HPD || BAB 58

Romance Completed 246547

MATA masih berat untuk dibuka, tetapi dia paksa untuk melakukannya juga. Terjaga bila dia merasakan ada tangan kecil sedang mengurut betisnya.

Haura memisat mata dengan belakang telapak tangan kerana masih kabur. Semakin lama, semakin jelas muka Irsyad. Dia sedang mengurutkan kaki ibunya.

"Syad..." Panggil Haura.

"Ibu..." Irsyad tersenyum sambil mengurut kaki ibunya walau dalam keadaan yang begitu lemah.

"Syad dengar ibu cakap dengan ayah semalam. Kaki ibu lenguhkan? Biar Syad urutkan untuk ibu." Irsyad mengatakannya dengan wajah polos itu. Haura sampai tidak dapat mengatakan apa-apa. Lidahnya kelu. Tidak terbayang bagaimana jika dia kehilangan malaikat kecil yang selalu menjaganya ini nanti.

"Syad dah. Ibu tak lenguh dah." Haura menarik tangan kecil Irsyad. Memberhentikan dia daripada meneruskan urutan. Dia rehatkan Irsyad diatas badannya. Peluk ketat-ketat. Tidak mahu dia lepaskan sampai bila-bila.

"Ibu tak lenguh dah?" Irsyad cium dagu Haura.

"Tak dah. Terima kasih Syad, tolong urutkan kaki ibu." Sebaik mungkin Haura cuba menahan air matanya dari mengalir. Irsyad, wajahnya nampak sangat pucat. Sudah tiada seri diwajahnya. Nampak lesu tetapi bibir kecil itu masih mampu untuk mengulum senyum manisnya.

"Sekarang ni, ibu nak Syad rehat. Syad tidur. Sekarang belum pagi lagi. Nanti ibu kejutkan Syad. Okay?" Haura membaringkan Irsyad diatas katil. Menggigil tangan Haura mengutip satu-persatu helaian rambut milik anaknya yang berteraburan. Sikit lagi kepala Irsyad tiada lagi rambut yang tersisa.

"Baik ibu..." Selama ini, Irsyad akan membantah. Dia mahu mengikut kemana jua ibunya pergi. Selalu ingin membantu Haura untuk mengemas rumah dan menyediakan sarapan pagi.

Haura menghadiahkan Irsyad sebuah ciuman pada dahi. Begitu juga Iryana yang masih didalam tidurnya. Dia bersegera keluar dari bilik tidur anak-anaknya kerana kesedihan yang tidak tertahan. Dia ingat, bagaimana Irsyad menolak permintaanya untuk dibawa ke hospital. Dia kata, dia benci kesana. Dia tak suka ke hospital. Jadi, Haura terpaksa menahan kesakitan yang sama untuk memenuhi permintaan anak kecil itu. Lagipun, di sini ada Arsyad. Arsyad yang memintanya untuk menuruti.

Dia buka pintu bilik tidurnya pula. Nampak Arsyad masih dalam tidurnya juga. Kenapa abang tidur sini? Bukan ke semalam abang kata nak tidur sekali? Haura menapak masuk kedalam bilik.

Haura perlahan-lahan duduk disebelah Arsyad. Mengelus pipi dan dagunya. Panas. Suami aku demam? Segera Haura pergi ke tandas, dia membasahkan kain bersih dan perah. Selepas itu, Haura meletakkannya diatas dahi Arsyad.

"Urm..." Arsyad merengus perlahan. Terjaga kerana rasa sejuk pada dahi. Buka mata sahaja nampak bidadari cantik dihadapannya. Bibir terus mengoyak senyuman manis.

"Abang demam ya?" Soal Haura. Dia ambil ambil kain pada dahi Arsyad, kemudian dia mengelap pada lehernya pula.

"Tak..." Jawapan Arsyad buatkan Haura geleng kepala.

"Abang badan panas macam ni. Tak demam abang kata?" Haura menarik baju t-shirt suaminya keatas. Dia letak di tepi. Kain basah itu, dia lap pada seluruh badan Arsyad.

"Sayang, betul ni. Abang tak demam. Cuma penat je." Arsyad mengambil tangan Haura. Genggam. Dia tarik dan hadiahkan ciuman tiga kali disitu. Penat sangat lepas siapkan bilik khas untuk Irsyad.

"Sekarang pukul berapa sayang? Abang nak solat subuh." Soal Arsyad. Haura mengalih pandangan pada jam di dinding.

"Baru pukul enam pagi ni. Abang tidurlah dulu. Nanti azan, Haura kejutkan abang." Katanya sambil mengelap badan suaminya. Dia angkat lengan Arsyad dan basahkan disitu.

"Tidurlah dengan abang." Arsyad menarik Haura baring sekali. Pipi Haura dia cium beberapa kali.

"Abang, panas sangatlah badan abang ni." Haura cuba menjauh tetapi di tarik dada suaminya semula.

"Tak apa, panas sikit je."

"Abang ni..." Haura memilih untuk mengalah. Dia sandarkan kepala disitu. Dengar degupan jantung Arsyad pada gegendang telinganya.

"Sayang." Arsyad mengerutkan dahi. Dia kepit hidung dengan kedua jarinya.

"Kenapa abang?" Haura terus duduk selepas membaca riak wajah suaminya yang tampak tidak senang dengan bau badannya. Aku busuk sangat ke? Dia mencium baju, lengan, bahagian ketiaknya untuk mendapatkan kepastian. Wangi. Wangi je ha. Tak ada pula bau tengik atau sesuatu yang tidak menyenangkan lunbang hidung.

"Tak...tak ada apa..." Busuk. Bau badan Haura busuk sangat. Sampai Arsyad rasa mahu termuntah. Tapi dia mahu menjaga hati isterinya. Dia geleng kepala. Senyum dalam paksa.

"Betul ni?" Soal Haura.

"Betul..." Arsyad mendepa tangan. Dia mahu memeluk Haura.

"Hmm..." Haura memeluk Arsyad semula. Tengah tenang-tenang dia memeluk, tiba-tiba Arsyad meleraikan pelukan. Berlari anak masuk kedalam tandas. Muntah.

"Abang?" Haura ikut berlari anak masuk kedalam tandas. Dia menepuk-nepuk belakang badan Arsyad.

"Kenapa sampai muntah-muntah ni abang? Risaulah Haura. Kita pergi klinik nak?" Pinta Haura sambil mengusap belakang Arsyad.

"Abang salah makan je ni." Arsyad membilas mulut. Lepas rasa lega, dia menarik Haura pergi keatas katil semula. Tidur bersama.

Haura terbangun secara mengejut apabila Arsyad menarik lengannya yang menjadi tempat Haura berlapik sejak tadi.

"Hmmm..." Arsyad memicit-micit perutnya yang terasa mual. Tekak sudah terasa perit kerana muntah secara paksa sejak tadi.

Haura mengubah posisi duduk. Dia mengurutkan dahi Arsyad dengan riak wajah risau.

"Abang sakit kepala?" Soal Haura.

"Tak...rasa nak muntah je ni. Tak tahu lah abang makan apa semalam sampai macam ni..." Arsyad menarik tangan Haura dan mengalihkan ketepi. Dia menukar kepada posisi duduk juga. Peluh sejuk merembes pada dahi.

"Kesiannya abang." Haura mengelapkan peluh di dahi suaminya.

"Sayang..." Arsyad memaut tangan isterinya dan senyum paksa. Padahal perutnya rasa mahu meluak sahaja sekarang.

"Sayang tidurlah, tak azan lagi ni. Maaf abang ganggu tidur sayang. Abang rasa tak sedap badan dari semalam lagi." Tangan Haura yang sedang dia paut, dia elus belakang telapaknya dengan ibu jari.

"Tak apa, Haura temankan abang ya? Kesian abang..." Haura menukar arah. Dia pula yang mengelus tangan Arsyad.

"K−" Belum sempat Haura mahu menuturkan katanya, Arsyad sudah berlari masuk kedalam tandas. Dia memuntahkan segala isi didalam perutnya sehingga kosong. Riuh suasana subuh hari ini, berlari berulang alik pasangan suami isteri keluar masuk tandas. Yang seorang muntah, yang seorang menenangkan.

                                    HAURA menyalam tangan Arsyad selepas solat subuh berjemaah. Mujur demam suaminya sudah kebah, kalau tidak resah sahaja hatinya selagi Arsyad tidak mahu pergi ke klinik.

"Abang..." Ketika itu mata mereka bertentangan. Masih sembap. Arsyad mengelus kelopak mata isterinya. Dia tahu apa yang hendak Haura sampaikan. Dia tidak mahu Haura bersedih.

"Sayang, abang nak tunjuk sesuatu." Arsyad bangun dari sejadah. Dia menarik tangan Haura untuk membantunya berdiri juga.

"Abang nak tunjuk apa?" Haura mengatur langkah. Mengikut kemana yang Arsyad ingin membawanya. Dengan masih bersarungkan telekung lagi.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik kosong yang tidak digunakan oleh mereka, Arsyad berhenti dan membuka kunci.

"Abang buat ni semalam." Arsyad membuka pintu bilik. Dia melirik pada Haura.

"Abang buat semua ni?" Melilau mata Haura meneliti kedalam bilik itu. Bilik impian Irsyad. Hati Haura terasa pedih.

"Ya, sayang. Macam mana?" Arsyad memeluk Haura. Mereka meneliti bilik itu lama.

"Mesti Syad suka." Haura mengatakannya spontan. Bilik ini sama seperti apa yang di tulis didalam diari Irsyad.

"Abang buat semua ni untuk buat anak kita tersenyum." Haura angguk kepala.

"Kita kena buat dia gembira." Dia pandang Arsyad.

"Abang, abang ada beli cat hitam, putih dengan hijau?"

Arsyad angguk kepala.

"Haura rasa, Haura boleh tolong lukiskan stadium dekat dinding tu." Cadangan dari Haura menaikkan lagi semangat Arsyad.

"Ada! Abang ada beli." Arsyad membukanya. Dia keluarkan bekas cat-cat yang dia beli dari kotak. Haura mengangguk kepala. Dia ambil berus dan mula melukis dengan bakat yang dia ada.

"Abang nak tolong." Arsyad mengambil berus juga. Haura geleng kepala.

"Abang tak sihat. Abang tolong tengok je boleh?" Haura mengecilkan mata. Kononnya mahu menakutkan suaminya. Arsyad pula degil, dia bantu apa yang patut.

Memang tak dinafikan kepalanya tidak berhenti berdenyut. Perutnya terasa mual. Kalau boleh dia mahu baring diatas katil sahaja. Tetapi sebagai seorang ayah, dia mahu melakukan yang terbaik untuk membahagiakan Irsyad selagi dia mampu untuk melakukannya. Dia tidak mahu menyesal di lain hari.

Tenang Haura melukis pada dinding. Arsyad pula tak berhenti melirik si isteri. Cantik sangat. Dia celup berus pada cat putih.

"Sayang."

"Hm?" Haura masih menumpukan perhatiannya pada dinding. Melukis dengan tekun untuk si anak.

"Sayang, pandanglah abang." Arsyad tidak mengalah untuk mendapatkan perhatian Haura.

"Apa dia suami Haura?" Haura menoleh. Toing. Berus yang dipegang Arsyad sengaja di calit pada batang hidungnya.

"Abangggg..." Berdekah ketawa Arsyad melihat wajah Haura menyinga. Dia calit lagi berus bercat putih itu.

"Comelnya dia, macam kitten.." Arsyad melukis bulatan pada butang hidung Haura seperti hidung kucing.
Bila nampak Haura tersenyum, Arsyad ikut tersenyum. Dia tahu hati Haura tengah bersedih. Jadi dia mahu Haura melupakannya buat seketika.

"Macam kitten?"

"Iya, sayang..." Arsyad melukis misai kucing di kedua belah pipi Haura pula. Cutenya! Arsyad keluarkan telefon dari dalam poket.

"Senyum sayang." Mintanya.

"Tak nak lah, eeey....malulah Haura..."

"Sayanggg..."

"Aaaaaaaa, abang ni." Haura muncung sedepa. Bila bibir Arsyad mendarat secara mengejut di bibirnya terus membuatkan Haura tersenyum. Lesung pipit di pipi tenggelam kedalam dengan jelas.

"Perfect."

                               "AYAH, kenapa ayah tutup mata Syad?" Soal Irsyad ketika ayah mengikat kain pada matanya. Haura tersenyum. Dia juga tak sabar untuk melihat reaksi dari Irsyad.

"Adalah, rahsia." Kata Arsyad dengan nada sebak. Dia nampak bagaimana Irsyad memaksa dirinya untuk kekal kuat.

"Rahsia? Ayah nak bagi Syad hadiah birthday ke ayah?"

"Lebih daripada tu, sayang." Jawapan dari ayahnya membuatkan Irsyad senyum lebar. Dia terlalu teruja sampai terlupa bahawa dia sedang sakit.

"Larat tak nak jalan?"

"Larat!" Irsyad cuba untuk berdiri tetapi gagal. Kakinya menggigil.

"Ayah boleh tolong dukung."

"Tak apa, ayah. Syadkan strong boy. Syad nak jalan sendiri!" Irsyad turun dari katil perlahan-lahan. Menghulur tangan untuk di bantu.

"Jom, strong boy ayah." Arsyad memegang tangannya. Membantu Irsyad berjalan kesana. Haura pula mendukung Iryana, membontoti Arsyad.

"Shhhh..." Pesan Haura kepada Iryana. Dia melekup mulut kecil Iryana supaya tidak memberitahu Irsyad apa yang dia lihat terlebih dahulu.

"Dah sampai ke ayah?" Soal Irsyad. Tangannya masih menggengam tangan ayahnya. Kakinya terjingkit-jingkit kerana terlalu teruja.

"Dah sampai." Arsyad melutut. Dia membuka ikatan kain pada mata Irsyad perlahan-lahan. Bila sudah terbuka, Irsyad memisat kelopak mata yang kabur.

"Surprise!" Serentak kata ibu dan ayahnya. Mulut Irsyad ternganga.

"Ibu...ayah...padang bola ni..." Kakinya terjingkit-jingkit lagi. Tabiatnya sejak kecil apabila rasa teruja.

"Untuk...Syad?" Soal Irsyad sambil memandang kepada ibu dan ayahnya. Menunggu keizinan dari mereka untuk masuk.

"Ya, untuk Syad. Bilik ni cuma untuk Syad." Pertama pertama yang Irsyad buat adalah memeluk ibu dan ayahnya untuk berterima kasih. Melorot helaian rambutnya diatas bahu mereka.

"Terima kasih ibu, terima kasih ayah! Syad sayaaaaaang ibu ayah sangat-sangat! Terima kasih wujudkan impian Syad! Syad rasa nak menangis!" Ucap Irsyad kepada mereka. Untuk pertama kali Irsyad mengalirkan air mata kerana terlalu gembira. Yang lebih memilukan hati, air mata Irsyad tidak pernah mengalir semasa dia menahan sakit.

"Sama-sama, strong boy ayah."

"Sama-sama, strong boy ibu. Cepat masuk. Tengok macam mana dekat dalam tu." Haura mengulum senyuman melihat Irsyad masih menjungkit kakinya keriangan.

"Okay!" Irsyad menarik tangan Iryana. Dia mahu Iryana juga merasakan keterujaan yang sama dengannya.

"Yan! Ada ball!" Terus kuat kakinya menapak sendiri. Dia mengambil bola sepak di rumput itu dan memberikan kepada Iryana.

"Go, go!" Dia letak dihadapan kaki adiknya. Tidak mahu menjadi orang pertama yang merasakan kebahagiaan. Dia mahu adiknya yang merasmikan dahulu.

"Iyyyaaa!" Kaki kecil Iryana menendang. Masuk kedalam tiang goal.

"Goaaaaal!" Arsyad dan Haura bersorak untuk Iryana. Mereka mendukung anak-anak dan berbaring diatas katil bersaiz king itu.

"Kita tengok ceritaaaaa..." Arsyad menekan laptop dan memilih cerita kegemaran Irsyad.

"Kita tengok cerita boboiboy!" Kata Irsyad dengan penuh bersemangat. Bila nampak boboiboy pada tayangan di dinding, Irsyad melompat keriangan.

"Aaaaaa! Boboiboy!" Irsyad melompat keatas ayahnya dan memeluk erat.

Iryana ikut teruja. Dia memeluk ibunya dan mengikut perbuatan abangnya.

"Aaaaaaa! Acam boy!" Jerit Iryana.

Keluarga kecil itu ketawa dengan telatah Iryana.

"Boboiboy lah...bukan acam boy. Ish, baby ayong ni..." Irsyad menarik Iryana duduk diantara ibu dan ayah mereka.

Sepanjang cerita berbuka, Irsyad tidak melepaskan pelukan dari Iryana. Dia peluk erat. Nampak pula bagaimana ayahnya mencium dahi ibunya berulang kali. Irsyad juga ikut mengucup dahi adiknya.

"Sayaaaaang Yan." ucap Irsyad.

"Aaaaaaaa..." Iryana malu. Dia sembamkan mukanya pada perut Irsyad.

Pada hari itu, mereka menonton movie berjam-jam. Menghabiskan masa bersama dengan melayan cerita yang Irsyad ingin tonton.

Tidak cukup dengan itu, habis sahaja tonton movie. Irsyad menarik tangan ibu dan ayahnya untuk bermain bola sepak bersama.

"Ibu! Bola!" Irsyad menyepak bola kearah ibunya.

"Ha! Ha!" Arsyad menghalang Haura dari menjaringkan gol. Dia membuat muka garang.

"Aaaaaaaa!" Haura sendiri pun takut bermain dengan suami sendiri. Dia sepak bola pada Iryana.

"Cepat Yan! You can do it!" Sorak Haura ketika melihat Iryana berlari terkedek-kedek kearah bola.

"Iyyaaaa!" Iryana sepak dengan kaki kiri. Bergolek perlahan kearah gol. Arsyad pura-pura terjatuh ketepi untuk membiarkan bola lambat sepakan dari Iryana masuk kedalam jaring.

"Goaaaaal!!!!"

Pusingan berganti pusingan, semua kepenatan bermain bola sepak bersama. Kecuali Irsyad, dia masih bertenaga menjaringkan gol.

"Syad..." Haura memegang tangan Irsyad.

"Syad nak main lagi ibu." Irsyad mahu menepis tangan ibunya perlahan. Dia nak bermain sepuasnya. Kaki lemahnya menyepak bola.

"Syad sudah..." Arsyad pula cuba untuk memaut lengan Irsyad.

"Ayah, syad kuat. Tengok ni." Irsyad membuat jaringan lagi.

"Gooaaaaallll..." Sorak Iryana kepada abangnya kerana berjaya jaringkan gol. Walaupun dia sudah K.O terlebih dahulu. Terlentang diatas rumput. Tersembul perut buncitnya, tercungap-cungap kepenatan.

"Syad dengar cakap ayah. Dah lama sangat Syad main ni." Arsyad menggenggam lengan Irsyad.

"Tapi ayah..."

"Syad." Arsyad mengegaskan nadanya.

"Syad kuatlah ayah. Syad tak puas nak main lagi. Boleh ya ayah?" Pinta Irsyad. Padahal kakinya sudah menggeletar hebat.

"Syad, esok kita main lagi. Sekarang ayah nak Syad rehat dulu." Pujuk Arsyad. Dia nampak kaki Irsyad mahu menendang bola lagi.

"Ayah please..." Seperti tiada hari esok Irsyad ingin bermain.

"Syad..." Arsyad mengeskan kata-katanya lagi.

"Ayah...Syad kua...." Mata Irsyad terkatup. Hampir tersembam tetapi sempat disambut oleh ayahnya.

"Allah! Syad!" Arsyad terus memeluk Irsyad kedalam pelukannya. Lemah gemalai tubuh Irsyad ketika ini. Jantungnya terasa mahu pecah meraih tubuh anaknya dalam keadaan begini.

"Ayah dah kata dah, berhenti main!" Dia gelisah. Terlalu marah dengan diri sendiri kerana membiarkan Irsyad bermain tanpa henti.

"Abang, Syad!" Haura berlari kearah Irsyad untuk menyambutnya juga. Iryana ikut gelabah bila nampak suasana kelam kabut begitu.

"Huuuwaaaaa!" Dia menangis ketakutan. Tidak faham dengan apa yang terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience