HPD || BAB 53

Romance Completed 246547

"URGH!!!" Tangan Nathan masih gagah menggenggam bilah pisau yang hampir menerkam wajahnya.

"Jangan ganggu kerja aku." Lelaki asing itu menolak pisau kewajah Nathan semakin dekat.

"Siapa kau durjana!" Semakin dalam telapak tangan Nathan terbelah. Tak boleh jadi, tangannya semakin lemah kerana pendarahan. Lutut kanan Nathan menendang celah kangkang lelaki asing itu.

"Argh!" Dia bergolek ketanah. Senak. Nathan mengambil peluang dengan membuat serangan. Badannya merangkak laju menangkap penyerang. Baru tangannya mahu membuka kepala beruang tersebut, tangannya di kelar lagi.

"Urghhhh!!!" Sakitnya bukan kepalang. Dia pijak lengan beruang itu sekuat yang mungkin. Pisau di tangan dia lempar jauh. Gerakan pantas dia lakukan ketika membuka kepala beruang tersebut.

Nathan menghimpap badan beruang. Dia mahu melihat dengan lebih jelas. Sebelah matanya gelap akibat di kelar tadi. Dengan sebelah lagi mata, dia tumpukan pada wajah.

"Tak guna kau Qayyum! Apa lagi kau tak puas hati dengan Haura!" Tangan Nathan mencengkam leher Qayyum supaya dia berhenti menyerang.

Qayyum ketawa. "Kau, ikut bersubahat selamatkan tahanan? Kau tu polis durjana..." Dia sengaja menunjuk psiko. Mahu memainkan emosi Nathan supaya dia juga melakukan jenayah yang sama.

"Macam mana kau tahu tentang Arsyad!" Qayyum tertawa lagi dengan senyuman senget. "Aku tak cakap apa-apa. Kau yang mengaku sendiri. Kenapa? Takut?" Nathan tak dapat tahan amarahnya. Dia menikam lengan Qayyum.

"Arghh!!! Shit!!! Aku tak pasti apa yang dah jadi!!! Aku cuma dengar apa yang anak-anak Arsyad cakap semalam!!! Tentang Papa Teddy!!!"

"Sekarang kau cakap dengan aku! Apa kau nak buat pada Haura!" Menitik darah dari wajahnya ke pipi Qayyum. Seperti hujan. Kepalanya mula berpusing. Seakan dunia ikut menari.

"Aku nak ratah dialah sial! Sebab tu aku menyamar jadi suami dia! Lama dah aku tunggu masa ni tapi sebab hero sial macam kau. Aku terlepas lagi. Kau memang setan." Menggigil tangan Nathan mendengar ayat kotor daripada bibir Qayyum tentang Haura.

"Kau tu Syaitan!" Dia kelar wajah Qayyum juga. Seri. Biar sama-sama sakit, baru jantan namanya. Bergelut lagi, tangan Qayyum mencucuk biji mata Nathan yang sudah tertikam tadi. Bila nampak Nathan menggelupur kesakitan, Qayyum mengambil pisau yang di campak agak jauh tadi.

"Mati kau Nathan!" Perutnya tertikam. Nathan memegang pisau yang sudah terpacak di perutnya.

"Urgh...argghhh..." Mengah. Nafasnya tercungap-cungap menahan kesakitan. Matanya semakin kabur. Dia hanya mampu melihat Qayyum pakai semula kepala beruang tersebut dan menekan loceng rumah.

                       BEG yang sudah diisi dengan dokumen penting, Haura susun ketepi. Dalam hatinya tidak sabar mahu menunggu kehadiran Arsyad. Dia tilik wajah di cermin solek. Sepertinya, ada yang kurang. Haura buka laci untuk mengambil lipbalm.

"Patah?" Terkejut Haura bila dia buka penutup lipbalm tersebut. Tak pernah-pernah pula dia pakai sampai patah.

"Syad..." Haura baru perasan pagi tadi, bibir Irsyad merah jambu semacam. Jadi Haura pun pergi ke katil dan duduk dihadapan Irsyad. Khusyuk betul dia bermain dengan Iryana sampai tak perasan kewujudan ibunya.

"Syad pakai lipbalm ibu ya?" Irsyad tersengih tapi dia teruskan bermain. Ingat ibunya tak perasan lah tu! Cis. Haura tepuk bahu Irsyad.

"Syad ibu tanya Syad ni." Dagu Irsyad dia tarik perlahan kearah wajahnya. Haura tersenyum lebar. Bertuah betul budak ni. Bukan main merah lagi bibirnya.

"Syad pakai lipbalm ibu kan?"

"Hehehe..." Irsyad buat muka comel. Kerja nak membodek ibu dua puluh empat jam je dengan kecomelan dia.

"Tengok ni. Syad pakai macam mana sampai patah ni?" Lipbalm yang sudah patah tadi, Haura tunjuk pada Irsyad.

"Ayok! Tak tayok! Ibu maghoh!" Iryana melompat-lompat diatas katil sambil jarinya bergerak keatas dan ke bawah. Ada hati nak takutkan abangnya. Ingat garanglah tu, padahal macam anak kucing. Hm.

"Ibu tengok baby tu." Adunya dengan bibir memuncung kedepan. Haura pula tertawa kecil. Dia peluk kedua-dua anaknya.

"Janganlah bergaduh...ibu tak marah sesiapa pun. Ibu sayang Yan dengan Syad. Strong boy tak boleh pakai lipbalm tau. Ni untuk girl je..." Haura mengelus pipi gebu Irsyad.

"Macam Yan! Yan girl! Yan boleh pakai liptik manyak-manyak! Awwww!!!" Iryana merengek bila pipi gebunya pula menjadi mangsa di cubit oleh si ibu.

Loceng rumah berbunyi, seperti biasa muka Iryana yang paling teruja.

"Ada oyang!" Dia melompat turun dari katil. Haura cium pipi Irsyad bila nampak mukanya masih monyok.

"Dah, jangan sedih-sedih. Ayah datang. Syad rindu ayah kan?" Irsyad mengangguk kepala.

"Rindu!" Haura turunkan Irsyad dari katil. Dia membawa Irsyad ke ruang tamu. Nampak Iryana tengah berusaha melompat-lompat untuk membuka pintu tetapi gagal. Sekali lagi Haura tertawa. Comel betul perangai anak-anaknya ini. Ada sahaja gelagat mereka yang mampu membuatkan dia tersenyum. Haura mendukung Iryana sebelum membuka pintu.

"Ibu!" Irsyad menunjukkan jarinya pada tiga kotak hadiah yang berada dihadapan pintu. Haura buntu. Bukankah tadi Nathan dan Arsyad kata mahu datang? Haura keluarkan kepala. Tengok kiri kanan. Sunyi. Dia tengok kebawah semula.

"Ada hadiah!" Irsyad terus mencangkung. Dia angkat dan peluk kotak yang di balut dengan pembalut hadiah bewarna biru. Di situ ada stiker nama Irsyad juga.

Haura melutut dan mengambil kotak hadiah bewarna krim itu pula. Ada nama dia. Entah kenapa dia jadi sedih nila fikirkan anak-anaknya tak dapat berjumpa dengan Nathan buat kali terakhir.

"Yan pun dapat!" Iryana memeluk kotak hadiah bewarna merah jambu. Terujanya sampai terlompat-lompat. Haura menarik tangan Iryana masuk kedalam.

"Jom masuk. Kita buka dekat dalam." Haura panggil Irsyad juga untuk masuk. Selepas itu, dia tutup pintu dan kunci.

Irsyad dan Iryana duduk diatas karpet bulu di ruang tamu. Bersemangat mereka membuka hadiah masing-masing.

"Woahhhhh! Ada babi!" Irsyad terkejut. Dia terkup mulut adiknya sebelum ibu mereka dengar.

"Barbie, baby. Bukan babi." Iryana angguk kepala lagi. Dia pandang anak patung barbie didalam kotak itu dengan mata bersinar.

"Yan cuka babi!" Sekali lagi mulut Iryana ditekup.

"Bukan babi tapi Barbieeeee! B. A. R. Bar... B. I. E. Bie.... Barbie..." Punyalah payah Irsyad mahu mengajar adiknya supaya menyebutnya dengan betul. Haura yang melihatnya turut geli hati. Iryana angguk kepala lagi dan lagi.

"B. A. R. Bar... B. I. E. Bie... Babi!" Tepuk dahi sahajalah Irsyad mampu. Lepastu dia cium pipi adiknya.

"It's okay baby, nanti ayong ajar lagi sampai tak pelat." Iryana pandang Irsyad dan angguk kepala.

"Maceh! Ayong dapat apa!" Iryana menyangkung di hadapan kotak hadiah abangnya pula. Dia tonyoh-tonyoh jari disitu supaya abangnya buka.

"Tak tahu lagi!" Irsyad duduk disebelah Iryana dan koyak balutan.

"Waaaah! Dapat pistol mainan! Boleh jadi polis macam uncle Nathan!" Irsyad keluarkan pistol mainan itu dari kotaknya. Haura ikut duduk disebelah mereka. Dia usap rambut Irsyad.

"Syad nak jadi polis ke besar nanti?" Laju Irsyad angguk kepala.

"Syad...tak nak jadi doktor?" Berdebar jantung Haura menanti jawapan. Bila dia nampak Irsyad menggeleng, terus luluh hatinya. Rupanya Irsyad tidak mengidolakan ayahnya sebagai cita-citanya apabila besar nanti.

"Syad nanti jadi kuat macam uncle!" Rupanya, Irsyad mengidolakan Nathan. Mungkin kerana dari kecil, dia mendengar cerita dari Nathan bagaimana seorang polis bertugas.

"Syad nak jaga ibu dari orang jahat! Sebab tu Syad nak jadi polis macam uncle."

"Tapi kalau Syad tak jadi doktor, siapa nak rawat ibu masa sakit?" Soalnya lagi.

"Ayah!"

"Antu ayah!" Serentak Iryana dan Irsyad menjawab. Terus melebar senyuman Haura. Rupanya anak-anaknya tidak pernah melupakan ayah mereka. Haura sahaja yang selalu over thinking.

"Ibu dapat hadiah apa!" Kini giliran Haura pula membuka hadiah. Perlahan-lahan pembalut dikoyakkan. Perkara pertama yang dia nampak adalah kunci dan surat bewarna putih. Keningnya berkerut. Surat apa pula ni? Dia ambil surat itu dan baca.

Pemilikan pameran seni di Sicilia, Italy. Terbuntang matanya. Pameran seni?! Adakah dia salah melihat? Dia baca berulang kali memang ada namanya disitu. Segera Haura menyelongkah dalam kotak lagi untuk mencari tahu sama ada Nathan atau Asyad yang memberi ini. Haura nampak kad kecil. Dia ambil dan baca.

Maaf, Damia. Ini je hadiah perpisahan kita yang saya mampu bagi. Kalau sudi, terimalah hadiah kecil daripada saya ini. Selamat berpisah.
 

                                                     −Nathan.

Haura rasa macam tidak percaya. Hadiah kecil?! Ini hadiah yang sangat besar dan mewah. Haura tak mampu untuk terima hadiah sehebat ini. Dia tak mahu terhutang budi di lain hari.

Telefon dia gapai. Nombor Nathan dia tekan dan membuat panggilan. Panggilan pertama, tidak berjawab. Begitu juga kedua dan ketiga. Haura rasa tak sedap hati. Dia buat panggilan kali yang keempat.

"Assalamualaikum...Damia... maaf saya...ada urusan... saya dah tinggalkan hadiah-hadiah dekat depan pintu rumah awak..." Suara Nathan kedengaran di hujung talian. Suaranya agak serak, lemah, dan seperti menahan kesakitan.

"Waalaikumsalam, encik..." Haura memegang dadanya. Jantungnya berdegup dengan sangat laju. Dia ingatkan ada apa-apa yang terjadi pada Nathan tadi. Tapi bila panggilannya di jawab, hati nya menjadi lega.

"Patutlah, saya risau dah tadi. Encik kata nak datang. Bila saya keluar ada hadiah je depan pintu. Encik tengah drive ke? Saya takut mengganggu." Iryana dan Irsyad ikut mendengar perbualan ibu. Mereka duduk diatas pangkuan.

"Tak...tengah rehat ni..." Haura angguk kepala perlahan. Dia sebenarnya, nak sangat tolak hadiah Nathan yang satu ini tapi bila dia dengar Nathan sedang berehat. Haura rasa sekarang bukan waktu yang tepat.

"Kalau macam tu, encik rehatlah dulu. Saya tutup panggil−"

"Damia..." Haura tersentak sedikit apabila Nathan mencantas.

"Iya, saya?"

"Nanti...dekat sana...jadi isteri yang baik untuk Arsyad ya? Jadi ibu yang baik untuk anak-anak awak..." Kelopak mata Haura melentur. Hatinya terasa sebak.

"Saya doakan, semoga Allah membalas kebaikan encik dengan mendatangkan seorang bidadari untuk encik..." Haura juga ingin Nathan berbahagia dengan wanita lain. Dia mahu melihat Nathan punya keluarga sendiri seperti yang dia inginkan.

"Bidadari..." Nathan memanggil Haura bidadari. Dia tahu apa yang dia buat ini salah tetapi dia sangat ingin memanggilnya bidadari.

"Bukan saya yang saya maksudkan encik..." Haura dengar Nathan tertawa lemah. Dia tahu Haura ada hati yang perlu dia jaga. Jadi, dia tidak pernah terasa hati setiap kali Haura cuba menolak setiap bait-bait cintanya.

"Saya tahu...sengaja saya mahu bergurau..." Kali ini, Haura dengar bunyi batuk pula. Haura mula menangkap sesuatu yang aneh.

"Encik, encik sakit?"

"Saya tak sakit...cuma nak rehat... penat sikit..." Dia terbatuk lagi.

"Kalau encik penat, saya tutup panggilan dulu. Encik kena berehat. Saya pula yang risau dengar ni."

Nathan tersenyum nipis. Tengok? Macam mana dia tidak jatuh cinta dengan wanita seprihatin Haura? Sudahlah lemah lembut, baik hati, prihatin, tidak mustahil kalau Nathan tidak terjatuh hati kepada dia.

"Saya nak minta awak dengar apa yang saya nak cakap ni...boleh? Kalau awak rasa...apa yang saya cakap ni... agak melampau....awak...awak tutup je panggilan ni Damia..." Haura mengeluh perlahan. Tangannya sedikit kesejukan kerana gugup.

"Encik pelik malam ni." Haura terpaksa jujur.

"Ya...sudi ke dengar? Sudi dengar encik pelik ni nak meluah?" Haura ikut tertawa kecil bila dengar Nathan mentertawakan gelarannya sendiri.

"Saya...cintakan awak sangat-sangat Damia...sayangkan anak-anak awak juga...saya terlalu sayangkan mereka sampai saya terlupa...yang awak masih lagi milik Arsyad..." Haura terkesima.

"Encik...tahu?" Haura sangkakan, hanya dia dan orang-orang Luiz sahaja yang tahu tentang rahsia ini.

"Silap saya...sebab lamar awak... saya terlupa yang saya ni hanya penjaga awak dan anak-anak...saya terlupa untuk berdamai dengan realiti..." Nathan hanya meneruskan apa yang dia rasa untuk dia luahkan pada malam ini.

"Dapat jadi penjaga awak dan anak-anak pun dah buat saya rasa bersyukur...banyak...kepada Tuhan..." Gagal. Kerana suara Nathan yang begitu sadis, jatuh juga air mata Haura ketika mendengarnya.

"Maafkan saya, encik. Saya tak dapat nak ba-"

"Damia...menangis?"

Terus Haura mengesat air matanya apabila ketahuan.

"Jangan menangis...awak tak salah... awak cantik...bidadari... maaf... saya dah tak dapat...nak jaga awak dengan anak-anak...nanti jangan lupa saya ya disana... minta maaf dengen Yan dengan Syad juga...uncle dia tak dapat nak jumpa mereka lagi...uncle nak rehat..." Nathan menahan nafasnya yang tercungap-cungap. Darah pada bebola matanya masih mengalir.

"Uncle! Uncle nak pergi mana!" Irsyad ambil telefon dari ibunya.

"Uncle tak pergi mana-mana... ada je dekat sini...Syad...Syad cuba panggil uncle...papa...panggil sekali je..." Pinta Nathan.

"Papa!" Nathan tersenyum lebar. Mengalir air hang at ditubir mata. Dapat juga impiannya tercapai.

"Syad sayang papa?"

"Sayang!"

"Syad....papa nak rehat...bagi dekat ibu balik boleh?" Irsyad serahkan telefon pada Haura semula.

"Damia, jaga diri baik-baik...." Haura semakin tidak keruan bila dengar siren di dalam panggilan.

"Encik! Encik dekat mana ni? Encik!" Panggilan dimatikan secara tiba-tiba. Haura cuba mendail nombor Nathan semula tetapi dia di block. Tidak tahu dimana silapnya.

                           "EMERGENCY!" Nathan di tolak masuk kedalam bilik pembedahan bersama Qayyum kerana kecederaan yang sangat parah.

Matanya semakin lama, semakin kabur. Kesakitan pada wajah dan perutnya tidak tertahan tetapi senyuman di bibirnya masih tidak memudar.

"Papa..." Akhirnya, Irsyad memanggilnya seperti yang dia inginkan sejak dahulu. Terasa bahagia walaupun hanya seketika. Kenangan ini akan tersimpan di hatinya sampai mati.

Tit! Tit! Tit! Bunyi monitor menyedarkan dia semula.

"Aku...tak mati?" Nathan cuba untuk bangun tetapi perutnya sangat kesakitan.

"Kau ni memang gila." Zareef mengetuk dahi Nathan. Tersentak member yang baru sahaja tersedar.

"Aduh!"

"Tahu sakit? Ingatkan kental sangat." Nathan tergelak mendengarkan jenaka dari Zareef.

"Tak cukup kental ke ni?" Dia tunjuk mukanya yang sudah separuh berbalut.

"Ha, baguslah tu. Kau kan kental. Tu, muka berparut. Mata sebelah buta. Siapa yang nak kau?" Dahi Nathan dia tonyoh sekali lagi. Geram betul dengan kawannya yang selalu membodohkan diri sendiri demi menjaga orang lain.

"Mata buta apalah sangat, eh, orang kata kalau muka berparut hot. Kau tahu apa."

"Ha, menjawab!" Zareef ni, tak ubah macam mak Nathan. Kuat membebel. Kalau nak dibandingkan bebelan Zareef dengan mak Nathan, mak Nathan pun kalah.

"Eh, mana Qayyum?"

"Tu..." Mata Nathan mengikut kearah telunjuk Zareef. Dia tergelak bila nampak Qayyum sedang terlentang tak sedarkan diri.

"Tu apa pasal?"

"Budak tu koma. Kau hentak kepala dia samdul. Tu, nampak tak tangan kau kena gari tu?" Nathan angguk kepala. Dia gerakkan tangan kanan dia yang digari.

"Habislah kau."

"Lah, kena soal jawab sikit je ni. Masuk penjara keluar balik."

"Siot." Zareef tonyoh lagi dahi Nathan sampai merah. Memang tak makan saman dia ni.

"Abang lanun!" Serentak Nathan dan Zareef memandang kearah Ezz Firdaus. Dia membawa seorang gadis bersamanya. Ayu, manis orangnya. Mungkin umurnya dalam dua puluh tahun.

"Eh, Ezz. Kau buat apa kat sini?" Soal Nathan. Dia cuba mengubah posisi baring kepada duduk perlahan-lahan.

"Aku nak melawat kawan aku pun salah?" Ezz tertawa. Zareef pula berdehem. Dia menyiku lengan Nathan ketika matanya melirik kearah adik Ezz.

"Lawa...tak nak ke?"

"Diam gila." Nathan menepis siku Zareef. Dia senyum kearah Endra Medina selaku adik angkat Ezz Firdaus.

"Abang lanun, ni abang Ezz bagi." Endra memberi bekal mangkuk tingkat buat Nathan.

Ezz garu belakang leher. "Sorry lah, adik aku panggil kau lanun sebab mata sebelah kau tertutup." Nathan ambil bekal tersebut.

"Tak apa. Benda kecik." Endra tersenyum.

"Endra kecik!" Nathan tertawa. Dia tahu itu memang sifat Endra. Dia pernah berjumpa dengan Endra beberapa kali. Walaupun dia seorang gadis yang sangat cantik tetapi pemikirannya agak lain daripada gadis dewasa yang lain. Dia lebih bertindak seperti budak kecil dan yang membuatkan Nathan lebih selesa, perangai Endra macam perangai Iryana. Jadi dia tidak ada masalah untuk melayan Endra.

"Nathan, ni ha, apa kes?" Ezz duduk disebelah katil Nathan.

"Apa kes? Kalau aku cerita esok pun belum tentu habis."

"Cerita ajelah..." Ezz garu dahi. Susah benar nak buka mulut kawannya yang seorang ini. Kalau dia hempuk elok juga. Biar saraf Nathan berfungsi normal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience