HPD || BAB 22

Romance Completed 246547

KETIKA bersujud di atas sejadah. Air mata Haura tidak berhenti bergelinang. Mengenangkan betapa besarnya dosa yang telah dia lakukan. Semakin lama dia hidup, semakin melarat rasa sakit dihatinya.

"Ya Allah...ampunilah dosa-dosa ku ya Allah..." Dia bersujud memohon keampunan kepada-Nya. Tidak terkira betapa jijiknya Haura dengan tubuhnya sendiri. Masih jelas didalam ingatannya, bagaimana Arsyad memaksanya untuk bersama. Bagaimana mereka melakukan tanpa sebarang hubungan yang sah.

Bagaimana Arsyad berkasar kerana mengikut amarahnya. Jujur, peritnya masih ngilu kerana dia dipaksa melakukan tanpa kerelaan.

"Aku sedar...aku hanyalah hamba-Mu yang tak sempurna...tapi bolehkah aku meminta sinar bahagia setelah diuji seberat ini? Layakkah aku Tuhan?" Air mata Haura semakin deras mengalir membasahi sejadah. Tempatnya bersujud lama disitu.

"Kalau tiada sinar bahagia untuk ku...masihkah layak untuk hamba-Mu ini merasakan nikmat didalam Syurga-Mu? Layakkah hamba-Mu yang hina ini merayu untuk ke syurga-Mu?" Haura memejam matanya perlahan. Sakit yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

"Bolehkah...Kau menjemputku kembali?" rayunya dengan setulus hati. Dia benar-benar sudah tidak dapat menahan dugaan di dunia. Mahu sahaja dia berehat di sana. Yang jelas, kekal selama-lamanya.

"Aku merayu..." rayunya lagi. Kesakitan yang dia tanggung di bahu, terasa seperti menghimpap dadanya. Dia sesak. Dia penat. Dia mahu pergi jauh-jauh dari dunia ini.

"Tolong...bawaku jauh dari dunia ini..." Bahunya di genggam perlahan oleh Sarah.

"Sudah Haura...jangan macam ni..." Sarah mendudukkan Haura dan memeluk tubuh itu. Haura menangis teresak-esak didalam dakapan Sarah.

"Tiada guna aku hidup Sarah...aku ni...dah tiada maruah...aku ni...hina...macam pelacur..."

Pipi Haura, Sarah pegang. Dia membuatkan Haura memandang tepat pada wajahnya.

"Haura. Kau bukan pelacur."

"Aku pelacur Sarah..." Haura tidak dapat melupakan perkataan itu. Gelaran yang terhembur dari bibir Arsyad kepadanya. Dia ingat. Sampai bila-bila.

"Astaghfirullah...Haura! Kau ni bidadari dunia. Faham? Kau ni lebih berharga dari bidadari dekat syurga sebab kau diuji dan kau bersabar! Aku tak suka kau gelar diri kau macam ni." Pelukannya dieratkan. Lemah betul bila dengar Haura menggelarkan diri sebagai pelacur. Sayu. Haura bukan lemah macam ni!

"Aku pelacur...aku...murahan...sebab tu...aku. Aku layak dapat semua ni...kalau...kalau aku tak minum ubat peransang tu...mungkin hidup aku tak sekejam ini kan? Tapi...aku...sayangkan suami aku...aku sayangkan anak aku...aku...aku buat semua ni...untuk mereka...tapi kenapa...kenapa aku rasa sakit sampai macam ni ya?" Mata Haura merenung kedalam anak mata Sarah.

"Fikir tentang diri kau dulu. Diri kau lebih penting sekarang. Berhenti risau kan tentang orang lain." Sarah mengesat air mata Haura.

"Aku tahu Arsyad buat macam ni...sebabkan perbuatan aku...aku buat semua ni untuk selamat kan dia...selamatkan anak aku. Tapi kenapa aku rasa sakit Sarah? Aku rasa penat sangat...aku penat untuk bertahan...aku nak rehat...aku nak mati..."

"Sudah lah Haura...rehat...jangan menangis untuk orang yang tak pernah hargai pengorbanan kau..." Belakang Haura, Sarah mengelus lembut. Dia tak sanggup tinggal kan Haura seorang diri. Dia tak mahu Haura melakukan perkara yang bukan-bukan atau mencederakan diri sendiri.

"Arsyad tak salah Sarah..."

"Tapi dia tak patut hukum kau sampai macam ni sekali!" Sarah meraup wajah. Dia peluk Haura kembali.

"Aku akan lindungi kau Haura. Tak kisahlah apa yang akan jadi. Aku tak akan biarkan sesiapa sakiti kau." Sarah meleraikan pelukan. Kemudiannya, dia mengambil sepinggan nasi dan lauk kegemaran Haura.

"Sekarang ni, aku nak kau makan. Kau kena ada tenaga..." Sarah mengukir senyum untuk memberikan kenyamanan kepada Haura. Dia mahu Haura rasa selamat di sampingnya.

"Kau suka ayam masak merah kan? Aku masak khas untuk kau. Makan ya?" Sarah menggaulkan lauk dengan nasi. Kemudiannya, dia halakan nasi itu pada bibir Haura.

Haura menoleh kearah lain. Tiada selera. Dia mahu pergi sahaja dari dunia ini.

"Haura jangan buat aku sedih macam ni..." Sarah pujuk Haura lagi. Dia letak pinggan ke tepi. Bahu Haura dia usap perlahan.

"Fikir tentang kesihatan kau. Anak kau perlukan kau. Macam mana dengan Irsyad kalau kau tak ada? Macam mana dengan aku?" Sarah mengesat air mata Haura guna tangan kirinya yang masih bersih.

"Makan ya?"

Haura menggeleng lemah.

"Haura jangan macam ni...kau ni..." Sarah mula menangis. Dia tak dapat nak tahan diri dari menangisi keadaan Haura. Dia rasa sakit yang sama seperti yang Haura rasakan sekarang.

"Aku sayang kau tahu tak? Aku sayang kau sangat-sangat. Aku tak nak kau sedih macam ni...ha...aku dah menangis macam ni.." Sarah mula tersedu-sedu menahan tangisan.

Haura memandang Sarah dengan lemah.

"Sarah..." Dia memeluk Sarah.

"Jangan kasihankan aku..." pesannya lemah.

"Aku cuma nak kau happy Haura...aku nak senyuman kau yang dulu...makanlah...penat aku masak untuk kau...kalau kau nak aku makan sama-sama dengan kau pun aku tak kisah." Sarah ambil semula pinggan. Dia menggaul nasi dan suapkan Haura.

Tersenyum bibirnya ketika melihat Haura mula mengunyah masakannya.

"Jangan menangis lagi okay? Aku sayang kau." Sekali lagi Sarah mengesat air mata Haura. Dia berharap hati Haura yang sudah berkecai itu akan pulih. Kalau bukan sekarang, biarlah tidak lama lagi.

Payah dia telan setelah siap mengunyah. Air mata masih mengalir. "Sarah, kau tak jijik...kawan dengan pelacur macam aku?" Sampai tidak terkata pilunya hati Sarah melihat keadaan mental Haura yang sangat terganggu.

"Aku jijik dengan tubuh aku. Tolonglah....Sarah, doakan Allah supaya tarik nyawa aku!" Haura memaut pipi Sarah dengan tangannya yang menggigil kesedihan.

Tersedu-sedu Sarah meraih tubuh Haura yang lemah. "Kenapa kau macam ni Haura...aku tak akan sesekali doakan kau pergi...aku sayang kau..."

ARSYAD masih terbaring diatas permukaan katil. Matanya kian membengkak kerana kerap mengalirkan air mata. Selimut yang Haura guna setiap malam, dia peluk dengan erat. Masih harum. Masih lekat aroma bunga mawar disitu.

Telefon bimbitnya dia gapai.

Pertama sekali nombor yang dia cari adalah Kamal.

"Assalamualaikum wahai member ku!" Dengar sahaja suara Kamal yang ceria, bibir Arsyad terukir senyuman kecil.

"Waalaikumsalam."

"Kau nak ajak aku lunch kan? Jomlah lepak! Macam aku tak tahu kalau dah suara sengau macam itik tu. Kau tak okay kan?" Sekali lagi Arsyad tersenyum nipis. Kamal ni tahu-tahu sahaja hari terburuknya.

"Aku okay. Nak ajak lunch. Teman aku."

"Beres boh! Aku bagi location. Kau boleh drive tak tu? Mata kau tengah bengkak an?"

"Tak adalah sampai buta." Arsyad tergelak hampa.

"Memanglah, tapi mata dah sembap. Drive pulak tu. Kalau terbabas kereta kau tu macam mana?"

"Habis, kau nak aku buat apa? Terbang kesana?"

Kamal ketawa.

"Aku ambil kaulah. Bodoh."

Arsyad tertawa sedikit. Cuma untuk menghilangkan rasa sedih.

"Hm. Aku tunggu. Lambat aku terbang je Mal."

"Yelah. Aku tutup dulu." Kamal menutup panggilan. Arsyad terus merenung siling. Fikirannya tidak pernah berhenti memainkan wajah Haura yang sedang menangis kerananya.

Beberapa minit kemudian, Arsyad mengalihkan selimut Haura ketepi. Bangkit dari katil. Dia keluar dari bilik tidur dan mula memasuki bilik art Haura yang Arsyad bina sebagai hadiah hari jadi nya.

Ktap! Suis lampu bilik dihidupkan. Tersusun canvas lukisan Haura yang tergantung di dinding. Ada juga canvas yang masih berada berdiri diatas tempat letak nya.

Mata Arsyad tertumpu pada sebuah canvas bersaiz besar yang tergantung tepat dipertengahan bilik ini. Jari jemarinya menyentuh lakaran itu dengan mata yang tertutup. Lakaran ini memainkan memori nya kembali.

•Flashback•

ARSYAD mengintai Haura dari luar pintu bilik lukisan. Dia menyorokkan sejambak bunga rose putih dan sekotak coklat di belakangnya. Sekarang, sudah mencecah pukul 1 pagi.

Dia terpenggun dengan kecantikan Haura. Cuma dengan duduk dihadapan canvas dan menggerakkan berus padanya sahaja sudah membuatkan Arsyad jatuh cinta lebih dalam pada Haura. Dengan rambut panjangnya yang tersisir kemas. Sebahagian disisinya menutupi pipi. Sebahagian lagi, disangkut pada belakang telinga.

"Sayang!"

Tangan Haura berhenti melukis. Segera dia menoleh kearah suaminya.

"Abang?" Terus lebar senyuman Haura setelah melihat Arsyad berdiri disitu.

Arsyad tertawa kecil melihat mata Haura membulat ketika baru menyedari kehadirannya. Laju kakinya menapak kedepan Haura dan berlutut.

"Belahan jiwa abang..." Pertama sekali, tangan Haura dia kucup lama.

"Iya." Haura tayang muka cemberut. Merajuklah. Janji nak balik pukul 8 malam tapi sekarang sudah pagi buta. Penat dia menunggu.

"Will you marry me?" Arsyad mengeluarkan sejambak bunga dari belakangnya dan menghulur kepada Haura.

Haura sembunyi senyum. Ish! Setiap kali merajuk, mesti Arsyad punya cara untuk memujuknya kembali.

Haura menarik muka kekanan. Ceh, pandai dah tarik-tarik muka.

"Sayang, will you marry me again?" Arsyad menarik tangan runcing Haura dan mengucupnya tiga kali.

"Kan Haura memang dah kahwin dengan abang." Sengaja dia tunjuk protes. Sekali sekala dia kena merajuk. Sengaja mahukan perhatian suaminya.

"Then answer my question, will you marry me again and again?" Sebuah cincin emas dia sarungkan pada jari manis Haura. Sekarang sudah ada dua yang tersarung.

"Ish, Haura tak terima lagi abang dah sarungkan."

Arsyad tertawa. Dia terus memeluk Haura dan mengucup dahinya. Lepas dahi, pipi, hidung, dagu dan yang terakhir bibir.

"Sebab abang tahu, belahan jiwa abang tetap pilih abang sampai bila-bila." Rambut Haura dia belai perlahan.

"Yakinnya..." Haura mencebik.

"Mestilah yakin, tengok. Tangan sayang balas balik pelukan abang." Arsyad mengusap tangan Haura yang sudah mengelilingi pinggangnya.

Haura tersenyum. Ah! Kalah lagi!

"Ish!"

"Ish!" Arsyad mengikut mimik muka Haura.

"Tak nak kawan abang!"

"Tak nak kawan sayang!" Arsyad mengikutnya lagi.

"Abang ni!" Haura memukul dada kekar Arsyad kegeraman. Suka sangat mengusik ketika dia sedang merajuk. Habis rosak rancangan Haura mahu merajuk untuk sehari. Ni seminit pun belum sampai lagi, Arsyad dah berjaya buat Haura tersenyum kembali.

"Sayang ni!" Arsyad mengucup bibir Haura sesaat kemudian dia memandang Haura dengan senyuman menawan.

"Kenapa tak ikut pukul je?" Haura mencebik lagi.

"Kenapa nak ikut pukul sayang pula? Hm?" Arsyad berdiri semula dan merangkul pinggang Haura.

"Yelah, Haura cakap abang ikut. Haura pukul dada abang, abang tak ikut pula?" soal Haura dengan jelingan manja. Arsyad terus membawa Haura ke sudut dan membuat Haura tersandar kedinding.

"Nak abang pukul dekat mana? Hmm?" Melirik senyuman nakal Arsyad pampang depan muka Haura.

Haura telan liur. Pipinya mula membahang.

"Pukul dekat mana apa?" Haura buat muka bodoh je. Kalau dilayan makin menggatal suaminya nanti. Tak padan dengan penat!

Arsyad mula menghidu helaian rambut Haura untuk mengusiknya. Suka betul tengok bini sendiri gelabah. Mentang-mentanglah pandai pujuk bini!

"Jangan malu-malu sayang, nak abang pukul dekat mana?" Meleret suaranya ketika mengatakan itu.

"Apa abang ni, merepeklah..." Haura mula tayang muka cemberut lagi.

"Nak abang pukul dekat dada balik macam yang sayang buat dekat abang?" Semakin galak dia mahu mengusik bila nampak pipi Haura sudah naik tona merah.

"Ish!"

"Ish!" Dia mimik kembali.

Haura menjeling tajam.

Arsyad menjeling tajam juga.

"Nak abang pukul dada ke sayang?"

"Tak nak!"

"Habis kenapa sayang tanya kenapa abang tak pukul balik? Sayang nak kena pukul ke?"

"Tak nak lah..." Haura mengeluh panjang.

"Habis sayang nak abang....cium?"

"Abang ni..." Haura tersenyum manja. Jari telunjuknya mula menolak dada kanan Arsyad memberi tanda itulah yang dia mahu.

"Ooo...kenapa tak bagitahu awal-awal? Hmm.." Matanya melirik ke bibir mugil Haura. Bibir isterinya sangat menawan. Naturalnya memang sudah bewarna merah jambu tanpa memakai apa-apa.

"Malulah Haura. Ish..."

"Nak malu apa? Suami sendiri." Ibu jari Arsyad mengelus bibir Haura dengan senyuman nakal.

"Nak malu juga. Tak kira."

"Yelah...malu lah...lagi malu lagi abang geram." Arsyad terus mendukung Haura dan meletaknya diatas bahu. Sebiji macam gaya angkat pakej beras 5kg.

"Abang ni...pantang tau!" Haura tertawa bersama Arsyad ketika mereka menuju ke bilik tidur mereka.

•End Flashback.

ARSYAD membuka kelopak mata semula. Keluhan panjang dia lepaskan sebelum menapak keluar dari bilik seni Haura semula. Pintu ditutup. Kunci dari luar. Tidak mampu untuk dia menjejak kesitu lagi.

Arsyad membuka kelopak mata semula. Keluhan panjang dia lepaskan sebelum menapak keluar dari bilik seni Haura semula. Pintu ditutup. Kunci dari luar. Tidak mampu untuk dia menjejak kesitu lagi.

Arsyad kemudiannya menghempas punggung diatas sofa ruang tamu. Sementara menunggu Kamal tiba, dia menatal telefon bimbit.

Rakaman suara yang Sarah hantar semalam! Ibu jarinya mengetik rakaman suara itu untuk mendengarkannya.

"Arsyad, n-ni aku. Fawaz. Aku nak kau dengar baik-baik. Apa yang kau nampak lapan bulan yang lepas. Semua tu, semua tu bukan seperti apa yang kau nampak." Jantung Arsyad berdegup kencang sebaik sahaja mendengarkan rakaman suara yang baru dia buka ini.

Skreet! Ada suatu bunyi yang nyaring. Ketika ini pintu kereta Fawaz diseret dengan side mirror Honda hitam.

Arsyad kekal diam untuk menunggu penjelasan yang seterusnya.

"Apa yang kau nampak semua tu rancangan mak kau sendiri! A-aku kena paksa untuk bagi Haura ubat peransang waktu tu! Aku kena ikut! Kalau tak aku akan mati Arsyad!"

Zas! Hatinya rasa seakan dirobek kasar.

Ubat peransang?!

"M-masa tu, a-aku call Haura. Aku cakap aku nak bunuh diri. Aku tertekan. Aku dah tak nak hidup. Haura cakap dia sayangkan aku, dia tak nak aku mati. Dia ada call kau untuk minta izin keluar berjumpa dengan aku, tapi kau tak angkat. Then aku datang rumah kau. Aku rayu dekat Haura supaya bagi aku masuk. Aku menangis tunjuk kesedihan aku sampailah Haura pelawa aku masuk."

"Masa aku luahkan segalanya. Haura hidangkan air untuk aku. Dia pujuk aku supaya kembali kepada Tuhan. Waktu dia sibuk pujuk aku, aku keluarkan pisau. Aku hala dekat perut dia. A-aku kata, minum ubat peransang ni dan lakukan apa yang aku suruh. Pada mulanya, Haura tolak tetapi dia terpaksa akur sebab..."

"...sebab aku ugut untuk sebarkan rekod gelap kau Arsyad. Aku cakap dengan Haura, kau akan kehilangan kerja kau. Dan aku ugut dia lagi, pilih ubat peransang atau aku tikam rahim dia. Haura menangis...depan mata Aku Arsyad...Haura menangis...dia pilih ubat peransang. Dia buat apa yang aku suruh sebab dia nak selamatkan kerjaya kau. Dia nak selamatkan anak kau!"

"B-banyak lagi rahsia yang aku kena bagitahu kau kenapa Haura nak jauh dari kau tap-"

BAM!!! Bunyi kereta Fawaz di rempuh oleh kereta Hilux yang menghalang laluannya.

"Argh!!!"

"A-aku...ak..aku rasa i...ini...b...balasannya...buat aku. A-aku s...sayangkan...Haura...j...jaga...dia...d...dia...t.t...ak...s...sa..salah..."

Arsyad terkedu. J-jadi, apa yang dia buat pada Haura selama ni...

Air matanya mengalir. Mulutnya terbuka luas ketika mengetahui bahawa semua ini adalah satu perangkap.

Haura...setia dengannya!

Kunci kereta laju dia ambil. Dengan wajah berserabai, Arsyad berlari keluar dari rumah.

Pin! Kamal sudah tiba dihadapan halaman rumah mereka. Tingkap kereta dia turunkan.

"Ha, cepat naik."

Kelam-kabut Arsyad masuk kedalam perut kereta. Dengan lagu Pencuri Hati, Aida Jebat dipasang kuat. Kamal mengikut bernyanyi.

"Hatiku juga terus berdebar ahhh...dup dap dup dap dup! Tapi mengapa tak ku lepaskan tatapan mu dari diriku u uhhh...terus berdebar jantung ini seakan-akan terhenti!" Tak banyak cakap. Arsyad menarik Kamal ke tempat duduk penumpang, dia pula yang duduk di tempat pemandu.

Tekan pedal. Pecut!

"Mak!!!!" Terus terkebelakang Kamal dibuatnya.

"Kita tak jadi pergi lunch." Arsyad memusing stereng masuk kelorong kiri, siap buat KL drift.

Skreetttt! Kalau tadi Kamal kebelakang, sekarang Kamal terhantuk ke tingkap pula.

"Eh!!! Kenapa pula tak jadi!" Kamal terus pakai tali pinggang.

"Kita kena cari Haura!"

"Kot ya pun drive slow-slow weh! Tak sayang nyawa ko ni!!! Mak!!!" Ke kiri kekana badannya bergoncang dengan kelajuan yang Arsyad bawa.

"Tak boleh!"

Kamal berpaut pada tempat pemegang.

"Apa jadi ni weh!"

"Haura! Dia tak bersalah! Mama aku yang perangkap semua ni!" Arsyad mengatakannya dengan cemas.

Terus berubah air muka Kamal. Jari jemarinya bermain pada siku. Sarah...matanya mengecil bila teringatkan isterinya. Mungkin Sarah yang membongkarkan!

SARAH menguak daun pintu perlahan, dia melihat Haura sedang termenung sambil berbaring mengiring di atas katil. Disebelahnya ada Irsyad. Anak kecil itu sedang menendang-nendang kakinya keudara.

"Haura..." Sarah duduk ditepi katil.

Mata Haura melirik pada Sarah. Wajah pucat Haura membuatkan hati Sarah rasa sedih. Apa yang Haura sudah ceritakan padanya, membuatkan Sarah terkejut sekali Gus marah.

Adakah patut Haura dipaksa tidur bersama Arsyad?! Gila! Tapi Sarah perlu kawal emosi. Dia tidak mahu menjadi pembakar amarah kepada Haura. Dia mahu Haura tenang dan tidak mengikut emosi.

Nasiblah Sarah punya rumah sendiri, rumah ini adalah rumah di waktu bujangnya. Jadi, dia tumpangkan Haura disini.

"Haura, aku...aku nak teman kau tidur dekat sini malam ni tak apa ke?" soal Sarah dengan suara yang terketar. Sedih sangat dengan diamnya Haura. Haura adalah seorang gadis yang sangat periang dan ceria sebelum ini. Tetapi sekarang, seperti Sarah sedang bersama gadis lain. Gadis yang memendam berjuta dengan kesedihan.

Share this novel

norsila
2024-02-15 15:16:33 

jgn lah jumpo haura ..kamal ada tu...aduh..lagi teruk haura kena nnti juga sarah aduhh


NovelPlus Premium

The best ads free experience