HPD || BAB 54

Romance Completed 246547

IRSYAD terjaga dari lena, seperti biasa dipertengahan malam. Haura dan Iryana sudah tidur, tinggallah dia sendiri untuk memulakan misinya.

Perlahan-lahan Irsyad turun dari katil. Dia berlari anak menuju ke beg kecilnya. Surat sakit yang dicari Haura tadi, dia keluarkan.

"Surat ni..." Dia tersenyum.

"Syad dah sihat. Tak perlu surat ni dah." Gigih dia bawa surat itu masuk kedalam tandas. Mangkuk tandas di buka, sebelum dia buang kedalamnya. Sempat dia koyak surat itu kepada kepingan-kepingan kecil.

"Nanti kalau ayah tahu, ayah pun sedih dengan ibu. Kalau semua orang sedih, Syad pun sedih. Strong boy tak boleh sedih. Strong boy kan maksudnya kuat." Lepas habis dia ceraikan kepada kepingan halus. Dia pegang mangkuk tandas dan tutup. Dia panjat mangkuk tandas dengan berhati-hati seperti yang dipesan oleh ibunya agar tidak terjatuh. Tangan kecilnya menekan butang pengepam.

"Siap!" Dia ketawa kecil. Seronok bila nampak surat sakitnya ditelan raksaksa jamban. Surat hilang, sedih pun hilang. Pintu tandas di katup perlahan supaya tidak membangunkan ibu dan adiknya. Lepas naik katil semula, tangan kecilnya menepuk-nepuk punggung ibunya. Lagaknya dah macam seorang ayah sedang mendodoi anak.

"Shhhh...shhhh...sleep well ibu. Syad akan jaga ibu..." Sepertinya, doa Arsyad disetiap solatnya telah termakbul. Ada malaikat kecil yang sedang menjaga belahan jiwanya tanpa mereka sedari. Tangan kecil itu terus menepuk-nepuk pinggul ibunya. Memastikan ibunya tidur dengan lena di malam hari.

Haccuh!

Haccuh! Haccuh! Tersebersin Irsyad apabila helaian rambutnya berguguran jatuh. Dia berhenti menepuk pinggul ibunya. Tangan kecil itu mula mengutip helaian rambutnya sendiri dan letak semula diatas kepala.

Rambut itu melorot semula ke katil. Irsyad kebingungan. Dia ambil air liur sendiri dan basahkan kepala. Dia tampal satu persatu helaian rambut yang berguguran tadi.

"Siap!" Dia tersenyum. Suka. Dia angguk kepala bila rambut itu melekat semula pada kepala. Lepastu, Irsyad baring disebelah ibunya. Peluk.

"Esok nak jumpa ayah. Kena tidur." Dia pesan pada diri sendiri. Kelopak mata di paksa katup.

PRUUUTTT! Iryana terkentut lagi didalam lenanya. Membuatkan Irsyad tertawa kecil.

"Budak tentut..." Tangannya di panjangkan ke perut buncit Iryana. Dia tepuk perlahan-lahan.

"Sleep well budak tentut..." Dia menyanyikan lagu tidur tanpa lirik. Hanya irama yang akhirnya melelapkan diri nya sendiri.

                                   "ENDRA, makan perlahan-lahan, tengok dah terabur tu. Tak elok orang pandang." Tegur Ezz bila nampak nasi yang sedang Endra makan berteraburan keluar dari pinggan. Bukan apa, takut pula apa yang Nathan dan Zareef fikir tentang Endra nanti.

Nathan juga menyuap nasi lemak kedalam mulut. Dia dengar sahaja teguran Ezz kepada Endra, tetapi dia berpura tidak mendengarnya. Tidak mahu Endra rasa malu. Ada beberapa kali dia mengerang sedikit kesakitan. Pedih ketika dia membuka mulut. Terasa ngilu jahitan panjang di wajahnya berdenyut setiap kali dia mengunyah.

"Tengok tu, abang kata makan perlahan-lahan..." Ezz kutipkan butiran nasi yang berteraburan itu. Dia kumpul didalam genggaman.

"Abang Ezz! Nasi lemak ni sedap sangat! Kita suka makan ni. Nak lagi boleh?" Soal Endra sambil menghulur bekal. Habis kutip nasi, Ezz tarik keluar sehelai tisu dari kotak dan mengesat sisa sambal di hujung bibir Endra.

"Sedap?"

"Sedap sangat! Sambal tak masin pun, tak pedas. Endra tak suka pedas, nanti sakit perut...kalau sakit perut nanti Endra asyik pergi tandas...tak boleh tidur. Endra tak suka sakit!" Nathan sembunyi senyum mendengar bebelan Endra yang agak meleret. Jenis Endra, apabila di tanya, dia tidak suka menjawab sepatah. Kalau boleh dia mahu jawab berpatah-patah supaya orang disekelilingnya memahami apa yang dia sedang rasa.

"Nanti abang belikan nasi lemak lagi ya? Sekarang tak ada, Endra pergi basuh tangan dekat bilik air tu." Ezz menunding jari pada tandas yang berada di hujung sudut, didalam wad peribadi ini.

"Alaa, tapi Endra nak makan lagi."

Kening Nathan sedikit terangkat. Dia cakna dengan perbualan dianatara dua beradik disebelahnya ini. Dia mengaut nasi dengan sudu dan letak didalam bekal Endra. Satu sudu, dua, tiga, empat, lima, sekali telur goreng yang masih belum dia sentuh.

"Makanlah tu. Aku tak habis." Kata Nathan kepada Endra. Geli hati bila nampak senyuman gadis itu melebar.

"Abang lanun ni baiklah!" Endra terus menyumbat nasi lemak kedalam mulut. Dia kunyah penuh semangat sambil kaki menghayun perlahan.

"Kau jangan layan sangat adik aku ni, nanti dia manja, dua puluh empat jam nak berkepit, kau juga yang susah." Ezz memesan kepada Nathan. Bukan dia tidak kenal perangai Endra. Sekali dia dah sayang seseorang, dia hanya mahu berada dekat dengannya sahaja. Tidak mahu berenggang walau sesaat.

"Kalau bukan kita nak layan dia, siapa lagi nak buat?" Spontan Nathan menjawabnya. Dia bersihkan beberapa butiran nasi didalam bekasnya.

"Adik kau ni, istimewa. Tak macam gadis lain. Cara dia bertindak, hasil dari cara layanan orang sekeliling beri pada dia. Selagi kita tak buat benda buruk, Endra tak akan bertingkah buruk dengan kita."

Zareef pula, apa lagi? Dia berdehem beberapa kali. Sengaja mahu mengusik Nathan.

"Kalau dah kenal, apa kata kahwin je terus." Selamba betul si Zareef ni mahu satukan Nathan dan Endra. Ezz yang mendengarnya pun terasa mustahil.

"Aku anggap Endra tu dah macam adik aku je, Ef. Agaklah." Nathan menutup bekal makanan setelah menghabiskannya.

"Tulah, Endra tu pun masih tak pandai jaga diri sendiri. Macam mana pula dia nak jaga kau nanti, Nathan." Ezz tertawa dengan usikannya sendiri.

"Dah kenapa pula dia kena jaga aku?" Nathan garu dahi. Bila masa pula dia mengaku mahu berkahwin dengan Endra? Mengarut betul.

"Manalah tahu...nanti Endra jadi orang rumah kau..." Zareef mencuba nasib lagi. Mana taknya, dia kesian juga dengan Nathan. Asyik jaga jodoh orang sahaja. Bila pula dia nak jaga jodoh sendiri? Endra ni pula, cantik cun melecun, comel perangainya. Padanlah dengan ketampanan Nathan.

"Kalaupun dia jadi orang rumah aku, aku fahamlah kemampuan dia. Tak akan aku paksa dia jaga aku, aku yang jaga dia." Nathan jungkit bahu. Buat apa nak paksa gadis yang istimewa untuk melayaninya seperti orang sempurna?

"Ha, kalau macam tu. Ngam! Ezz, masuk minang Nathan sebelum perempuan lain masuk minang dia!" Gelak besar Ezz dan Zareef disitu. Nathan pun tidak mengambil serious dengan usikan mereka. Selepas Endra dan Ezz pulang, Nathan bersandar pada kepala katil.

"Kenapa aku rasa macam, kosong eh?" Nathan menggenggam jari-jemari sendiri.

"Kosong?" Zareef urut jinjang lehernya yang mula terasa sengal.
Nathan angguk kepala. Hatinya terasa rindu tapi fikirannya kosong. Entah kepada siapa? Sejak bangun dari pengsan, dia jadi lupa apa yang terjadi. Dia cuma ingat, dia menyelamatkan Haura daripada diserang Qayyum. Selebihnya, fikirannya kosong.

"Mana taknya, kau koma dah tiga hari. Tu yang rasa kosong je otaknya. Saraf baru nak berfungsi." Zareef tonyoh dahi Nathan lagi.

"Koma? Tiga...tiga hari?" Nathan agak terkejut. Dia ingatkan, dia hanya pengsan beberapa jam.

"Iya, inspektor Nathan..." Zareef berkerut dahi bila nampak Nathan agak gelabah.

"Kau dah kenapa ni? Baru nampak hantu ke?" Soalnya. Nathan geleng kepala. Dia hulur tangan.

"Kau ada phone? Tengok jap!"

"Nah." Tak tunggu lama. Nathan terus merampas telefon bimbit Zareef dari tangannya. Kalendar menjadi aplikasi pertama dia buka. Hatinya luluh. Hari ini, hari ini adalah hari Haura dan anak-anaknya berpindah ke Itali.

"A-aku nak jumpa Haura." Baru dia mahu bangun, terasa gari di pergelangan menahannya. Buat seketika, dia baru tersedar. Dia terlepas untuk melihat Irsyad, Iryana dan Haura buat kali terakhir. Dia terduduk.

 

           

                           SICILIA, Italy. Tangan Raez mengawal paip kearah Porsche Panamera milkinya. Padahal fikirannya sudah terbang. Melayang jauh ke Malaysia. Begitu dia merindui kehadiran Haura dan anak-anaknya.

Teringat pula Sean dan Sarah bermesraan di tepi halaman mansion Luiz semalam, tangkap gambar dan merakam moment bahagia mereka bersama. Semakin jelas kesunyian yang dia rasa. Raez jeling tajam untuk melupakannya. Tak ada tempat lain ke nak bermanja? Memang kena depan aku juga ke? Cis.

Mentang-mentanglah Haura tak ada. Sukalah mereka menyeksa jiwanya begini. Menyampah betul. Dia ambil span didalam baldi. Di campak pada cermin Porsche miliknya. Kaki dihentak beberapa kali. Kesal. Menyampah betul bila Sean sengaja membuatnya cemburu. Dia benar-benar merindui isteri dan anak-anaknya.

Kau tengoklah Sean, kalau Haura dapat berpindah kesini memang dia akan balas dendam. Apa dia ingat, bapa dua orang anak tak sweet ke? Entah-entah, tambah lagi seorang. Tengok, kita tengok. Berlumba siapa yang lagi hebat. Jangan pandang sebelah mata dengan bapa dua orang anak. Huh. Setakat nak lawan pengantin baru, apalah sangat. Jentik jari pun dia boleh kalahkan.

Span yang di campak ke cermin tadi melantun pada wajahnya semula.

"Aduh! Pedih! Pedihnya!" Apalah nasib. Sudahlah jiwanya sedang kesunyian, sabun pula masuk mata. Air paip di cucur pada mata. Dah macam orang gila Raez terpekik. Habis di siram bebola mata, tangannya mengipas pula untuk mengurangkan kepedihan.

"Nak Haura tolong?" Terkejut bukan kepalang.

"Mak!" Paip pada tangan dia hala pada wajah Haura. Iryana dan Irsyad pula mentertawakan ibu mereka yang sudah basah lencun. Prank failed.

"Eh! Sayang!" Paip tadi dia jatuhkan kelantai. Sejak bila pula Haura ada dekat sini! Dia toleh ketepi ada Iryana dan Irsyad juga. Apa ni? Sesiapa? Tolong terangkan. Raez betul-betul kebingungan dengan kejutan dari mereka.

"Habis basah..." Haura tertawa kecil dengan reaksi Raez. Dia suka melihatnya terkejut seperti yang mereka rancang.

"Sayang? A-abang mimpi ke ni!" Pipi dia tepuk beberapa kali. Kalau hari itu, Haura rasa seperti didalam mimpi. Kali ini, giliran Raez pula yang merasakan ini seperti didalam mimpi.

"Ya abang, ni Haura. Isteri abang." Terkedu bila tubuhnya di peluk dan dipusing keudara. Dengar tawa Raez jelas ketika ini.

"Rindunya!" Haura ikut tertawa. Dia rasa seperti terbang ke awang-awangan.

"Abang, Haura basahlah..." Rungut Haura ketika mendaratkan kakinya ketanah semula.

"Kenapa datang tak bagitahu abang?" Tangan Raez menerkup pipi Haura. Geram betul. Kenapa tak bagitahu awal-awal? Kalau dia tahu, bolehlah dia bersiap segak hari ini.

"Happy birthday abang!"

"Happy birthday ayah!" Raez terkedu. Macam mana dia boleh lupa tarikh hari jadinya sendiri?

"Surprise!" Haura menggenggam tangan Raez dan menggoyangkannya beberapa kali.

"Mimpi...mimpi...ni..."

PAK! Pipinya ditampar oleh Haura. Raez mengecilkan matanya.

"Hehehe, tak mimpi kan?" Haura sengih persis kerang busuk. Tahu dirinya salah kerana menampar Raez. Bukan salahnya. Dia cuma mahu menyedarkan Raez bahawa ini bukan mimpi. Haura tak pernah salah.

"Sampainya hatimu wahai belahan jiwaku! Ha! Ambik ni!" Paip tadi dia simbah pada Haura semula.

"Abang! Basahlah!" Haura berlari anak. Dia mahu mengelak dan tertawa bila Irsyad dan Iryana ikut berlari bersamanya.

"Lariii ada antu air!!!" Jerit Iryana. Begitu terujanya sampai dia menjerit bila air membasahi bajunya.

"Ayah! Sini!" Irsyad melambai pada ayahnya. Orang lain berlari, dia pula mahu didekati.

"Haaaa! Ambik ni!" Raez pun berlari kearah Irsyad. Dia simbah Irsyad pula.

"Aaaaaaa! Basah! Lari!" Tadi dia mahu, sekarang dia pula berlari keriangan. Mengikuti belakang ibunya yang sedang berlari menyelamatkan diri.

"Antu air datang nak tangkap Yan!"

"Aaaaaaaaaa!" Iryana berteriak bila tubuh kecilnya ditangkap. Dia ketawa ketika perut buncit nya di gigit oleh ayahnya sediri.

"Yan mati. Yan jadi antu air! Yan tangkap ayong! Ayah pulak tangkap ibu!" Iryana pula bagi arahan kepada ayahnya.

"Haip! Haip! Yan tentut!" Raez membuat tanda hormat.

"Sayaaaang! I'm cooooming!" Raez menghadiahkan senyuman nakal kepada Haura ketika melipat lengan bajunya.

"Eeeey! Hantu gatal! Syad lari cepat!" Haura ambil tangan Irsyad dan lari bersama-sama dengannya.

"Cepat ayah! Kita tangkap diorang!" Iryana genggam jari ayahnya dan membawa ayahnya mengejar mereka. Dengan terkedek-kedek punggungnya berlari. Begitu menghiburkan.

Irsyad terjatuh.

"Syad bangun cepat!" Haura pula yang terbawa emosi. Rasa seperti di kejar oleh zombi gugupnya. Belum sempat dia tolong Irsyad, tubuhnya ditangkap Raez.

"Aaaaaaaaaaa!" Tergolek juga ditanah. Dihempap oleh suaminya sendiri.

"I got you, sayang. Muahaha. Aduh!" Baru mahu menerkam isteri, belakangnya pula dihempap oleh Iryana.

"Yeaay! Semua kalah! Yan menang!" Iryana melompat-lompat diatas mereka. Tertawa sakan. Sampai akhirnya, Raez mendukung Irsyad. Haura pula mendukung Iryana. Mereka di bawa masuk kedalam mansion milik Raez sendiri.

"Kejap, abang ambil towel." Haura berhenti didepan pintu. Menggigil dia peluk Irsyad dan Iryana. Mereka habis basah lencun. Menunggu tuala dari Raez.

"Tada!" Raez melutut. Dia mengelap baju Irsyad. Lepas tu, dia lilit tuala itu pada Irsyad. Begitu juga dengan Iryana. Dia lilit tuala pada Iryana. Sampai giliran Haura, Raez kenyit mata.

"Nak tuala..." Haura menghulur tangan.

"Tak ada. Kita kongsi." Tuala besar dia gulung pada tubuh mereka. Pipi Haura dia kucup beberapa kali.

"Abang!" Habis merah pipi Haura merona. Bahang terasa.

"Jom masuk, sayang. Kita honeymoon dekat sini jelah. Aduh!" Pinggangnya dicubit oleh isterinya. Sakit. Tapi dia suka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience