HPD || BAB 14

Romance Completed 246547

"Habis hati aku?!"

Kamal terdiam lama. Telefon ditelinganya, dia jarakkan dari cuping telinga sebelum meletakkan nya semula.

"Hati aku macam mana Kamal? Berbulan-bulan aku hidup macam orang gila lepas apa yang dia dah buat. Aku rindu dia, aku marah, kecewa, sampai repotasi aku dekat hospital pun merosot. Kau ingat aku seronok ke buat Haura sampai macam ni? Hati aku macam nak mati tanpa dia."

"Bagitahu dia yang kau dah rujuk. Dia ada hak untuk tahu."

"Aku dah cakap banyak kali, yang aku tak boleh bagitahu dia lagi. Belum sampai masa yang tepat. Aku yakin dia akan minta aku ceraikan dia semula. Hati dia dah tak ada cinta buat aku Kamal. Macam mana dengan anak aku nanti?"

"Kau boleh dapat hak penjagaan Irsyad kan. Apa susah nya?"

"Lepastu Haura kena berpisah dengan Irsyad? No, aku tak boleh terima. Tak..." Air mata Arsyad mengalir lagi. Pelipisnya di urut kuat. Hatinya sakit memikirkan cara untuk menyimpan Haura lebih lama. Kenapa sampai begini? Dia sangat terdesak untuk bersama dengan belahan jiwanya.

"Kau dah tanya dia semula yang hati dia betul-betul dah tak ada pada kau?"

Arsyad mengeluh panjang. Soalan ini sangat menyakitkan hatinya.

"Aku tak sanggup untuk tanya. Aku tak nak ulang sakit yang sama masa dia mengaku yang hati dia ada dekat jantan sial tu."

"Cuba tanya, terima walau kenyataannya menyakitkan. Sampai bila nak lari dari realiti? Kalau dia tak nak. Lepaskan."

"Biy! Jomlah, kata nak keluar makan. Jomlah! Lambat dah ni!" Rengek Sarah dari ruang tamu. Suaminya kata sudah siap, ni dah nak dekat setengah jam dia tunggu diruang tamu tak siap-siap. Kalah anak dara gayanya!

Suara Sarah dengar dari dalam bilik.

"Kejap yayang! Dah nak siap ni!" jawab Kamal dengan mengeluarkan sedikit kepalanya dari pintu bilik.

Kamal kembali pada panggilan telefon semula.

"Bini aku dah panggil. Nanti aku call balik."

Arsyad mengeluh panjang lagi ketika panggilan dimatikan. Dia raup wajah berselang keluhan kali yang ke sepuluh.

Lepastu, dia naik ketingkat atas semula. Buka je daun pintu, Arsyad terdengar gelak tawa Haura ketika menggeletek perut Irsyad.

Ketawa Irsyad dan Haura membuatkan senyuman Arsyad melebar. Dia perhati sahaja dari pintu yang dikuak separuh.

"Siapa anak ibu yang comel? Angkat tangan!" Haura mengangkat tangan Irsyad dengan perlahan. Terikut gelak bila dia dengar ketawa comel Irsyad dengan gusi kecilnya tanpa gigi.

"Siapa...anak ibu yang perut buncit? Angkat kaki!" Kali ni tapak kaki Irsyad pula Haura geletek guna jari-jemarinya.

Arsyad tarik nafas perlahan-lahan sebelum masuk kedalam bilik. Bila Haura perasan kehadiran Arsyad, dia tertunduk. Takut kalau di marahi lagi.

"Nah, pergi mandi. Kejap lagi kita gerak." Tuala putih di hulur.

Haura angguk kepala. Lepastu, dia segera masuk kedalam tandas untuk bersiap.

Arsyad berbaring disebelah Irsyad sementara menunggu Haura bersiap didalam tandas. Tangannya mengelus perlahan kepala kecil yang penuh didalam genggamannya.

Dikucupnya dahi Irsyad beberapa kali. Sayangnya kepada Irsyad tiada tandingan. Iris Irsyad mengikut seratus peratus warna iris Arsyad yang bewarna coklat pekat. Hidungnya yang mancung. Warna kulit dan bentuk muka mengikut Haura.

"Bila Irsyad besar nanti...jangan jadi macam ayah..." Tersenyum hampa bibirnya ketika mengungkapkan itu.

"Irsyad kena jaga ibu tau. Jadi penjaga buat ibu andai satu hari nanti...ibu nak tinggalkan ayah lagi..." Arsyad menahan air matanya yang sudah bertakung. Anaknya seperti memahami apa yang sedang dia bisikkan.

Tangan kecil itu memegang pipi Arsyad dan seakan berbicara dengannya. Andai saja Irsyad memahami apa yang sedang terjadi, pasti Irsyad akan membencinya.

"Ayah tak sanggup lepaskan ibu. Tak sanggup berjauh dengan kamu. Baru sebulan lebih kita bersama kan? Budak kecil kesayangan ayah ni..." Arsyad mengesat air matanya yang menitik jatuh diatas pipi Irsyad.

Celik mata Irsyad memandang ayahnya. Mulutnya terbuka tertutup mengeluarkan bunyi kerana mahu berbicara.

"Speak my son. Ayah...ayah. Teringin ayah nak dengar sebelum kita berpisah. Irsyad kena belajar bercakap. Nanti kamu boleh tolong ayah cakap dengan ibu supaya kita tidak perlu berpisah. Supaya ibu cintakan ayah semula. Boleh?" Tenang hatinya ketika meluahkan segala perasaannya yang tersimpan. Hatinya sangat kesakitan. Kenapa begitu mudah perasaan belahan jiwanya berubah?

Setiap kali mengingatkan itu. Hati Arsyad menjadi sakit yang teramat sangat. Setiap detik-detik pengkhiantan yang tak pernah terlupakan.

Ktak! Bunyi tombol pintu tandas dibuka.

Pandangan Arsyad teralih kepada Haura yang sedang berjalan keluar dari tandas. Bauan Rose menerobos kedalam rongga hidungnya. Wangi seperti selalu.

Baju gaun pemberiannya sangat cantik ketika berada di tubuh yang tepat. Bagilah Haura pakai apa pun, memang terserlah kecantikannya.

Haura perlahan-lahan duduk dihadapan meja solek. Dia cuma pakai bedak compact dan calit lipstik merah cair pada bibir. Terkedu ketika lehernya dikucup dari belakang. Tertahan nafasnya ketika Arsyad seakan tidak dapat mengawal dirinya lagi.

"Awak..."

Mata Arsyad terpejam erat sewaktu bauan bunga rose yang kuat dapat dia hidu di jinjang leher Haura.

"Kita pergi dinner lambat sikit malam ni. Tak apa kan?"

Berdegup kencang dada Haura menahan ketakutan. Cara Arsyad mengucup lehernya seakan memberi sesuatu tanda.

"T-t-tak bo-bolehlah m-macam tu, say-saya dah siap ni." Haura cuba bangun dari kerusi meja solek tetapi pinggangnya rampingnya ditahan untuk kekal duduk.

Dalam hati Haura terkumat-kamit berdoa supaya tiada perkara buruk yang bakal berlaku. Sewaktu tubuhnya dimandikan oleh bekas suaminya saja pun sudah membuatkan dirinya rasa jijik dan berdosa apatah lagi kalau selebihnya.

"Dah habis pantang kan?" bisik Arsyad dengan suaranya yang serak basah. Bibirnya tidak lepas dari leher isterinya yang sudah lama tidak dia sentuh. Lagipun, Haura bersalinkan Irsyad melalui caesarean birth (C-section) ataupun pembedahan. Bukan bersalin normal. Jadi tidak akan berlaku kesakitan atau pendarahan jika mereka bersama malam ini.

Selama sebulan lebih dia mengurung Haura, dia hanya dapat memeluknya saja. Itu pun kadang-kadang, rasa serba salah sebab isterinya menangis. Tapi malam ini, kerinduannya untuk mendapatkan isterinya semakin tidak tertahan.

"D-dah..." Bergetar suaranya kerana ketakutan. Tidak senang duduk ketika bibir Arsyad dibenam lama pada lehernya.

"Can I? Hm?" bisiknya lagi ketika tangannya mengurut lembut kedua belah bahu Haura. Kali ni, rambut panjang ikal mayangnya pula menjadi mangsa. Tangan Arsyad bermain disitu dan menghidup bauan rose lagi. Bagaimana caranya untuk dia menahan diri kalau bersama isteri secantik ini?

Belum sempat lagi Haura menolak Arsyad sudah mencempung tubuhnya keatas katil. Dia memandang Haura bukan dengan nafsu tetapi dengan kerinduan. Wajahnya bertukar lembut ketika mengucup ubun-ubun Haura.

"Cantik." Jantung Haura berdegup semakin kencang ketika mendengar pujian dari Arsyad. Jiwanya seakan mahu tetapi fikirannya berkata jangan. Rindu macam mana pun dia kepada Arsyad, dia tidak boleh membenarkan perkara yang haram.

"A-Arsyad..." Tangannya cuba menahan tangan Arsyad dari membuka zip gaun itu tetapi tidak mampu dia menahan kekuatan tangan Arsyad yang kekar itu. Ah, sekali lagi air matanya mengalir kerana memikirkan tentang bebanan dosa yang bakal dia pikul malam ini.

Ketika tangan Arsyad menarik gaunnya ke bawah perlahan-lahan. Haura pantas menahan pergerakan tangan Arsyad dengan sepenuh tenaga. Tak boleh. Dia perlu menolak. Dia tidak mahu mengambil resiko. Jika malam ini membuatkannya mengandungkan anak Arsyad lagi. Hidupnya tidak akan pernah tenang. Hidupnya hanya berterusan didalam kesengsaraan.

Bukan untuk kebaikannya sahaja mereka berpisah tetapi untuk kebaikan Arsyad dan Irsyad juga.

"Kita tak boleh hidup macam ni!"

Pang! Satu penampar kuat hinggap pada pipi Arsyad. Sangat kuat sehingga Arsyad terpana. Wajah Haura dia pandang dengan tidak percaya. Tetapi dia terpaksa. Kalau tidak, semuanya akan menjadi lebih teruk jika tersebar dipengetahuan keluarga Arsyad tentang kebersamaan mereka sekarang.

Haura sudah berani naik tangan? Segala kerinduannya pada Haura terus bertukar menjadi kekecewaan.

"You slapped me?"

Haura juga terkedu dengan perbuatannya sendiri. Dia memegang tangannya dan tertunduk. Tangisannya semakin lebat membasahi pipi. Gaunnya dibiarkan sahaja terlorot sehingga ke bahagian dada. Tidak berani untuk bergerak walau seinci.

Arsyad ketawa hampa. Dia pakai kemejanya semula dengan berwajah dingin.

"Jadi betullah, hati kau masih teringatkan jantan sial tu?" soalnya tanpa menoleh kearah Haura.

"Ya..." Haura tertunduk lagi. Dia perlu mengatakan ini supaya Arsyad membencinya lagi. Mereka tidak seharusnya bersama. Mereka hanyalah ditakdirkan untuk menjadi pelajaran, bukan untuk bersama sehingga keakhir hayat.

Arsyad mendengus kasar. Bukan main sakit untuk dia menerima kenyataan ini.

"Kau akan menyesal Haura. Kau akan menyesal sebab khianat cinta kita."

Arsyad bangkit dari katil.

"Aku ingat...bila aku beri kau pulang begini. Kau...kau akan rindukan kita yang dulu. Rupanya aku silap. Mungkin aku terlalu bodoh kerana berharap pada orang yang salah. Orang yang layak digelar pengkhianat." Menitis air mata Arsyad tetapi cepat dia mengesatnya.

Haura hanya menundukkan kepala. Menelan segala ayat yang berjaya menikam kalbunya.

"Kau tak fikir langsung tentang perasaan Irsyad. Kau tak layak jadi ibu dia Haura. Kau memang perempuan sundal!" Barang-barang solek Haura, Arsyad lempar pada lantai. Dia menjerit sepuasnya.

"Saya ada hak saya untuk cintakan lelaki yang saya nak! Awak tiada hak untuk menghalang saya! Dan ini, apa yang awak buat sekarang ni! Awak ingat saya boleh berdiam dengan segala dosa?!!"

Arsyad cukup menyampah dengan ayat dosa dan hukum yang Haura beri. Bagi Arsyad, Haura hanya mahu melepaskan diri dengan menggunakan alasan agama. Padahal, hatinya berpaut pada lelaki lain selain dari suaminya sendiri.

"Kau bercakap lancang pasal agama, padahal kau lupa. Yang mencintai lelaki lain selain dari suami kau sendiri adalah satu dosa yang sama besarnya dengan zina. Iaitu zina hati. Hati kau ni, dah kotor. Kotor sampai perasan bagus! Perasan paling suci!"

Zas! Hati Haura seakan tertikam lagi. Tetapi Haura perlu cekal. Dia perlu tetap pada pilihannya. Dia perlu buat Arsyad bencinya sehingga Arsyad melepaskannya. Dengan itu, keluarga Arsyad tidak akan mengganggunya lagi.

"Ni, dah alang-alang jadi ustazah kan? Kalau boleh pakai tudung labuh. Tak payah pakai tudung pemberian dari aku ni lah!!!" Tudung shawl pemberiannya, dia lempar pada wajah Haura sekuat hati.

Terketar tangan Haura ketika memegang shawl pemberian Arsyad. Kalau begini saja caranya untuk Arsyad melepaskannya. Dia terpaksa terima. Dia sudah terlalu penat untuk melalui semuanya. Semuanya setelah berjuta kesakitan yang dia terima.

•••

Sesampai sahaja di hadapan restoran mewah, Arsyad menarik Haura masuk kedalam.

"Sir, do you have any reservations tonight?" soal pelayan restoran yang berdiri bersebelahan dengan pintu masuk.

Arsyad angguk kepala.

"Yes."

"Can I get your name sir?"

"Dr Arsyad Taqqi."

Tangan Arsyad kuat mencengkam lengan Haura supaya tidak terlepas dari genggamannya. Dia tidak mahu Haura lari.

"Sakit..." adu Haura hanya dibiarkan sepintas lalu. Nak bidandingkan hatinya, hatinya berjuta kali ganda lebih sakit.

"Okay sir, we have prepared your dinner and your table number is 204 beside the large glass window. Sir, you can enjoy the beauty of KLCC tower there. Thank you." Pelayan itu menundukkan kepala ketika tangannya menunjukkan tanda supaya masuk kedalam.

Ketika masuk didalamnya, Haura memandang kearah Irsyad yang sedang menyandarkan kepalanya pada dada bidang Arsyad didalam baby carrier ataupun beg mendukung. Bibirnya menghisap puting dengan sangat bersemangat.

"Duduk sini." Arsyad menarik kerusi supaya Haura duduk disitu. Haura memandang kearah Arsyad dengan teragak-agak untuk duduk.

"Apa benda yang lembap sangat kau ni?" Tangan Haura dia rentap untuk menariknya duduk.

Bunyi Muzik classic di mainkan. Chandeliers yang tergantung diatas mereka sepatutnya menghidupkan suasana romantik tetapi bahkan hanya sakit dan tegang yang mereka rasakan.

Makanan sudah sedia terhidang. Tinggal untuk makan sahaja. Tapi Haura menunggu Arsyad untuk memberi arahan. Tak sanggup kalau ditempik lagi dihadapan orang ramai.

Arsyad seperti mencari seseorang. Haura perasan matanya melilau melihat sekeliling. Dekat sebelah Haura pun ada satu kerusi kosong.

Tap! Tap! Tap! Bunyi kasut tumit tinggi milik seorang wanita bertubuh lampai berjalan kearah meja mereka. Dengan dress yang tersarung ditubuhnya tidak jauh seperti balut nangka. Wajahnya tidak kalah, cantik seperti model.

"Hye, Arsyad right?" soal Clara kepada Arsyad.

Arsyad pandang Haura sekilas. Saja mahu tengok reaksi gadis itu. Kemudian, pandangannya dialih semula pada Clara.

"Nice to meet you." Clara tersenyum lebar selepas mengetahui bahawa Arsyad adalah orang yang tepat. Kena dengan cita rasanya. Muka helok, pandai bergaya dan yang paling penting anak Tan Sri Rayyan.

Arsyad pandang Haura semula. "Kenalkan, Clara Melina. Anak dato' Joe. Bakal isteri aku." Kata Arsyad dengan senyuman lebar sebelum menarikkan kerusi untuk Clara duduk disitu.

Bakal isteri? Apa semua ni? Hati Haura rasa tertikam. Dia pandang kearah Arsyad untuk mendengar jawapan darinya.

Entah kenapa. Hatinya rasa sangat sakit. Sakit yang teramat sangat sehingga bibirnya terkemam. Lidahnya tergulung. Tidak betah untuk mengatakan apa-apa.

Sebab ini rupanya Arsyad membawanya makan malam. Hanya untuk menghancurkan lagi hatinya yang sudah ada berjuta retak.

Clara memandang kearah Haura dengan sebelah mata.

"Siapa ni? Your friend?" soal Clara pada Arsyad.

"My mistress."

Terus bergelinang air mata Haura ketika mendengar pengakuan dari bibir Arsyad. Perempuan simpanan. Memang dia layak mendapat panggilan seperti itu.

Clara tergelak mendengarkan itu.

"Seriously? Macam maid pun ada I tengok. I wonder how your taste looks like and I'm sure not her. Naur..." Sejujurnya, Clara tidak hairan Arsyad ada perempuan simpanan. Lagipun, dia mahukan Arsyad kerana harta.

Arsyad ikut tertawa sambil memandang Haura dengan pandangan mengejek.

Jom maki Arsyad hmmm

Share this novel

Balqis Sorfina
2024-02-10 11:21:34 

can't wait utk complete aaa fighting author


NovelPlus Premium

The best ads free experience