HPD || BAB 39

Romance Completed 246547

BUNYI kunci pintu besi dorm mereka dibuka. Arsyad sudah bersedia berdiri di hadapannya, menghadap Ameer dengan senyuman pasrah.

"Arsyad Taqqi Mohammed." Ameer menyebutnya sedikit tegas, padahal hatinya juga terikut sebak.

"Saya, Tuan." Kedua belah tangan dia hulur tanpa di suruh. Nampak jelas jari-jemari Arsyad menggigil ketakutan walaupun di bibirnya menguntum senyuman.

"Masanya sudah tiba." Terasa seperti panggilan daripada Malaikat Maut. Bulu romanya berdiri tegak ketakutan. Di dalam hatinya tidak henti beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Dia toleh kebelakang.

Haji, Adli dan Thaqif melambai tangan kepadanya. Arsyad angguk kepala sekali tanda selamat tinggal. Ketika tangannya di gari, dia di bawa ke sebuah lorong panjang. Di sepanjang langkahnya ketika melalui lorong panjang itu terasa seperti melalui titian sirat. Peluh dingin menitik membasahi dahi.

"Tuan, ada kesempatan tak untuk saya berjumpa dengan isteri saya sebelum pulang kepada Tuhan?" Terketar suaranya menyatakan hasrat. Penjaga penjara mengangguk perlahan.

"Tepat pukul sembilan nanti baru kita selesaikan hukuman. Sekarang, aku akan bawa kau ke bilik pelawat banduan akhir." Mendengarkan jawapan itu, membuatkan bibir Arsyad mengucapkan berjuta kesyukuran. Tak sabar dia mahu berjumpa dengan Haura.

Sampai di bilik itu, kaki Arsyad menjadi longlai. Ya Allah, betapa dia merindui sosok itu. Dia sangat merinduinya.

"Sayang!" Arsyad melambai tangan. Tertoleh Haura yang sedang menenangkan tangisan anak kecil mereka.

"Abang..." Haura terus bangun dari bangku panjang itu dan menunggu Arsyad untuk mendekatinya.

"Sayang..." Arsyad terus berlari anak dan memeluk Haura dengan erat. Erat sangat sehingga tiada ruang yang tertinggal diantara mereka. Jantung mereka saling membalas denyutan ketika dada mereka bersatu. Begitu hancur hati Haura merasakan tubuh Arsyad menggigil hebat.

"Abang, tolong rujuk dengan Haura. Tolong, sempat lagi beberapa minit untuk Haura merasa jadi isteri abang. Haura nak peluk abang tanpa rasa bersalah." Bisikan Haura kedengaran begitu hancur sekali. Bagai dihiris-hiris hatinya yang ditimpa kesedihan. Terasa segala macam deraan perasaan mereka mendesak di segenap cepu kepala.

"Ya...kita rujuk...sayang..." Arsyad memeluk isterinya semakin erat. Mengalir jua air hangat di pipi mereka. Hatinya terlalu dukacita sehingga ke dasar yang terpaling parah.

"Haura cintakan abang. Tolong jangan pergi. Haura nak bersama abang. Haura takut kehilangan abang." Tangisan dan esakan Haura membuatkan hati kecil Arsyad meraung kesakitan. Ibu jarinya terus mengesat air mata Haura.

"Abang minta maaf sangat-sangat sebab tak mampu nak tunaikan permintaan sayang. Abang cuma boleh berjanji satu perkara, walau kita terpaksa berpisah, hati abang hanya ada sayang." Dia membisikkannya kepada Haura sambil mengesat air matanya.

"Sayang pun kena janji dengan abang tau. Selama kita berpisah, letak cinta abang dalam hati sayang." Pipi kanan Haura dia kucup perlahan.

"Tapi abang nak sayang janji lagi pada abang, walau dunia kita berbeza. Sayang kena kuat untuk anak-anak, teruskan perjuangan, teruskan bawa cinta kita kemana-mana sayang berada. Janji?" Arsyad melutut dan meletak telapak tangannya pada bahagian rahim Haura sambil memandangnya dengan senyuman yang jelas bergayut kesedihan.

"Kalau sayang rasa mengidam, abang dah transferkan semua duit abang dalam akaun sayang. Tak ada satu pun abang tinggalkan dalam akaun abang. Kalau sayang rasa penat, sayang kena rehat. Jangan paksa diri sebab abang dah tak ada nanti nak halang sayang. Kalau sayang rasa keseorangan, sayang mainkan semula video yang pernah kita rakam bersama. Kalau sayang cintakan abang, sayang jangan menangis tau? Nanti abang tak tenang dekat sana. Janji?" Arsyad mengucup perut Haura berluang-kali. Sayangnya dia pada penghuni kedua di rahim isterinya.

"Maafkan ayah...ayah tak sempat nak sambut anak ayah ni..." Dia kucup lagi berselang esakan. Haura geleng kepala. Tangannya memaut lengan Arsyad, memintanya untuk berdiri. Dia memeluk Arsyad lagi.

"Ya Allah...abang...tolong jangan pergi...tolong jangan..." Menggigil suara Haura memintanya. "Siapa nak teman Haura bersalinkan anak kita? Sayang tak kuat...sayang tak kuat abang..." Begitu juga dengan esakan Arsyad ketika ini.

"Sayang kena kuat..." Telapak tangan Arsyad mengusap dada Haura perlahan. "Sayang kuat...abang sentiasa ada dengan sayang...dalam ni...dalam ni sayang..." Dia mengucup dada Haura sebagai pengubat kesedihan mereka.

"Lain abang...tak sama...Haura nak bisikan abang...Haura nak tangan abang...Haura nak abang..." Haura menggeleng kepalanya lagi. Hatinya sangat kesakitan sampai rasa mahu mati. Dia tak boleh terima. Dia tak nak kehilangan Arsyad.

"Ni..." Arsyad mengangkat baju dan mengambil surat yang dia letak pada getah seluarnya.

"Abang ada tulis ni untuk sayang... baca tau? Tapi jangan baca sekarang. Sayang buka balik nanti. Abang nak sayang buka surat tu setiap kali sayang rasa sedih, setiap kali sayang rasa mengalah semasa abang tiada disisi sayang." Tangan Arsyad mengusap leher Haura perlahan. Pandangan mereka tertaut. Lembut usapan Arsyad membuatkan Haura rasa semakin tidak mahu berpisah.

"Abang cintakan sayang. Maafkan segala salah silap abang ya?" Pipi Haura dia kucup perlahan.

"Haura pun cintakan abang sangat-sangat. Haura maafkan segalanya, Haura pun nak minta maaf dengan abang." Haura juga memberikan kucupan hangat pada pipi suaminya. Sejuk. Pipi Arsyad sangat kesejukan. Bibirnya tampak pucat dan menggigil tanpa henti.

"Abang..." Haura tahu Arsyad sedang ketakutan sekarang ini.

"Jangan takut...Haura ada..." Ibu jari Haura mengusap bibir pucat Arsyad.

"Abang tak takut...abang tak takut..." Arsyad mengucapnya dengan sangat lembut. Dia tak mahu Haura sedih.

"Haura janji, Haura akan setia dengan abang sampai bila-bila. Itu janji Haura sebagai hadiah atas pengorbanan abang." Arsyad memegang leher Haura semakin kuat sebelum dia tarik wajahnya mendekat. Bibir mereka bersatu. Lama. Kehangatan di bibir Haura memberikan kehangatan pada bibir sejuk Arsyad. Kelopak mata mereka terkatup. Degupan jantung mereka menjadi satu.

Dia berhenti mengucup untuk berbisik seketika, "Maaf abang pentingkan diri sendiri. Walaupun abang dah tak ada dekat sini, abang tak nak sayang dengan yang lain. Abang nak sayang sentiasa cintakan abang sorang." Bibirnya mendarat semula. Lama mereka saling meluahkan perasaan cinta. Tangisan mereka saling membasahi pipi.

"Ya Allah sayang...It's really hurts me because I'll never have another chance to be with you anymore. Even though I want and begging for it. I can't. I'm so scared to die. I'm so scared to die when you're not besides me..." Arsyad membisikkannya sebelum meneruskan kucupan mereka semula.

"Sakitnya Haura rasa juga abang...sakit sangat...sakit...Haura rasa nak mengalah..." Haura memeluk Arsyad semakin erat dan erat. Mereka sudah tidak kisah. Andai mereka mati kerana berpelukan. Mereka sanggup. Jangan pisahkan mereka. Tolong.

"Jangan mengalah sayang...teruskan perjuangan cinta kita..." Irsyad yang menjadi digendong di belakang Haura sudah tertidur lena. Sempat Arsyad mengucup kepala kecil itu beberapa kali.

"Encik, ada lagi dua puluh minit sebelum kita ke tali gantung." Arsyad angguk kepala tanda faham. Dia kemudiannya memandang Haura.

"Dah sayang. Senyum." Jari Arsyad mencubit manja pipi Haura membuatkan Haura tersenyum berselang air mata.

"Abang pun senyum untuk Haura." Haura ikut mencubit pipi Arsyad membuatkannya tersenyum.

"Tengok, abang dah senyum. Abang tak sedih dah. Sayang je sedih. Cengeng." Telapak tangan Arsyad mengusap kepala Haura.

"Dah sayang, tak nak sedih-sedih. Jom kita makan. Sayang kata nak bawa Tomyam untuk abang hari ni kan? Abang teringin sangat nak makan dari semalam." kata Arsyad tersenyum seraya mengesat air mata Haura. Laju Haura angguk kepala.

"Haura dah masak Tomyam untuk abang. Sekejap Haura ambil." Haura pun membuka beg bayi Irsyad. Keningnya tertaut rapat. Mana? Mana bekas Tomyam tu? Haura terus menyelongkahnya dengan perasaan yang sangat kesakitan. Dia terus keluarkan semua yang ada dalam beg itu.

"Sayang?" Arsyad perasan Haura menyelongkah semua barang-barang bayi keluar dari beg.

"Mana...mana..." Menitis air mata Haura. Dia mahu berteriak. Bila beg sudah kosong. Dia mula tersedar. Dia terlupa untuk keluarkan bekas Tomyam itu dari peti sejuk. Haura terduduk.

"Abang...Haura minta maaf...Haura betul-betul dah masak...Haura dah masak...sampai pukul dua Haura masak...Haura tak tipu..." Dia tersimpuh menangis di simen. Segera Arsyad memeluk Haura dan mengusap belakang untuk memujuk.

"Sayang lupa bawa Tomyam ya?" soal Arsyad dengan suara pecah dan sayu. Bila Haura angguk kepala. Hatinya terasa sakit tetapi dia tidak mahu salahkan Haura.

"It's okay, sayang. It's okay..." Pujuknya berselang kucupan hangat ke pipi.

"It's not okay, abang!" Haura menangis semakin teresak-esak.

"Haura nak kita makan Tomyam tu sama-sama! Haura nak suapkan abang Tomyam yang Haura masak semalam!" Bergema tangisan Haura didalam ruangan.

"Sayang, it's okay. Abang cuma teringin je. Tak apa. Cukup bahagia abang sempat jumpa sayang sebelum kena gantung." Arsyad senyum begitu manis. Sedaya upaya dia memujuk hati Haura supaya tidak menyalahkan dirinya sendiri. Tapi secara jujurnya, dia sangat teringin untuk makan Tomyam buat kali terakhir. Dia sudah terbayangkannya dari semalam. Arsyad cuma tersenyum.

Haura geleng kepala. "Abang tunggu sini sekejap. Boleh? Tunggu Haura datang. Haura nak ambil Tomyam tu. Haura betul-betul nak makan sama-sama dengan abang."

"Abang takut tak sempat sayang. Tak apa, sayang stay je dengan abang. Stay dengan abang sampai waktunya tiba. Sayang lupakan pasal Tomyam. Lupakan." Arsyad memeluk pinggang Haura semakin kuat. Dia tak mahu lepaskan.

"Sempat. Haura yakin. Haura penat dah masak tu. Haura nak sangat kita makan sekali. Abang tunggu Haura tau." Haura mengucup bibir Arsyad buat kali terakhir sebelum berlari anak keluar dari situ.

"Sayang!"

"Sayang..." Arsyad tertunduk.

 

                        PINTU rumah dihempas kuat, laju Haura berlari masuk kedalam dapur. Dengan air mata masih gagal untuk berhenti mengalir.

"Bodoh! Kau bodoh Haura! Macam mana kau boleh tertinggal!" Peti sejuk di buka. Bekas putih berisi Tomyam itu dia ambil dan buka. Kelam-kabut Haura mengambil periuk dan letak atas dapur gas.

Tomyam dituang keluar dari dalam bekas. Gas dinyalakan dengan api yang paling kuat. Dalam hati Haura terus berdoa dan berdoa diberikan kesempatan. Lepas sudah panas, dia tuang semula kedalam bekas. Berlari dia masuk kedalam teksi sambil memegang erat bekas.

"Encik! Pecut!"

"Sedia?" soal penjaga penjara tersebut. Arsyad menoleh kepintu pelawat tadi seketika.

"Sekejap, Tuan." Arsyad menggenggam buku lima. Dia masih menanti kehadiran Haura.

"Lagi satu minit." Serkup bewarna hitam berada didalam genggaman pegawai polis. Bersedia untuk menerkup kepala Arsyad apabila minitnya habis.

"Sayang...abang tunggu ni..." Arsyad masih menumpukan pandangannya disitu. Tempat dimana Haura dan dia bertemu.

"Abang tunggu..."

      

                 SAMPAI sahaja di dalam pintu masuk, kaki Haura berlari selaju yang dia mampu. Dia masuk ke lorong dimana dia masuk tadi.

Hampir dia berlanggar dengan beberapa pegawai polis tetapi sempat dia elak.

"Abang...Haura datang...Haura bawa Tomyam ni..." Tercungap-cungap Haura berlari ke arah bilik pelawat. Air matanya semakin laju mengalir.

Pintu bilik pelawat dia buka. Nampak ada Arsyad tengah berdiri membelakangi pintu tetapi yang peliknya, Arsyad sedang berpelukan dengan seorang wanita muda.

"Abang?" Bekas putih ditangan, Haura peluk erat. Bila Arsyad pusing mengahadapnya. Rupanya, dia bukan Arsyad tetapi banduan akhir yang lain.

Ketika itu, degupan jantung Haura terasa seakan terhenti. Dia terlambat. Dia sudah terlambat. Arsyad sudah tiada disini. Bekas berisi Tomyam ditangannya terlepas dari tangan. Terhentak pada lantai. Penutup terbuka. Kuah dan isinya mengalir keluar.

"Abang!" Haura keluar dari situ.

"Abang!!!" Haura berlari lagi sehingga sampai ke penghujung lorong. Dia nampak Arsyad sudah di bawa jauh dari situ. Ada palang-palang hitam menjadi penghalang. Irsyad terjaga dari lena dan mula menangis didalam carrier baby bahagian dada ibunya.

"Abang!!!! Jangan tinggalkan Haura!!!!" Tangannya menggenggam palang hitam itu dan menggegarkannya.

"Abang!!!" Langkah Arsyad terhenti. Sempat dia pusing seketika setelah mendengarkan raungan isterinya dari belakang.

"Sayang..." Arsyad memberikan senyuman terakhirnya sebelum ditarik keluar dari situ.

"Abang!!!!! Haura dah bawa Tomyam tu!!! Abang!!!!" Semakin kuat Haura menggegarkan pagar hitam. Meraung hatinya menangisi kepemergian Arsyad. Sampai dunianya terasa gelap. Hitam. Tanpa dia sedar, tubuhnya terlalu sakit untuk menerima kenyataan sehingga rebah kebelakang. Dia pengsan. Langsung tidak sedarkan diri. Irsyad pula sudah meraung terhentak pada dada si ibu.

Pegawai polis yang berada berdekatan datang membantu. Bayi kecil dari carrier baby di keluarkan terlebih dahulu.

"Puan. Puan!" Salah satu dari mereka mengangkat kepala Haura dan menepuk-nepuk pipinya supaya sedar tetapi gagal.

"Tuan, dia pendarahan." kata pegawai polis lain yang melihat lantai ada beberapa titisan darah.

"Kita bawa ke hospital segera."

"Baik, Tuan!" Nathan mengangkat tubuh Haura dan berlari keluar dari situ.

     

                      "KITA mulakan sekarang, di mulai dengan tutup mukanya." Serkup hitam mula menutup kepalanya.

"Allah..."

"Ya Allah..." ucapnya dengan penuh ketakutan. Di dalam ini gelap. Sangat gelap. Hatinya terasa punah harapan. Kakinya mula longlai tetapi segera ditahan oleh polis yang berada dikelilingnya.

Tali diturunkan dari atas, polis yang menjaga menyambut tali tersebut dan melingkarinya pada leher Arsyad.

"Haura...Haura ada...Haura ada dengan abang..." Arsyad cuba menenangkan dirinya, membayangkan Haura tetap berada disisinya. Gambar perkahwinan mereka di genggam erat didalam telapak tangan.

"Naik!"

"Abang sayang Haura." ucapnya sebelum terangkat keatas. Kakinya ternaik keatas. Terasa bagaimana tidak menjejaki tanah. Lehernya terasa ketat dan semakin ketat.

"Asyhadu...Allaha...Ilahail...Allah..." Air matanya mengalir. Tersekat nafasnya ketika mengucap dua kalimah syahadah.

"Waasyhadu...Anna...Muhammad... Rasulullah..." Kakinya bergoyang kuat keudara. "Allah...sakitnya...Ya Allah... sakit..." Gambar perkahwinan mereka jatuh ke bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience