HPD || BAB 41

Romance Completed 246547

JAM loceng mengejutkan Haura dari lena.

"Aduh..." Lenguh. Perlahan-lahan Haura mengalih kepala Iryana dan Irsyad ke atas bantal.

Lepastu, Haura menggeliat dan ubah dari posisi baring kepada posisi duduk. Kedua belah lengannya dipicit beberapa kali. Terasa lenguh sebaik sahaja bangun dari tidur. Mana taknya ada dua raksaksa comel hempap. Tu yang naik lenguh!

Pap. Haura menutup jam loceng dari terus berbunyi. Dia melihat jam digital itu menayang pukul 5:50 minit pagi.

Selimut yang membalut tubuh, dia alih dari tubuh. Turun kaki dari katil dan menyarung selipar bulu pada kaki. Dengan mata separa buka Haura berjalan menuju ke tandas untuk mengambil wudhu'.

Usai itu, Haura menyarung telekung dan menunaikan solat sunat hajat buat kesihatan Irsyad. Dia bangun selepas itu, angkat takbir untuk solat tahajud pula.

"Ya Allah, aku mulai sedar. Tidak semua perkara yang aku inginkan didunia ini, aku perlu mendapatkannya dengan terburu-buru kerana semuanya akan Engkau kabulkan pada waktu yang tepat." Kedua belah tangan Haura menadah.

"Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buatku."

"Jadi ya Allah, cekalkanlah hati aku untuk menerima semua takdir-Mu. Sama ada takdir itu melalui kesulitan ataupun kebahagiaan, sedih atau gembira, gelap atau terang, semua yang bertolak belakang tetapi akan kujadikannya sebagai pelajaran hidupku."

"Aku bersyukur ya Allah. Kerana kehadiran Irsyad, aku belajar apa itu kesabaran dan hidup didunia ini hanya perlu percaya pada Kuasa-Mu."

"Terkadang, aku banyak mempersoalkan kenapa. Kenapa. Kenapa. Tetapi aku mulai faham kenapa kesabaranku tidak setebal Irsyad. Kerana aku terlalu memaksakan keadaan untuk menjadi sempurna seperti yang aku inginkan."

"Ya Allah, aku mengikhlasakan apa pun keterpaksaan. Kerana sejatinya, kebahagiaan akan datang bersama kesabaran. Kuatkan aku ya Allah. Aamin ya Rabb." Haura meraup telapak tangannya pada wajah untuk mengaminkan doa. Beberapa titisan hangat membasahi permukaan sejadah.

Dia ambil kitab suci Al-Quran, surah Yaasin di hadiahkan buat arwah suaminya. Usai itu, Haura bangun dari sujud dan melipat sejadah beserta telekung.

Dia duduk di tepi katil. Rambut Iryana dia belai dengan kelembutan. Kucupan hangat hinggap di dahi kecil itu.

Selepas itu, tangan Haura beralih pada rambut Irsyad. Dia mengelus perlahan rambut Irsyad pula. Tetapi yang memilukan hati. Rambutnya berguguran penuh didalam genggaman.

Semakin hari, semakin banyak Irsyad kehilangan rambutnya. Haura mula susah hati. Dia menggenggam gumpalan rambut anaknya dan letak pada dada. Matanya terpejam perlahan.

Tuhan...pinjamkan Irsyad sedikit lama buatku. Aku merayu...

Haura mengesat air mata. Tak boleh. Dia tidak boleh tunjuk lemah dihadapan Irsyad. Dia bertekad untuk menjadi kuat. Sama seperti Irsyad. Gumpalan rambut tadi Haura buang pada tong sampah kecil didalam bilik mereka.

Pruuuuttt!

"Eh!" Panjang kentut Iryana berbunyi. Kerana terlalu kuat bunyi angin yang dilepaskan, bukan setakat Haura terkejut tetapi sekali Irsyad terus terbangun dan tertawa dalam keadaan mengantuk mendengarkannya.

Iryana juga ikut terbangun kerana kentutnya sendiri. "Hehehe...tertentut lah ibu...cakit peyut." Perut buncitnya dia usap seraya menayang muka comel.

"Yan kentut? Eeey ucuk!" Haura tertawa melihat pipi Iryana memerah. Geram. Haura terus meletakkan bibirnya pada permukaan perut buncit anak gadis itu dan tiup.

Prrruuut! Bunyinya sama seperti bunyi angin yang dilepaskan oleh Iryana tadi. Kali ini Iryana tertawa kuat. "Woooaaahhh, ibu pandai tiru bunyi tentut Yan lah!" Bukan main teruja si Iryana bila perutnya ditiup ibu.

Irsyad memisat kelopak mata yang jelas masih mengantuk. "Ibu..." Pandangan Haura tertumpu pada Irsyad pula.

"Yan berak." Adunya sambil kepit hidung dengan kedua belah jari.

"Iya? Macam mana ibu boleh tak perasan. Good boylah anak ibu ni." Haura tersenyum. Dia sebenarnya sengaja mahu memuji sikap Irsyad yang tidak pernah culas menjadi seorang abang buat Iryana.

"Biar Syad tolong basuhkan."

"Ehhh, no. Biar ibu je yang buat. Syad sambung tidur." Haura kucup dahi Irsyad dan menghadiahkan senyuman manis di subuh hari.

Irsyad ketawa kecil dengan mata yang masih kuyu.

"Syad dah tak mengantuk lepas dengar kentut Yan. Kuat betul." Dia ketawakan Iryana dengan terbahak-bahak. Walaupun sebenarnya, Haura tahu Irsyad sedang tahan mengantuk.

"It's okay, kalau Syad dah tak mengantuk. Syad baring je. Tunggu ibu mandikan adik sekejap. Okay?" pinta Haura lagi dengan harapan Irsyad akan mempersetujuinya kali ini.

"Hmm..kalau Syad nak teman ibu mandikan Yan boleh? Mesti ibu sunyi buat sendiri. Jom." Tangan kecil Irsyad menarik jari telunjuk Haura supaya mengikutnya turun dari katil.

Memang degil. Ikut perangai ayahnya. Haura tertawa kecil melihat kesungguhan Irsyad. Sebelah lagi tangan Haura mendukung Iryana dengan dan menurunkannya di lantai.

"Jom mandiiii..." Haura menarik tangan kecil Iryana supaya mengikut mereka masuk kedalam tandas.

 

                               PAGI itu, Iryana dan Irsyad mengajak Haura untuk keluar bermain di taman berdekatan dengan rumah mereka.

Seperti biasa, Haura akan mempersetujuinya. Dia tidak akan menyia-nyiakan setiap detik bersama anak kecilnya. Kalau boleh, dia mahu mencipta berjuta kenangan bersama-sama.

"Ingat pesan ibu, main hati-hati. Ibu tak nak nampak anak ibu jatuh sebab berlari. Faham. Boleh janji dengan ibu?" Haura mengeluarkan kedua-dua belah jari kelingkingnya.

"Janji!" Kedua-dua mereka juga mengeluarkan jari kelingking kecil mereka dan satukan dengan ibunya.

"Good. Dah pergi main, ibu tengok dari sini." Haura melepaskan tangannnya dan membiarkan mereka pergi berseronok disana. Dia duduk di bangku batu seorang diri. Memerhati gelagat Iryana dan Irsyad dari jauh dengan senyuman manisnya.

Seperti mimpi. Tidak sangka dia dapat besarkan Irsyad dan Iryana sendiri. Banyak kali dia rasa seperti tidak mungkin, padahal dia mampu. Betul apa yang mereka kata, Allah tak akan uji seseorang hamba melainkan seiring dengan kemampuannya.

Abang, Haura rasa tak kuat. Banyak kali Haura tersungkur, tapi mengenangkan perjuangan abang buatkan Haura rasa mahu teruskan hidup. Alangkah bahagianya jika kita dapat membesarkan anak-anak kita bersama.

Masa Haura bersalinkan anak kedua kita, cuma nama abang yang Haura sebut. Seperti yang Haura janjikan dengan abang, Haura akan setia. Setia sehingga hujung nyawa Haura. Haura tak kisah hidup tanpa bantuan seorang suami sebab sumber kekuatan Haura ada dekat sini. Telapak tangannya mengusap dada. Teringatkan bagaimana arwah suaminya mengucup di dadanya sebagai tanda perpisahan.

Macam mana caranya Haura nak lupakan abang? Sedangkan abang bermati-matian berkorban untuk membahagiakan kami. Irsyad, Iryana, Haura semua dah tak rasa sakit lagi. Tapi abang? Abang tak pernah ada peluang tu. Abang berhak dapatkan kebahagiaan seperti kami. Abang tak pernah rasa macam mana menjaga Haura semasa mengandungkan anak kita. Abang tak pernah dapat kasih sayang yang cukup dari Haura. Abang tak dapat nak tengok anak-anak kita membesar.

Sakit abang.

Sakit bila Haura terpaksa berjuang sendiri.

Baliklah, temankan Haura disini. Haura rasa keseorangan. Haura rasa tak kuat lagi. Haura terlalu rindukan abang. Rindu sangat-sangat.

"Dekat sini rupanya awak." Haura terjaga dari lamunan, segera dia mengesat air mata dan berpura senyum.

"Encik Nathan buat apa disini?"

Nathan tersenyum melihat Iryana dan Irsyad bermain keriangan dari jauh sebelum dia memandang kearah Haura semula.

"Saya cari awak. Kan awak kata nak buat majlis hari jadi Irsyad esok. Saya ingat nak tolong awak belikan kek dengan barang-barang perhiasan." Nathan tumpang duduk di bangku itu juga.

"Uncle! Uncle!" Iryana dan Irsyad melambai tangan dari jauh. Mereka sangat rapat dengan Nathan. Dari kecil, Nathan banyak menjenguk mereka. Memerhatikan perkembangan semasa keluarga kecil ini. Sampaikan anak-anak Haura sudah selesa dengan keberadaannya.

Nathan membalas lambaian mereka dengan lambaian kecil.

"Tak apa encik, saya boleh pergi sendiri." jawab Haura tanpa membalas pandangan Nathan. Yang sangat jelas, kelopak matanya masih sarat dengan kerinduan. Nathan tahu itu.

"Tak apalah, saya boleh tolong jagakan Iryana dengan Irsyad sekali." Nathan betul-betul mahu membantu Haura. Susah untuk dia pergi membeli barang sendiri, dengan anak kecil dua orang lagi. Mana nak menang tangan.

"Saya tak nak susahkan encik."

"Tak susah pun, Haura. Saya ni cuma nak membantu apa yang patut. Lepas mereka main, kita boleh pergi beli barang-barang."

Haura mengetap bawah bibir. Dia rasa sangat terharu dengan sikap prihatin Nathan. Sejak peristiwa kematian Arsyad, Nathan banyak memberi sokongan kepadanya. Dia yang bantu azankan Iryana selepas kelahiran. Sampaikan Haura rasa mahu Nathan pergi jauh-jauh dari hidupnya supaya tidak perlu bersusah untuk mereka lagi.

"Encik, boleh saya bertanya sikit?"

"Tanya...apa tu?" Nathan masih memandang kearahnya. Tepat kedalam anak mata Haura. Yang jelas, pandangannya ikhlas. Sarat dengan kasih sayang.

"Kenapa encik banyak sangat tolong saya dengan anak-anak? Saya rasa macam, saya tak layak. Saya dengan encik bukan siapa-siapa. Kawan tidak, suami pun tidak." Lembut sahaja lidahnya mengatur soalan. Tidak membuatkan hati Nathan terobek walau sedikit pun.

"Sebab saya teringatkan arwah suami awak, Haura." Nathan menjawabnya perlahan. "Sebelum saya teman dia ke mahkamah, kami ada berbual. Mulai dari hati itu, saya tahu dia orang yang hebat. Sanggup berjuang demi orang yang dia sayang. Saya tak nak pengorbanan dia sia-sia. Saya tak nak dia sakit bila nampak awak menderita tanpa dia. Jadi saya nak tolong awak." Apa yang Nathan katakan bagai menghiris luka yang baru di hatinya. Terbayang bagaimana Arsyad di gantung sahaja sudah membuatkan hatinya kesakitan. Apabila Nathan mengingatkannya tentang pengorbanan Arsyad, Haura jadi semakin rasa mahu mengalah. Dia mahu segera pergi dari dunia ini, supaya dapat bertemu dengan suaminya disana.

"Saya faham niat encik..." Haura berfikir sejenak sebelum meneruskan bicara, "Tapi saya tak perlukan simpati dari encik. Saya boleh buat sendiri." Agak tegas nadanya kali ini. Dia mahu Nathan faham. Dia tak suka membebankan orang lain.

"Damia." Tertaut kening Haura apabila Nathan menggelarnya Damia. Belum pernah lagi ada yang memanggilnya dengan nama akhir. Jadi dia belum terbiasa.

"Kalau awak tak selesa dengan kehadiran saya, saya minta maaf. Tapi kalau awak tak rasa begitu, izinkan saya bantu awak. Lagipun, saya dah anggap Iryana dengan Irsyad macam anak-anak saya sendiri."

Haura terdiam sejenak. Memikirkan apa yang harus dia jawab tanpa melukakan hati Nathan.

"Saya tak pernah rasa menyampah atau tak selesa dengan encik. Encik juga yang banyak bantu saya, selamatkan saya setiap kali saya rasa nak bunuh diri." Dia mengeluh perlahan, hampir sahaja membuatkan Nathan kedengaran.

"Tak apalah, kalau encik berkeras nak bantu saya. Saya tak boleh nak halang." Haura tersenyum nipis sebelum menoleh kearah Iryana dengan Irsyad. Seronok betul mereka bermain gelongsor bersama. Rasa sejuk hatinya untuk seketika.

Kalaulah abang ada disini, mesti abang bangga melihat anak-anak kita tumbuh besar. Haura cuma mampu memegang tangannya sendiri untuk memujuk hati. Tak apa, jangan bersedih Haura. Nanti Arsyad sakit. Dia memesan pada hatinya.

   
      

              SESAMPAI di kedai bakery, Nathan membukakan pintu untuk memberikan laluan kepada Haura dan anak-anak kecilnya masuk kedalam.

"Tima tacih, uncle!" ucap Iryana dengan senyuman comelnya.

"Sama-sama, sayang." Sempat Nathan membalasnya ketika Haura mendukung Iryana. Berjalan memasuki ruangan yang di penuhi meja kaca dan kek.

"Wah, ibu...sedapnya..." kata Irsyad kepada Haura sambil memegang tangan Nathan. Haura pun melutut dihadapan Irsyad dan mencubit manja pipinya.

"Esokkan birthday strong boy ibu, jadi ibu benarkan Syad pilih. Kek mana yang Syad nak."

Wajah Irsyad bertukar sangat teruja. Dia melompat keriangan. "Thank you so much, ibu." Tanpa disuruh, Irsyad memeluk Haura dengan erat. Buat seketika Haura teringatkan bagaimana arwah suaminya memeluknya. Terasa rindunya sedikit terubat. Sikap Irsyad terlalu banyak persamaan dengan Arsyad. Sampaikan Haura sedikit keliru. Adakah Tuhan menganugerahkan Irsyad untuk menjadi pengubat rindunya? Takdir Allah sangat indah. Tiada siapa yang tahu bagaimana Allah menyusunnya. Sangat sempurna.

Semasa Irsyad riang mencari kek yang dia inginkan, Nathan berjalan ke suatu tempat. Dia nampak ada topi hari jadi bewarna biru. Dia tahu Irsyad sukakan warna biru. Jadi Nathan mengambilnya. Begitu juga dengan paket yang di penuhi belon bewarna biru.

"Mesti Irsyad suka ni." Tersenyum lebar Nathan melihatnya.

"Yan tak cuka warna biyu. Yan cuka warna pink." Iryana menunjukkan topi hari jadi bewarna merah jambu yang terletak bersebelahan dengan topi hari jadi bewarna biru.

"Yan nak juga?" soal Nathan. Pandangannya teralih kepada Iryana di dalam dukungannya.

"Yan nak!"

"Tapi esok bukan birthday Yan." Nathan sengaja mahu melihat reaksi anak kecil itu.

"Haahlah, ecok bezday Ayong. Bukan bezday Yan." Muncung bibir kecilnya kehadapan. Begitu comel sehingga membuatkan Nathan yang melihatnya tergelak kecil.

"Tak apa, uncle belikan khas untuk Yan juga. Jangan sedih." Terus tersenyum lebar Iryana. Dia melompat keriangan didalam dukungan Nathan.

"Maceh, uncle! Cayang uncle banyok banyok."

"Uncle sayangkan Yan juga." Nathan pun berdiri, membawa Iryana dan barang-barang tadi ke kaunter. Tempat di mana Haura dan Irsyad berada.

"Dah dapat kek?" soal Nathan kepada Haura yang leka membelai rambut Irsyad.

"Dah...pekerja tu tengah tuliskan nama dekat kek yang Irsyad pilih." jawab Haura dengan senyuman nipis sebelum menumpukan semua perhatiannya pada Irsyad. Dia sedang dengarkan bebelan comel Irsyad.

Nathan cuma angguk kepala bila nampak Haura tidak memberikan perhatian kepadanya. Bila dia nampak pekerja itu meletakkan sekotak kek di atas meja kaunter, Nathan juga meletakkan paket belon dan topi hari jadi yang dia pilih tadi.

"Berapa semua?" soalnya.

"Semua sekali RM 121.58 sen."

Nathan angguk kepala dan keluarkan dompet dari dalam poket. Mujur Haura perasan.

"Eh, encik. Tak apa, kek tu biar saya bayar." Haura menghalang Nathan untuk membayarnya.

"Tak apalah, saya belanja." Nathan menghulur kad kreditnya kepada pekerja tersebut.

"Ibu, uncle baik cangat!" Iryana tertawa kecil sambil memeluk Nathan keriangan. Entah kenapa hati Haura terasa sakit melihat Iryana berada dekat dengan Nathan. Dia tidak mahu Iryana menyangi Nathan melebihi Arsyad.

Mimpi terburuknya seperti bakal terjadi. Dia takut anak-anaknya mula lupakan kewujudan arwah ayah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience