HPD || BAB 28

Romance Completed 246547

LANGIT BIRU diselaputi awan tebal menjadi perhatian. Tidak pasti ada apa dengan keputusannya sendiri.

Haura masih bersandar pada tingkap kereta sementara Sarah memandu dengan tekun. Selepas proses penceraian dimahkamah tadi, hati Haura rasa sangat terpukul. Rasa berat untuk melepaskan tetapi keadaan yang memaksa untuk melepaskan.

Kalau ditanya, pasti saja dia mahu bersama seperti dahulu kala. Berkasih sayang dan saling mencinta, tetapi dia sudah letih untuk menghadap segala derita untuk mencapai bahagia. Jadi, lebih baik mereka masing-masing.

Memang kata orang, kita perlu pentingkan diri sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang kita cinta. Tetapi ayat itu tidak pernah terpakai didalam kamus hidup Haura. Biarlah...biar dia yang sakit demi kebahagiaan orang yang dia cinta dan juga untuk dirinya. Meskipun pengorbanan itu sangat menyakitkan tetapi pada akhirnya membuahkan hasil. Bukan?

Haura mengesat air mata. Dia duduk tegak semula. Aku buat ini demi anak-anak. Itu yang dia fikirkan sejak tadi.

"Sedih je aku tengok kau ni Haura. Senyumlah sikit."

Haura pandang Sarah yang sedang memandu dengan senyuman nipis.

"Ha, macam tu barulah Haura yang aku kenal. Haura yang ceria. Aku rindu kau yang dulu, Haura. Aku nak kau happy." Ayatnya dibiar tergantung. Tidak mahu meneruskan topik yang membuatkan hati Haura sedih.

"Terima kasih temankan aku Sarah." Sarah faham. Jadi dia tidak akan mendesak Haura untuk memberi jawapan.

"No hal lah." Sarah tersenyum dan pandang Haura sesaat.

Mata Haura tertumpu pada pipi Sarah. Ada kesan lebam. Cepat jarinya menyentuh.

"Auch! Sakitlah Haura." Sarah merengek bila lebam dipipinya ditekan. Matanya masih fokus pada jalan untuk berhati-hati dalam pemanduan.

"Kenapa dengan pipi kau Sarah?"

Sarah cepat-cepat tutup lebam dipipinya dengan tudung.

"Aaaa...jatuh tangga."

Haura kerut kening.

"Jatuh tangga sampai lebam kat pipi?"

Sarah cuma ketawa.

"Ish! Percaya jelah apa yang aku cakap. Aku jatuh tangga lepastu pipi aku tersembam kat bucu."

Haura masih pandang lebam tu. Sarah macam simpan sesuatu daripada pengetahuannya sahaja.

"Yelah..." Dia tahu kalau dengan Sarah dia perlu mengalah. Kalau tidak bergaduh besar kerana lawan mulut sahaja.

Sarah kembali fokus pada pemanduan sebelum menitipkan pesan. "Aku tak boleh berlama tau. Nanti suami aku bising. Lepas aku hantar kau, aku terus kena balik."

Haura angguk kepala.

     KUNCI pintu dibuka. Segera Sarah masuk kedalam rumah.

"Baru balik?" Terpacak langkah Sarah apabila melihat wajah tegang Kamal yang sedang berdiri tepat dihadapannya.

"Haah..." Sarah buat muka bodoh. Takut, takut juga tetapi Sarah cuba untuk bertenang. Selama dia berkahwin dengan Kamal, Sarah tak pernah nampak lagi muka Kamal macam ni. Tapi lepas kejadian Fawaz tempoh hari, perangai Kamal berubah.

Kamal jadi banyak persoalkan segala aktiviti Sarah, selalu marah, muka tegang, tak macam dulu-dulu. Kamal yang dulu, periang, selalu ketawa bersama, seorang yang sangat memahami.

"Pergi mana?" soalnya datar.

Sarah tutup pintu rumah dan toleh kearah Kamal pula.

"Hantar Haura." Jawapan Sarah membuatkan Kamal mendengus kasar.

"Tak habis-habis dengan Haura!" Tersentak Sarah dibuatnya apabila ditempik begitu kasar dengan suami sendiri. Dekat situ juga air mata Sarah menitis. Sudahlah dia sedang berbadan dua, lagi lah cepat dia terasa hati.

Kamal menggesek geraham kegeraman.

"Apa yang risau sangat dengan Haura tu sampai abai suami sendiri?" Kamal menapak kehadapan.

Sarah kesat air mata dengan belakang telapak tangan. Dia pandang Kamal dengan pandangan yang kecewa.

"Yayang dah inform dengan biy, kenapa biy tiba-tiba tempik yayang macam ni?" Sarah cuba mempersoalkan kelakuan Kamal. Dalam fikirannya banyak tanda tanya. Kenapa Kamal berubah sampai begini. Adakah dia buat silap? Sarah juga buntu.

Kamal menjeling tajam.

"Tahu teman Haura pergi mahkamah. Lepastu, balik lambat sebab apa?" soal Kamal lagi.

"Pujuk dia..." Sarah menjawab lagi.

"Habis biy ni siapa nak pujuk? Baru balik kerja dengan penat ingat yayang dah masak. Ni satu makanan pun tak ada." Jari telunjuk Kamal dituju pada atas meja makan yang kosong. Sarah tertunduk. Serba salah. Iyalah, dia tahu dia tak sepatutnya lupa tentang itu.

"Yayang masak sekejap untuk biy. Okay?" Sarah cuba untuk memujuk. Dia memaut lengan Kamal dengan lembut. Menunggu jawapan daripada suaminya.

Kamal tepis kasar.

"Tak payah."

Sarah memaut lengan Kamal semula. Tidak berputus asa untuk memujuknya.

"Janganlah merajuk biy, yayang bukan sengaja balik lambat. Haura-"

"Haura! Haura! Haura lagi!" Sekali lagi hati Sarah terguris. Lagi-lagi bila Kamal menepis tangannya dan berlalu pergi tanpa memandang kearahnya sebelum masuk kedalam bilik tidur mereka.

Terduduk. Terus termenung diatas sofa ruang tamu. Perutnya yang masih mendatar, dia elus perlahan.

Penantian selama setahun lebih untuk mendapatkan zuriat, akhirnya mendatangkan hasil. Tetapi kenapa dia tidak rasa gembira?

Bukan kerana tidak bersyukur dengan kehadiran malaikat kecil didalam rahimnya tetapi kerana Kamal. Dia terasa hati. Cara Kamal melayannya sekarang sangat berbeza dengan Kamal yang dahulu.

Dia teringat kembali bagaimana reaksi Kamal ketika mengetahui tentang kehamilannya.

•••FLASHBACK•••

       ALAT penguji kehamilan yang sedang dia genggam memaparkan keputusan. Dua garis merah. Mata Sarah membulat setelah melihatnya.

Dia toleh kearah Kamal yang sedang membilas bajunya yang dipenuhi dengan muntah disingki tandas.

"Biy..." Panggilnya dengan gugup. Kenapa pula hatinya rasa ragu-ragu untuk memberitahu Kamal tentang ini.

Mata Kamal melirik kearah Sarah.

"Hm?" Acuh tak acuh saja dia menjawabnya. Tangan masih ligat membilas baju.

"Ni..." Sarah menghulur kepada Kamal. Dia nampak mata Kamal terbeliak tetapi hanya seketika. Begitu juga dengan senyumannya. Tertanya-tanya, adakah lelaki ini sedang kesal dengan kehadiran anak pertama mereka?

"Mengandung?" soalnya acuh tak acuh lagi.

Sarah menganggukkan kepala. Berharap Kamal memeluknya dan membisikkan bahawa dia berbangga dengan hasil benihnya tetapi tidak. Hampa yang dia dapat. Kamal hanya diam. Sambung membilas baju.

"Biy...tak suka ke?" soal Sarah. Perlahan-lahan tangannya menyimpan alat penguji kehamilan itu dibelakang. Rasa malu pula beria sendiri. Ingatkan suaminya akan gembira.

Kamal geleng kepala.

"Suka je." Tanpa menoleh dia menjawab.

"Tapi kenapa biy ta-"

"Penat. Biy baru balik kerja kena muntah dengan bini sendiri." Jawapan Kamal buatkan Sarah mula emosi. Bukan dia sengaja untuk muntah tetapi kerana kehamilannya. Tak kan itu pun Kamal tidak tahu?

"Maaf, yayang tak sengaja."

"Benda boleh muntah kat lantai kan?" Kamal mempersoalkan lagi.

Sarah terdiam. Kenapa dengan suaminya ni?! Mahu sahaja Sarah bertanya tetapi dia tidak mahu membakar lagi amarah Kamal.

"Manalah yayang boleh kawal..."

"Cuba, bukan main muntah." Senang sahaja Kamal jawab. Sarah sakit hati. Cubalah kau mengandung sendiri! Baru kau tahu! Sarah mengetap bawah bibir.

"Biy suka ke tak yayang mengandung ni? Kalau tak suka biar yayang gugurkan je." Sarah mula naik berang. Dia bukanlah sejenis perempuan yang mudah bersabar.

Pang! Tiba-tiba sahaja pipinya ditampar kuat. Hampir sahaja dia terjelopok ke lantai tetapi cepat dia imbangkan badan. Pipinya terasa bahang dan perih.

"Jaga mulut tu."
            

•••END FLASHBACK•••

      SARAH geleng kepala. Cepat-cepat dia memadamkan memori yang menyakitkan hatinya itu. Ya, inilah sebabnya pipinya lebam tapi sebaik mungkin Sarah bersabar. Cuba untuk berfikir positif bahawa suaminya terlalu penat setelah pulang kerja. Harap Haura tidak akan menyoal yang lebih-lebih. dia tidak mahu kawan baiknya susah hati.

Pintu bilik tadi sudah tertutup rapat. Takut betul Kamal ketika mengetahui dia bersama Haura. Tak pasti apa yang dia takutkan.

Sarah berjalan kearah bilik mereka dan terdengar perbualan Kamal dengan seseorang. Sarah menyandarkan telinga pada permukaan pintu.

"Tuan jangan risau, I dah periksa keadaan Fawaz dekat hospital tadi. Memang lumpuh habis. Tak boleh bercakap."

Mata Sarah terbeliak. Apa yang dia dengar tadi membuatkan jantungnya berdegup kencang.

"Apa susah tuan, kalau tiba-tiba dia boleh bercakap. I pasang ubat kasi tidur sampai bila-bila. Senang. Tak payah serabutkan kepala tuan. Pandailah saya urus semua."

Apa semua ni? Kamal. Kamal terlibat dalam kemalangan Fawaz ke? Tapi sebab apa? Kenapa Kamal terlibat dalam kemalangan itu? Apa kaitan dia dengan Fawaz? Banyak persoalan yang terbuku difikirannya.

"Bilik 202 tuan." Sarah angguk kepala. Dia kena periksa keadaan Fawaz disana untuk mengetahui apa yang sedang terjadi. Nombor bilik pun Sarah sudah tahu. Harap-haraplah tidak tertangkap. Takut? Semestinya tetapi dia perlu tahu kebenaran.

Apa sebenarnya yang suami dia sedang rancang. Dengan siapa dia bekerja.

"Okay, selamat petang tuan." Dengar sahaja Kamal menamatkan panggilan. Segera Sarah berlari anak menuju ke sofa ruang tamu semula. Duduk. Pegang dada untuk redakan degupan jantung. Tenanglah. Tenang!

Bunyi pintu bilik dikuak, Sarah menoleh kearah Kamal yang sudah berpakaian kemas.

"Biy nak kemana?" soal Sarah. Sebaik mungkin menyembunyikan kegugupan.

"Makan kat luar."

Segera Sarah mengikut langkah Kamal. Mengiringinya menuju ke pintu.

"Nak yayang teman?"

Kamal melirik tajam.

"Makan jelah apa yang ada dekat rumah. Nanti muntah lagi siapa nak lap." Jawapan itu. Sakit. Sakit hati Sarah mendengarnya. Sudahlah dia sedang mengandungkan anak Kamal. Tetapi suaminya itu buat-buat lupa pula siapa yang punca!

"Pandu hati-hati."

   LUIZ mendongak. "C'è qualcosa che vuoi dirmi? (Adakah kau ingin memberitahu sesuatu kepadaku?)"soalnya kepada Fabio selaku pengawal peribadinya.

Fabio menganggukkan kepala. Dia duduk dihadapan Luiz. Luiz, dia antara salah seorang ketua mafia yang terkenal di Itali. Umurnya sudah mencecah 40an tetapi wajahnya masih tampan dan berbadan tegap seperti anak muda.

"Ricordi il tuo bambino adottato in Malesia? (Adakah tuan masih ingat anak angkat tuan di Malaysia?" Fabio bertanya sambil menunduk. Tidak berani untuk memandang.

"Oh si..." Luiz angguk kepala. Dia masih ingat lagi tentang anak angkatnya disana. Tetapi mereka sudah lama tidak berjumpa kerana anak angkatnya sedang sibuk.

"Il bambino adottato che mi ha salvato la vita, non lo dimenticherò mai. (Anak angkat yang selamatkan nyawa saya tu, tak akan saya lupa.) " Tersenyum lebar dia. Teringat bagaimana tangan anak angkatnya tangkas dan lincah menghentikan pendarahan. Sejumlah duit yang besar sudah Luiz berikan kepada anak angkatnya kerana berhasil menyelamatkan nyawanya.

Tetapi anak angkatnya menolak dan berkata bahawa duit itu akan dia berikan kepada orang yang lebih memerlukan daripadanya. Sungguh, sungguh murni hati anak angkatnya itu. Sebab itu Luiz sangat menyayangi dia seperti anak kandungnya sendiri.

"Ti ricordi del migliore amico di tuo figlio adottivo? (Tuan ingat tentang kawan baik anak angkat tuan?)" soal Fabio lagi.

Luiz mengurut pelipis. Kawan baik dia yang mana satu?

"Aahhh...si...si..." Luiz angguk kepala. Dia ingat seorang lagi doktor yang menemani anak angkatnya ketika itu. Dua-dua dari mereka masih muda tetapi punya kemahiran yang sangat bagus dalam bidang medic. Anak angkatnya juga memperakui bahawa itu adalah kawan baiknya.

"Ci sono brutte notizie. (Ada berita buruk.)" Fabio memberi rakam CCTV kepada Luiz. Nampak nya kawan baik anak angkatnya sedang menempah maut. Luiz senyum senget. Mangsa baru.

"Vedi cosa sta facendo? (Tuan nampak apa yang sedang dia buat?)" soal Fabio lagi.

"Si..." Luiz ketawa besar. Dia perasan pen yang sedang anak muda itu pegang. Rakaman suara dan kamera kecil. Bukan dia tidak mahir soal itu. Segala jenis kamera dia tahu.

Kalau rakaman tu disebarkan. Tempat persembunyian Luiz pun bakal di kacau. Cari pasal budak ni. Memang dia tidak gentar dengan polis. Tapi dia tahu anak angkatnya bakal mendapatkan masalah. Dia tak akan biarkan.

"Quindi cosa vuoi fare? (Jadi tuan nak buat apa?)"

Luiz bersandar. Dia senyum lebar. Sudah lama dia tidak mendengar teriakan orang.

"Cercate le sue informazioni. (Cari maklumat dia.)" Fabio menganggukkan kepala sebelum beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience