HPD || BAB 12

Romance Completed 246547

Selepas saja menenangkan Irsyad, Haura membaringkannya di dalam baby coat perlahan-lahan.

"Haura Damia!!!" Teriakan Arsyad dari luar bergema sehingga kedalam bilik.

BAM!!!

Bunyi pintu bilik yang dihempas dengan kuat oleh Arsyad membuatkan bahu Haura terjungkit.

"You know what you'll face if you disobeyed my orders!!! Now face it!!!" Kejung tubuh Haura ketakutan melihat wajah Arsyad yang sudah memerah ketika berdiri didepan pintu bilik.

Semakin Haura melangkah kebelakang, semakin banyak juga Arsyad melangkah kehadapan.

Kalau tadi pintu di hempas ketika dia membukanya, kini pintu itu dihempas sekali lagi ketika dia menutupnya.

"Kau keluar dari bilik ni masa aku tak ada kan?" soalnya dengan renungan tajam kepada Haura ketika menapak semakin rapat kearah gadis itu.

Haura sudah tertunduk menekur lantai.

Zap!

Dagu Haura direntap keatas sehingga terdongak memandang kearahnya.

"Look at me when I ask you!"

"S-sakit..." Semakin Haura mengadu kesakitan semakin sakit hati Arsyad mendengarnya. Dia ketatkan cengkaman tangannya pada dagu Haura.

"Aku tanya kau sekali lagi, kau keluar dari bilik masa aku dekat hospital?" Kali ini Haura mengangguk laju berselang air matanya kerana kesakitan.

"Speak!!!"

"Y-ya..." Dengar saja jawapan yang menyebalkan hatinya. Terus saja dia rambut Haura dan melemparnya diatas katil.

Teriakan Haura dia abaikan saja kerana amarah yang telah mengawal dirinya. "How many times do I have to remind you that you belong to me Haura Damia!!!" Rambut Haura masih penuh dalam genggamannya.

"Bukan cara ini untuk awak memiliki saya. Halalkan saya semula. Baru saya akan terima semua yang awak nak buat pada saya!" Tewas. Air matanya mengalir membanjiri pipi mulusnya ketika wajahnya terdongak menghadap siling.

Arsyad ketawa sinis

"Kau fikir, kau layak ke?" soalnya sebelum mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Haura. "Kau ingat lepas apa yang kau dah buat pada aku, aku akan maafkan kau semudah itu? Kau ingat aku tiada sebab kurung kau disini?" soalnya lagi dan lagi.

"Arsyad..."

"Kau ni aku cuma aku anggap sebagai perempuan simpanan aku je. Tak seistimewa mana punlah. Tak usah nak perasan." Zap! Hati Haura seakan di tikam berkali-kali ketika mendengar pengakuan dari bibir Arsyad.

"Sebab aku fikirkan anak kita je aku layan kau atas dari seorang pelacur. Jadi bersyukur sebab lahirkan Irsyad dekat dunia ni, kalau tak memang dah merana kau aku kerjakan ditangan aku." Sekali lagi kepala Haura dihempas atas katil.

"Aku dah bagi kau amaran dari mula, apa yang aku akan buat bila kau berani-berani menidakkan tindakan aku!" Tangan kekarnya membuka tali pinggang sambil memandang Haura dengan kemarahan.

"Tolong...jangan..." Haura menggeleng kepalanya dan melutut diatas katil.

Tali pinggang yang sudah dibuka, dia campak atas lantai.

"Awak, saya merayu tolong jangan buat saya macam ni..." Haura menangis teresak-esak buat kesekian kalinya. Dia mengengsot tubuh ke hujung sudut. Tidak sanggup untuk merelakan perbuatan Arsyad seterusnya.

"Saya merayu..tolonglah...lepaskan saya kalini..." Haura memandang Arsyad dengan penuh linangan air mata, berharap lelaki itu akan memberi secebis simpati.

Kalau tadi esakan Haura yang bergema didalam ruangan, kalini esakan Irsyad pula yang bergema selepas terjaga dari lena kerana bunyi teriakan dari Arsyad dan Haura.

Rambut Haura dia rentap kembali.

"Say it again."

Tangan Haura sampai menggigil ketika memaut tangan kekar Arsyad yang sedang merentap rambutnya.

"Sa-saya merayu...t-tolong...sa-sakit sangat awak..." Menggigil suaranya ketika merayu. Tangannya masih memaut tangan kekar Arsyad supaya melepaskan genggaman yang kuat itu dari rambutnya.

"Again!" tempik Arsyad untuk menyentapkan lagi hati lembut gadis itu. Tidak adil jika dia seorang saja yang merasakan kesakitan selama berbulan-bulan. Biar Haura rasa bagaimana erti pengkhianatan yang dia had apa selama ini.

"Saya merayu...tolong jangan buat saya macam ni...tolong...kalau awak tak rasa simpati terhadap saya sebagai Haura yang awak cinta satu ketika dulu, sekurang-kurangnya simpati pada saya sebagai ibu kepada anak kita..."

Sebagai ibu kepada anak kita. Perkataan itu berjaya menampar realiti. Arsyad seakan baru tersedar dengan apa yang sedang dia lakukan kepada Haura ketika ini. Genggamannya dari rambut Haura segera dia lepaskan.

Haura melepaskan nafas lega untuk seketika sebaik saja merasakan genggaman Arsyad melonggar dari rambutnya. Esakannya masih terdengar jelas.

Arsyad meraup wajah.

"Astaghfirullah..." Dia terduduk dibucu katil. Kerana terlalu mengikut amarahnya, sanggup dia mengasari Haura dengan tangannya sendiri. Kerana emosi dan perasaan cemburu yang membelenggu sejak berbulan lalu.

Haura merangkak perlahan-lahan turun dari katil. Tubuh kecil Irsyad dia baringkan didalam dukungannya.

"Sshhh...ibu ada...jangan takut sayang..." bisik Haura dengan esakan yang tak tertahan. Cuba menenangkan anak kecilnya sedangkan hatinya saja sedang hancur.

Arsyad memandang kearah Haura yang sedang membelai pipi Irsyad dan cuba meredakan tangisan anak kecilnya. Arsyad memejamkan mata seketika untuk mengawal emosi.

Irsyad merengek lagi ketika mencari-cari tempat ternyamannya. Dia sedang kehausan. Biasalah, bayi lelaki. Perlukan susu lebih dibanding bayi perempuan.

"Shhh..." Haura mengelus lembut rambut halus di kepala kecil itu dengan penuh kasih sayang. Irsyadlah sumber kekuatannya ketika ini.

Setelah mulutnya dibawa ke tempat yang paling ternyaman buatnya, terus saja Irsyad berhenti merengek. Tangan kecil Irsyad bermain didada Haura ketika menyusu susu badan itu.

Tersedu-sedu Haura menahan tangisannya.

Tiba-tiba sahaja, pinggangnya dirangkul oleh Arsyad. Haura mahu menangis sekali lagi.

"Just for a second. Please. For me." Wajahnya dia sembamkan pada belakang Haura ketika memeluknya dari belakang. Perasaan serba salah membelenggu diri.

Forgive me. Haura dapat rasa, belakang bajunya mula dibanjiri dengan air mata Arsyad.

Mata Haura terpejam. Liurnya ditelan payah ketika cuba menguatkan hati. Dia perlu kuat. Dia tidak boleh lemah.

Tangan Arsyad semakin kuat merangkul.

Maafkan aku Haura. Rangkulan Arsyad perlahan-lahan melonggar kemudian Haura mendengar bunyi pintu dibuka dan di tutup. Maksudnya, Arsyad sudah keluar meninggalkannya bersama Irsyad didalam bilik ini sekali lagi.

Setiap kali Arsyad sedar dari apa yang sudah dia lakukan. Pasti Arsyad akan segera pamit sebelum emosi mengawalnya semula.

Terik sinaran matahari menyimbah kelopak matanya dari tingkap ruang tamu. Arsyad tersedar dari lena selepas berjam-jam tidur disofa.

Tangisan Irsyad dari dalam bilik kuat bergema.

"Irsyad." Laju Arsyad bangkit dari sofa dan berlari anak menaiki tangga ketingkat atas.

Buka sahaja pintu, Arsyad nampak Haura tengah mengesat muntah yang baru saja Irsyad keluarkan dari mulutnya.

Haura dengan cemas memandang kearah Arsyad.

"Irsyad muntah-muntah dari subuh tadi..." adu Haura sambil meredakan tangisan anak kecil itu.

"Why?" Arsyad terus masuk kedalam bilik. Dia ambil Irsyad dan baringkan diatas katil perlahan-lahan.

Dua jarinya diletakkan pada dahi Irsyad. Suam. Segera dia pandang kearah Haura.

"Muntah Irsyad dari tadi berair atau pekat?" soal Arsyad sambil tangannya segera membuka bedung pada tubuh Irsyad.

"C-cair, memang cair dari tadi." jawab Haura dengan cemas. Jari kecil Irsyad dia genggam erat. Risau apa-apa buruk yang akan terjadi.

Arsyad angkat Irsyad dan menyandarkannya pada dada. Tangan Arsyad menepuk perlahan belakang Irsyad supaya meredakan tangisannya.

"Ada buang-buang air?" soalnya lagi.

"Tiga ke empat kali tadi."

Arsyad menarik nafas lega. Dia terus membaringkan Irsyad pada katil semula.

"Irsyad cuma masuk angin." Arsyad bangun dan membuka beg baju Irsyad. Tangannya menyelongkar sesuatu.

"Kena sapu ubat eucalyptus dekat perut baru reda." Arsyad duduk semula. Tangannya menyapu ubat tersebut pada permukaan perut Irsyad dengan berhati-hati.

Jantung Haura yang sejak tadi berdegup kencang, terus reda setelah mendengarkan bahawa Irsyad cuma masuk angin.

Mujur tiada perkara buruk yang berlaku.

Masa Arsyad tengah mengurut perut kecil Irsyad dengan penuh kelembutan. Arsyad membuka bicara tanpa menoleh kearah Haura.

"Aku bawa Irsyad sekali, takut kalau apa-apa jadi aku boleh bawa anak kita terus ke hospital." kata Arsyad dengan dingin.

Haura pandang kearah Arsyad.

"Awak nak bawa Irsyad kemana?" soalnya dengan sedikit gugup. Naluri keibuannya tidak sanggup membiarkan Arsyad membawanya pergi bersama.

"Rumah mama." Dua patah saja jawapannya sebelum tangannya kembali membedung tubuh kecil itu.

Hati Haura semakin berat untuk membenarkan anak mereka dibawa kesana. Dia tahu bagaimana penerimaan keluarga Arsyad terhadap kehadiran Irsyad. Dia tidak mahu anaknya dihina atau disakiti. Dia tak rela anaknya menerima nasib yang sama seperti nasib nya.

"Kalau saya...tak ba-"

Arsyad terus memandang Haura dengan tajam. "You've no right to ask anything. Now shut your mouth Haura and know your place." Arsyad mendukung bayi itu didalam dakapannya.

"Awak..."

"What again?"

"Jaga anak kita untuk saya."

Arsyad angguk kepala beberapa saat dan keluar dari bilik dengan membawa Irsyad dan beg baju yang diisi lampin serta beberapa barangan bayi.

•••

Tan Sri Hazlina dan Tan Sri Rayyan Hafsyam bersama anak-anaknya sudah duduk menunggu di ruang makan. Ada beberapa orang bibik yang sedang bergegas menghidang lauk pauk diatas meja panjang itu.

Ada beberapa lelaki sedang memainkan violone di hujung ruang itu. Lampu chandelier bersaiz besar yang tergantung diatas siling memainkan peranan pada suasana mewah didalam rumah agam ini.

"Dah call Arsyad?" soal Tan Sri Rayyan kepada Tan Sri Hazlina.

"Beribu kali dah I call anak kita tu you, mana mahu dia nak angkat!" jawabnya dengan nada menyampah.

"Itu lah mama, I dah pesan banyak kali dah dekat mama dengan papa suruh dia lupakan hasrat untuk jadi doktor. Tapi papa dengan mama nak ikut kan sangat keinginan dia, kan sekarang dah tak jumpa jalan balik rumah." perli Airish sambil pegang anak kecil dalam dakapannya.

"Entah ikut perangai siapa entah si Arsyad tu. Buat malu keluarga. Tengok I sekarang, goyang kaki je urus syarikat papa. Senang kerja. Duit pun berkepuk-kepuk. Orang kata kalau buat kerja dapat restu parent memang rezeki dilimpah luahkan." tambah Zafril selaku anak sulung dalam keluarga. Suit mewahnya di betulkan dengan rapi. Bangga dengan kemewahan dan kekayaan yang dia capai sekarang.

Tan Sri Hazlina keluh perlahan. Dia jeling kearah suaminya.

"Papa you alls lah...manjakan anak bongsu dia sangat!" kata Tan Sri Hazlina. Sakit betul hatinya bila teringatkan keputusan anak bongsunya untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang doktor. Jejak perniagaan mereka langsung Arsyad tak mahu nak ikut.

"Eh? I pula yang kena?"

Mereka satu keluarga membalas ketawa.

"Ni nasib baik jugalah anak kita tu dah bercerai dengan perempuan kampung tu. Kalau tak, makin tak tenang hati I fikirkan berapa ramai lagi keturunan pengemis tu akan terlahir," kata Tan Sri Hazlina dengan muka selambanya.

Airish mengesat bubur yang mengotori bibir anaknya dengan ibu jari.

"Ha, kalau you nak beranak pinak banyak mana pun mama tak kisah Airish. Lagi mama bangga dapat tambah ahli baru millionaire kelurga kita." tambah Tan Sri Hazlina lagi dengan senyuman melebar ketika membelai rambut Alyssa selaku cucu pertamanya.

"Satu pun cukuplah mama, suami I pun busy dengan company je. Tak ada masa dengan family. Malas I nak tambah beban." jawab Airish dengan muka naik menyampah bila teringat suami sendiri. Ada suami macam tak ada suami je gayanya.

"Assalamualaikum." Pandangan Tan Sri Hazlina, Tan Sri Rayyan Ashraf, Airish Tasneem dan Akram Zafril tertumpu pada seorang bayi lelaki yang berada didalam dukungan Arsyad.

"Perkenalkan, cucu kedua mama and papa. Irsyad Taqqiyudin Mohammed bin Arsyad Taqqi Mohammed." Arsyad duduk di bersebelahan dengan Airish.

"How dare you bawa anak pengemis ni dekat rumah mama?" soal Tan Sri Hazlina tanpa bertanya khabar atau sapaan. Dia langsung tidak mahu melihat anak hasil dari rahim Haura. Tak ingin!

"Ini anak I, cucu you." jawab Arsyad dengan muka dingin. Tan Sri dan Airish sailing balas pandangan tak puas hati. Mengerling kearah Irsyad dengan muka geli.

"Bila pula you kutip budak ni dari ibu dia?" soal Tan Sri Rayyan acuh tak acuh. Jus oren itu dia teguk dengan rakus. Tak suka betul bila nampak muka Irsyad ditayang depan matanya.

"Lepas dia bersalin."

"So betina kampung tu benarkan you ambil semudah itu je? Nampak sangat terdesak. Maklumlah tak duit nak besarkan anak sendiri. How shame." Airish membalasnya dengan sinis. Dia tersenyum bangga sambil menayang Alyssa yang berada didalam dakapannya. Dia mahu Arsyad sedar apa hukumannya jika menentang larangan keluarga.

Tak pasal-pasal anak kena layan macam sampah. Airish cuba tahan tawanya ketika berbicara dari dalam hati.

"Apa kaitan dengan you?" bidas Arsyad.

"Tak payah nak jumpa pelacur tu lagi. Ni, anak ni elok you pulang je kat ibu dia semula. Tak pasal-pasal ikut pula perangai kampung mak dia jadi Gigolo pula nanti." Mereka berempat ketawa terbahak-bahak membahan Irsyad dihadapan Arsyad tanpa rasa bersalah.

"Respect my son or I leave." Arsyad sudah siap berdiri. Tinggal saja bawa Irsyad pergi dari neraka ini.

Tan Sri Hazlina menjeling kegeraman.

"Fine!"

Share this novel

Balqis Sorfina
2024-02-09 13:51:08 

ooo klu letak emoji jadi tanda soal ehh, sy letak emoji tu aaa

Balqis Sorfina
2024-02-09 13:50:36 

thank u author, nrqisfina here to support????


NovelPlus Premium

The best ads free experience