HPD || BAB 44

Romance Completed 246547

JARI-JEMARI Sarah mengetuk pada cawan kertas didalam genggaman sambil menunggu Sean. Dia kata, dia mahu pergi ke tandas sekejap. Jadi Sarah hanya tunggu didalam kereta.

Air dicicip beberapa kali.

Sean mengetuk tingkap kereta untuk meminta Sarah membuka kunci.

Senyuman Sarah melebar. Segera dia membuka kunci kereta. Bila Sean duduk di tempat pemandu, mata Sarah tidak berhenti menatap padanya.

Sean membalas pandangan Sarah juga. "Mi Amor. (Cinta Aku)" Ucapnya pada Sarah sambil meneliti setiap inci di wajah tunangnya. Tiada cacat cela yang dia temui. Sempurna. Cantik seperti selalu.

"Lamanya, pergi tandas ke buat tandas encik abang oi." Usik Sarah berselang tawa. Geli hati dengan usikannya sendiri.

Sean pun ikut tertawa. Tali pinggang dia pakai sebelum menghulur sejambak bunga 'baby breath' bewarna biru langit.

"Kutip bunga dekat tepi jalan je, Mi Amor." Membulat mata Sarah ketika melihat bunga kegemarannya dihadapan mata.

"Baby breath! Sean? Seriously?!" Sarah mengambilnya dan hidu. Ah, siapa je yang tidak suka bila dapat bunga dari kekasih hati. Hati Sarah rasa mahu melompat. Selepas arwah suaminya, Sean adalah lelaki kedua yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Sean berjaya mengubati luka lama.

"Apa, Mi Amor?" Sean mencebik bila Sarah cuma memanggil namanya.

Sarah terdiam. Alamak.

"Love. Sorry, love." Sarah senyum manis pada Sean untuk memujuk. Yelah, dia tahu dia silap. Pergi panggil nama je memang merajuk lah si intan payung permata hatinya.

Tergelak Sean bila nampak muka cuak Sarah. "Suka tak bunga tu?" Soal nya. Jari telunjuknya bermain dengan bebunga didalam jambakan.

"Suka! Cantik..." Bunga dihadapannya sangat menenangkan.

"I wonder, why baby breath?" Soal Sean dengan penuh tanda tanya. Iya lah, banyak lagi bunga didalam dunia ni. Rose, lavender, orked, semua itu adalah kegemaran ramai wanita tetapi tidak dengan Sarah.

Tatapan pada bunga dia lepaskan dan tatap wajah Sean.

"Sebab...ada makna yang saya simpan disebalik nama bunga ni."

Berkerut dahi Sean mendengar nya.

"Maksudnya, ada makna tersembunyi?" Dagu digaru.

"Nak tahu..." Pujuk nya dengan muka ingin tahu. Sarah tertawa.

"Nak tahu?"

"Yup..."

Sarah mengeluh perlahan sebelum membuka bicara. "Sebab, nama bunga ni kan, baby breath. Nafas bayi. Bila saya teringatkan maksudnya, nafas bayi...buatkan teringatkan tentang baby saya." Raut wajah Sean berubah. Rupanya, Sarah masih bersedih tentang kepemergian bayinya.

"Mi-"

"Saya dah boleh terima, love." Sarah tersenyum. Pandangannya jatuh pada bunga didalam jambakan semula.

"Cuma bunga ni, buat saya berharap. Kalaulah anak saya masih hidup, mesti saya dapat peluk dia di setiap malam, dengar nafas dia. Saya dapat bayangkan macam mana rupanya saya tersenyum melihat anak saya melompat keriangan dan bernafas macam mana saya gembira melihat anak-anak Haura. Mesti anak saya sebaya dengan Iryana. Boleh saya kawankan dia dengan Iryana..." Kolam mata sudah mula bergelinang.

"Bayi awak tu tengah tunggu awak di syurga, itu janji Tuhan." Sean cuba memujuk Sarah. Dia tidak suka kekasihnya bersedih lama-lama.

Sarah angguk kepala. "Saya tahu. Saya pun tak sabar nak berjumpa dengan dia disana."

"Don't cry..."

"Promise..." Sarah membalasnya dengan senyuman.

"Love nak tahu tak, saya rasa bahagia untuk Haura." Sarah tertawa perlahan. "Saya rasa bangga sebab dia, dia kuat. Dia dapat besarkan anak-anak dia tanpa suami disisi."

Sean juga ikut tersenyum.

"Tapi saya juga berharap, Haura akan terima Nathan suatu hari nanti. Saya tak nak dia tutup pintu hati, hanya kerana dia cintakan arwah suami dia. Nanti anak-anak Haura yang menderita. Dahagakan kasih sayang dari seorang ayah." Sarah pandang Sean dengan raut wajah sedih. Bibir Sarah bergetar ketika menahan tangis.

"Entah sampai bila Haura nak tahan diri sendiri..." Sean mengambil tisu dan mengesatkan air mata Sarah yang sudah mengalir pada pipi.

"Kalau saya jadi dia, saya tak kuat. Saya perlukan seseorang untuk saya bersandar." Sarah mula menangis bila memikirkan betapa kuat nya Haura.

Sean hanya mendengar setiap luahan dari Sarah. Dia memberi ruang untuk Sarah mengemukakan isi hatinya. Dia tidak mahu mencantas kerana dia tahu. Sarah hanya mahu meluah bukan untuk dinasihati.

"Sebab tu saya ada untuk Mi Amor." Kenyitan mata Sean membuatkan Sarah tertawa. "Sandarlah dibahu saya bila-bila masa yang awak nak."

Sarah kesat air mata.

"Saya tak sabar nak tunggu wedding day kita. Nanti setiap malam kalau saya rindu baby dengan arwah suami saya, saya nak peluk love ketat-ketat." Sengaja Sarah mahu membuat Sean marah tetapi Sean cuma tersenyum.

"Gunalah saya semahu awak sebab saya milik awak, Mi Amor." Jawapan Sean membuatkan jantung Sarah berdegup kencang.

"Love tak marah?"

Sean geleng kepala.

"Arwah suami awak adalah kenangan lampau. Saya tak boleh paksa awak untuk lenyapkan dia dari fikiran awak. Semua tu kerja Tuhan. Kalau dia mahu awak lupakannya, awak akan lupa. Kalau Tuhan mahu awak ingat tentangnya sampai bila-bila, awak akan ingat sampai mati." Sean pandang Sarah. Hampir sahaja dia mahu memegang tangan Sarah tetapi dia kawal.

"Hmmm..." Sarah senang dengan jawapan Sean.

"Dan soal kahwin, saya pun tak sabar nak tunggu hari tu tiba. Nanti kan kita gerak awal sebelum tarikh perkahwinan kita, saya ingat, saya nak dapatkan izin Luiz untuk keluar dari blackRezz. Saya tak nak perkahwinan kita bahayakan awak. Lagipun, duit, duit pekerjaan saya tu. Saya tak nak awak makan dengan hasil pekerjaan saya yang sekarang. Lepas tu, saya nak belajar agama Islam lebih dalam...sebelum jadi suami awak..." Sarah terus geleng kepala.

"Saya boleh ajar!" Dia tahu Sean masih belum arif tentang Islam. Jadi, dia mahu menjadi pemberi semangat kepada Sean.

Sean tertawa. "Tugas suami adalah mendidik isteri, bukan dididik oleh isteri. Lepas saya masuk Islam dan menjadi tunang awak. Saya belajar banyak perkara." Dia menggenggam tangan nya sendiri.

"Saya belajar, tentang martabat seorang wanita disisi Islam. Kalau dulu, saya selalu terfikir. Kenapa muslimah tak boleh disentuh, mahupun memperlihatkan aurat mereka. Rupanya, semua itu akan diperlihatkan dan diberikan pada suaminya." Sean tersenyum. "Maaf kalau saya salah. Saya masih baru lagi..."

Sarah geleng kepala.

"Tak ada yang salah, Saeed Maliq."

Terkejut Sean bila dengar Sarah memanggil nama barunya. Iya, sewaktu dia masuk Islam. Sarah yang memilihkan nama itu untuknya. Jadi agak janggal bila dia dengar nama itu. Tetapi sejujurnya, Sean memang senang dengan nama barunya lebih-lebih lagi bila Sarah yang pilihkan untuknya.

"Kenapa?" soal Sarah bila raut wajah Sean berubah.

"Sedap nama tu, siapa entah yang carikan untuk saya."

"Ceh!" Baru sahaja Sarah mahu cuak. Ingatkan, Sean mahu marah tadi kerana memanggilnya Saeed Maliq.

                       SESAMPAI di Lapangan Terbang KLIA, Haura dan Nathan menunggu kedatangan Sarah dan Sean sambil melayan karenah Iryana dan Irsyad.

"Ibu, tengok ni." Irsyad membuka zip begnya dihadapan Haura. Dia tunjukkan ubat-ubatan dan tisu kalau-kalau hidungnya tiba-tiba berdarah.

"Syad masukkan sendiri kat rumah tadi." Dia tersenyum bangga kerana dapat berdikari tanpa bantuan ibunya. Dia mahu tunjukkan kepada ibunya bahawa dia seorang yang kuat. Walaupun sebenarnya, banyak kali dia kesakitan tanpa pengetahuan ibunya.

"Syad masukkan sendiri?" Haura rasa bangga dengan Irsyad. Dia terus pelukan anaknya.

"Sorry tau, ibu kena uruskan Yan tadi. Ibu kena tukar lampin, suapkan makanan, dengan sapukan minyak angin dekat perut Yan pagi tadi. Sampai tak perasan yang Syad buat sendiri." Pipi Irsyad dielus penuh dengan kasih sayang.

"Tak apalah ibu, Syadkan strong boy." Irsyad membuat lengan seperti pengangkat berat. Comel sangat. Tergelak kecil Haura melihatnya. Dalam masa yang sama, Haura rasa sedih. Macam mana anak sekecil Irsyad boleh mengetepikan kemahuannya hanya untuk membuat ibunya bahagia? Bukan sekali, tetapi sudah berulang perkara yang sama terjadi.

Setiap kali Irsyad mahukan seorang ayah, Haura menidakkannya. Katanya, dia boleh jadi seorang ibu dan seorang ayah sekali gus untuk Irsyad. Tapi dia tahu, kasih sayang seorang ibu tak akan sama dengan kasih sayang seorang ayah.

"Ibu! Tenok ni uncle belikan Yan teddy bear bayu!" teriak Iryana dari jauh semasa didalam dukungan Nathan. Haura cuma tersenyum nipis. Patutlah menghilang, rupanya pergi beli anak patung baru. Nathan betul-betul tunaikan apa yang dia janji pada Iryana seminggu lepas.

Haura berdiri dan mengangkat Irsyad. "Encik, kenapa susah-susah belikan anak patung baru untuk Yan? Banyak dah anak patung dia dekat rumah. Membazir..." Lembut sahaja Haura memesannya. Dia tak suka cara Nathan memanjakan Iryana. Dia takut nanti anak-anaknya terbiasa dengan kewujudan Nathan. Dia tak mahu itu. Dia akan pastikan, anak-anaknya hanya bersandar padanya dan Arsyad. Bukan Nathan.

Pelik? Iya. Mestilah Haura rasa pelik kenapa hatinya seperti menganggap Arsyad masih hidup. Padahal dia tahu perkara itu mustahil terjadi. Dia masih genggam tali yang sama. Masih berharap bahawa tali yang dia genggam akan bergerak semula. Sebagai tanda bahawa Arsyad masih bersama dengannya.

"Tak apalah, lagipun saya yang janji dengan dia tempoh hari. Janji kan kena tepati. Kan, Yan?" Yan angguk laju kepalanya dengan bersemangat. Seronok betul dapat peluk anak patung baru bewarna coklat itu.

"Fluffy! Fluffy!" Iryana geram sangat sampai dia gomol-gomol anak patung beruang tu.

"Haura! Nathan!" Serentak Haura dan Nathan menoleh kearah kepunyaan suara. Nampak Sarah dan Sean melambai kearah mereka dari jauh sambil menarik beg bagasi masing-masing.

"Sarah!" Haura membalas lambaian Sarah dengan keriangan. Nathan pula cuma membalas dengan senyumannya yang tenang.

                    SICILY, Italy. Mereka tiba di sebuah Pulau yang sangat indah selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Itali tadi, mereka terus di bawa kesini. Pemandangan yang sangat menarik perhatian semua orang didalam kereta.

"Macam mana? Cantik tak?" Soal Sean dengan senyuman melebar. Rasa bangga dapat memperkenalkan keindahan negaranya pada kenalan Sarah.

"Tantik cangat!" Iryana terlompat-lompat diatas riba Nathan sambil memandang keluar dari tingkap. Mulutnya terlopong sampai meleleh keluar air liur. Nathan cuma tertawa kecil, dia lapkan air liur Iryana dengan tangannya sahaja. Langsung tidak jijik sebab dia dah anggap Iryana macam anaknya sendiri.

Irsyad yang sejak tadi tertidur di pangkuan Haura terus terjaga dengan jeritan Iryana. Mata kuyunya terus memandang keluar tingkap bila dia melihat semua orang memandang kesana.

"Kita dekat mana ibu?" Matanya bersinar terang.

"Dekat Pulau Sisilia. Cantik kan?" Haura menjawabnya sambil menyisir rambut Irsyad ke tepi.

"Cantik..."

"Kita ke Mansion Luiz sekejap ya? Saya ada urusan dengan mereka sebelum kita bergerak ke Vila." Haura dan Nathan hanya membalas dengan anggukan.

   
                      SESAMPAI disana, ada sebuah pagar yang sangat besar di seliputi emas. Bila Sean memandu melepasi pagar tersebut pula ada sebuah rumah agam. Besarnya seperti Istana. Rumah agam itu tersangatlah mewah. Di penuhi dengan emas.

"Welcome to BackRizz." kata Sean sebaik sahaja memarking kereta di hadapan rumah agam tersebut. Ada beberapa pengawal sedang berdiri tegak di hadapan mereka dan membukakan pintu.

Mereka pun keluar. Tidak ada satupun dari mereka yang tidak terpesona dengan keindahan rumah agam ini.

"Jom masuk." Sarah menarik tangan Haura dengan teruja. Sebenarnya, dia sudah beberapa kali pergi kesini. Jadi dia tidak merasakan kegugupan lagi untuk masuk kesini. Luiz juga sudah mengenalinya.

Bila mereka memanjat beberapa anak tangga untuk ke pintu gerabang, pintu besar itu terbuka sendiri. Bukan kerana automatik, tetapi kerana ada pembantu rumah yang membukanya dari dalam.

"My God! Ada anak kecil yang comel!" Terkejut Haura bila melihat seorang lelaki berwajah Itali tersebut berlari kearah Iryana dan mencubit pipinya.

"Alessandro, behave." Sean menekan nadanya.

Alessandro pula bukannya faham bahasa, dia terus menggomol pipi dan perut Iryana yang buntal itu.

"Saya ada pantun!" Alessandro sudah pandai berbahasa Melayu sedikit selepas Sarah mengajarnya.

"Kecil-kecil tidak mahu mati, besar-besar menyusahkan orang." Terkejut beruk Haura, Nathan, Iryana dan Irsyad mendengarkan pantun dari Alessandro.

"Huwaaaa!" Iryana terus menangis disitu. Dia sembam muka pada dada Nathan. Irsyad pula terus genggam tangan Haura kuat-kuat.

"Kenapa dengan abang ni ibu?" Dia cakap separa bisik sebelum menyorok di belakang Haura.

"Alessandro, bawa mereka ke ruang tamu. Aku mahu berjumpa dengan Luiz dan Fabio."

"No problem!" Alessandro pun membetulkan coat dan menukar riak wajahnya dari comel kepada macho.

"Come with me everybody!" Sarah dan Sean menepuk dahi. Haura dan Nathan pula cuma mengikut belakang Alessandro menuju ke ruang tamu.

"Mi amor boleh ikut mereka dahulu. Saya mahu berbincang bersama Luiz diatas." Sarah angguk kepala.

"Okay, love. Good luck." Sarah memberi ciuman terbang sebelum mengikut mereka. Sean tarik nafas perlahan-perlahan. Dia pergi ke lift dan masuk kedalamnya.

Sesampai ditingkat atas, dia nampak Luiz tengah main snooker. Fabio pun ada disana.

"Signor." Sean menunduk.

Luiz berhenti menolak bola dan menoleh kearah Sean yang berada di hadapan pintu.

"Il mio amato figlio è arrivato. (Anak kesayangku sudah tiba)" kata Luiz sebelum meletakkan kayu snooker diatas meja.

"Quando possiamo iniziare a parlare? (Bila kita boleh mula berbincang?)" soal Sean ketika mengangkat wajahnya. Kakinya menapak kedalam.

"Aspetta che arrivi Raez. (Kita tunggu Raez datang.)" Mata Sean sedikit terbuntang. Raez datang? Haura ada di bawah. Habis nanti rahsia mereka bocor kalau Raez bertembung dengan Haura.

"Signore, solo un momento. Voglio andare giù. (Tuan, sekejap. Saya perlu turun.)" Tanpa menunggu jawapan Sean berlari turun tangga. Sudahlah bersusah payah mereka melarikannya dan menyembunyikannya dari pengetahuan sesiapa di Malaysia. Bila dia hampir bertembung dengan Alessandro, Sean menolak sahaja Alessandro ke tepi.

"Kurang di ajar! Sampainya di hati kamu!" Alessandro duduk tersimpuh di lantai setelah ditolak begitu sahaja.

"Raez! Dia bakal bertembung dengan Haura!"

"Apa!" Alessandro terus berlumba dengan Sean untuk menghalang pertembungan berlaku.

"Ini gila!"

"Kau tu gila!"

Raez membuka kasut, dia masuk melalui pintu belakang. Jadi apabila dia mahu pergi ke lift. Dia perlu melepasi ruang tamu.

Haura, Sarah, Nathan, Irsyad dan Iryana hampir tersedak melihat Sean dan Alessandro berlumba melalui ruang tamu ke dapur.

"Raez!" Sean dan Alessandro berhenti tepat di hadapan Raez.

"Hm." Raez dengan muka dinginnya menghentikan langkah.

"Raez! Kau kena berselindung dibelakang kami. Di ruang tamu ada Haura dan orang Malaysia yang lain!" Sean terus menutup mulut Alessandro dengan kuat.

"Jangan lah cakap kuat-kuat samdul! Nanti ketahuan." Sean berbisik dengan nada di tekan.

"Haura?" Anak matanya sedikit bergetar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience