HPD || BAB 32

Romance Completed 246547

"TAK GUNA KAU!"

"A-urgh!!!" Tumbukan bertubi-tubi dari Arsyad berjaya menghancurkan batang hidung Kamal.

"Kau memang bangsat! Bangsat! Kau bersubahat dengan mak bapak aku untuk rogol Haura! Disebabkan kau aku tak dapat bersama dia sepanjang mengandungkan Irsyad! Disebabkan bangsat macam kau! Aku hukum dan hina isteri aku!! Disebabkan iblis macam kau! Anak aku akan mati! Kau memang bangsat!!!" Air mata Arsyad mengalir tanpa henti. Dia angkat Kamal sekali dengan kerusi yang terikat. Dia hempas kelantai. Nak! Belakang kepala

"Kalau dendam dengan aku! Khianat sahaja aku! Jangan libatkan Haura! Jangan pernah sesekali libatkan isteri aku!" Arsyad tarik rambut dan hentak belakang kepala Kamal sampai berdarah.

"Bunuh saja aku Kamal! Haura tak salah! Isteri aku tak pernah buat salah dengan kau! Anak aku tak pernah kacau hidup kau!" Wajah Kamal semakin memucat. Sudah tiada teriakan. Cuma jantungnya masih berfungsi tanda dia masih hidup.

"Aku percaya kau mati-mati!" Dia pandang muka Kamal dengan dingin.

"Aku sayang persahabatan kita tapi nampaknya hanya aku yang rasa begitu. Aku bodoh. Sekarang aku percaya, orang yang paling kita sayang adalah musuh sebenar kita. Musuh didalam selimut. Syaitan yang bertopengkan manusia."

Arsyad mengepal buku lima sehingga tertimbul urat. "Apa yang kau dapat lepas dah buat hidup aku dan Haura merana? Kau tak dapat apa-apa Kamal. Kau nampak kasihan. Kau cuma tunjuk pada aku yang hidup kau ni gagal. Gagal sampai cemburukan hasil kejayaan aku. You're nothing. Kau sampah!" Arsyad menumbuk pipi Kamal sehingga pecah bibirnya.

"Arsyad!" teriakan Sarah membuatkan Luiz menoleh kearah pintu. Arsyad pula masih dengan amarahnya. Membelasah Kamal tanpa sedar kehadiran Sarah. Sean menundukkan kepala sambil memaut bahu Sarah yang masih lemah.

Sean tunduk pada Luiz.

"Mi spiace signore, ho dovuto portare qui sua moglie. (Maaf tuan, saya terpaksa bawa isterinya kesini.)" Luiz memandang Sean tajam.

"Ti punirò lì più tardi. Adesso godiamoci la storia. (Aku akan hukum kau disana nanti. Sekarang kita nikmati sahaja cerita.)" Luiz menepuk sofa mengarahkan Sean untuk melabuh disitu.

Sarah berlari kearah Arsyad dengan air mata yang mengalir. Dia cuba menolak Arsyad jauh dari Kamal yang masih terbaring lemah.

"Berhenti!" Teresak-esak Sarah ketika melihat wajah Kamal yang ditumbuk kasar berkali-kali oleh Arsyad.

"Arsyad ingat Tuhan!!!" Dengan segala kekuatan. Sarah merempuh Arsyad ketepi. Segera Sarah mendakap tubuh Kamal.

"Biy....biy jangan tinggalkan yayang..." Air mata Sarah semakin deras mengalir ketika tangan lemah Kamal membalas pelukannya.

"Biy...kecewakan...yayang..." suara lemah Kamal hanya membuatkan Sarah mahu berteriak. Dia tidak bersedia kehilangan suaminya. Tidak.

"Tak...biy tak kecewakan yayang..." Sarah mendapakap Kamal lebih erat. Lebih membuat hatinya sayu ketika telapak tangan Kamal melekap pada perut Sarah.

"Baby...kita..." Kamal berbisik.

"Baby kita dah tak ada...biy jangan tinggalkan yayang juga. Tolong...yayang tak kuat sendiri."

"Dia perogol Sarah! Suami kau tu bangsat!" Arsyad mahu menyerang Kamal semula tetapi Sarah tahan. Dia peluk penuh tubuh Kamal yang lemah itu.

"Mengucap biy..." Sarah berbisik pada cuping telinga Kamal yang sudah tercungap-cungap.

"Mengucap...Allah Maha penerima taubat walau sebesar apa pun dosa hamba-Nya..." Sarah berbisik lagi. Air mata Kamal, Sarah kesat dengan ibu jarinya.

"Biy...minta...ampun..."

Sarah geleng kepala laju.

"Yayang maafkan biy...mengucap biy! Masih tak terlewat..."

Kamal tersenyum nipis.

"Yayang...kuat....kan?" Tangan Kamal tak berhenti mengelus perut Sarah.

"Biy...cintakan...yayang..." Boof! Luiz melepaskan satu das tembakan pada kepala Kamal.

"Biy!!!" Berteriak Sarah disitu bila dia nampak Kamal sudah tidak bernafas lagi. Sean cuma menoleh kearah lain. Tidak sanggup melihat Sarah dalam keadaan begitu.

"Signore, tutti i documenti sono qui. Compresi i loro piani e l'omicidio della madre di Fawaz. (Tuan, semua rekod ada disini. Termasuk rancangan-rancangan mereka dan pembunuhan Fawaz.)" Fabio datang dengan tangan kosong. Manakala Alessandro pula yang dipaksa untuk mengangkut segala dokumen dan rekod yang bertimbun. Cukup bukti untuk jatuhkan hukuman mati pada Tan Sri sekeluarga.

"Good job my son." Luiz senyum pada Arsyad.

"Pulisci tutto il sangue e lo sporco. Trasporta tutti i corpi sul nostro jet privato. Buttatelo in Italia più tardi. (Bersihkan segala darah dan kotoran. Angkut semua mayat kedalam jet peribadi kita. Lupuskan di Itali nanti.)" Luiz memberi arahan pada Fabio, Sean dan Alessandro.

"Tutti i record lasciano ad Arsyad. Lascia che si occupi di tutto da solo. (Rekod semua serahkan pada Arsyad. Biar dia uruskan semuanya sendiri.)"

"Baik tuan. (Si, signor.)" Kata Fabio sebelum mendekati gadis yang sedang memeluk erat mayat suaminya.

"Jangan dekat!" Teriak Sarah. Sebaik mungkin cuba melindungi suaminya dari di sakiti lagi.

Tanpa amaran, Fabio merentap mayat Kamal dari pelukan gadis yang lemah itu.

"Jangan!!!" Dia peluk semula. Kali ini, lebih ketat.

Alessandro menyerahkan bukti pada Arsyad. Bukti ditangan sudah ada, tetapi Arsyad terasa sangat lemah untuk berdiri lagi. Lebih-lebih lagi, apabila dia mendengar teriakan Sarah ketika melihat mayat Kamal dibawa pergi.

Semuanya berantakan. Apa yang dia harapkan tidak pernah bersesuaian dengan takdir.

Sarah sakit.

Dia juga sakit.

Begitu juga dengan Haura dan anak kecilnya.

Adakah dunia ini begitu kejam sehingga tiada ruang untuk insan seperti mereka merasakan bahagia?

Alessandro memicit pelipis ketika melihat Fabio yang sejak tadi bermain tarik tangan bersama gadis cantik itu.

"Fabio, kau ni keras sangat. Memanglah dia tak nak lepaskan suami dia pada kau.  (Fabio, sei molto duro. In effetti, non vuole consegnarti suo marito.)" Alessandro berjalan kearah Fabio dan berlutut.

"Kau tengok aku bagi contoh macam mana caranya nak lembutkan hati wanita. (Hai osservato attentamente mentre mostravo un esempio di come ammorbidire il cuore di una donna.)" Dengan muka berlagak dia kata kan itu pada Fabio. Tangannya menolak Fabio ketepi sebelum mengambil tempat itu untuk memujuk Sarah.

"Hye sweetie, let me take your husband..." Dia bagi kenyitan mata pada Sarah.

Pak! Tamparan yang dia dapat sebagai balasan. Terlepas juga ketawa Fabio di hadapan mereka. Bila si buta lead si buta, memang tak boleh di buat pakai.

"Oh my God, bad girl...bad girl..." Alessandro tergoda dengan tamparan maut dari gadis cantik dihadapannya. Walaupun sudah menjadi janda, gadis itu masih muda dan menawan baginya.

Fabio cuma mampu tepuk dahi. Ceh. Semua perempuanlah si Alessandro ni nak tergoda. Mampus nanti baru nak taubat kot.

"Sembra che il tuo metodo non funzioni. (Nampaknya, cara kau memang tak langsung tak berfungsi.)" Giliran Fabio menolak Alessandro ketepi dan merentap mayat itu dari Sarah dengan kasar.

Kerana terlalu sedih, Sarah jatuh tersungkur. Sadisnya gadis itu. Sean memerhatinya dari jauh.

        TIDAK TAHU bagaimana, sedar dari pitam. Dia sudah terbaring diatas sofa rumahnya.

"Biy..." Masih basah pipi nya dengan air mata. Jadi, semua yang berlaku tadi bukanlah sebuah mimpi. Sarah duduk perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa sakit.

"Biy...." Belum pernah lagi dia tanpa Kamal disisi. Bila penyeri hidup nya sudah tiada, separuh jiwanya terasa kehilangan.

Sepucuk surat terletak diatas meja. Sarah ambil dan membukanya dengan penuh debaran. Adakah ini dari Kamal? Dia berharap surat ini daripada Kamal. Dia sangat merindui suaminya.

Matanya tertumpu pada surat tersebut dan mula membacanya.

Dear Signora,
Honestly, I don't have much to offer but there's one thing I'm sure of. You can call when you feel like everything's heavy. I may not be good at giving advice but I'll listen. Your heart safe here. With me.

Sarah terus merenyuk surat tersebut dan mencampaknya pada lantai. Pembunuh. Dia hanya nampak Sean sebagai pembunuh.

Dia tidak akan memaafkan lelaki itu. Tidak. Tidak akan!

     KERETA dipandu laju seperti tiada hala tuju. Entah kemana tangan dan kakinya yang membawa tubuhnya pergi. Dia rasa terlalu penat dan kesedihan.

"Ceramah aku konon." Arsyad tertawa dengan kebodohannya sendiri. Dia terlalu percayakan Kamal sampai dia tidak sedar bahawa dalang yang menyebabkan semua ini terjadi adalah Kamal.

Mesti seronok Kamal mentertawakan dia selama ini. Betapa bodohnya dia bila cuba

"Aaaarrrgghhhh!!!!" Dia berteriak sekuat yang mungkin. Terbawa emosi yang sangat menggulung harapan.

Semua orang mengkhianatinya.

Keluarga.

Termasuk kawannya sendiri.

Tapi yang lebih menyakitkan, disebabkan orang yang kejam seperti mereka. Dia kehilangan isterinya. Dia juga bakal kehilangan anak kecilnya.

"Sial!!!" Dia mahu belajar untuk melepaskan tetapi hatinya tidak pernah pandai untuk mempelajarinya. Dia berharap suara hatinya terdengarkan. Biar dia dibawa pergi harapan.

Dia tersedu-sedu apabila mengingatkan bagaimana Haura menutup pintu hati untuk menerimanya kembali.

Dia sangat mahu belahan jiwanya berbahagia tapi entah bila gilirannya akan tiba untuk berbahagia juga. Entah sampai kapan hatinya akan tertaut pada wanita bernama Haura Damia.

Cintanya terhadap wanita itu tidak pernah kurang. Bahkan semakin mereka berjauhan, semakin kuat rasa terikat. Semakin mereka berjauhan, semakin debarannya terasa dekat. Seakan cinta mereka masih menyatu.

Atau ini hanya dari sisi Arsyad? Tidak lagi buat Haura Damia? Memikirkan itu, jiwanya begitu hancur. Hancur sehancur-hancurnya.

"I gave you some space to heal, sayang. But please, I hope you not forget about me...tak apa kalau kena berpisah beribu batu untuk rawat semula hati kita kan..." Dia cuba memujuk hatinya sendiri. Dia cuma bersendiri. Membawa dirinya entah kemana.

"I love you so much but it's too much pain to handle...I can't hold it anymore...and I know you can't too. Abang tak mahu pentingkan diri sendiri, terus mengurung sayang untuk tetap disisi abang walau abang tahu sayang tak berbahagia seperti dulu..." Dia terlalu sakit. Bila dia akan sembuh? Sudah semestinya dia tidak tahu. Hatinya rasa berdarah.

Dia mahu pulang...

Dia mahu berehat...

Tetapi rumahnya sudah hancur...

Di hancurkan oleh tangannya sendiri.

Adakah semua ini silapnya? Dia selalu ingin memarahinya dirinya kerana terlalu bodoh.

"Abang terlalu teruk dalam berpura. Abang tak pandai berpura kuat. Air mata abang tak pernah berhenti jatuh untuk sayang. Entah jika di tadah seluas gaung, mereka mampu menampung takungannya?"

"Abang terlalu cintakan sayang. I can't pretend that I'm alright after loosing you..."

Tolong...

Tolong...

Sesiapa...

Tolong...

Ada yang mampu hilangkan dia dari ingatanku?

Mungkin saja tidak.

Kerana cintanya terlalu tulus.

Sehingga dedawai saja bisa patah ketika cuba menghilangkan perasaan itu dihati Arsyad.

Cincin di jari masih disitu.

Cincin perkahwinan mereka.

Cincin yang pernah menyatukan dua hati.

Dan hati itu masih tertaut.

Masih...

Dan masih....

Panggilan telefon yang masuk membuatkan Arsyad tersedar dari lamunan. Dia menggapainya dan melihat pada skrin telefon.

Mama.

Naik berderau darahnya sebaik sahaja membaca sebaris nama itu. Kalau dapat depan mata dia, memang berkecai muka mak dia!

"Helo?"

"Hello, my son. Nak bagitahu ni, mama ada buat dinner dengan our family untuk celebrate business papa. You free tak?"

Arsyad menggenggam stereng dengan kuat. Kemarahannya membuak-buak. Boleh lagi mereka bersenang, sedangkan dia disini merana disebabkan rancangan mereka.

Dalam fikirannya sudah memikirkan rencana bagaimana untuk mengajar mereka habis-habisan.

"Free. Masak lebih ma." Tak pernah-pernah dia minta Tan Sri Hazlina untuk memasak lebih. Dia memang selalunya makan sikit. Kadang, tak makan pun sebab tak selesa nak makan disana.

Terkejut datin mendengarkannya. Tak pernah-pernah anak bongsunya bersemangat setiap kali makan sekali. Tiba-tiba sahaja hari ni dia buang tebiat.

"Good my son. Mama dah masak lebih. Comelah. Clara ada disini sekali."

Gigi geraham diketap. Sakit betul hatinya bila dengar suara papa bergelak ketawa dari dalam panggilan.

"Oh, kirim salam dengan Clara." Memang dia mahu bantai habis si perempuan penyibuk tu. Sekali mak, bapak, kakak dengan abang dia sekali.

"Okaylah, kalau macam tu mama end call dulu."

"Ma."

"Ya?"

"Seronok-seronoklah dulu dekat sana. Nanti menangis."

Datin terdiam.

"What do you mean, Arsyad Taqqi Mohammed?"

"Nothing." Balasnya dingin.

"Seriously?"

Arsyad menarik nafas dalam-dalam sebelum mengajukan soalan.

"Just a random question." Dia berhenti untuk mengawal kemarahannya.

"Layak ke seorang ibu, digelar sebagai ibu setelah bersenang-senang disebalik tangisan anaknya?" Dia bertanya dengan nada sinis. Dia tahu, datin masih belum sedar bahawa dia sudah tahu perkara yang sebenar.

"Of course not, what a silly question."

Arsyad terlepas ketawa. Ketawa yang penuh amarah. "You got my point, ma. So, anak yang kena khianat tu...layak untuk menghukum ibunya untuk mendapatkan keadilan kan?" Soalnya sekali lagi.

"Something like that."

"Jadi tak salahkan kalau anak yang kena khianat tu buang ibu dia dari hidup dia."

"Hold on. I tak faham, kenapa soalan you ni pelik sangat?"

"Just get ready, ma. Im on my way." Arsyad menutup panggilan. Pedal kereta terus dia tekan kuat untuk pemanduan laju. Berani-beranilah buat kacau dalam hidupnya!

Mak atau bapak? Ada dia kisah! Kalau hidup menyusahkan anak baik pergi mati saja! Menyenangkan kerja Tuhan.

P/S: MAAF LAMA MENGHILANG, AUTHOR URUSKAN DRAFT DI DUNIA OREN SEBELUM AKTIF KE DUNIA MERAH SEMULA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience