HPD || BAB 45

Romance Completed 246547

"TAPI kan Raez lagi tinggi dari kita!" Alessandro berdiri disebelah Raez. Nampak ketara sangat perbezaan ketinggian Raez berbanding mereka.

"Nanti bukan kita yang sembunyikan Raez, tapi Raez yang sembunyikan kita!" Sean pula sudah tergaru kepala disitu memikirkan solusi.

"Kalau susah sangat, kita pakaikan aje Raez mascot beruang!" Cadangan dari Alessandro sangat tidak masuk akal bagi Raez.

"Aku? Pakai mascot beruang kau tu?" Berkerut keningnya apabila membayangkan muka kacaknya memakai mascot beruang milik Alessandro. Habis rosak imejnya sebagai lelaki maskulin.

"Iya!" serentak Sean dan Alessandro angguk kepala. Tiada cara lain lagi. Kalau tak memang bocor rahsia Raez. Mereka tidak mahu berdepan dengan resiko yang lebih besar. Cukup-cukuplah mereka buat kerja gila empat tahun yang lepas di Malaysia.

"Aku tak nak."

"Tak ada, kau kena pakai Raez." Sean menegaskannya. "Kau letak di mana mascot itu?" Dia tanya pada Alessandro pula.

Alessandro garu kepala. "Aku juga lupa." Dia tengok sekeliling. Dimana dia letak ya? PAP. Dahinya di hempuk oleh Sean.

"Kau ni bengap, Alessandro. Baik kau cari dimana mascot tu cepat."

"Eh, kamu yang bengap."

"Kau tu bengap." Serabut bila dengar mereka saling bertekak. Raez selamba melintasi Alessandro dan Sean yang sedang sibuk berperang mulut. Kalau dia bertembung dengan orang Malaysia pun kenapa? Ada masalah? Tenang sahaja dia berjalan menuju keruang tamu.

"Eh! Raez! Gila betul dia ni!" Mereka berdua baru perasan Raez sudah tiada disisi mereka. Segera mereka memecut untuk menghalang Raez. Tidak kenang budi punya budak, sudah elok disembunyikan boleh pula dia mahu percuma tayang muka. Sengaja cari pasal betul.

Belum sempat Raez sampai kesana, Alessandro terus menerkup kepala Raez dengan kepala beruang tersebut. Nasib sempat jumpa. Sean pula tolong pegangkan lengan Raez. Tak pasal-pasal kena paksa jadi bapak beruang pagi-pagi macam ni. Hilang terus mood Raez.

"Sakit kepala?" soal Nathan ketika melihat Haura mengurut kepala. Nampak letih. Nathan perasan ni sejak dari dalam kapal terbang tadi.

Haura sedikit janggal untuk mengakuinya. "Sikit je ni, encik. Tak perlu risau..." jawab Haura perlahan. Dia buka zip beg tangannya untuk mencari panadol tetapi dia tak jumpa.

"Nah." Nathan menghulur sepapan panadol dari poket. Dia memang selalu sakit kepala semasa bertugas, jadi dia akan sediakan awal-awal stok panadol dalam poket. Alang-alang dia nampak Haura sakit kepala, bolehlah dia bantu kurangkan kesakitan itu.

Sarah pula seronok betul melayan Iryana bermain anak patung barunya yang baru sahaja Nathan belikan di lapangan terbang tadi. Irsyad pula sambung tidur di pangkuan Haura. Letih betul gayanya. Ialah, Irsyad sama seperti Haura. Mabuk kenderaan. Itu yang kalau pergi kemana-mana, Irsyad akan tidur untuk kurangkan pening kepala.

Iryana tertawa kerianhan bila Sarah sorokkan wajahnya di sebalik anak patung.

"Aunty...where aaaaa youuu..."

Bila Sarah dengar Iryana memanggilnya, cepat-cepat dia keluarkan mukanya dari balik anak patung tadi.

"Mmbaaa!" Bergema ketawa Iryana yang penuh dengan kecomelan itu. Terbahak-bahak Sarah di buatnya bila nampak Iryana ketawa sampai bergolek ke lantai. Sudahlah perutnya bulat. Buat Sarah rasa mahu gigitnya saja.

"More! More!" Iryana meminta Sarah untuk melakukannya sekali lagi. Sarah pun kembali menyorok muka di sebalik anak patung milik Iryana.

"Aunty...aunty...where aaaaa youuuuuu..." Iryana menutup mulutnya dengan tangan. Dia tak mahu gelak dulu sebelum nampak muka Sarah.

"Mmmbaaaa!" Sarah kali ni terkedu dengan reaksi Iryana. Dengan mulut kecilnya ternganga, matanya membulat, wajahnya mendongak keatas. Sah! Ada yang tak kena. Sarah ikut toleh kebelakang. Alangkah terkejutnya Sarah bila dia nampak mascot beruang yang begitu besar dan comel di hadapan mereka.

"Papa Teddy!" Iryana melompat keriangan. Dia berlari kearah mascot beruang tersebut dan memeluk kakinya.

Raez terkedu. Terkaku disitu. Errr, aku kena buat apa ni? Langkahnya terpasak disitu bila ada budak kecil memeluk erat kakinya. Sean dan Alessandro pula macam sengaja mahu mengenakannya. Lepas dah sarung mascot ni pada badan dia, boleh pula mereka hilangkan diri.

"Papa Teddy! Papa Teddy!" Iryana masih berpaut pada kakinya. Tiada tanda untuk melepaskan. Mana tidaknya, Iryana memang suka sangat dengan anak patung beruang. Bila nampak yang boleh bergerak dan besar seperti yang sedak dia peluk ini. Terus dia teruja sampai tak nak berenggang.

Bila melihat kecomelan Iryana, Raez tak sampai hati pula menghampakannya. Jadi, Raez pun terpaksalah memainkan peranannya sebagai Papa Teddy yang Iryana mahukan.



"Hye, sweetie. My name is Papa Teddy." Makin seronok Iryana di buatnya.

"Cute Papa Teddy! Come! Come!" Tangan kecil Iryana menarik tangan Raez dan berjalan keruang tamu.

"Ibu! Ibu! Papa Teddy!" Raez hanya mengikut langkah Iryana kemana yang dia mahu.

Sampai sahaja di ruang tamu, Haura dan Nathan sedikit terkedu melihat Iryana membawa mascot beruang kepadanya mereka.

"Yan?"

"Ibu, look! Papa Teddy!" Iryana menolak Raez ke depan. Tepat di hadapan Haura.

"Say hye, ibu!" Iryana meminta Haura untuk menyapa Papa Teddynya.

Mata Haura tertumpu pada mata beruang di hadapannya. Comel. Itu yang terdetik di hati Haura. Tapi siapa yang berada didalamnya? Mungkin Alessandro. Jadi Haura melambai tangan kepada beruang yang dia anggap sebagai Alessandro.

"Hye, Papa Teddy." Haura tersenyum manis.

"Say hye to ibu, Papa Teddy!" Giliran Raez pula di minta untuk melambai kearah ibu Iryana. Teragak-agak Raez mengangkat tangan dan melambai.

"Hye, young lady." Raez berjalan kearah Haura dan memberikannya sekuntum bunga Rose.

Nathan pula hanya tersenyum melihat mascot itu memberikan bunga Rose kepada Haura. Dalam fikirannya, mungkin mascot ini salah satu pekerja yang berada didalam rumah ini untuk melayani tetamu. Jadi dia tidak mengambil serious dengan kewujudan beruang itu.

Haura terasa berdebar bila dia mengambil bunga itu dari tangan Raez.

"Terima kasih."

Yang lebih membuatkan jantung Haura berdebar bila dia dengar suara lelaki yang berada didalam mascot tersebut. Dia tak rasa itu suara Alessandro. Suara Alessandro bukan sejenis serak basah dan garau begini. Haura menyembunyikan keraguannya dengan senyuman. Dia layankan sahaja keinginan Iryana.

Raez mendekat.

Terkedu Haura melihat begitu rapat mascot beruang itu bergerak kepadanya. "Your look so familiar, I must have loved you in more than one lifetime. Isn't right, young lady?" Raez membisikkannya kepada Haura sebelum dia ditarik oleh Sean dan Alessandro dari belakang.

Degupan jantung Haura berdegup kencang secara mendadak selepas mendengar bisikan dari lelaki di dalam mascot tersebut. Ada yang aneh. Haura sepertinya pernah dengar suara itu. Tambahan pula, dengan apa yang lelaki misteri didalam mascot itu bisikkan kepadanya tadi. Menambahkan lagi rasa ingin tahu dalam diri Haura.

"Sorry! Ada kesalahan teknikal!" kata Sean dan Alessandro serentak. Iryana yang nampak dari jauh terus mengejar beruang besar itu.

"Jananlah ambil Papa Teddy Yan!" Iryana mula menangis. Terkedek-kedek dia mengejarnya. Belum sempat dia menggapai kaki Raez semula, Sarah terus menangkap Iryana dan mendukungnya.

"No! Papa Teddy!" Iryana melambai-lambai kearah beruang besar ketika melihatnya masuk kedalam lift dari jauh.

Raez melambai kearah Iryana dari jauh juga. Di sebalik mascot, dia tersenyum penuh kerinduan. Bila pintu lift tersebut tertutup, Raez terus menanggalkan kepala beruang itu dari kepalanya. Keluhan lembut dia lepaskan. Matanya terkatup seketika seraya dia bersandar.

"Nyaris sahaja." Tercungap-cungap Sean dan Alessandro. Mereka juga turut bersandar pada dinding lift.

                 HAURA memandang keluar dari tingkap vila, masih jelas dalam ingatannya tentang beruang tadi. Kuntum bunga Rose ditangannya, dia hidu bauannya sambil menutup mata.

'Your look so familiar, I must have loved you in more than one lifetime. Isn't right, young lady?'

"Siapa sebenarnya dia? Kenapa, kenapa aku rasa rindu bila aku dengar suara dia?" Haura pegang dadanya. Terasa bagaimana jantungnya masih berdegup dengan kencang. Haura geleng kepala perlahan.

"Maafkan Haura, abang. Haura tak berniat untuk rindukan sesiapa. Hati Haura masih ada dengan abang." Sekuntum bunga Rose tadi, dia letak dalam pasu kaca di atas meja.

Kemudian, Haura memandang langit. Dia nampak burung-burung berkicauan, kepulan awan yang mengelilingi matahari, juga bunyian ombak dari pantai berdekatan dengan Vila. Tempat dimana Haura dan anak-anaknya menginap beberapa hari sebelum majlis perkahwinan Sarah.

Bila dia rasa tangannya di sentuh dan di goyang perlahan, segera dia alihkan wajahnya ke bawah.

"Ibu..." Tersenyum Haura melihat wajah mengantuk Irsyad. Dia terus menutup tingkap dan melutut untuk menyamakan ketinggiannya dengan Irsyad.

"Dah bangun dah anak ibu ni." Haura memeluk Irsyad dengan penuh kelembutan.

Bila dia dengar Irsyad merengek sedikit, dia lepaskan pelukan. Dia pandang tepat pada wajah Irsyad dengan penuh kerisauan. "Kenapa? Syad sakit ke?" soal Haura seraya mengelus pipi Irsyad.

"Tak..."Irsyad geleng kepala.

"Kalau Syad tak sakit, kenapa Syad sedih-sedih?" Irsyad terus menangis. Dia peluk Haura semula.

"Yan kata, Yan jumpa Papa Teddy. Kenapa ibu tak kejutkan Syad? Syad teringin nak tengok Papa Teddy."

"Awww..." Haura mula rasa sebak. Dia sambut pelukan Irsyad dan mengusap belakang anak kecilnya.

"Ibu tak nak kejut Syad, sebab Syad tak sihat. Kan Syad sakit kepala tadi. Nanti kalau ibu kejut Syad, Syad muntah macam mana?" Cubaan memujuk Irsyad nampaknya gagal. Irsyad terus menerus menangis. Selalunya Irsyad tidak berperangai sebegini. Irsyad tak banyak ragam. Cuma baru-baru ini sahaja, Irsyad semakin kuat menangis dan cepat merajuk.

"Syad...ibu sorry..." Haura memang tidak berniat untuk melebihkan Iryana.

"Ibu tak sayang Syad..." Haura memeluk Irsyad lebih kuat. Dia rasa sedih sangat bila perkataan itu keluar dari mulut anak kecilnya.

"Ibu mana yang bencikan anak dia sendiri..." Lembut sangat suara Haura menasihati Irsyad. Dia tahu umur seperti Irsyad akan cepat salah tafsir dengan apa yang dia dengar dan lihat.

"Syad sayang ibu..."

"Ibu pun sayangkan Syad..." Haura mengesat air mata Irsyad dengan ibu jarinya.

"Tapi ibu...Syad nak jumpa Papa Teddy...macam yang Yan cerita dekat Syad tadi..." Sebak betul hatinya mendengar tangisan Irsyad. Dia masih mengusap belakang anak kecilnya untuk meredakan tangisan itu.

"Nanti ibu call uncle Sean, okay? Ibu minta uncle Sean bawa Papa Teddy jumpa Syad. Nak?"

Irsyad terus tersenyum dengan bibir dan hidungnya yang kemerahan.

"Janji tau, ibu."

"Janji..."

"Thank you, ibu."

"Dah jangan menangis. Ibu tak suka tengok Syad sedih." Haura mendukung Irsyad dan membaringkannya di atas permukaan katil. Bersebelahan dengan Iryana yang sudah tertidur lena.

"Ibu jangan sedih sebab Syad tau." Irsyad mengatakannya dengan perlahan ketika memeluk ibunya.

"Ibu tak sedih. Ibu gembira dapat anak-anak yang baik macam Syad dan Yan." Haura peluk Irsyad semakin erat.

"Syad tak baik..."

"Kenapa cakap macam tu?"

"Sebab...Syad selalu paksa ibu..."

Haura geleng kepala. Dia cubit hujung hidung Irsyad dengan manja.

"Mana ada, ibu yang selalu tolak permintaan anak-anak ibu. Ibu yang tak baik."

"Ibu baiklah...sebab tu Syad sayang ibu...sangat-sangat..." Terharu. Haura terlalu terharu sehingga menitik air matanya kepipi.

"Don't cry, ibu. I love you..." Semakin lebat air matanya mengalir ketika tangan kecil Irsyad mengesat air matanya. Buatkan dia teringat bagaimana Arsyad melakukan itu kepadanya setiap kali dia menangis. Sekarang, dia cuma ada Irsyad yang tak pernah membenarkan air matanya membasahi pipi.

"I'm not, sayang..." Haura mengucup dahi Irsyad beberapa kali. Hangat. Di hatinya masih teringatkan tentang Arsyad. Semakin lama waktu berjalan, semakin hancur hati Haura kerana merindui hadirnya Arsyad. Kenapa begitu sulit untuk dia menerima kenyataan bahawa suaminya sudah tiada? Bagaimana dia mampu untuk bahagia bila teringatkan bagaimana cara suaminya pergi? Dia masih berharap Arsyad akan kembali. Menunggu tetap menunggu sehingga dia tidak dapat lagi menahan kesakitan. Berharap dengan orang yang sudah tiada di dunia untuk kembali itu sangat mustahil kan?

Tuhan, aku bukan tidak redha dengan ketetapan-Mu. Aku cuma. Rindu. Rindu yang teramat sangat sampai tak tertahan sakit ni. Salah ya jika aku masih berharap bahawa dia akan kembali?

Di hati Haura, Arsyad masih terindah. Tiada siapa yang boleh menggantikannya. Tiada siapa yang sanggup berkorban untuknya berbanding apa yang telah Arsyad korbankan. Dia sanggup kehilangan nyawanya hanya untuk menjamin keselamatan kami.

Abang, tolonglah kembali. Bagaimana Haura mahu menahan rasa sakit ni? Haura tak dapat nak tahan lagi. Datanglah, peluk anak-anak kita. Mereka perlukan abang. Sama macam Haura perlukan abang.

"Ibu, boleh Syad nak tanya sesuatu?"

"Boleh sayang..."

"Macam mana nak ada adik lelaki?"

Berkerut kening Haura mendengarkan soalan dari Irsyad.

"Syad nak adik lelaki?"

Laju Irsyad angguk kepala.

"Nanti, kalau Syad dah tak ada. Ibu ada adik lelaki baru untuk gantikan Syad." Rasa remuk hati Haura. Entah kenapa setiap kata-kata dari Irsyad hari ini sangat memberi impak kepadanya. Rasa sakit, sedih, sebak. Kerana dia tahu, kanak-kanak seperti Irsyad selalu berkata jujur dan tulus dari hati.

"Kalau macam tu, Syad janganlah pergi. Syad jangan tinggalkan ibu macam ayah tinggalkan kita, okay? Syad tak nak buat ibu sedih kan?"

Irsyad angguk kepala. "Syad tak nak tinggalkan ibu. Ibu, ibu tak jawab lagi soalan Syad. Macam mana nak dapat adik lelaki baru? Kita kena beli dekat kedai ke?" Haura tertawa kecil dengan tanggapan Irsyad bahawa jika memerlukan seorang adik lelaki, dia perlu membelinya di kedai.

"Ibu kena...ibu kena ada ayah..."

"Kalau macam tu ibu kahwinlah. Syad nak adik lelaki." Haura tak tahu bagaimana untuk menjawabnya lagi. Dia langsung mengucup dahi Irsyad.

"Kalau ibu tak suka uncle Nathan, ibu kahwinlah dengan Papa Teddy." Haura sedikit terkedu. Tidak pernah terfikir pun perkataan itu akan terlintas di bibir Irsyad.

"Kahwin dengan Papa Teddy?"

Irsyad angguk kepala.

"Tapi ibu tak kenal Papa Teddy."

"Kalau macam tu, nanti Syad tanyakan Papa Teddy." Haura tersenyum sayu dengan kesungguhan Irsyad untuk mendapatkan ayah baharu.

"Syad tidurlah, esok ibu call uncle Sean."

"Promise?"

"Promise, sayang."

"Sayaaaang ibu sangat-sangat." Irsyad memeluk Haura lagi ketat seraya menutup mata. Cepat sahaja dia sudah tertidur semula. Sedangkan Haura disini, masih celik.

Masih berharap.

Abang, I love you. Dia sempat membisikkannya di hati. Sebelum Haura tidur, dia sedekahkan bacaan al-fatihah untuk Arsyad. Memastikan kulit arwah suaminya tidak di mamah tanah, tidak di makan ulat, tidak di seksa. Haura akan sentiasa melindunginya dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience