...a-aku..." Air matanya mengalir. "A-aku tak boleh nak berhadapan dengan dia. Aku...aku rasa jijik dengan tubuh aku. Aku jijik dengan semua benda yang dia dah buat pada tubuh aku..." Bila Sarah menyandarkan kepalanya pada bahunya. Haura terus teresak-esak. Jiwanya ketakutan, penuh dengan trauma.

"Aku akan halau dia. Kau jangan risau Haura. Kau tunggu sini. Jangan lupa kunci pintu bilik." Sarah bangkit dari katil. Pintu dibuka dan ditutup.

"Eh, Arsyad!" Terperanjat Sarah bila dia nampak Arsyad sudah ada didepan mata.

"Sarah ketepi."

"Arsyad Haura tak nak berjumpa dengan kau."

"Aku minta sangat-sangat dengan kau. Hormat keputusan aku sebagai suami kepada Haura. Aku nak berjumpa dengan isteri aku. Sekarang ketepi Sarah!"

Sarah meraup wajah sebelum memberi laluan buat Arsyad untuk menuju kedepan pintu.

Bila Arsyad memulas tombol pintu. Terkunci.

Sarah terus mengeluh panjang.

"Lima minit je. Haura tak sihat." Sarah memberi laluan buat Arsyad untuk masuk kedalam.

"Pergi...Arsyad..." Suara Haura terdengar dari balik pintu yang masih tertutup rapat. Arsyad cuba sekuat mungkin menahan tangis.

Sarah mengeluh perlahan sebelum pergi ke ruang tamu, memberi ruang kepada Arsyad dan Haura untuk berbicara antara satu sama lain.

Suara jeritan nyaring diselangi esakan yang kuat dari dalam membuatkan Arsyad semakin lebat menangis. Dia berjalan lemah ke pintu tandas. Tangannya mengetuk pintu dengan perlahan.

"Sayang..."

Haura hanya menangis teresak-esak. Dia menjerit kerana terlalu kecewa dengan Arsyad.

"Sayang...please...open the door..." Daun pintu diketuk semakin kuat. Masih megharapakan balasan dari isterinya.

Dia perlukan isterinya sekarang.

Mereka perlukan pelukan hangat.

Mereka perlu untuk memulihkan semula kepercayaan mereka.

Mereka perlukan masa untuk mengubat luka di hati mereka.

"I really want to comfort you right now sayang...I need to do that badly...please! Sayang! Abang yang salah! Please! I miss you...I miss us...sayang. Sayang...Im so desperate right now...Im really desperate to hug you..." Arsyad menyandarkan dahinya pada pintu. Suara esakan Haura masih jelas kedengaran.

"Buka pintu ni sayang..."

"Abang betul-betul bodoh...bodoh sebab percayakan sayang ketika itu..." Arsyad sudah tidak dapat mengawal suaranya yang mula bergetar menahan tangis.

"Kenapa abang tak percayakan pada kata hati abang? Kenapa...kenapa abang percaya dengan apa yang abang nampak, apa yang abang dengar, kenapa abang percayakan kebohongan sayang? Kalau abang percayakan kata hati abang...mesti kita tak macam ni...mesti abang ada peluang untuk teman sayang checkup baby kita...belikan makanan yang sayang mengidam sewaktu mengandungkan anak kita...mesti abang sempat elus perut sayang yang sedang sarat mengandungkan anak kita..." Dahi Arsyad masih lagi bersandar pada pintu.

"Abang...cintakan sayang..."

"Tapi kenapa kita macam ni..."

"Kenapa...sakit sayang...sakit bila abang...tak dapat nak lapkan air mata sayang...I need you...you need me..."

"Kita leraikan salah faham ni sayang..."

"Izinkan abang berjuang dengan sayang..."

"I'm still your husband..."

"I'm your husband..."

"And you're still my belahan jiwa until now sayang..."

Haura bersandar pada pintu bilik dari dalam. Suara Arsyad...ini...ini suara yang dia rindukan. Suara yang membuatnya rasa selamat tetapi sekarang...Haura perlukan masa untuk bersendiri. Hatinya terlalu hancur. Tidak mampu berhadapan dengan Arsyad sekarang.

"Sayang..."

Mata Haura terpejam lama. Dia sudah memutuskan ini. Memutuskan berpisah supaya tercipta bahagia untuk mereka.

"Saya...maafkan segalanya..." Haura menjawabnya dengan lemah.

"Ceraikan saya Arsyad..."

Arsyad rasa terpukul mendengar permintaan Haura untuk menceraikannya buat kali kedua. Sekali lagi, sakit yang sama dia rasakan berulang kembali. Lagi dan lagi.

"Abang tak akan ceraikan sayang lagi..."

"Untuk kebahagiaan kita..." Haura menjawab lagi dengan esakan. Ini yang terbaik buat mereka.

"Tak...tolong jangan...jangan minta abang untuk ulang kesakitan yang sama..."

"Kita dah cukup sakit Arsyad...cukup..." Haura tertunduk. Pisah. Sakit. Tetapi bersama lebih sakit. Mereka hanya akan derita jika bersama.

"Tak...abang nak berjuang untuk kita!"

"Hujung minggu, kita ke mahkamah. Kalau...awak tak sanggup...biarlah mereka yang uruskan proses perpisahan kita."

Arsyad mula menangis teresak-esak.

"Tolong sayang...sakit...abang sakit...hati abang masih terperangkap dengan sayang...kalau kita berpisah...hanya akan tambahkan lagi sakit...perjuangkan sayang...kita bersama kembali ya?" rayu Arsyad. Tangannya memulas tombol pintu tetapi masih berkunci.

"Buka sayang...salam abang...peluk abang...abang takut...takut berpisah lagi..."

Haura hanya membiarkan rayuan Arsyad. Dia masih bersandar di pintu. Hatinya belum pulih untuk bertemu dengan Arsyad. Belum cukup kuat.

Macam biasa, derita readers adalah bahagianya para author. Hahaha. Gurau. Ni je untuk hari ni tau. Kalau siapa rasa nak menangis ke apa ke boleh Komen di ruangan, biar beri author lebih semangat nak update banyak" esok. Bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience