HPD || BAB 59

Romance Completed 246547

ARSYAD berulang-alik diluar bilik. Beristigfar dan berdoa sebanyak yang mungkin. Menanti keputusan daripada personal doktor pakar kanser yang dibayar oleh Arsyad untuk membuat pemeriksaan terhadap Irsyad.

Haura pula tidak mampu lagi untuk berdiri, dia terduduk di sofa bahagian ruang tamu sambil menenangkan tangisan Iryana. Fikirannya penuh dengan pelbagai andaian sehingga memakan batinnya. Tubuhnya lemah. Hanya doa yang terucap di tubir bibir buat anaknya.

Klak! Pintu bilik Irsyad dibuka. Doktor Benjamin geleng kepala untuk mengkhabarkan berita buruk kepada mereka.

Menitis air hangat kepipi. Arsyad mengatur langkahnya masuk kedalam bilik. Tempat dimana, dia melihat Irsyad bermain bola sepak dengan sangat aktif beberapa jam yang lepas. Tetapi sekarang, Irsyad sudah terbaring lemah di atas katil ini. Masih tidak sedarkan diri.

"Irsyad..." Langkahnya semakin lemah apabila mendekati sosok kecil itu. Perkara pertama yang Arsyad lakukan adalah menggenggam tangan lembik Irsyad. Sejuk. Terlalu lama malaikat kecil ini menahan kesakitan. Sudah tiba masanya untuk dia berehat.

"Doctor..." Arsyad menoleh. Wajahnya begitu penuh dengan harapan. Berharap Irsyad akan punya peluang untuk pulih. Dia tahu, permintaannya sangat sulit tetapi salahkah dia berharap akan ada keajaiban berlaku? Salah ke? Ya Allah, hatinya terlalu kesakitan apabila melihat warna kulit Irsyad memucat dihadapannya. Didalam genggamannya.

"Yes, sir."

"Is there still hope for him?" Soalnya. Begitu jelas suaranya diselimuti ketakutan dan kesedihan yang teramat.

"Sorry sir, your son's condition is very critical now, his cancer has reached stage four and it is confirmed that it has spread to metastatic. The chances of a full recovery are very slim. The last way to save your child is by doing metastatic colorectal cancer treatment." Sejujurnya, doktor Benjamin juga turut bersimpati dengan keadaan anak kecil ini. Dia masih berumur empat tahu tetapi sudah berhadapan dengan kesakitan yang paling digeruni manusia.

Kening Arsyad berkerut. Kepala digeleng beberapa kali. "Doing metastatic colorectal cancer treatment?" Soalnya dengan nada yang begitu sadis. Kecewa dengan jalan terakhir ini.

"Yes, sir. Chemotherapy is the main component of metastatic treatment. The FOLFOX and FOLFIRI procedures are combination chemotherapy treatments with optimal efficacy for stage four cancer patients." Jawapan doktor Benjamin telah menyiat segala isi hati Arsyad. Dia bangun dan berjalan kearah doktor pakar kanser itu.

"He is my son, doctor." Arsyad menunding jari pada Irsyad yang masih terbaring lemah diatas katil bersebelahan mereka.

"My son is only four years old. FOUR YEARS OLD. Do you think a four year old and innocent boy like him can survive chemotherapy?" Menitis lagi air mata Arsyad ketika mengatakannya. Dia tahu Irsyad tidak akan dapat bertahan menahan kesan dari kimoterapi itu nanti.

"We have been doing chemotherapy treatment for many years. We're getting tumor responses and seeing patients survive longer with this chemotherapy treatment. Anti-VEGF and anti-EGFR drugs which make the EGFR pathway a target are able to extend the lifespan of your son's. Sir, think about it. For your son's sake." Doktor Benjamin tidak punya pilihan lain selain meminta Arsyad bersetuju. Tiada jalan lain untuk Irsyad meneruskan hidup selain daripada menerima rawatan kimoterapi itu. Kalau bukan untuk penyembuhan, sekurang-kurangnya Irsyad boleh hidup dengan lebih lama.

"I'll think about it." Arsyad mengurut pelipis. Dia sudah mengkaji banyak pesakit yang tidak dapat bertahan dengan kesakitan selepas mendapatkan rawatan kimoterapi. Kebanyakan dari mereka adalah pesakit dewasa. Bila Arsyad fikirkan semula, dapatkah anak kecil seperti Irsyad dapat bertahan? Atau, jalan terakhirnya...biarkan dia mati begitu sahaja tanpa rawatan? Arsyad geleng kepala. Gila? Aku tak akan biarkan Irsyad kesakitan tanpa sebarang rawatan.

"How about this sir, I will give you sometimes to think about. Tomorrow, I will come back to get an answer from you. If you agree to proceed, I will bring all the chemotherapy items from my hospital here. Alright?" Apabila Benjamin melihat Arsyad membalas dengan anggukan. Dia meminta untuk pamit dan segera pulang. Memberi ruang supaya Arsyad dapat membuat keputusan dengan tepat.

Kerusi di sebelah katil dia tarik dan duduk. Runsing. Al-Quran diatas meja kecil dia ambil. Perlahan-lahan dia mengalunkannya seraya menunggu Irsyad kembali sedar. Lebih memilukan hati, bilik yang sebelum ini bergema dengan gelak tawa Irsyad telah bertukar menjadi bunyi monitor. Bergema mesin itu ketika Arsyad mengalunkan ayat suci al-Quran buat Irsyad. Perasaannya bercampur baur, tenang dan sayu menjadi satu.

Bacaan terhenti bila terasa loya datang menyerbu perut kosongnya. Dia letak al-Quran diatas meja. Letih apabila tekak menolak-nolak untuk mengeluarkan isi.

"Sayang..." Arsyad berjalan ke pintu.

"Sayang..." Dia memanggil dengan lebih kuat. Denyutan di kepala semakin kuat. Dia memaut pada pintu.

Haura perlahan-lahan membaringkan Iryana diatas sofa apabila dia sudah tertidur. Bila terdengar panggilan dari suaminya, Haura bergegas kesana dengan riak wajah penuh kerisauan.

"Abang?" Haura memaut lengan Arsyad. Nampak dia hampir tumbang.

"Sayang, papah abang ke tandas. Abang nak termuntah ni." Pinta Arsyad. Tangannya melingkar pada pinggang isteri untuk mengimbangi diri. Haura tidak banyak bertanya, dia bantu papah Arsyad ke tandas.

Tersentak Haura melihat Arsyad terus mengeluarkan segala isi perutnya kedalam mangkuk tandas sesampai sahaja di bilik mandi.

"Abang, perlahan-lahan. Luka tekak tu nanti." Tangan Haura mengurut belakang leher Arsyad.

"Ya, sayan−" Dia termuntah lagi tanpa sempat menghabiskan kata. Bila nampak Arsyad berdiri tegak semula, Haura membantu menekan punat pam sebelum memapahnya kesingki.

Arsyad merinti keletihan. Dia memegang singki sebelum menjatuhkan pandangan kedalamnya. Belum pernah lagi dia keracunan makanan sebelum ini. Ada apa dengan perutnya?

"Abang, jom lah pergi klinik. Haura risau ni." Tangan Haura naik kebahu suaminya. Mengurut perlahan. Mata mereka saling bertentangan.

"Tak boleh sayang, abang nak jaga Irsyad. Abang nak tunggu dia bangun. Abang nak jadi orang pertama yang Irsyad nampak masa dia sedar nanti." Kata-kata Arsyad membuatkan Haura terlalu. Diam seribu bahasa. Hatinya merintih. Mendayu-dayu ingin di bantu oleh sesiapa agar tidak mengalirkan air mata lagi. Begitu sayangnya Arsyad terhadap Irsyad. Sampaikan Haura ikut sayu dengan jiwa kebapaannya.

Arsyad pusing pili air. Tangan ditadah  sebelum memasukkannya kedalam mulut. Kumur sebanyak tiga kali. Berus gigi di ambil dan menggosoknya untuk menghilangkan bau dan rasa loya dalam tekak.

"Tapi kalau dah teruk sampai macam ni, abang ingat Syad suka? Syad gembira nampak abang muntah-muntah lepas dia bangun nanti?" Soal Haura. Dia mengelus lengan Arsyad. Memandangnya dengan pandangan memujuk.

Kening Arsyad terangkat keatas. Soalan itu menikam ke hati sanubarinya yang paling terdalam. Irsyad pasti sedih.

"Tapi sayang..."

"Abang...Haura boleh jagakan Irsyad. Abang percayakan Haura?" Tangan Haura naik ke pipi Arsyad.

"Abang..." Arsyad mengeluh perlahan. Dia angguk kepala tanda mengalah. Dia percayakan Haura.

"Klinik buka lagi ke sayang?" Soalnya lemah.

"Buka, abang pergi klinik swasta. Baru pukul sembilan malam ni."

Arsyad angguk kepala. "Jagakan Syad. Untuk abang." Dagu Haura dia cuit perlahan.

Dia di papah Haura sehingga masuk ke dalam kereta.

"Hati-hati abang." Haura melambai tangan. Kereta Arsyad mula menghilang dari pandangan.

                              HAURA menyambung tugas Arsyad menjaga Irsyad didalam biliknya. Dia membaca ayat al-Quran seperti yang dipesan oleh suaminya di dalam mesej tadi.

Hampir dua jam Haura berjaga. Mata pula semakin lama semakin mahu terlelap kerana mengantuk. Iyalah, kebiasaan Haura akan tidur pada pukul sepuluh malam. Sekarang pula sudah cecah pukul sebelas malam. Sebelas suku.

"Ibu..." Irsyad membuka matanya. Orang pertama yang dia lihat adalah ibunya.

"Syad?" Haura letak al-Quran di atas meja semula. Dia terus menggenggam tangan Irsyad. Menggulung air hangat di tubir mata.

"Ibu..." Lemah dia memanggil. Bibir pucat itu mengulum senyuman lagi.

"Syad, kalau sakit. Ibu minta sangat untuk Syad menangis." Haura sudah tidak dapat menahan sakit di hatinya lagi melihat Irsyad tersenyum.

"Ibu tak suka tengok Syad sembunyikan kesakitan Syad hanya untuk gembirakan ibu." Katanya sambil mengelus bibir pucat Irsyad dengan ibu jari. Bibir itu masih tersenyum. Puas Haura memujuknya tetapi tidak berhasil.

"Syad tak suka tengok ibu sedih..." Sebaris ayat itu.

"Ibu lagi sedih bila Syad buat ibu macam ni, sayang!" Haura tidak dapat mengawal emosi. Emosinya sekarang sangat terganggu. Dia cepat tersinggung hati.

"Maafkan Syad ibu..." Tangan lemah Irsyad menggenggam tangan ibunya. Dengan senyuman di bibir.

"Syad..." Haura menarik Irsyad kedalam pelukan. Andai Irsyad memahami betapa peritnya rasa menjadi seorang ibu apabila anaknya tidak mahu berkongsi kesakitan yang dia rasa. Dia mahu Irsyad menangis didalam pelukannya tetapi Irsyad terus tersenyum. Haura pula yang menghemburkan tangis didalam pelukan anaknya.

"Ibu...ayah mana?" Soal Irsyad. Dia mahukan ayahnya untuk bercerita. Dia mahu ceritakan kesakitannya kepada Arsyad. Dia tidak mahu mengatakannya kepada ibu kerana dia tahu ibu tidak akan kuat. Ibu jari kecil Irsyad mengesat air mata ibunya. Lemah. Menggigil. Sejuk. Itu apa yang Haura rasa apabila pipinya disentuh oleh tangan Irsyad.

Haura memaksa diri untuk tersenyum. "Ayah keluar sekejap. Nanti ayah balik." Dia nampak riak wajah Irsyad berubah sedih.

"Syad...nak ayah..." Pinta Irsyad dengan begitu lemah.

"Ibu ada ni, sayang." Haura membelai pipi Irsyad penuh dengan kelembutan.

Irsyad geleng kepala. "Syad nak ayah....Syad nak ayah..." Dia sangat kesakitan. Dia mahukan ayahnya untuk meluahkan rasa sakit yang tak tertahan ini.

"Ibu ada..." Hati Haura begitu terluka. Kehadirannya langsung tidak dipandang oleh Irsyad. Dia cuba menahan diri dari terluka dengan permintaan Irsyad.

"Syad tak nak ibu..." Lemah. Suara Irsyad semakin lemah. "Syad...nak ayah. Syad nak ayah..." Pintanya. Betul-betul merayu. Dia geleng lagi kepalanya keletihan. Satu badan terasa sakit, lesu dan berbisa. Dia perlukan ayah untuk bercerita apa yang dia rasakan sekarang. Dia tahu ibunya tidak akan tahan untuk mendengar kesakitannya yang bukan kepalang.

Haura tidak boleh menahan rasa pedih. Dia terasa hati. Dia menoleh. Mengesat air mata sendiri yang mula mengalir kerana penolakan Irsyad.

"Ibu...ibu..." Irsyad nampak Haura bangun dan pergi. Meninggalkannya sendiri.

"Ibu..." Tangan kecilnya naik keatas perlahan. Mahu menggenggam tetapi kejauhan. Tolong jangan tinggalkan dia sendiri. Dia takut. Dia sangat ketakutan.

Haura terpaksa keluar seketika untuk meredakan rasa sakit dihatinya. Dia mengusap dada sendiri. Sakitnya, Tuhan. Kenapa Irsyad tidak mahukan kehadirannya? Kenapa? Tidak cukup baikkah dia sebagai seorang ibu? Masih kurangkah dia?

"Sayang." Haura tersentak apabila disapa oleh Arsyad dari arah belakang.

"Kenapa sayang dekat luar ni? Syad dah bangun? Sayang tak temankan Syad dekat dalam?" Soal Arsyad dengan penuh kerisauan. Tetapi bila Haura menoleh, dia nampak matanya merah dan sembap.

"Hey...sayang..." Arsyad terus memeluknya.

"Abang..." Haura menangis teresak-esak didalam pelukan Arsyad.

"Syad dah sedar..." Tersedu.

"Tapi dia tak nak Haura..." Tersedu lagi Haura ketika menceritakannya.

"Dia nak abang..." Luahnya dengan tangisan yang sudah tidak tertahan.

"Syad dah bangun?" Bibir Arsyad mengulum senyuman yang diselimuti harapan. Pelukan dileraikan perlahan-lahan.

"Abang cuba pujuk Syad ya, sayang?"

Haura angguk kepala. Dia usap lengan Arsyad. "Abang pergi je dulu, Syad perlukan abang. Haura tunggu dekat luar. Haura nak tenangkan diri dulu." Haura menolak perlahan belakang Arsyad. Mendorongnya untuk masuk kedalam.

Tombol pintu dipulas. Bersinar mata Arsyad melihat Irsyad sudah sedarkan diri.

"Syad!" Arsyad tidak dapat menahan rasa gembira di hatinya. Dia fikirkan Irsyad tak akan sedar sampai bila-bila. Bila dia nampak Irsyad menoleh kearahnya, kaki Arsyad terjingkit-jingkit. Seperti tabiat yang anaknya selalu lakukan apabila teruja.

"Ayah..." Irsyad terus menangis.

"Syad!" Arsyad berlari dan memeluk anaknya. Dia menepuk-nepuk belakang Irsyad dengan penuh kelembutan. Memujuk tangisan Irsyad yang tersedu-sedu.

"Ayah pergi mana tadi...lama Syad tunggu...Syad sakit...Syad dah tak tahan dah...Syad nak mati...Syad tak boleh tahan dah sakit ni...sakit sangat ayah..." Luah Irsyad begitu lemah. Dia benar-benar kesakitan. Kesakitan yang teramat sehingga dia rasa sangat lelah.

"Maaf, sayang...ayah keluar sekejap tadi...ayah ada beli buah-buahan untuk Syad..." Mendengarkan esakan Irsyad hanya merobek luka dihati Arsyad tetapi dia berhasil menahan air mata dihadapan Irsyad. Dia berhasil senyum untuk Irsyad.

"Ayah...Syad sakit sangat ni...tak boleh nafas...sejuk...Syad nak mati...Syad nak mati boleh tak ayah?" Pinta Irsyad. Dia genggam tangan ayah dan menggoyangkannya dengan sangat lemah.

"Syad kuatkan? Anak ayah ni kuatkan?" Arsyad meleraikan pelukan. Dia elus pipi Irsyad untuk bertentangan mata.

Irsyad geleng kepala berulang kali. Dia menangis tanpa henti. Dia tunjuk betapa lemahnya dia sekarang. Dia tunjuk betapa sakitnya dia rasakan kepada ayahnya. Dia mahu menceritakan kepada ayah betapa deritanya menanggung kesakitan ini selama empat tahun. Dan hari ini, dia tak mampu untuk sembunyikan lagi.

"Syad tak kuat...Syad tak pernah kuat...Syad...Syad sakit...Syad nak mati...Syad senyum untuk ibu...Syad tak nak ibu sedih..." Irsyad mengatakannya berselang keluhan yang begitu sadis. Dia mengeluh lagi dan lagi kerana terlalu sakit.

"Ayah...ayah doktor kan? Ayah...hilang kan rasa...sakit Syad boleh? Syad tak nak...tak nak sakit dah...tak tahan...tak tahan...ni..." Dia menarik-narik kulit kepalanya kerana kesakitan yang teramat.

Arsyad terkelu lidah. Hatinya tertikam. Kecewa dengan diri sendiri kerana pada akhirnya, pangkat sebagai seorang doktor ini hanya sebagai nama. Padahal, dia langsung tidak dapat menghilangkan kesakitan anaknya sendiri.

Itu semua, kerja Tuhan. Allah Yang Maha Berkuasa. Berkuasa atas segala yang Paling berkuasa. Maha Penyembuh kepada segala yang menyembuhkan. Kita, kita hanya manusia. Yang dipinjamkan anugerah kepadanya untuk membantu. Sekadar atas kemampuan sebagai seorang manusia. Batas sebagai seorang hamba.

"Syad..." Arsyad hanya mampu menyebut nama Irsyad berulang kali ketika memeluk anak kecil yang sedang meraung kesakitan.

"Syad...ayah sayang Syad...." Dia bisikkan perlahan.

"Maafkan ayah...sebab ayah tak mampu...ayah tak mampu untuk hilangkan rasa sakit Syad...ayah lemah...ayah tak mampu..." Arsyad berusaha keras menahan air matanya.

"Ayah...matikan Syad...matikan Syad je..." Seakan waktu berulang kembali. Pada hari dimana, Haura merayu kepadanya untuk menamatkan sahaja riwayatnya kerana kesakitan yang tidak tertahan. Mungkin ini juga dinamakan kifarah. Allah mahu mengajarnya sesuatu.

  
                                    ARSYAD menutup pintu perlahan-lahan. Dia mengambil nafas sedalam yang mungkin setelah keluar dari bilik Irsyad. Akhirnya, Irsyad terlelap kerana terlalu letih.

"Abang, macam mana?" Haura mendekat.

Arsyad meraup wajah. Tenangkan diri dahulu sebelum membuka bicara.

"Abang nak bincang dengan sayang sekejap." Tangan Haura dia tarik lembut. Dibawa keruang tamu dan duduk. Haura pula menunggu suaminya untuk memulakan perbincangan. Dia nampak muka Arsyad sangat sugul. Haura ambil tangan Arsyad dan genggam erat.

"Slow down, abang. It's okay, Haura cuba terima kalau itu yang terbaik untuk anak kita."

Arsyad pandang Haura.

"Abang tak sanggup..." Lidahnya terkelu lagi. Haura tidak membidas. Masih menunggu dengan sabar apa yang Arsyad ingin sampaikan.

"Boleh ke kalau abang tidurkan Irsyad terus?" Menitis juga air mata Arsyad ketika meluahkan apa yang dia rasa. Dada sendiri dia pukul beberapa kali.

"Sakit sayang, Syad meraung pada abang tadi. Dia dah tak tahan. Dia nak mati. Abang tak boleh tengok dia sakit macam tu. Abang sakit dekat sini. Abang tak nak dah Syad terseksa dengan sakit tu..." Dia pukul lagi dadanya. Haura ikut menangis. Dia tarik tangan Arsyad. Hentikannya supaya tidak menyakiti diri sendiri.

"Tolong abang." Haura geleng kepala.

"Sayang...abang betul-betul dah tak sanggup..." Dia merebahkan wajahnya pada bahu Haura.

"Abang, Haura lagi tak sanggup untuk tidurkan anak kita. Abang sanggup tidurkan Syad?" Haura memeluk perlahan tubuh suaminya.

"Abang sanggup...asalkan Syad tak sakit lagi..." Arsyad angguk kepala. Teresak-esak didalam pelukan isterinya.

"Haura tak sanggup abang..." Haura ikut menangis bersama-sama. Mereka sungguh tidak kuat kalau berkaitan dengan kematian anak-anak. Mereka tidak akan pernah kuat untuk menempuhi hal yang satu itu.

"Kita buat kimoterapi. Tu je pilihan terakhir kita abang. Kalau dia tak sembuh, sekurang-kurangnya kita ada peluang untuk bersama dengan Irsyad lebih lama..." Permintaan Haura semakin memilukan hatinya.

"Sayang, yang tak kimo lagi pun abang dah tak sanggup nak dengar Syad merintih...apatah lagi kalau Syad buat kimo. Tak cukup lagi ke dia terseksa? Sayang...bagi dia rehat... kita tidurkan Syad ya?" Pinta Arsyad. Tangan Haura dia genggam kuat.

"Tak nak. Abang. Haura tak izinkan abang tidurkan Syad...Haura tak akan izinkan!" Haura merentap tangannya dari genggaman Arsyad. Dia terlalu takut kehilangan malaikat kecil itu.

"Sayang..." Arsyad menarik Haura kedalam pelukannya semula. Biarkan dadanya dipukul oleh isterinya.

Arsyad tarik nafas dalam-dalam lagi. Dia perlu kuat untuk isteri dan anak-anak. Dia tak boleh jadi lemah seperti mereka.

"Sayang. Abang...abang pergi klinik tadi..." Sengau suara Arsyad. Dia senyum jua walaupun bibirnya masih menggeletar. Lama dia menunggu jawapan dari Haura yang sedang menangis.

"Hmm..." Meminta Arsyad untuk meneruskan bicara.

"Doktor kata, abang tak demam. Keracunan makan pun tak." Jawab Arsyad.

Haura berkerut ketika mendengarkannya. Dia tidak mahu menjawab apa-apa kerana masih tersedu.

"Tapi sebab..." Arsyad menyeluk poket. Dia keluarkan kotak penguji kehamilan dan hulur pada Haura. Dia mahu mengubah suasana.

Mata Haura jatuh di situ. Apa maksud Arsyad? Apa kaitan dia muntah-muntah dengan alat penguji kehamilan? Haura terlalu risaukan Irsyad sampai otaknya tidak dapat menangkap apa-apa maksud.

"Sebab permintaan Syad untuk dapat baby baru dah termakbul. Abang yakin, ada baby dalam perut sayang. Sayang dah lama tak datang periodkan?" Arsyad hulur sekali lagi. Minta Haura untuk mengambilnya.

"Ab..." Haura tak mampu berkata apa-apa. Dia ambil. Nampak Arsyad angguk kepala. Dia bangun dan masuk kedalam tandas.

                         KEESOKAN paginya, Irsyad bangun daripada tidur. Dia rasa ada dua tangan menghimpap perutnya. Mata berat itu di celik beberapa kali.

"Ibu...ayah...Yan..." Semua ada di sini. Menemaninya tidur sejak malam tadi. Irsyad senyum lemah. Dia rasa gembira kerana ibu, ayah dan Yan tidak meninggalkannya sendiri.

Kof! Kof! Irsyad terbatuk-batuk. Dia menutup mulut apabila melihat darahnya merembes keluar dari mulut.

"Syad." Orang pertama yang terjaga adalah Arsyad. Dia buka baju dan mengelap darah dari mulut anak kecilnya.

Irsyad terbatuk-batuk lagi. Dia pandang mata ayahnya lama. Bibirnya perlahan-lahan mengulum senyuman. Melihat bagaimana risaunya ayah terhadap dirinya.

"Abang..." Haura pula yang terbangun setelah itu. Dia ambil segelas jus daripada buah epal hijau, bigroot, batang salary dan lobak merah yang mereka kisar bersama. Kemudian, dia menegukkannya kedalam mulut Irsyad.

Perlahan-lahan Irsyad meneguk. Selepas itu, dia baring semula.

"Terima kasih...ibu...ayah..." ucapnya lemah.

"Sama-sama, sayangku." Haura dan Arsyad mengucup pipinya serentak. Lega bila Irsyad berhenti batuk.

"Syad, ayah ada rahsia nak bagitahu Syad...Syad nak dengar?" Soal Arsyad.

"Rahsia...nak..." Irsyad angguk kepala.

Arsyad ambil tangan Irsyad dan letakkannya di perut Haura. "Ibu, ibu mengandung. Syad nak dapat adik baru." ucap Arsyad.

Kening Irsyad terangkat.

"Ibu?" Dia pandang ibunya untuk mendapatkan kepastian.

"Syad dapat adik baru." Haura tersenyum.

"Adik baru...lelaki?" Soal Irsyad.

Arsyad dan Haura saling membalas tatapan. Buntu hendak memberikan jawapan apa.

"Ibu dengan ayah tak tahu lagi." Jawapan Haura membuat Irsyad sedih. Bagaimana dia mahu pergi kalau dia belum pasti itu adalah adik lelaki.

"Macam...mana...ibu...dengan....ayah nak...tahu?" Soal Irsyad dengan wajah polos. Suaranya masih lemah.

"Kena tunggu kandungan ibu cukup tujuh bulan." Serba salah Arsyad menjawabnya.

"Tujuh...bulan?" Irsyad tertunduk.

"Syad...tak...nak...pergi...lagi..." Kata Irsyad sambil menggenggam tangan sendiri.

"Ayah...Syad...Syad...nak...buat...kimo. Boleh?" Dia ada dengar perbualan ibu dan ayahnya semalam. Semasa dia masih belum tertidur. Ayah kata, kimo boleh panjangkan usia. Irsyad nak hidup. Dia nak tahu bahawa impiannya betul-betul tercapai.

"Kimo?" Arsyad berkerut dahi.

"Syad nak buat kimo. Abang!" Haura tersenyum. Dia genggam tangan Arsyad.

Irsyad angguk kepala. "Syad...nak... buat...kimo..." Dia angguk kepala lagi.

"Tapi sayang." Arsyad mahu membantah tetapi bila nampak Irsyad dan Haura begitu menginginkannya. Arsyad akur.

Dia menelefon Doktor Benjamin dan mempersetujui rawatan kemoterapi secara personal di rumah.

"Here we go." Kata Doktor Benjamin ketika mencucuk masuk jarum kedalam tangan Irsyad. Cecair mula dimasukkan. Panas rasanya. Perit. Irsyad senyum apabila ibu dan ayahnya memandang.

"Syad...strong..." Ucap Irsyad perlahan. Dia mahu ibu dan ayahnya tahu bahawa dia kuat untuk mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience