HPD || BAB 13

Romance Completed 246547

"Fine!"

Arsyad kembali duduk di tempat mana dia duduk tadi. Kerana Irsyad tidak beberapa sihat, dia banyak merengek didalam dukungan.

"So, apa yang penting mama dengan papa nak bincang?" soalnya ketika meletakkan puting bayi kedalam mulut Irsyad.

Tan Sri Hazlina mengeluh panjang. Tangannya sibuk memotong steak dengan penuh sopan.

"Tak banyak, cuma mama and papa dah buat keputusan untuk kahwinkan you dengan anak Dato' Joe Nathan." Steak yang dihiris tadi, dia cucuk menggunakan garfu dan makan. Dia tahu Arsyad tidak akan berpuas hati dengan cadangan mereka. Tetapi dia tidak kisah. Asalkan keuntungan berbalik kepada keluarga mereka dengan pernikahan Arsyad bersama menantu pilihannya.

"Kolot." Sepatah Arsyad jawab dengan berselang ketawa sinis. Ini bukan zaman tok kadok untuk dipaksa kahwin. Zaman sekarang sudah maju, anak-anak punya hak untuk menegakkan dengan siapa yang dia mahu sehidup semati.

"behave Arsyad." Tan Sri Rayyan pula yang menyebelahi isterinya. Dia juga bersetuju untuk satukan Arsyad dengan anak perempuan Joe Nathan. Menang besar kalau syarikatnya dan syarikat Joe bersatu. Keuntungan berbalik kepadanya berlipat kali ganda!

Airish pula senyum mengejek kepada Arsyad setelah di beri amaran oleh Tan Sri Rayyan. Dia memang suka mencurahkan minyak kedalam bara api. Baru hangat gitu.

"I nak you berkahwin dengan anak Dato' Joe untuk kembangkan keturunan kita. Untuk lahirkan pewaris-pewaris yang lebih layak daripada Irsyad." tambah Tan Sri Hazlina dengan nada yang memaksa. Dia mahu Arsyad ikut segala perintahnya. Suka atau terpaksa, dia tidak kisah. Lagipun, itu bukan urusannya!

Arsyad mengecilkan matanya sebaik sahaja mendengarkan arahan daripada Tan Sri Hazlina. Dia ingat, Arsyad akan buang Irsyad macam tu je dari hidupnya? Tidak akan. Irsyad adalah harta paling berharga yang pernah dia ada dalam dunia ni. Kerana Irsyad adalah penghuni pertama yang terhasil didalam rahim belahan jiwanya. Tidak akan pernah sama dengan yang lain.

"Stop talking nonsense. Walau apa pun yang terjadi, Irsyad akan jadi pewaris utama. I against any objections."

Tan Sri Rayyan mula panas hati.

"Apa benda yang degil sangat kepala otak you ni? You tak faham lagi ke yang Irsyad ni langsung tak layak untuk menjadi pewaris harta keluarga kita." Meja panjang yang terhidang dengan aneka makanan mewah itu dia hentak dengan kuat.

"Harta? Am I asking for that? Untuk peringatan, Irsyad hasil benih yang I tanam. So what's the problem?" Arsyad ketawa hambar lagi. Tak faham apa benda yang keluarganya sedang fikir. Dia tak pernah kisah pun pasal harta. Kalau dia kisah, sudah lama dia berebut untuk ambil alih syarikat Tan Sri Rayyan.

"I don't care if you actually asking or not. But it's all about our tradition."

"Stupid things." Terus saja Arsyad membidas.

"Arsyad not again!" Naik seoktaf nada Tan Sri Rayyan dengan kebiadaban anaknya. Dia memang sudah lama menahan sabar dengan perangai Arsyad yang suka melanggar pantang larang tradisi keluarganya.

"What? It's truth, benda bodoh macam tu pun mama and papa nak ikut? Come on, tak habis pun duit juta-juta tu kalau I tak kahwin dengan pilihan both of you." Arsyad sekali lagi membidas tetapi dengan nada yang tenang. Dia tidak mahu Irsyad tersentak mendengar teriakannya. Pipi gebu Irsyad itu, Arsyad elus dengan jari telunjuk.

Tersenyum bila dia dengar bunyi Irsyad sedang menghisap puting bayi itu dengan bersemangat. Siap tertutup-tutup mata lagi.

"You kena ingat, I tak akan turunkan sikit pun harta warisan kami dekat Irsyad kalau you tak kahwin dengan pilihan I."

"I don't care." jawab Arsyad lagi. Sungguh dia tiada minat langsung hendak membahas soal perkahwinan mahupun harta. Duit hasil dari pekerjaannya sebagai seorang doktor bedah saja sudah melebihi dari kata cukup.

"Just accept, kami dah tempahkan satu restaurant lima bintang untuk you dengan anak Dato' Joe malam ni."

Arsyad mendengus kasar.

"Benda bodoh lagi?"

"Bukan benda bodoh, tapi untuk kebaikan bersama. I tak nak you jatuh cinta dengan perempuan kampung lagi sementara you menduda. Baik you kahwin je terus dengan yang setaraf." Sekali lagi Tan Sri Hazlina cuba untuk menegakkan benang yang basah. Padahal, dia mahu menjadikan Arsyad sebagai kambing hitam untuk keuntungan mereka sahaja.

"Just accept Arsyad." Tekan Tan Sri Rayyan.

"Entah, you jangan ingat kalau you tolak permintaan mama. Hidup you akan senang. Mama and papa akan buat sampai dorang dapat." kata Airish dengan nada mengejek lagi.

"Kan Alys?" Dia ajak pula anak kecilnya menambah garam pada luka.  Pipi Alyssa dicium beberapa kali sebelum memandang kearah Arsyad semula.

Arsyad sebenarnya sudah naik muak menjadi boneka.

"Kalau I kahwin dengan anak Dato' Joe, both of you akan tutup mulut?" soal Arsyad dengan wajah tidak berminat.

"Of course, kami tak akan kacau rumah tangga you. And about Irsyad, we'll proceed him as our heir if..." Tan Sri Hazlina berhenti seketika untuk mengambil nafas. Biasalah dah tua, semput. Cis.

"Only if, hak penjagaan Irsyad ditukarkan kepada you and your new wife." Sambungnya semula dengan wajah yang penuh bongkak.

•••

Sarah kehulu kehilir di setiap sudut bilik tidurnya ketika menatal telefon dengan penuh kerisauan.

"Ish! Kenapa tak angkat call?!" Sarah menekan nombor Haura buat kesekian kalinya tetapi masih tidak berjawab.

"Aku ada buat salah apa-apa ke dengan dia?" Sarah menggigit kukunya kerana resah memikirkan silapnya.

Usai mandi, Kamal keluar dari tandas dengan bertuala sahaja. Berkerut dahinya ketika melihat Sarah kehulu-kehilir tidak henti. Bukan baru-baru ni sahaja Sarah bersikap begitu, tetapi hampir tiga minggu juga. Macam ada sesuatu yang tidak kena.

Kamal tersenyum ketika mendapat idea untuk mengenakan Sarah. Dia peluknya Sarah dari belakang dengan tubuhnya yang masih basah.

Sarah mencebik "Basahlah biy..." Dia tak ada mood untuk melayan telatah suaminya. Sungguh, kepalanya sekarang ini tengah sarat memikirkan tentang keadaan Haura.

"Kenapa badmood ni, yayang? Ada baby ke dalam perut ni?" Sengaja tangannya memicit-micit perut Sarah untuk membuat nya sedikit ketawa. Tak suka dia membiarkan Sarah dalam keadaan begitu sepanjang hari.

Sarah mencebik dan cubit perut Kamal.

"Aduh! Ketam!" Kamal ketawa ketika melihat wajah cemberut Sarah. Sakit wo dia cubit. Macam ketam tapi lagi sakit dari ketam.

"Biy nak perli yayang ke ni?" Memang semakin bertambah badmood lah so Sarah ni jawabnya dengan gurauan Kamal. Susahlah dia sedang risaukan Haura, suaminya pula bangkit soal anak.

Nampak je bibir Sarah muncung sedepa, dia mendaratkan bibirnya disitu beberapa saat untuk memujuk.

"Mana ada biy perli, percakapan kan doa. Biy tengah doakan yayang lah ni moga-moga ada baby dalam rahim ni..." katanya dengan tenang.

Sarah mengeluh panjang. Haih, susah betul nak marah kalau dapat suami yang manja macam Kamal ni.

"Biy, masalah yang lebih besar sekarang ni Haura tak jawab semua mesej dan panggilan yayang tau. Sebulan lebih dah! Entah dah bersalin ke tidak, selamat ke tak anak nya tu, yayang pun tak tahu!" Sarah tunjuk segala mesej-mesejnya yang tak terbalas sejak sebulan yang lepas.

"Eh?" Kamal keruk dahi yang tak gatal. Setahu dia, Haura sudah selamat bersalin dekat hospital. Arsyad pun dah cakap yang dia nak hantarkan Haura pulang. Takkan Haura tak bagitahu apa-apa pada Sarah lepas bersalin?

Kamal mengeluh perlahan. Mungkin ada sesuatu yang Arsyad rahsiakan darinya. Tapi dia tak boleh bertindak melulu sebelum bertanya kepada Arsyad secara berdepan. Kamal pasti Arsyad ada perancangannya sendiri.

"Biy, kita report polis jom." pujuk Sarah dengan menggegarkan lengan Kamal.

Segera Kamal menggelengkan kepala.

"Jangan dulu."

•••

Sampai sahaja rumah, Arsyad membuka pintu bilik tidur dengan membawa Irsyad didalam dakapan. Untuk seketika, Arsyad terdiam ketika melihat Haura sedang bersujud diatas sejadah dengan tenang.

Perlahan-lahan Arsyad membaringkan Irsyad diatas katil. Bantal kecil diletak mengelilingi tubuh kecil itu.

"Shhh...ibu tengah solat." bisiknya ketika melihat wajah Irsyad yang hampir sahaja mahu merengek kerana dibaringkan.

Pipi gebu itu dikucup perlahan.

"Good boy..." Bisiknya lagi. Irsyad bukan jenis bayi yang banyak ragam. Senang untuk di jaga dan dikawal. Kalau bangun malam-malam, itu pun sebab dia mahukan susu ibunya sahaja. Kalau tidak, dia akan tidur ataupun membebel sendiri.

"Awak dah balik?" soal Haura sebaik sahaja habis solat.

Senyuman Arsyad memudar. Reaksi wajahnya juga bertukar dingin tetapi tidak menunjukkan tanda marah.

"Dah." Arsyad cium pipi Irsyad sekali lagi sebelum bangun dari katil.

Haura melipat sejadah. Cuma tertunduk ke lantai kerana tidak mahu tertangkap wajahnya yang sembap selepas menangis. Dia tidak mahu membangkitkan kemarahan Arsyad lagi.

"Nah." Arsyad menghulur beg kertas berjenama kepada Haura.

Tanpa bertanyakan apa-apa, Haura menyambut beg kertas tersebut.

"Aku nak kau pakai tu malam ni." kata Arsyad sambil menunduk memandang Haura yang sedang mengeluarkan baju baru didalamnya.

Ada sebuah gaun plan yang dipasangkan dengan tudung shawl bewarna khaki. Cantik. Tapi ia cuma menimbulkan lagi keraguan Haura. Kenapa tiba-tiba Arsyad ajaknya keluar?

Selama sebulan, memang dia terkurung didalam bilik ini sahaja. Tidak pernah kemana-mana.

"Pakai ni?"

"Iya, teman aku dinner dekat luar."

"Dinner?" Arsyad angguk kepala menjawab pertanyaan Haura ketika membuka baju. Hanya meninggalkan singlet putih sahaja yang tersarung pada tubuh.

"Irsyad macam mana?" soal Haura ketika matanya mengerling kearah Irsyad yang sudah dibaringkan diatas katil. Lepastu, dia buka telekung dan sangkut pada penyangkut baju.

"Bawa sekali."

Tangan Haura berhenti menyangkut. Dia pandang kearah Arsyad dengan muka risau.

"Umur Irsyad baru sebulan, tak elok bawa dia kemana-mana." pesan Haura dengan nada perlahan. Takut juga kalau tiba-tiba menaikkan amarah Arsyad.

"Habis kau nak tinggalkan Irsyad dekat siapa?"

"Saya tak ikut pun tak apa, saya jaga Irsyad. Lagipun dia tak sihat mana tu..."

Arsyad mengerutkan dahinya.

"Kau faham ke tak apa yang aku cakap tadi? Aku cakap, aku nak bawa kau dinner malam ni kan. Apa function aku tempah restaurant kalau aku makan sorang?"

Haura mengeluh perlahan. Bukan apa, dia sangat risaukan keadaan Irsyad. Antibody nya masih tidak kuat mana.

"Awak..."

"Apa lagi?"

Arsyad mengeluh panjang apabila perbualan mereka terganggu kerana mendapat sebuah panggilan dari Kamal. Dia pun jawab tanpa melengahkan masa.

"Aku nak cakap something." Arsyad melihat skrin telefon. Betullah nama yang tertera Kamal. Tak pernah-pernah dia main serbu tanpa memberi salam sebelum ini.

"Nak cakap apa?" soalnya sebelum menapak keluar dari bilik tidur. Dia turun ketingkat bawah supaya Haura tidak mendengar perbualan mereka.

"Bini aku dah tanya pasal Haura."

Arsyad mengerutkan dahi. Belum sempat dia menjawab, Kamal meneruskan bicara.

"Aku tak tahu lah apa yang kau tengah fikir sekarang ni. Yang aku tahu, kau kena jawab sendiri dekat Sarah. Aku tak suka bila isteri aku risau dua puluh empat jam pasal kawan baik dia."

"Aku kan minta kau coverkan untuk aku."

"Tak ada, aku dah malas nak cipta bermacam alasan. Kali ni, aku nak kau jawab sendiri."

"Kamal kau dah janji nak cover aku."

"Janji tak janji, kau kata tak lama. Ni dah sebulan kau tak bagitahu rahsia sebenar kau pada Haura."

"Belum boleh lagi."

"Kenapa? Bagi jelah tahu yang kau dah rujuk dekat dia! Kau pun dah maklum dekat mahkamah syariah. Kau tahu tak terseksa Haura tu selagi dia tak tahu yang kau masih bergelar sebagai suami dia."

Arsyad mengeluh panjang.

"Apa? Sekarang ni kau nak menangkan Haura pula. Kau tahu kan apa yang dia dah buat pada aku?"

"Aku tahu Arsyad tapi aku tak sokong kau seksa hati dia sampai macam ni."

"Habis, kau ingat dia bahagia ke kalau aku cakap yang aku masih suami dia? Kau ingat dia nak terima aku? Dia sendiri mengakulah yang cinta dia pada aku dah lama hilang sebab tu dia main belakang aku!"

"Kau buat macam ni sebab kau takut Haura pergi dari hidup kau lagi kan? Kau nak simpan dia untuk kau je tapi kau lupa, lelaki sejati tak akan paksa wanita yang dia sayang untuk sentiasa ada. Kalau hati Haura dah suka dekat lelaki lain, lepas kan je lah dia. Kau dah elok ceraikan dia, ceraikan je sampai habis. Tak payah nak sambung rujuk semua ni."

Arsyad mendengus kuat. Geram dengan pemikiran Kamal.

"Aku fikir pasal anak akulah. Aku buat ni sebab aku nak besarkan dia sekali. Kau ingat kalau aku berpisah dengan Haura, Haura bagi ke aku ambil Irsyad? End up, Irsyad tak rasa kasih sayang aku sebagai ayah kandung dia. Aku tak kejamlah, Kamal. Aku tak cukup kejam lagi untuk biarkan anak aku membesar tanpa ayah dia."

"Tapi kau seksa hati Haura!"

"Habis hati aku?!"

•••

Nota:

RUJUK adalah hak suami dalam perceraian talak rajie selagi isterinya masih dalam idah. Ia adalah suatu penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat oleh suami menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Dari sudut kesahannya, rujuk tidak memerlukan lafaz penerimaan daripada isteri. Bahkan ia sah walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan isteri, asalkan menepati syarat rujuk yang diperlukan.

Okay, ni je untuk malam ni. Hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience