HPD || BAB 21

Romance Completed 246547

BERGELINANG AIR MATANYA, ketika tubuhnya dipergunakan di waktu terlemahnya. Demamnya masih belum kebah tetapi dia dipaksa untuk melakukan persetubuhan bersama bekas suaminya.

"Tugas...saya...dah...selesai." Haura cuba untuk bangun tetapi ditahan oleh Arsyad.

"Belum lagi. Baring." Dia menolak Haura supaya berbaring semula.

"Awak dah guna saya satu malam....sekarang lepaskan saya." Tersedu-sedu dia cuba menepis wajah Arsyad supaya jauh dari lehernya. Jelas, sekarang dia terlalu kelelahan.

Arsyad mengetap gigi kegeraman. Dia tidak suka bagaimana Haura menepis tangannya. Kemarahannya semakin tidak terkawal kerana Haura banyak melawan sejak malam tadi. "Aku yang akan tentukan bila kau boleh berambus. Bukan kau. Faham?" Arsyad menutup mulut Haura yang sedang tersedu-sedu dengan kegeraman.

"Faham?!" Tangannya beralih pada leher Haura.

"S-saya...penat...Arsyad..."

"Penat?" Arsyad ketawa.

"Apa yang penat sangat? Aku yang bekerja diatas kau dari tadi!" Sengaja dia mahu menyakitkan hati Haura lagi. Apa? Ingat hatinya tidak sakit ketika melihat dia melakukan hubungan sulit bersama Fawaz dihadapan matanya sendiri? Sakit tahu tak?!

Bagaimana hari istimewa nya pada waktu itu disambut dengan kecurangan, ludahan dan tamparan. Arsyad akan ingat sampai bila-bila.

Haura terlalu penat untuk melawan apa-apa. Kepalanya masih berpusing kerana demam panas

Tangan kecil itu cuba meraih selimut.

"Tak payah pakai." Dia melempar selimut itu jatuh keatas lantai dan menjeling tajam kearah Haura. Naik meluat bila dia tengok air mata Haura yang meleleh ke pipi.

"Satu malam...dah cukup besar dosa yang kita tanggung..." Semakin panas hatinya mendengar tazkirah ringkas dari mulut Haura.

Dia menghimpap tubuh Haura semakin berat.

"Tahu dosa?" Arsyad ketawa kegeraman. "Macam kelakar tau. Kau bercakap pasal dosa dengan orang yang salah. Tazkirah kau tu...elok aku rakam, pasang dekat telinga kau setiap malam. Baru lekat dekat kepala otak tu betapa besarnya dosa yang kau dah buat pada Tuhan dan pada aku." Arsyad duduk. Jubah mandi yang tersangkut elok di tepi katil, dia ambil. Pakai.

"Saya perkaui silap saya...awak pun dah balas setimpal dengan apa yang saya buat. Jadi...cukup cukup lah menghukum saya. Biar Tuhan sahaja yang menghukum saya Arsyad. Hukuman Tuhan tu lebih setimpal. Kalau Dia mahu saya mati, disini juga saya mati."

Arsyad melepaskan tangan Haura. Lepastu dia turun dari tubuh kecil itu dan berbaring diatas katil.

"Aku dah puas dengan layanan kau. Sekarang, kau boleh keluar dari rumah ni." Dia memandang Haura lama. Berat untuk dia lepaskan Haura dari genggamannya.

Berkerut dahinya menahan kesakitan. Bahagian bawahnya terasa ngilu dan pedih. Dengan sedikit tenaga yang masih lagi tersisa, Haura merangkak turun dari katil. Menggigil tubuhnya ketika mula berjalan menuju ketandas.

"Nak pergi mana?" soal Arsyad yang masih berbaring diatas katil sambil menyilang kaki. Matanya tertumpu pada Haura sahaja sejak tadi.

Haura mengesat air matanya.

"Mandi...wajib..."

"Lima belas minit. Cukup lima belas minit, aku pecahkan pintu kalau lambat keluar. Aku pun dah malas nak simpan kau lama-lama dalam rumah aku ni. Panas sebab kena tanggung dosa pelacur macam kau."

Sakit. Hati Haura sudah terlalu sakit untuk menelan segala hinaan yang dilemparkan dari bibir Arsyad. Hatinya sudah terlalu melarat. Kalau dirawat pun, tiada guna. Hatinya sudah berkecai sehingga menjadi debuan. Tangannya masih berpaut pada daun pintu.

"Dengar tak?"

Haura mengangguk kepala. Susah untuk menahan sedu kali ini. Sakit di hatinya bukan kepalang. Bukan sahaja mental sahaja yang sakit tetapi fizikalnya juga sakit selepas dipaksa bersama.

Masuk sahaja dalam tandas, Haura menguatkan langkah menuju kebawah pancuran air. Disitu jugalah esakannya semakin tidak tertahan. Terjungkit-jungkit bahunya setiap kali tersedu.

Tubuhnya, dia sental sekuat hati. Dia rasa jijik dengan tubuh sendiri. Jijik sangat sampai cermin di hadapannya sahaja dia tidak mahu pandang.

Pelacur. Perkataan itu dia akan ingat sampai bila-bila. Sampai dia mati, dia akan ingat segala perkataan yang diludah kepadanya. Haura bersandar dinding. Akhirnya, dia terduduk lemah dibawah pancuran air dengan linangan air mata.

Matanya tertutup. Lelah. Mahu sahaja dia menarik diri dari dunia yang kejam ini tetapi dia tetap kuat kerana memikirkan tentang anak kecilnya.

"Haura!" Sudah lebih lima belas minit, Haura masih tidak keluar dari tandas.

Haura dengar ketukan itu tetapi dia abaikan sahaja, tubuhnya terlalu lemah untuk berdiri sendiri. Dia hanya bersandar sambil memandang kearah daun pintu dari dalam tandas.

"Haura kau buat apa dekat dalam ni?!" Pintu dihempas kuat kerana Haura tidak memberi sebarang respon.

"Haura Damia!!!"

BAM!!! Tombol pintu di pecahkan dengan sekali tendangan yang kuat. Buka sahaja pintu, Arsyad menyilang tangan.

"Aku cakap lima belas minit untuk mandi wajib! Bukan untuk melalak dekat dalam ni. Bangun Haura!" Tangan Haura direntap. Dipaksa untuk bangun dengan tubuhnya yang lemah.

Tubuhnya dipaksa berdiri dalam keadaan yang sangat kelelahan. Haura mengalirkan air mata.

"Saya sakit Arsyad...saya penat sangat...kalau awak buat semua ni untuk balas apa yang saya dah buat pada awak...jawapan saya...saya terseksa. Saya cukup terseksa dengan semua balasan yang dah awak beri pada saya." Haura memandang kearah Arsyad.

"Sekarang...awak...boleh tenangkan?"

Arsyad terdiam. Sebaik mungkin dia cuba untuk melarikan pandangan daripada memandang wajah sayu isterinya.

"Saya tanya awak Arsyad...awak dah boleh tenangkan dengan derita saya?" soal Haura ketika tubuhnya dipaksa untuk berdiri.

Arsyad mendengus kasar. Pantang dia mendengarkan ayat derita dari bibir Haura.

"Eh, aku pun deritalah! Kau ingat, aku suka ke paksa kau untuk bersama dengan aku?! Kau ingat aku suka ke jadi pengemis sampai macam ni?! Kau. Kau yang buat aku jadi terdesak! Aku terdesak Haura! Ni! Ni hati aku ni!" Arsyad mengetuk-ngetuk kuat dadanya.

"Hati aku ni rasa sakit setiap kali pandang kau Haura Damia! Aku...jijik dengan murahnya kau! Kau! Murah! Kau hidang tubuh kau ni pada lelaki lain! Kau khianat aku! Kau rosakkan anak kita!" Arsyad menyeret Haura keluar dari bilik mandi dengan paksa.

Raungan Haura dia biarkan sahaja kerana sakit dihatinya yang semakin melarat. Jangan di tanya kenapa kemarahannya membuak. Setiap kali dia memandang katil mereka, peristiwa gelap itu bermain di fikiran. Bagaimana dia dicurangi, ditampar, diludah, di hina. Dia rasa betul-betul sakit sehingga sekarang.

"Sekarang aku nak kau berambus!" Dia lempar Haura ke tengah ruangan bilik tidur mereka. Sampai terhentak kepalanya ke lantai. Terlentang dia disitu meraung kesakitan.

Arsyad membuka almari baju, tangannya rakus menyelongkah dan melempar satu per satu baju Haura yang masih tersisa disitu.

"Ni, baju-baju kau ni! Ambil!" Tangannya mengambil beg baju dan melemparnya juga dihadapan Haura yang masih terlentang diatas lantai.

Dengan tubuh yang sangat lemah, Haura memaksa dirinya untuk menggapai pakaiannya. Dalam keadaan berbaring, dia memasukkan ke semua itu didalam beg bajunya.

Arsyad menoleh kearah lain. Matanya dikeraskan untuk menahan air mata daripada mengalir. Tidak sanggup melihat Haura dalam keadaan begitu tetapi kerana hatinya sangat kesakitan. Dia menyanjung ego.

"Memang ini yang saya nantikan..." Haura memandang kearah Arsyad dengan linangan air mata.

Haura sudah terlalu penat. Terlalu sakit.

"Terima kasih...sebab beri saya secebis belas kasihan..." Bibir Haura menuturkannya dengan lemah. Tangannya masih lagi menggigil ketika memasukkan pakaiannya didalam beg baju. Masih lagi dalam keadaan terlentang lemah. Tepat dihadapan kaki Arsyad yang kini berpaling wajah darinya.

"Sebab Irsyad je aku benarkan kau bebas. Ingat tu."

Mendengarkan itu, kian berantakan hati Haura yang dah sedia retak. Dia pandang wajah Arsyad dengan matanya yang kian pudar. Tidak sangka, mencintai lelaki ini adalah kesilapan terbesar didalam hidupnya.

Pernah, dia di nasihati...

Cinta tanpa restu itu...

Hanya menempah maut.

Itu yang terjadi pada hidup Haura sekarang. Perkahwinan tanpa restu kedua orang tua, memang tidak akan bahagia. Mesti banyak rintangan. Lebih-lebih lagi, bila tidak setaraf. Hubungan mereka hanyalah cinta yang terlarang. Dan kini, mereka sedang menerima hukuman yang setimpal kerana melanggar larangan.

"Akhirnya...awak tunaikan janji awak..." Haura tersenyum hampa. Setelah berbulan-bulan dia dikurung, dihina, di jadikan sebagai wanita simpanan, terlepas jua dia dari neraka yang Arsyad cipta.

Hati Arsyad terasa seperti dipijak-pijak tatkala melihat betapa nekadnya Haura mahu keluar dari hidupnya.

"Berambus Haura." Dia tekankan suaranya tanpa memandang wajah isterinya.

Haura mengangguk kepala perlahan. Dia memaksa tubuhnya yang masih lemah untuk bangun. Dengan sisa tenaga yang tertinggal, dia berjalan menuju ke arah katil bayi milik anak kecil mereka. Disitu, Haura memejamkan mata perlahan. Air matanya tidak berhenti jatuh mengalir. Tangannya mendukung Irsyad dengan berhati-hati supaya tidak mengejutnya dari tidur yang lena.

"Sekarang ni, baik kau berambus sebelum aku ubah fikiran." Arsyad memberikan amaran. Ini semua untuk kebaikan mereka. Begitu juga dengan Irsyad.

"Aku tak nak jadi kambing hitam untuk perempuan pengkhianat macam kau. Aku tak akan bazirkan hidup aku untuk kau orang."

Haura tersenyum hampa lagi.

"Kalau itu yang awak fikirkan tentang saya dan Irsyad. Apa yang saya boleh buat? Siapa saya untuk ubah fikiran awak..." Haura tertunduk seketika. Dia rasa sakit. Kata-kata yang baru sahaja dihembur oleh Arsyad sangat menghiris hatinya. Haura masih belum bebas sepenuhnya dari genggaman Arsyad.

"Cuma saya nak awak tahu yang Irsyad ni adalah anak kita."

Arsyad kekal membatu tanpa suara. Cuma jari telunjuknya menunding kearah pintu. Memberi arahan supaya Haura segera keluar dari tempat ini.

Haura menelan liurnya payah. Perlahan-lahan dia berjalan keluar dari bilik mereka dengan hati yang lara bersama Irsyad.

Arsyad terus terduduk dibirai katil sebaik sahaja figura isterinya menghilang dari pandangan.

    "SO, MACAM MANA?" soal Kamal kepada Eizkel yang baru sahaja tiba di rumah agam Tan Sri Hazlina.

"Aku dah langgar habis mamat tu. Hidup ke mati aku tak tahu." jawabnya dengan tawa. Kemudian, dia masuk bersama-sama dengan Kamal menuju ke ruang tamu.

"Budak tu pun bodoh, ada ke patut dia pergi cerita dekat isteri aku? Silap lubanglah..."

"Memang bodoh pun. Dia ingat kita tak kan tahu yang dia nak bocor rahsia? Bawah kereta dia ada alat penjejak pun dia tak tahu."

Sakan mereka mentertawakan Fawaz yang bernasib malang itu.

"Aku memang dah lama tunggu waktu ni." Kamal melemparkan rekod gelap Arsyad pada atas meja.

"Dapat lagi?" Eizkel memeriksa rekod itu dengan senyuman lebar.

Kamal menjungkit bahu.

"Kau tahukan Arsyad tu tamak. Semua benda dia nak. Ni, rekod gelap dia...pernah menerima sejumlah wang yang besar ketika melakukan pembedahan terhadap seorang penjenayah tanpa pengetahuan pihak atasan. Kau rasa?" Kamal ketawa besar.

"Aku dah lama tunggu masa ni tiba. Aku memang tak puas hati, macam mana dia boleh naik ke tahap ini. Dia disanjung, aku dihina. Kau ingat aku tak penat jadi kuli batak dia?" Cawan kaca dihadapannya dia ambil dan hirup.

"Aku bersyukur sangat, Haura masuk dalam perangkap aku. Aku memang sengaja kenenkan Arsyad dengan Haura sebab aku tahu Haura tu kawan baik Sarah. Bila aku dapat hancurkan Haura, hidup Arsyad pun akan jadi kucar-kacir. Tengoklah prestasi dia sekarang, corot." Dia lempar pula rekod prestasi Arsyad diatas meja. Sekali lagi, Eizkel mengambilnya dan menyemak.

"Bijak."

Kamal tersenyum bangga.

"Tunggu kena tendang je doktor sombong tu." Dia bersandar pada sofa. Tiba-tiba senyumannya mati. Dia pandang Eizkel.

"Tapi sekarang ni aku tengah curiga dengan isteri aku sendiri."

Eizkel meletak rekod tadi atas meja semula untuk memberikan tumpuan pada Kamal.

"Kenapa pula?"

"Dia macam sembunyikan sesuatu dari aku." Kamal mengecilkan mata bila teringat kegugupan Sarah ketika telefonnya di periksa.

Eizkal menyilang kaki. "Jadi kau nak buat apa untuk korek rahsia isteri kau?" soalnya.

"Kalau terpaksa guna kekerasan. Why not?" Bibirnya mengukir senyuman senget.

"Bini kau tu. Tak sayang ke?"

"Sayang. Mestilah sayang, tapi sekali dia cuba kacau rancangan aku. Nasib dia pun akan sama macam nasib kawan baik dia sendiri." Kamal memandang Eizkel.

"Come on bro, dah bertahun-tahun aku rancang untuk jatuhkan Arsyad. Inilah masanya. Aku akan pastikan, tak ada siapa yang boleh menghalang aku."

Tan Sri Rayyan mula masuk ke ruang tamu. Dia duduk pada sofa berhadapan dengan Kamal dan Eizkel.

"Tuan," kata mereka berdua dengan serentak.

"Update pasal Fawaz, I dapat tahu dia lumpuh satu badan." Kamal dan Eizkel terkejut. Lumpuh?

"Good job. Kerja yang bagus Eizkel. Nanti I bagi bonus tambahan 1.3 million." Tan Sri Rayyan memberi tepukan pada kerja mereka berdua.

"Sekarang ni kita breakfast dulu. Then I akan panggil my wife for another discussion."

   "SELAMAT DATANG ke sweet cafe, nak order apa?" soal Sarah dengan senyuman manis kepada salah seorang dari pelanggannya yang sedang memandang kearah menu dikaunter.

"Bagi saya latte ice coffee dua, moc-"

Tiba-tiba sahaja telefon Sarah mendapat sebuah panggilan. Pada mulanya, Sarah membiarkan sahaja untuk memberikan layanan pada pelanggannya terlebih dahulu tetapi kerana panggilan telefon itu tidak berhenti dari berdering.

"Sekejap ya?" Sarah meminta untuk pamit sebelum menjawab panggilan telefon dari nombor asing.

Jawab sahaja panggilan, perkara pertama yang Sarah dengar adalah esakan seorang wanita dari dalam panggilan.

"Helo? Siapa ni?" soal Sarah dengan nada bersimpati.

"Sarah..." Terus ternganga Sarah dibuatnya. Suara ini, sangat dia kenali! Haura!

"Haura! Haura!!!" Mahu sahaja dia melompat kegembiraan sebaik sahaja dia mendengar suara Haura. Sudah berbulan-bulan dia merindui kehadiran kawan baiknya. Entah kemana Haura selama ini. Yang penting sekarang dia rasa bahagia sebab Haura akhirnya membuat panggilan kepadanya.

Haura hanya menjawabnya dengan esakan. Irsyad masih didalam gendongannya. Dia sudah tiada daya untuk berjalan lagi. Dia sedang tersidai dibawah redupan perhentian bus seorang diri.

"Tolong aku Sarah..."

"Haura! Kau dekat mana sekarang ni! B-bagitahu aku! Aku boleh skip kerja! Bagitahu aku Haura!" Sarah terus melepaskan apron. Topi pelayan kafenya juga dia taruh diatas kaunter.

"Fah! Kau jaga kaunter jap!" Belum sempat Ifah menjawab, Sarah terus berlari keluar dari kafe dan masuk kedalam perut keretanya dengan penuh kerisauan.

"Haura! Jawab! Kau kat mana sekarang ni?! Aku ambil kau!" Enjin kereta segera dia hidupkan.

Esakan Haura semakin jelas kedengaran.

"Haura...tolonglah. Bagitahu aku, aku risaukan kau ni!" Kali ini, dia dengar tangisan seorang bayi pula.

"Haura?" Tiada sahutan.

"Haura..." Masih lagi tangisan bayi kedengaran berdekatan dengan telefon.

"Helo assalamualaikum." Suara seorang perempuan berusia lingkungan 50an mengambil alih panggilan.

"W-waalaikumsalam. Siapa ni?"

"Ni makcik sebenarnya cleaner dekat bus stop ni, kamu ni kawan kepada pemilik telefon ni ke?"

Sarah memegang dadanya. Jantungnya berdegup dengan kencang.

"Ya...saya kawan baik dia."

"Macam ni, makcik ni tengah mengemas. Tiba-tiba kawan kamu ni pengsan. Datang lah kesini, dia penat sangat dah ni. Badan panas, dengan bawa baby lagi."

Sarah semakin terkedu. Kenapa Haura? Macam mana boleh jadi sampai macam ni?

"M-makcik dekat bus stop mana ni?"

"Damansara."

"Okay makcik, sekejap lagi saya sampai. Makcik jaga kan kawan saya buat sementara waktu ni ya?"

"Baik nak."

Sarah terus mematikan panggilan. Dia segera memecut kereta menuju ke destinasi. Sebaik sahaja tiba disana, Sarah terus memeluk Haura yang sudah menyedarkan diri.

"Haura..." Sarah menepuk-nepuk perlahan belakang Haura ketika memeluk Haura. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Haura. Dia peluk Haura semakin erat.

"Ke mana kau selama ni? Risau aku..." Sarah membebel sendiri. Masih menepuk belakang Haura untuk meredakan tangisan kawan baiknya.

"Aku penat Sarah..." Haura menyandarkan dagunya di bahu Sarah.

"Rehatlah Haura...aku ada..." Sarah mengesat air mata jauh-jauh dari pipi dan kembali memeluk Haura.

"Jangan menangis lagi..." bisik Sarah. "Aku sayang kau sangat-sangat Haura. Aku benci tengok kau menangis..." Sarah mengesatkan air mata Haura lagi sekali.

"Ini bayinya, lampinnya makcik dah bantu tukar kan..." Makcik tadi membawa Irsyad kepada Sarah.

Mata Sarah tertumpu pada bayi kecil itu. Wajahnya sebiji mengikut Arsyad. Hati Sarah terasa sayu.

"Haura...dia..."

"Irsyad." Haura membalasnya dengan senyuman yang jelas kelelahan.

Sarah melepaskan pelukan Haura dan mengambil Irsyad. "Ini anak kau Haura? Aku...aku dah jadi makcik..." Sarah tersenyum. Begitu comel cara raut wajah si kecil ini memandang kearahnya sambil bermain dengan buih air liurnya sendiri.

Arsyad bukan niat untuk menceraikan tetapi dia cuma izinkan Haura bebas keluar. Tak lama lagi baru dia akan beritahu kepada Haura tentang hubungan mereka.

Share this novel

Jira_93
2024-02-14 13:52:28 

maceh mummy ????


NovelPlus Premium

The best ads free experience