HPD || BAB 31

Romance Completed 246547

PANTULAN cahaya matahari memancar kedalam ruangan ketika langsir tebal didalam wad diselak oleh Sean. Sementara menunggu Sarah sedarkan diri, dia mencicip kopi panas. Apa yang doktor kata tadi benar-benar mengganggu emosinya. 

Bagaimana agaknya reaksi gadis itu selepas menerima berita tentang keguguran? Memikirnya sahaja sudah cukup berat untuk Sean terima apatah lagi tuan badan yang menanggung.

Tujuan dia datang ke Malaysia cuma untuk menyelesaikan misi yang diamanahkan oleh Luiz sahaja. Malah, dia terjerut pula dengan kisah Sarah.

Salah ke kalau dia merasa simpati? Mungkin salah kerana dia tidak sepatutnya meletakkan emosi didalam misi ini tetapi sanggupkah dia biarkan sahaja gadis ini sendiri melayan perasaan?

Adakah patut dia hanya lepas tangan dan menyerahkan gadis ini seratus peratus pada jururawat yang bertugas?

Sean melepaskan keluhan beberapa kali sebelum membuang pandangan kearah Sarah yang masih tidak sedarkan diri. Tubuhnya nampak sangat lemah. Warna kulit sudah kembali seperti sedia kala. Tidak sepucat sewaktu mereka bertentang mata buat kali pertama disana.

Kelopak mata yang terasa berat dipaksa juga untuk dibuka. Dengan pandangan kabur, Sarah memerhati sekeliling. Bilik ini tampak asing, kosong, cuma ada katil, sofa mewah, dan tiub yang dicucuk pada tangannya.

Aku di hospital?

Bagaimana aku boleh berada disini?

"Urm..." Sarah menggenggam perut. Sakit masih terasa tetapi tidaklah sesakit sebelum ini.

Sean menoleh. "Signora?" Segera dia berjalan kearah Sarah. Akhirnya, gadis ini sudah sedarkan diri.

Sarah menggosok kelopak mata dengan belakang telapak tangan. Signora? Siapa lelaki yang sedang menatapnya ini?

Sekali lagi Sarah menonyoh mata sendiri. Bila dia nampak tatu kecil pada bahagian dada belah kanan lelaki itu, dia ketakutan. Terus dia menarik selimut keatas sehingga menutup wajah. Mesti dia orang suruhan Tan Sri juga!

Reaksi lucu Sarah membuatkan wajah dingin Sean berubah. Senyuman nipis tertayang di tubir bibirnya.

"Signora, don't be afraid..." Sean mengalih selimut itu dari wajah Sarah.

Sarah terus memejam mata serapat-rapatnya bila selimutnya ditarik kebawah. Sean nampak tangan Sarah menggenggam perut datarnya. Mungkin takut kandungannya diapa-apakan. Sean mengeluh perlahan. Nampaknya gadis ini masih belum sedar bahawa dia sudah keguguran.

Sean mengambil segelas air kosong yang sudah tersedia diatas meja kecil bersebelahan dengan katil. Kemudian, dia hulur pada Sarah yang sedang memandangnya dengan ketakutan.

"Make sure to stay hydrated throughout the confinement period." Sean sempat menitipkan pesan. Gadis dihadapannya sekarang terlihat rapuh. Mata bulat yang sempat itu menatap Sean dengan penuh kesedihan.

"I'm not going to kill you, signora."

Sarah tetap tidak menyambut gelas itu. Dia trauma. Tangannya bersembunyi di balik selimut. Tragedi di rumah agam Eizkil membuatnya ketakutan untuk menerimanya. Bahkan, memandang gelas sahaja dia sudah menggigil ketakutan. Makin kuat genggaman di perutnya.

"Signora, stop it. It's just waste your time. He or she already died." Sean tak sampai hati untuk memberitahu Sarah tetapi dia perlu kentalkan hati. Dia alih tangan Sarah ke sisi. Dia bawa jauh-jauh dari perutnya.

"Apa maksud awak?" soal Sarah dengan lemah. Dia masih tak dapat nak tangkap apa yang lelaki itu cuba sampaikan.

Sean mengurut pelipis. Dia tidak faham bahasa Melayu. Jadi agak sukar untuk mereka berkomunikasi jika gadis ini berterusan menggunakan bahasanya.

"Do you know about your pregnancy?" Anak mata Sean jatuh pada perut datar Sarah.

Sarah menggeleng perlahan. Dia tidaklah mahir berbahasa Inggeris tetapi dia masih boleh faham sedikit apa yang lelaki dihadapannya sedang persoalkan.

"You miscarried."

Melalui raut wajah Sean, Sarah boleh agak apa yang lelaki itu cuba sampaikan. Dia keguguran. Sarah terdiam. Lama. Sebenarnya dia sudah tahu perkara ini sejak dia rasa sakit pada rahim selepas meneguk minuman pemberian Eizkil. Lebih-lebih lagi, bila dia nampak darahnya menitik kelantai. Sarah tak boleh tahan diri dari menangis. Dia tertunduk.

"Signora? Are you okay?" Sean duduk di tepi katil. Masih memegang gelas itu ditangan. Sean mengurut pelipis sekali lagi dengan soalan bodohnya sendiri. Sudah semestinya gadis itu sedang tidak baik. Ibu mana yang tidak sedih bila keguguran?

"Do you need some space?" Sean tidak mahu menganggu jika Sarah memintanya untuk memberi ruang. Lama dia tunggu tetapi gadis itu tidak memberi sebarang jawapan. Sean letak semula gelas diatas meja tadi.

"Take a rest and don't ever think to hurt yourself. Alright, signora?" Sean mengelus tudung Sarah sebelum turun dari katil. Dia akan memberi ruang untuk gadis itu.

Sean bersedia untuk mengatur langkah ke pintu.

"Saya...saya tak tahu awak siapa..." Bicara Sarah berjaya membuatkan langkah Sean terpasak disitu.

Segera Sean membuka telefon. Dia merakam suara Sarah untuk meminta bantuan penterjemah.

Io...non so chi sei...

Sean pandang kearah Sarah. Mereka saling membalas pandangan.

"Tapi tolong selamatkan suami saya...tolong..." Iris bewarna biru laut Milik Sean tertumpu pada iris bewarna hitam milik Sarah. Mereka seolah-olah sedang memahami antara satu sama lain.

Firasat Sarah boleh merasakan bahawa Kamal tidak boleh bertahan lama kerana pendarahan sekiranya tidak diselamatkan segera.

Per favore, salva mio marito... per favore...

Suara Sarah seakan merayu. Sean mengeluh perlahan sebelum menaip pada terjemahan. Dia membacanya dengan pelat untuk berkomunikasi dengan Sarah. "Saye...tidark...buleh...
memberitahu..." Sean pandang Sarah untuk melihat reaksi.

Sarah menggeleng kepala.

"Saya...nak berjumpa dengan dia..."

"Saya...perlukan dia..." Sarah memandang Sean dengan penuh berharap. Dia mahu berjumpa dengan Kamal. Dia mahu menangis dan meluahkan betapa sedihnya berita kehilangan penghuni pertama rahimnya ketika ini.

Dia tahu Kamal tidak layak untuk hidup. Lebih-lebih lagi bila dia bersubahat dengan Tan Sri untuk mengupah Fawaz supaya merogol Haura. Juga, Kamal terlihat didalam pembunuahan Fawaz.

Iya, tak boleh dinafikan Sarah masih sangat marah dan kecewa dengan Kamal ketika ini. Sangat! Tapi kerana dia sudah terbiasa dengan baiknya Kamal. Dia jadi seorang wanita yang sangat memerlukan kehadiran Kamal sekarang. Dia perlukan kekuatan dari suaminya. Cukup dengan hanya satu pelukan. "Sebab itu saya minta awak selamatkan suami saya..." Sean menunggu penterjemah untuk membantunya memahami.

Voglio incontrarlo...
Ho bisogno di lui...
Ecco perché ti chiedo di aiutarmi a salvare mio marito...

Hati Sean bagai tersiat mendengarkan rayuan Sarah. Dia tahu permintaan Sarah sangat mustahil untuk tunaikan. Lebih-lebih lagi bila Kamal sudah berada di tangan Luiz. Di tangan ketua mereka. Jalan sudah mati. Hukuman tetap hukuman. Luiz pantang jika keluarganya di usik. Dia bukan seseorang yang bermain dengan mulut tetapi dia bermain dengan nyawa.

"It's not-"

"Adakah awak punya anak dan isteri?" Soalan Sarah membuatkan Sean lebih tersentak apabila dia dengar dari terjemahan.

"No I don't have them." Sean menjawabnya.

Air mata Sarah mengalir.

"Kalau awak punya mereka, pasti awak akan memahami perasaan saya." Sekali Sean tersentak. Tak boleh. Dia tidak boleh menentang Luiz semata-mata untuk gadis yang baru sahaja dia kenal. Lebih-lebih lagi gadis ini adalah isteri kepada Kamal.

Silap besar kepala dia pula yang ditembak Luiz.

"Signora I-"

"Please..." Sean berpaling. Angkat kaki untuk memulakan langkah. "Saya merayu..." Lengan suit itu dia genggam sebelum Sean sempat Melangkah jauh. Langkah Sean tergendala.

    

      TERIAKAN KAMAL membuatkan fokus Fabio terganggu ketika dia sedang menyediakan alatan diatas meja. Dia toleh kearah Kamal. Peliklah dah kenapa tiba-tiba menjerit, elok member tu pitam tadi.

Rupanya, Alessandro selamba tumpang duduk atas riba Kamal dengan muka berlagaknya sambil baca majalah. Sudahlah terbalik majalah yang si budak Alessandro tu tengah baca. Huwa!

"Come vuoi davvero rendere sordo il ragazzo? (Kau memang saja nak buat budak tu memekak ke macam mana?)" soal Fabio sambil menyusun senjata api lengkap. Parang, gergaji, player, gunting, pisau. Kalau bahagian cecair pula ada asid dan racun.

Alessandro turunkan majalah yang tengah dia baca ke bawah untuk melihat Fabio.

"È molto tenero. Mi siedo e basta. Fare niente. (Dia yang lembik sangat. Aku duduk sahaja. Tak buat apa pun.)" Alessandro senyum lebar dengan muka bangga. Suka pulak dia dengar si Kamal tu melalak dekat bawah dia.

"Il problema è il rumore. Voglio lavorare ma non sono tranquillo. (Masalahnya bising. Aku nak buat kerja pun tak tenang.)" Fabio mengeluh bila dia pandang Alessandro yang sedang mengabaikan kata-katanya. Siap makan gula-gula getah lagi. Lepas tu buat muka seposen. Terpaling fokus membaca dialah tu.

Fabio geram dia campaknya pen. Buk! Tepat masuk dalam lubang hidung Alessandro. "Prendi quello! (Ambik kau!)" Fabio ketawa terbahak-bahak bila nampak batang pen tu terpacak dalam lubang hidung Alessandro.

"Auch!" Dia jeling tajam. Batang pen tu dia hembus sampai terpelanting ke udara. Majalah ditangan, Alessandro hempas pada lantai.

Lepas tu dia bangun dari riba Kamal dan berada dalam posisi sedia untuk menyerang. "Sei geloso perché il mio naso è più affilato del tuo, vero? Giusto? Vuoi combattere? Ah veloce! Si accomodi! (Kau cemburu sebab hidung aku lagi mancung dari hidung kau kan? Kan? Nak lawan ke? Ha cepat! Masuk!)" Penumbuknya sudah bergerak ke depan kebelakang dah tu.

Fabio garu dahi.

"Sono troppo pigro per combattere una mosca. (Malas aku nak bergaduh dengan lalat.)" Fabio mengibas-ngibas tangan ke udara. Saja buat gaya macam tengah halau lalat.

"Una mosca? Bello come questo, lo chiami mosca? Non può essere. La mia dignità è stata sputata e calpestata. (Lalat? Handsome macam ni kau panggil lalat? Ini tak boleh jadi. Maruah aku sudah di ludah dan dipijak sehingga lunyai.)" Dia pusing tangan keudara. Konon mahu berlawan tapi sengaja dia melambatkan serangan kerana takut kalah. Iyalah, siapalah dia nak dibanding dengan kekuatan Fabio! Huh. Alessandro hanya lah seorang insan yang lemah. Yang patuh dan taat kepada abang-abangnya iaitu Fabio dan Sean. Ceh!

Pintu terbuka luas.

"È arrivato Luiz Garberville! (Luiz Garberville sudah tiba!)" teriak Cynthia ketika meringi Luiz masuk kedalam selaku pembantu kanan. Cynthia antara gadis terkuat didalam kumpulan mereka.

Alessandro tarik nafas lega. Dia turunkan penumbuk dan bisik pada Fabio. "Il destino di Luiz viene a conoscenza. Se non è proprio liscio, ti pizzico il naso. (Nasib Luiz datang tau. Kalau tak memang lunyai hidung kau aku picit-picit.)" Menyempat saja si Alessandro mencari pasal. Fabio baru angkat tangan sikit dah mencicir dia lari pergi kearah Luiz. Nak mengadulah tu.

Ceh! Mentang-mentang anak buah kesayangan. Sikit-sikit mengadu.

Fabio pun menunduk kepala tanda hormat. "Signor." Dia angkat kepala semula. Menunggu arahan dari Luiz yang seterusnya.

Luiz hanya berkemeja putih tetapi nampak sangat berkarisma. Bahagian atas yang dibiarkan tidak berbutang menampakkan tatu besar dari dada sehingga ke leher.

"Dov'è il ragazzo? (Mana budak tu?)" soal Luiz kepada Fabio.

"Quello! Sei seduto lì! (Tu! Tu tengah duduk tu!)" Alessandro yang tolong jawabkan untuk Fabio. Siap goyangkan lengan Luiz pula dengan muka selamba dia.

Luiz jentik dahi Alessandro.

"Auch!" Padu. Baru jentik sudah membuatkan Alessandro menjerit kesakitan. Dengan dahi yang memerah si Alessandro berguling diatas lantai seperti cacing kepanasan.

Fabio tahan gelak tapi segera dia tegangkan muka semula untuk berbicara dengan Luiz.

"Ecco, signore. (Disana tuan.)" Fabio menunding jari kearah Kamal yang sedang terduduk diatas kerusi dalam keadaan terikat. Kaki dan tangannya pula sudah berdarah.

Tampa berbasa-basi, Luiz berdiri dihadapan Kamal.

"So Kamal, it's been a long time since we met. Do you remember me?" Luiz angkat kaki dan letak diatas riba Kamal.

Dengan penuh amarah, Kamal membalas tatapan. Dengan keadaan yang lemah ini, membuatkan Kamal sulit untuk melepaskan diri dari ikatan.

"I don't care who you are. I just want my wife!" teriakan Kamal membuatkan senyuman Luiz semakin melebar.

"Worry about yourself first because you are the one who will face death, not her." Luiz menapak kebelakang dan angguk kepala pada Fabio untuk membuat serangan.

Fabio meraih penembak eletrik. Kemudian, dia cucuk pada luka kesan tembakan di lengan Kamal. Tekan butang hidup. Renjat.

"Argh!!!" Teriakan Kamal bergema satu ruangan.

PAK! Bukan setakat Kamal terdiam. Sekali Luiz dan Fabio terdiam bila Alessandro menampar pipi Kamal.

"Che cosa? (Apa?)" soal Alessandro dengan muka seposen macam tak buat salah. Sudahlah Luiz tidak memberi arahan untuk menampar.

"Lo aiuto solo a tenerlo tranquillo. (Saya cuma bantu diamkan dia.)" Kulit kepala dia garu ketika pandangan tajam Luiz dan Fabio tertumpu kepadanya.

"Rinchiudetelo. (Kurung dia.)" arah Luiz pada Fabio.

"Parentesi? Papà! NO! (Kurung? Daddy! No!)" Si Alessandro sekali lagi buat hal. Selamba betul dia panggil Luiz tu daddy dia. Lepastu, menjerit macam kena dera bila Fabio menyeret masuk kedalam bilik dan dikunci dari luar.

"Già, signore. (Sudah tuan.)" Fabio kembali dengan muka tahan gelak.

"Bene. (Bagus.)"

Luiz pijak riba Kamal lebih kuat dari sebelumnya. "Argh!!!" teriakan Kamal semakin menjadi-jadi. "Why are you torturing me!" Kaki Kamal menggigil kesakitan. Sudahlah kasut kulit Luiz ni keras dan tebal.

"You secretly filmed us when you were at our mansion in Italy a few years ago, didn't you?" Bila Luiz nampak mata Kamal terbeliak. Dia meneruskan bicara. "Don't ever think I'm stupid." Dia pandang Fabio untuk merenjat Kamal sekali lagi.

"Argh!!!" Renjatan elektrik itu hanya menambahkan kesakitan pada lukanya.

"Tell me where the record."

Kamal enggan membuka rahsia. Bila sudah nampak Kamal enggan membuka bicara, Fabio ambil botol berisi asid dan tuang pada luka dikaki Kamal sehingga menampakkan tulang putihnya. Kalau tadi dia berteriak, sekarang dia meraung seperti orang gila.

"Still want to keep it a secret?" soal Luiz dengan muka dingin. Dia melirik pada Fabio untuk meneruskan seksaan. Tangan Fabio menyeluk kedalam daging Kamal. Tulang kaki Kamal dia genggam penuh dalam tangan dan patahkan dengan sekali rentap.

Wajah Kamal sudah naik biru kerana kesakitan yang tidak tertanggung. Dia sedang dipenghujung nyawa.

"B-b-basement r-room! 4004! T-th-the pin!" Senyuman Luiz semakin melebar. Kemudian, dia mengangkat tangan supaya Fabio memeriksa bilik bawah tanah yang Kamal katakan. Fabio menerima arahan dan meninggalkan mereka berdua disini.

Luiz menyeluk poket Kamal dan menghidupkannya. Terlihat gambar Sarah dan Kamal sedang berpelukan pada lock skrin. "It's unfortunate that your wife got a traitorous husband." Dia tayang lock skrin itu dihadapan wajah Kamal.

Air wajah Kamal berubah sedih sebaik sahaja melihat gambar Sarah. Dia menyesal sebab kecewakan hati isterinya. Juga, telah mengasarinya hanya kerana amarah.

"Password." arah Luiz.

Kamal dipaksa untuk membuat panggilan dan mengakui silapnya kepada Arsyad. Lepas sahaja Arsyad mendengarnya, Arsyad tiba di rumah agam Eizkil. Tanpa ragu-ragu, Arsyad masuk kedalam.

"Kamal!!!" Teriakan Arsyad bergema.

Luiz pula sudah duduk diatas sofa dengan muka bangga. Tak sabar mahu melihat anak angkatnya mengamuk.

Arsyad sekarang bukan lagi Arsyad yang Kamal kenal. Dia sedang terbawa emosi. Kamal yang sudah nyawa ikan diatas kerusi itu, segera Arsyad terkam. Dia tumbuk muka Kamal sampai berdarah.

"Tak guna kau!"

"A-urgh!!!" Tumbukan bertubi-tubi dari Arsyad berjaya menghancurkan batang hidung Kamal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience