HPD || BAB 27

Romance Completed 246547

SEMINGGU BERLALU, destinasi pertama Sarah adalah rumah lamanya. Tidak sabar pula dia mahu memeluk Irsyad.

Haura akan ke mahkamah dalam beberapa hari lagi untuk proses tuntutan cerai. Jadi dia mahu kesana untuk memujuk hati Haura.

Pintu rumah dikuak.

"Assalamualaikum. Haura. Oh, Haura. Aku datang nak singgah ni." Pintu dibelakang Sarah tutup perlahan sebelum mengunci tombolnya.

Pelik. Kenapa sunyi semacam je ni? Selalunya setiap petang, Haura akan baringkan Irsyad diruang tamu selepas mandi petang. Tapi hari ini tiada pula.

Kakinya menapak menuju ke bilik tidurnya yang ditumpang Haura. Plastik yang dipenuhi bush mangga dia bawa sekali. Nak buat kejutan untuk gembirakan hati Haura selepas hari yang sulit. Katanya, teringin nak makan.

"Haura?" Buka je pintu, Sarah nampak Irsyad yang berada diatas katil. Dengan bunyi dia kegeraman seraya menggigit mainan dengan gusinya kecilnya.

"Irsyaaaad...alololo, aunty miss you so muchhh!" Geram sangat Sarah naik atas katil.

"Hmm! Comelnya! Tembamnya pipi awak ni. Hmmm!" Dia gomol-gomol pipi Irsyad. Tak cukup dengan tu dia gigit pipi pula guna bibir.

Sementara Haura didalam tandas, membasuh mulutnya disingki setelah beberapa kali termuntah. Wajah pucatnya terpancar dari rifleksi cermin dihadapannya. Pelik kenapa perutnya terasa mual, kepala pula rasa sakit dan rasa tidak sedap badan.

Lidah Haura terkelu apabila memikirkan sesuatu. Aku, mengandung ke?

"Tak...tak..." Haura geleng kepala. Dia basuh muka untuk tenangkan diri.

Dia buntu. Apakah harus dia bergembira atau bersedih? Kehadiran anak kedua didalam rahimnya adalah hasil dari keterpaksaan.

Yang lebih merisaukannya, dia dan Arsyad akan ke persidangan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Hati Haura semakin berbelah bahagi. Sanggupkah dia melihat anak-anaknya tumbuh besar tanpa seorang ayah? Ah, jangan merepek Haura. Kau tak mengandung.

Air mata mengalir tanpa henti. Dia rasa tertekan.

Adakah Arsyad melakukan ini kerana untuk mengikatnya lagi? Tidak cukup kah hukuman yang lelaki itu jatuhkan kepadanya? Luka dihatinya masih belum sembuh. Dia tahu Arsyad melakukan semua ini kerana rasa terkhianati. Dia tidak boleh salahkan Arsyad sepenuhnya tetapi perasaannya terhadap Arsyad semakin mati.

Dia sudah terlalu sakit. Dia mahu menjauh dan menafikan segala yang dia rasa. Dia sudah terlalu trauma dengan percintaan dan berumah tangga.

Alat penguji kehamilan pada tangan yang masih elok kotaknya berbalut berbalut dengan plastik itu, dia lempar kedalam tong sampah.

"Tak mungkin..." Haura mengambil tuala kecil yang tergantung elok di tepi. Wajahnya di lap sehingga kering.

Dengar sahaja tangisan Irsyad bergema dari luar, Haura terus keluar dari tandas. Dia berlari anak kesana untuk mencari tahu apa penyebab anak kecil itu menangis. Takut-takut terjatuh dari katil atau apa.

"Irsyad." Haura menghela nafas lega.

"Kau ni Sarah. Terkejut aku." Dada di usap beberapa kali. Tak ada angin tak ada ribut, tahu-tahu sudah sampai kesini. Sudahlah dia pergi gigit pipi Irsyad pula tu. Mana taknya menangis anak kecilnya.

"Eh, Haura. Pinjam anak kau kejap. Comel gila!" Tak habis lagi menggomol pipi anak Haura. Dia gigit kaki kecil itu pula.

Tertawa kecil Haura melihat Sarah geram melihat kecomelan Irsyad.

"Pinjamlah, anak aku. Anak kau juga." Dia pun masuk kedalam bilik. Tuala kecil tadi, dia sangkut pada kerusi.

Lepas dah puas menggigit kaki anak Haura, Sarah buka bicara. "Kau ke mana? Aku cari kau tadi." Soalnya sambil menepuk punggung Irsyad untuk meredakan tangisannya.

"Tandas..." Dengar sahaja jawapan Haura, Sarah pandang kearahnya dengan penuh curiga.

"Muntah lagi?"

Haura terdiam. Perlahan kepalanya mengangguk.

"Kalau teruk sangat, pergi je klinik. Kalau dibiar makin teruk nanti." Bukan sekali, malah berkali-kali Sarah pesan kepada Haura untuk membuat pemeriksaan di klinik. Dia perasan sejak dua menjak ni Haura banyak muntah, nampak letih dan selera makan berkurang.

Haura mengeluh perlahan. Dia duduk sebelah Irsyad dan mengambilnya kedalam dukungan. "Aku tak sakit pun Sarah. Buat apa nak ke klinik?" Soalnya dengan wajah tiada minat.

"Habis kalau dah muntah banyak kali tu, tak sakit ke namanya?" Soal Sarah. Dia risaukan keadaan Haura tapi nampaknya Haura seperti tidak risaukan dirinya sendiri.

Tangannya menyelak baju sedikit. Cukup sekadar memberi ruang untuk anak kecilnya mendapatkan susu badannya. "Masuk angin je ni. Aku kan tak ada selera sangat nak makan." Dia dapat merasakan sesuatu yang aneh pada tubuhnya tetapi sedaya upaya dia menafikan syak didalam fikiran. Sepertinya dia sedang berdebat dengan fikirannya.

"Yelah, kalau dah cakap macam tu." Malas dia mahu memaksa. Lagipun Haura sudah besar. Pandai-pandailah dia makan ubat nanti.

Dapat sahaja minum susu badan ibunya, tangisannya terus reda. Sarah memang tak boleh tengok Irsyad tenang, dia genggam tangan kecil itu.

"Nnnaa..." Dia tarik tangan dan letak pada dada ibunya. Ceh, kecil-kecil dah pandai pilih kasih. Nak ibu dia je kerja.

"Amboi, kau tengoklah anak kau ni. Pantang dapat susu, terus sombong tak nak layan aunty dia." Merajuk. Terus Sarah silang tangan. Tergelak kecil Haura dengan perangai Sarah.

"Dengan baby pun kau nak ambil hati? Sarah, Sarah..." Di geleng kepalanya beberapa kali.

"Nah." Sarah terus menghulur plastik berisi buah mangga tadi. Dia mahu ceriakan Haura sebelum persidangan berlangsung.

"Apa ni?"

"Ambillah, tengok."

Haura pun ambil plastik merah yang dihulur. Lepas tu, dia membuka plastik tersebut. Sebelah tangan lagi menyokong tubuh kecil Irsyad yang sedang menyusu.

"Mangga?"

Sarah angguk kepala. Haura pula sudah terharu. Sudah lama dia teringin nak makan mangga. Tidak sangka pula Sarah belanja hari ni.

"Aku dengar kau kata teringin nak makan mangga ni tiga hari lepas. Nampak gerai tepi jalan jual, aku terus berhenti teringatkan kau." Jawapan Sarah membuatkan Haura mahu menangis. Dia tidak tahu kenapa mula emosi. Terharu sangat punya kawan sebaik Sarah.

"Aku teringin sangat nak makan mangga ni...sampai terbawa mimpi. Terima kasih tau...sudi belanja aku. Susahkan kau je..."

"Siapa kata kau susahkan aku?" Sarah terkilan. Dia tak pernah sesaat pun rasa terbeban dengan kehadiran Haura. Dia memang sudah berniat untuk melindungi kawan baiknya.

"Aku."

"Tak susah pun. Tak ada yang membebankan aku kalau setakat belikan laksa ni untuk kawan baik aku sorang ni." Dia mahu membantu Haura tetapi Haura seakan tidak sudi menerima pertolongannya. Apa guna jadi sahabat tetapi tiada disaat susah?

"Sebab tu aku sayang kau. Kau je yang ada susah senang aku." Haura menangis. Kerap terbawa emosi.

"Aku sayang kau lebih dari tu...kau ni bodohlah...pasal laksa pun nak menangis. Aku pula rasa nak nangis juga ni..."

    KEESOKAN PAGINYA, seperti biasa. Haura naik mual dan muntah-muntah. Sarah terus ketuk pintu tandas. Sebelah tangannya mendukung Irsyad.

"Haura, kau sihat ke tak? Kalau tak larat batalkan jelah hari ni." Lama Haura mendiamkan diri. Semakin risau Sarah dibuatnya.

Dia ketuk pintu dengan kuat.

"Haura, jawablah." Dia ketuk lagi pintu, nak dekat setengah jam Haura duduk dialam tandas. Baru Sarah mahu ketuk pintu sekali lagi, Haura sudah membuka pintu.

Wajahnya pucat lesu.

"Haura kau kenapa ni?!" Sarah rasa dahi Haura. Suam. Tidak panas.

"Aku okay..." Haura melangkah keluar dari tandas.

"Serious?"

"Iya..." Haura ambil Irsyad yang berada didalam dukungan Sarah.

"Kalau macam tu, kau tunggu sini sekejap. Aku nak pergi tandas." Sarah pun masuk kedalam.

Haura pun membawa Irsyad ke sofa ruang tamu. Peristiwa semalam membuatkan hati Haura berbolak-balik. Aku mengandung? Tak. Aku tak akan. Tapi jika benar dia mengandung, adakah betul keputusannya untuk berpisah?

Dia takut untuk membuat ujian kehamilan. Dia takut kalau Arsyad tahu tentang kandungannya jika benar itu terjadi. Dia tahu, Arsyad pasti tidak akan melepaskannya.

"Peliklah Haura sejak dua menjak ni." Monolog Sarah ketika membetulkan tudungnya dihadapan cermin. Dia ambil tisu dan lap tangan.

    KEDUA BELAH pihak akhirnya telah tiba di hadapan Jabatan Mahkamah Syariah bersama kuasa hukum mereka masing-masing.

Arsyad menggenggam kuat tangan Haura ketika memasuki satu ruangan yang cukup mendebarkan bagi sesiapa pun. Cuma Arsyad yang menggenggamnya erat. Tidak lagi Haura.

"Sayang..." Langkah Arsyad terhenti.

Dia memeluk erat tubuh Haura dengan linangan air mata.

"Pandang abang..." Pipi Haura dia usap perlahan. Haura hanya berpaling. Tidak sanggup menatap wajah Arsyad. Hatinya tersangat sakit. Sakit sehingga tidak kuat membalas pandangan dari suaminya.

Selepas dia dapat mengetahui bahawa Arsyad masih lagi suaminya, kebencian dia terhadap Arsyad sudah terbuang tetapi luka dihati tetap tersimpan.

Arsyad memeluknya lebih erat.

"Abang nak sayang tahu bahawa cinta abang pada sayang tak akan pernah pudar." bisiknya dengan perlahan ketika tangannya membelai belakang kepala Haura. Masih berharap Haura akan pertimbangkan tentang perpisahan ini.

"Abang terima keputusan sayang dengan hati yang redha tapi itu bukan penghalang untuk abang berharap yang sayang akan ubah fikiran. Abang tetap berdoa, semoga disaat terakhir nanti. Sayang akan beri abang peluang." Arsyad merangkul tubuh Haura lebih erat. Tidak mahu melepaskan belahan jiwanya. Tidak sanggup. Hatinya sangat mencintai Haura. Lebih dari cinta terhadap dirinya sendiri.

"Sudah Arsyad." Haura melepaskan pelukan mereka. Kemudiannya, dia menapak masuk kedalam dengan hati yang hancur. Arsyad mengesat air matanya. Mengikuti langkah Haura dengan penuh harapan bahawa Haura akan membatalkan proses penceraian.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang hadir disini, sebentar lagi kita akan meneruskan pada persidangan yang pertama, terima kasih." ucap ketua hakim, Haura dan Arsyad mengangguk kepala sambil memandang antara satu sama lain buat seketika. Dari tadi mereka mengesat air mata masing-masing dengan tisu.

"Baik disini sudah tercatat, saudara Arsyad dan saudari Haura telah mendirikan rumah tangga sejak satu tahun dan enam bulan yang lepas. Dan kini melangsungkan sidangan penceraian, adakah kedua belah pihak merasa tidak keberatan?"

Haura dan Arsyad tertunduk serentak.

"Selama satu tahun enam bulan, kalian telah melalui banyak masa bersama, tentunya banyak kenangan manis untuk dilupakan, dan mengukirkan kenangan pahit kepada saudari Haura. Adakah saudari mahu pertimbangkan?" soal ketua hakim kepada Haura Damia.

Selepas sesi pujuk memujuk hakim pertama dan hakim kedua, kini giliran Haura untuk menjawab pertanyaan.

"Yang arif, saya telah membuat keputusan dan saya tetap pada gugatan yang telah saya ajukan. Saya...saya sudah tidak ingin berumah tangga bersamanya lagi." Haura mengucapnya dengan suara yang bergetar. Cuba menahan air matanya yang tertahan.

"Baik, kini bagaimana pula dengan saudara Arsyad?" soal hakim kepada Arsyad Taqqi.

"Dan...saya...Arsyad Taqqi Mohammed...saya masih berharap...bahawa isteri saya akan mempertimbangkan hal ini lagi kerana kami masih lagi baru berumah tangga. Juga...memiliki seorang anak lelaki yang berusia empat bulan...tetapi kerana isteri saya tidak mahu lagi bersama dengan saya...saya buat keputusan untuk akur. Dengan kesempatan ini, saya mohon pertimbangkan...kalau...isteri saya sudah tiada rasa cinta lagi terhadap saya...saya..." Air mata Arsyad jatuh berguguran. Dia sudah tersedu-sedu didalam dewan. Dihadapan Haura dia menunjukkan sisi terlemahnya.

"Baik, saudara Arsyad Taqqi Mohammed telah terbukti bertindak menghina termasuk memukul tanpa sebab, melaknat atau memaki hamun pasangannya dengan bahasa yang kesat. Dan pihak saudari Haura Damia sudah tidak ingin memaafkan ataupun meneruskan perkahwinan ini lagi. Kita akan meneruskan ini jika kedua belah pihak sudah bersepakat. Permohonan akan ditutup buat kali terakhir." ucap hakim, naik berderau darah Arsyad. Jantungnya berdegup dengan kencang. Dia melirik pada Haura yang sedang memandangnya dengan pandangan kosong.

Sakit. Air matanya mengalir lagi.

"Saudara Arsyad, sila maju kehadapan." arah ketua hakim, Arsyad angguk kepala dan melangkahkan kakinya ke hadapan ketua hakim.

"Saudari Haura, sila maju kehadapan." Haura juga ikut melangkah kehadapan seperti yang diarah. Dia berdiri bersebelahan dengan Arsyad.

"Sekarang, kami akan beri masa kepada kamu berdua untuk saling bermaafan."

Tanpa melengahkan masa, Arsyad terus menarik Haura kedalam pelukannya. "Abang ampunkan segala salah dan silap sayang." Belakang Haura dia usap perlahan. Wajah Haura dia bawa kedadanya.

"Sayang sudi ampunkan abang?" Soal Arsyad dengan sisa air matanya. Dia peluk Haura semakin erat.

"Saya maafkan awak." Teragak-agak tangan Haura membalas pelukan. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi.

"Abang harap, sayang akan hidup bahagia dengan keputusan ni. Abang nak tengok sayang tersenyum seperti dulu." Pipi Haura dikucup beberapa kali. "Abang haramkan air mata ni, jatuh membasahi pipi isteri abang lagi." Dia kesat air mata Haura dan tersenyum. Dia mahu memberikan kekuatan kepadanya.

"Abang cintakan sayang kerana Allah." Kemudian, pelukan mereka terlerai.

Air mata Arsyad semakin tidak dapat ditahan-tahan. Tersedu-sedu bahunya menahan esakan.

Arsyad menarik nafas dalam-dalam sebelum berdiri tegap dengan berpakaian kemas bewarna hitam beserta songkok yang terletak elok diatas kepalanya.

"Encik Arsyad Taqqi Mohammed, kamu rela dan redha untuk melepaskan talak keatas isteri kamu puan Haura Damia?" Soalan hakim betul-betul mendebarkan hati Arsyad. Dia cintakan Haura. Dia sangat cintakan Haura.

"Yang arif, saya..."

Haura memejam matanya dan memegang dadanya dengan penuh debaran. Memang dia masih marahkan Arsyad, tetapi jauh dari sudut hatinya...dia tidak sanggup dilepaskan dalam keadaan mengandungkan anak kedua mereka. Dia mahu Arsyad bertanggungjawab pada kandungannya kali ini.

Dia tidak mahu perkara sama akan terjadi. Bagaimana dia mengandungkan Irsyad tanpa suami disisi. Dia benci untuk memperakuinya. Dia perlukan Arsyad.

"Saya...saya redha atas penceraian ini yang arif. Saya ikhlaskan semuanya demi kebahagiaan isteri saya." Mata Haura terus dibuka. Dia pandang Arsyad dengan linangan air mata.

Dia dengar Arsyad tidak dapat menyembunyikan tangisannya lagi. Hanya tangisan Arsyad yang bergema diruangan. Haura memejamkan matanya perlahan. Tangisan Arsyad membuatkan hatinya berasa sedih.
Perut datarnya di usap dibalik tudung. Dia buat ini demi anak di dalam kandungan ini. Untuk kebahagiaan mereka berdua.

Arsyad diminta untuk beristighfar dan bersahayat sebanyak tiga kali. selepas itu Arsyad diminta untuk menjatuhkan talak keatas Haura Damia.

Air mata Arsyad semakin tidak dapat ditahan-tahan. Tersedu-sedu bahunya menahan esakan.

Arsyad menarik nafas dalam-dalam sebelum berdiri tegap dengan berpakaian kemas bewarna hitam beserta songkok yang terletak elok diatas kepalanya.

"Saya...sebagai tergugat Arsyad Taqqi Mohammed, dengan ini...saya ceraikan isteri saya Haura Damia binti Fakrul Nizam..." ucap Arsyad dengan sekali nafas. Dia tidak dapat menyembunyikan tangisannya lagi. Hanya tangisan Arsyad yang bergema diruangan. Haura memejamkan matanya perlahan. Tangisan Arsyad membuatkan hatinya berasa sedih.

Akhirnya, mereka berpisah juga.

"Baiklah kerana tergugat sudah menjatuhkan ikrar talak, maka dengan ini sidang selesai dan kami akan menutupnya dengan bacaan alhamdulillahirabbil'alamin..." ucap ketua hakim yang sedang mengetuk palu sebanyak tiga kali.

Arsyad kembali duduk, air matinya tidak berhenti menitis membanjiri wajah dan juga baju kemejanya. Sama seperti Haura. Dia mengesat air matanya sebaik sahaja melihat Irsyad yang sedang berada didalam dukungan Sarah.

Dia perlu kuat untuk Irsyad.

Dia perlu kuat untuk dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience