HPD || BAB 49

Romance Completed 246547

NATHAN membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Hatinya masih merasa kesakitan yang sama walaupun selepas berjam-jam dia memaksa diri dengan melelapkan diri. Selepas sahaja dia pulang ke Vila, dia terus terlentang di atas katil. Dari tengahari sehingga ke petang dia tidak mengisi perutnya dengan makanan.

'Memang begini ya rasa sakitnya bila kehadiran kita sudah tidak di perlukan lagi?' Nathan terus bermain dengan fikirannya sendiri.

'Rasa seperti sampah...'

'Rasa tak berguna...' Dia meraup wajah beberapa kali. Cuba untuk menutup hatinya dari terus menyakitinya dengan berkata-kata.

'Kau harapkan apa Nathan? Dia masih lagi isteri Arsyad. Anak-anak dia tu masih ada ayah mereka. Kau? Kau siapa? Kau tu cuma menumpang kebahagiaan mereka. Masa kau dah cukup. Biarkan mereka bersama dengan orang yang sepatutnya mereka bersama.' Nathan menukar posisi daripada baring kepada duduk. Telapak tangannya di letak pada dadanya yang terasa berderai.

'Tapi sakit sekali ya untuk menerima kenyataan? Sakit bila ingat apa yang Irsyad katakan tadi. Dia fikirkan, anak-anak Haura sudah menganggapnya sebagai ayah mereka.' Hatinya ingin sahaja membenci tetapi sayangnya terhadap mereka begitu besar. Dia masih mampu merisaukan keadaan Haura dan anak-anaknya.

'Haura dah makan ke? Syad? Yan?' Nathan bingkas bangkit dari katil, dia terus menuju ke dapur. Sebelum dia kesini tadi, dia ada singgah beli bahan mentah untuk memasak. Lagi pun, dia tengah tiada selera. Daripada dia membiarkan bahan basah ini tidak disentuh, baik dia masakkan makan malam menggunakan bahan mentah ini kepada Haura dan anak-anaknya. Dia cuba menguatkan diri untuk mengulum senyuman ketika menyediakan bahan-bahan.

                         SELEPAS Haura habis tunaikan solat fardhu, dia membuat sujud syukur atas pertemuannya bersama Arsyad semula. Pertemuan yang langsung dia tidak pernah terfikir untuk terjadi sekarang.

Berjumpa dengan arwah suaminya? Pasti sahaja orang akan menilainya sebagai orang gila. Haura tertawa kecil. Comel. Dia teringat Arsyad di dalam patung beruang tadi. Tak sangka suami se-macho dia akan memakai mascot beruang comel begitu. Tanpa dia perasan, air hangat mula bergelimpangan kepipi.

Akhirnya, dia tak akan bersendiri lagi. Sejujurnya, dia sudah tidak kuat untuk perjuangkan. Hatinya terlalu berkecamuk dengan kerinduan. Bagai pelangi selepas hujan, kedatangan Arsyad membawa sinar harapan. Dia sangat berharap perkara manis ini bukan sebuah mimpi sehingga dia terbuai harapan. Tuhan, jangan tarik nikmat ini. Membuatkan lukanya semakin terobek jika semua kemanisan ini cuma sebuah coretan didalam angan.

Setelah itu, sejadah yang terbentang di atas lantai. Dia melipatnya semula dengan kemas sebelum bangkit dari sujud. Bibirnya mengulum senyuman apabila melihat lrsyad sudah terlentang di atas sofa. Kononnya mahu teman ibunya solat, tengok-tengok dia sudah terbuai lena.

Lepas sudah menyangkut telekung, Haura mendukung Irsyad perlahan-lahan supaya tidak membuatnya tejaga. Kemudian, dia
membaringkan Irsyad di atas katil bersebelahan dengan adik kecilnya, Iryana. Sekali imbas, macam tengok mini dia dan suaminya.

Jam baru pukul lapan malam, anak-anaknya sudah tidur. Mungkin kerana terlalu kepenatan menghadiri majlis persandingan Sarah petang tadi. Dahi Irsyad dan Iryana di kucup bergilir.

"Good night, anak-anak ibu..." Tidak sangka, dia sudah menjadi seorang ibu kepada dua orang anak kecil ini. Begitu banyak pengorbanan yang perlu dia berikan hanya untuk membenarkan anak-anak ini tumbuh dengan bahagia.

Semua ni, berkat dari kuasa Tuhan dan kata-kata semangat dari suaminya. Dada kanan yang pernah menjadi tempat ciuman perpisahan itu adalah kekuatannya. Haura meletakkan telapak tangan disitu. Arsyad ada disini. Didalam hatinya. Dia jadi rindu untuk bertemu dengan suaminya. Bilakah agaknya mereka akan berjumpa lagi? Dia berharap mereka sempat bertemu buat kali kedua sebelum esok dia berangkat pergi ke Malaysia semula.

Bila terdengar bunyi loceng berbunyi, Haura mengeluh perlahan. Itu pasti Nathan. Hatinya berat untuk melangkah kesana. Dia mahu menjaga hati suaminya, tapi dia tak mahu melukakan perasaan Nathan juga. Hatinya jadi serba tak kena. Serba salah kerana tidak membalas tepukan yang telah Nathan berikan setelah bertahun-tahun menemaninya di waktu tersulit. Menjaga anak-anaknya dengan sangat baik.

Mahu tidak mahu, Haura menyarung selendang hitam di penyangkut dinding. Dia lilit dengan kemas. Memastikan tiada anak rambut yang keluar dari selendang. Bila sudah tapi, Haura berjalan ke pintu dan membukanya.

Matanya separa terbuntang apabila tubuhnya di sergah. Di peluk dan di putarkan. Terasa tangan kekar itu melilit ketat pada pinggang rampingnya dengan erat. Bila putaran sudah habis, lelaki itu membiarkan kakinya menjejaki lantai semula.

"Sayang, ni Arsyad. Suami sayang. Kenapa muka terkejut sangat ni?" Arsyad tertawa kecil melihat mata Haura yang masih terbuntang. Pipi gebu itu dia picit. Geram.

"Abang...terkejut Haura..." Haura terus memeluk erat suaminya. Punyalah jantung mahu meletup bila terbayangkan yang memeluknya tadi adalah Nathan.

"Tapi abang...abang kata abang tak boleh datang kesini..." Haura menyandarkan kepalanya di dada bidang Arsyad. Dia mahu mendengar degupan jantung itu. Degupan jantung yang tak pernah gagal memberikan ketenangan.

Arsyad menutup pintu perlahan-lahan. "Shhhh...kita senyap-senyap je..." Dia tersengih sedikit sebelum memberikan sebuah plastik putih.

"Apa ni?" Haura menyambut plastik tersebut. Dia tengok kedalam. Ada serai, daun limau, seafood, kiub. Terus Haura membuang pandang kedalam anak mata coklat milik suaminya. Bahan-bahan ni, dia sangat arif. Tasik matanya mula bergelinang.

"Abang teringin dari empat tahun lepas...sayang masakkan untuk abang boleh? Abang tak reti..." Senyuman manis Arsyad membuatkan jantung Haura berdegup dengan sangat kencang. Masa seakan berulang kembali tetapi kali ini, sepertinya mereka di berikan kesempatan untuk melakukannya dengan jalan yang indah.

"Haura...Haura takut..." Dia geleng kepala. Bila teringatkan peristiwa Tomyam di penjara empat tahun lepas, seperti lukanya di siram asid hidup-hidup. Jujur, peristiwa itu dia tak akan lupa. Walaupun suaminya masih hidup, dia masih dalam trauma yang sama.

"Kenapa sayang takut? Kan abang ada ni..." Tangan Arsyad memaut belakang badan Haura dan menariknya kedalam pelukan yang semakin erat.

"Macam mana kalau lepas Haura masak Tomyam ni, abang tinggalkan Haura lagi? Haura tak sanggup." Dia sudah terlalu trauma untuk mengulang kejadian yang sama. Dia tak sanggup menerima hakikat bahawa Arsyad akan meninggalkannya lagi.

"Tak akan sayang. Abang janji. Abang tak akan tinggalkan sayang lagi. Ni... dada ni...dekat sini..." Bibir Arsyad mengucup kembali di situ untuk merawat luka di hati isterinya. Dia kucup beberapa kali sebelum mengangkat wajahnya semula dan menatap keindahan ciptaan Tuhan. Lesung pipit Haura dia elus dengan jari-jemarinya.

"Cantiknya isteri abang ni." Dia kucup lesung pipit Haura pula.

"Abang tak pernah bosan tatap wajah sayang. Cantik sangat, lagi cantik dari bidadari yang di jamin Allah di Syurga nanti." Bisikan gemersik itu menggoyahkan hati Haura. Dia tak mahu kehilangan lelaki ini lagi. Dia sungguh trauma untuk kehilangan lelaki sesempurna dia. Tuhan, jangan hilangkan dia dari hidupku buat selamanya lagi. Dia merasakan, malam ini adalah malam yang paling terindah didalam hidupnya.

"Abang tipu...Haura tak boleh kawan kecantikan bidadari dekat Syurga. Abang sengaja nak pujuk hati Haura kan?" Arsyad tertawa kecil lagi melihat bibir kemerahan itu mencebik.

"Mana ada abang tipu, sayang tahu siapa yang akan jadi ketua bidadari di Syurga nanti?" soal Arsyad penuh kelembutan sambil mengesat air mata yang sudah bergulung di pipi isterinya.

"Tak tahu..." Haura geleng kepala. Pelukan ketat itu semakin terikat. Tiada lagi ruang kosong yang tertinggal diantara mereka berdua.

"Bidadari yang akan menjadi ketua bidadari di syurga nanti adalah isteri yang solehah, isteri yang taat dengan suaminya di Dunia. Itu apa yang abang pernah dengar. Maaf kalau abang tersilap. Tapi abang harapkan perkara yang sama. Kalau diberi pilihan, sama ada abang perlu memilih bidadari Syurga ataupun sayang. Abang nak sangat pilih sayang jadi ketua bidadari yang melayani abang di sana." Selendang yang terlilit di kepala Haura, Arsyad membukanya dengan penuh kelembutan sehingga selendang itu mendarat ke atas lantai. Terlihatlah rambut panjang Haura yang melurut kepinggang. Rindunya.

Dia bermain dengan helaian rambut Haura. Dia cium haruman itu dan memandang kearah isterinya semula.

"Having to learn how to live without you after a years are the worse lessons that made me never want to learn about it again, sayang. I need your presence to feel alive. Don't you realize that I'm dying right now, sayang? Hm?" Lesung pipit isterinya, dia kucup lagi. Kali ini lebih lama. Tidak mahu dia lepaskan.

"I love you sayang. I don't know what comes after infinity but I really want you to know, I love you more than that, more than anything after I love Allah and Rasulullah..." Arsyad membisikkannya dengan penuh emosi. Pinggan ramping Haura dia elus beberapa kali.

"Kita masak sama-sama. Abang boleh temankan sayang masak Tomyam malam ni." Tangan Haura, Arsyad genggam sebelum membawanya kedapur.

Selepas itu, dia keluarkan bahan-bahan dan letak di atas para dapur. Wajah Haura masih tertaut kesedihan. Arsyad cuma mahukan kegembiraan. Dia ambil apron dan menyarungkan pada leher Haura. Lepastu, Arsyad mengikat tali apron itu perlahan-lahan. Kemas ikatannya.

"Comelnya isteri abang malam ni." Dia puji Haura untuk mengurangkan kesedihan. Dan iya, dia berjaya buat Haura tersenyum manis.

"Isteri siapa yang manja sangat ni? Dah lah manja, cantik, pandai masak pula tu..." Dia tarik tangan Haura perlahan-lahan ke para dapur. Dia berdiri di belakang Haura. Tangannya masih memaut tangan isterinya.

"Kita nak potong apa dulu?" Pipi Haura di kucup lagi bila dia nampak Haura mahu menangis. Begitu hebat penangan Tomyam yang Arsyad tinggalkan di dalam hidup Haura. Sampaikan melihat bahan-bahannya sahaja sudah membuatkan hati Haura semakin berkecai.

"Jangan menangis sayang. Nanti siapa nak masakkan Tomyam untuk abang? Abang nak makan. Abang tak nak orang lain masakkan. Tengok bahan-bahan ni, abang paksa Alessandro beli di Malaysia semalam semata-mata nak sayang masakkan Tomyam untuk abang. Sayang, sayangkan abang kan?" Dagunya di sandarkan pada bahu kanan Haura.

"Sayang...sayang sangat-sangat... abang jangan tinggalkan Haura lagi... Haura takut kehilangan abang..."

"Tak sayang...abang ada... Abang tak tinggalkan sayang lagi..." Lega mendengarnya. Haura angguk kepala perlahan-lahan.

"Okay, sekarang ni kita kena masak sama-sama. Sayang suka tak abang masak dengan sayang?"

"Suka! Haura suka! Haura dah lama nak masak sama-sama dengan abang macam dulu. Masa kita mula-mula kahwin." Haura terlalu rindu dengan saat itu. Dimana semuanya terasa manis tanpa ada yang menyakiti mereka.

"Abang pun rindu. Sekarang, Allah berikan kita peluang kedua. Sayang nak kita perbetulkan semuanya?" Tangan Arsyad mengelus tangan Haura. Dia masih berdiri di belakang isterinya. Bersandar dengan serapat-rapatnya.

"Haura tak nak sia-siakan peluang ni. Haura nak kita ubat luka kita. Haura nak kita berbahagia. Tak nak dah sedih-sedih."

"Good girl, sekarang kita boleh mula masak?" Arsyad mengawal tangan kanan Haura ke pisau dapur yang tersusun di situ.

"Boleh!" Haura menjawabnya dengan sangat bersemangat. Arsyad mengucup pipi Haura kerana kecomelannya.

"Shhhh...nanti anak-anak kita bangun macam mana? Tak dapatlah abang nak dinner date dengan sayang." Pinggang ramping Haura sengaja Arsyad menguisnya. Suka melihat reaksi Haura yang kuat terkejut.

"Shhhhh..." Haura menutup mulutnya sendiri sebelum menyambung semula, "Haura nak dating dengan abang malam ni. Kita dua je." Haura menutup mata ketika pipinya dan pipi Arsyad bergesel. Begitu hangat. Sampaikan masing-masing terbuai.

"Abang, bila kita nak siap masak Tomyam?" Mata Arsyad terbuka semula. Pecah tawanya dengan kejujuran Haura. Sebiji macam perangai Iryana.

"Nantilah. Lambat siap pun tak apa. Janji abang dapat peluk sayang lama-lama. Sampai patah tulang pun abang tak kisah."

"Patah tulang?"

"Haah..."

"Eeey, takutnya..." Sepanjang mereka masak bersama, banyak guran senda yang memeriahkan lagi suasana. Kadang Haura memercik air dari tangannya di muka Arsyad selepas basuh tangan. Arsyad terus mendukung Haura dan membawanya keruang tamu. Tubuh mugil isterinya di dudukkan di atas sofa. Terlepas lagi ketawa mereka ketika saling membalas kucupan.

                    MANGKUK yang sedang Nathan pegang, hampir tergelincir dari tangannya. Belakang tubuhnya bersandar pada pintu. Hatinya rasa tertusuk berulang kali mendengarkan gelak tawa sepasang suami isteri itu dari luar.

Dia sudah masakkan ini untuk Haura dan anak-anaknya tetapi nampaknya usahanya sia-sia. Arsyad sudah kesini terlebih dahulu.

Kepala di sandar juga. Cuba mengimbangi badannya yang terasa lemah buat seketika. Cinta hatinya sudah berbahagia. Dia belum pernah mendengar tawanya Haura selama dia bersama Haura. Tetapi bila Haura bersama Arsyad, sikap Haura lebih ceria.

Nampaknya, dia gagal menjadi orang yang membuatkan Haura tersenyum selama ini. Suara Arsyad dan Haura bergurau senda dari dalam menghancurkan hatinya yang sudah pun berubah menjadi debuan.

'Nathan, sedar.'

'Bukan semua cinta kita harus miliki, mungkin juga cinta itu hanya untuk kita lindungi. Haura, aku akan lindung kau dari segala yang menyakitimu. Cuma itu sahaja yang aku mampu jika bersamaku bukan pilihanmu.' Nathan mengambil nafas sedalam yang dia mamu. Kakinya mula menapak pergi jauh dari situ sebelum luka dihatinya semakin parah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience