HPD || BAB 11

Romance Completed 246547

END FLASHBACK
-Sambungan bab empat-

Arsyad masih bersandar pada kerusi di bilik khasnya. Dokumen penting yang sedang dia pegang ditenung lama.

"Sejak kantoi curang depan mata aku bukan main mulut kau ya? Dah macam malaikat. Macam tak pernah buat dosa. Tambah pula dah pandai melawan???"

"Arsyad...depan anak kita Arsyad...awak buat benda haram macam ni...depan mata anak kita..."

"Arsyad...."

"Diam Haura Damia..."

"Arsyad...ingat Tuhan..."

Masih terakam jelas pertengkaran mereka malam semalam. Matanya yang terpejam rapat segera dia buka. Tidak sanggup bila teringatkan suara rayuan dari mulut Haura.

Pelipisnya diurut kuat. Rambut yang berserabai itu dia abaikan saja.

Deringan telefon memecah lamunan. Segera tangannya menggapai supaya dapat melihat siapakah gerangan yang membuat panggilan ketika ini.

Unknown number

Butang hijau ditarik ketengah untuk menjawab panggilan.

"Helo?"

"A-Arsyad, ni...aku."

Dengar saja suara pemanggil Arsyad sudah dapat mengesan pemilik suara tersebut. Dokumen penting ditangan terus saja dia hempas atas meja.

BAM!!!

"How dare you to call me again bastard?" Mukanya bertukar merah. Giginya diketap kegeraman. Kalau Arsyad diberi kesempatan untuk berjumpa lelaki ini didepan mata, memang bersepai sudah giginya.

"Aku tahu kau akan marah tapi dengar cakap aku dulu."

Arsyad melepaskan ketawa besar.

"Should I listen to you?" Tersembul urat pada dahinya ketika ini kerana menahan amarah.

"Kita kena berjumpa Arsyad. Ada benda penting aku nak bagitahu pada kau."

Makin lama dia dengar suara lelaki dari panggilan ini, semakin berdesing telinganya kepanasan.

"Untuk apa? Kau tak puas lagi lepas dah ratah isteri aku? Apa sebenarnya dalam kepala otak kau ni tengah fikir? Don't ever think that I'm stupid!" Memang Arsyad berdendam habis dengan lelaki ni.

"Aku pun terdesak Arsyad!"

"Oh terdesak?" Terhambur lagi ketawanya sehingga bergema satu bilik kerjanya.

"Macam tak ada perempuan lain dekat dunia ni untuk jadi bahan pemuas nafsu kau. Kemaruk dengan bekas aku rupanya."

"Kalau kau nak berdendam dengan aku, aku faham! Tapi kita kena berjumpa! Face to face, benda ni aku tak boleh bincang kosong dalam telefon macam ni!"

"Jumpa buat apa? Buat aku lagi sakit hati? Kau jangan ingat aku boleh lupa apa yang kau dan isteri aku buat. Aku ingat satu persatu apa yang aku nampak dan apa yang aku dengar malam tu. Kau memang melampau!" Mengalir air hangatnya kepipi semasa mengungkap perkataan yang sangat mengguris hatinya kini.

"Dengar dulu!"

"Sekali lagi kau cuba sentuh isteri aku, aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau Fa-"

Tit!

Panggilan tiba-tiba saja dimatikan.

BAM!!!

"Damn man!" Kalini meja kacanya berkecai setelah menerima sebuah tumbukan padu dari tangan Arsyad. Darahnya menitis pada lantai. Dadanya berombak kerana menahan amarah.

Ketika pintu bilik kerjanya dikuak, dia hanya melirik dengan hujung mata.

"Get out."

Kamal seakan tercengang dengan apa yang dia lihat.

"Kau bleeding Arsyad. Apa jadi?" Kamal menapak masuk kedalam bilik dengan muka cemas. Dia nampak meja kaca habis berkecai. Sah, tangan Arsyad berdarah lepas tumbuh meja tu.

"Pergi mampus dengan semua orang!" Kali ini tangisannya terlepas jua. Dia menangis bukan kerana lemah. Dia menangis kerana terlalu marah dan kecewa. Hatinya terasa sangat sakit bila mendapat panggilan dari lelaki yang telah mencemarkan isterinya.

Lelaki yang pernah meniduri Haura.

lelaki yang pernah melihat Haura pada tempat sepatutnya dia sahaja yang boleh melihat.

"Arsyad calm down."

Arsyad tenung Kamal tajam.

"Calm down? Kau tak fahamlah apa yang aku rasa. Kau tak akan pernah faham selagi bini kau tak buat benda yang sama macam bini aku buat dengan jantan sial tu!!!" Terketar bibirnya ketika berteriak. Kamal dapat agak. Mesti jantan tak guna tu ganggu hidup Arsyad lagi. Mana tak menggila si Arsyad ni tiap-tiap hari.

"Aku faham kau Arsyad. Bukan setahun dua tapi bertahun-tahun aku berkawan dengan kau. Urusan Sarah dengan Haura tak sama. Aku memang tak akan bayangkan macam mana kalau bini aku buat benda yang sama macam Haura buat pada kau sebab aku tahu sakitnya bila kena khianat dengan orang yang kita sayang."

"Sial!" Dia sepak kerusi pula sehingga terpelanting ke dinding.

Kamal datang semakin dekat.

"Tapi sekarang ni aku nak kau bertenang sebab kita ada tanggungjawab yang lebih penting. Kau faham kan maksud aku?"

Dada Arsyad masih lagi berombak tetapi sedaya upaya dia cuba untuk bertenang.

"Pihak atasan nak kita discuss tentang pembedahan seterusnya."

Sepanjang perbincangan, Arsyad hanya memejamkan mata. Emosinya sangat tidak terkawal sekarang. Takut-takut kalau dia buka bicara, habis pihak atasan juga dia bantai.

"Dr. Arsyad, any objections?" soal Dr Zain selepas memberikan pendapatnya.

Arsyad membuka mata.

"What do you mean, dissect in phases?" soalnya dengan nada yang tegas. Memang hatinya masih sarat dengan emosi tetapi kerja harus dia jalankan. Sebagai seorang doktor dia perlu bertindak professional.

"The tumor can't be surgically removed. But would radiacation and chemo be better?" soalnya lagi kepada semua doktor bedah yang hadir di bilik mesyuarat.

"For me, the answer is no." jawab Kamal kepada persoalan yang Arsyad beri.

Arsyad angguk kepala. "Absolutely, that won't do anything." Jawab Arsyad sambil menyelak dokumen maklumat pesakit.

"Jadi apa cadangan yang you ada?" soal Dr. Malique. Dia juga sedang memikirkan rancangan lain yang lebih selamat untuk membedah pesakit.

"An Appleby operation."

Kesemua doktor disitu memandang antara satu sama lain. Ada juga yang mencatit untuk mengumpul maklumat yang diberikan oleh Arsyad.

"Kenapa you sarankan an Appleby operation?" soal Qairina dengan muka tidak puas hati.

"When the tumor has infiltrated the ciliary artery and is difficult to remove surgically. Result terakhirnya, ramai kalangan doktor bedah selection kita akan angkat tangan because of the difficulty." Arsyad menunjukkan beberapa maklumat yang dia dapat dari research yang dia cari.

"But we can get rid of it using the Appleby procedure."

Qairina angkat tangan sebelum menyatakan pendapatnya.

"Tapi lepastu tak ada hati yang tersisa dekat hati. So what's the signs that Appleby is a good fit?" soal Qairina dengan tangan yang bersilang. Doktor yang lain juga inginkan jawapan dari Arsyad soal itu.

"Nampak susah kan? Jadi buka mata kau luas-luas sebelum bertanya dan belajar to the molecular level." Arsyad sekali lagi dapat membidas semua soalan dari Qairina dengan mudah.

"Jadi the SMA..."

"The SMA, connected to the hepatic artery as a bypass. If we remove the celiac artery there is a detour. So, it's gonna be fine."

"Tapi Appleby operation sangat beresiko doktor Arsyad. Saya tak bersetuju." bidas Qairina lagi. Dia memang jarang berpuas hati dengan keputusan Arsyad.

"You've never done Appleby operation have you?" Soalan Arsyad yang ini terus sahaja membuatkan Qairina terdiam. Termasuk doktor-doktor yang lain.

"Jadi aku faham kenapa kau nampak takut." Arsyad pun berdiri. Dia ambil segala dokumen yang dia bawa tadi kemudian memandang kearah semua doktor yang berada disitu.

"The discussion is over. Final decision with Appleby Operation. Any objections?" soalnya dengan wajah yang dingin.

•••

Setitik demi setitik air mata Haura jatuh diatas gambar perkahwinan mereka.

"Arsyad..." Jari jemarinya bermain membelai wajah suaminya yang sangat dia cinta.

"Maafkan Haura..." Segera dia simpan gambar itu didalam laci semula. Dia perlu cari telefon bimbitnya sebelum Arsyad pulang. Dia tidak mahu lagi terkurung didalam dosa. Dia perlu keluar dari sini dengan meminta bantuan dari Sarah.

Puas sudah dia selongkah didalam laci tersebut tetap juga tidak jumpa. Haura angkat wajah untuk melihat jam pada dinding.

Jarum pendek sudah tertuju pada nombor 11. Jarum panjang pula sudah tertuju pada nombor 6. Jantung Haura berdegup kencang. Tak lama lagi waktu tengahari. Mesti Arsyad akan pulang untuk memberinya makan tengahari.

Tangan Haura berpaut pada permukaan dinding ketika berjalan kearah pintu bilik.

"Bismillah...tolonglah boleh..." Dia tutup mata ketika memegang tombol pintu. Berharap bahawa Arsyad tidak mengunci bilik dari luar seperti sebelum ini.

Celik terus matanya ketika berjaya memulas tombol pintu. Mungkin Arsyad lupa untuk menguncinya. Segera Haura mengintai dari pintu bilik untuk memastikan tiada siapa yang berada diluar.

Irsyad didalam baby coat sudah mula merengek. Mahu tidak mahu, Haura terpaksa abaikan rengekan Irsyad untuk seketika. Dia perlu bertindak pantas sebelum Arsyad pulang dari tempat kerjanya.

Sampai saja diruang tamu, Haura segera memulas tombol pintu rumah tetapi terkunci. Hatinya semakin rasa cemas.

Mata Haura tertumpu pada satu sampul bewarna coklat yang tiba-tiba sahaja dimasukkan dari celah bawah pintu rumah. Mungkin ada orang yang menghantarnya.

"Apa ni?" Haura melutut dan mengutip sampul coklat itu. Dengan penuh debaran, dia membukanya perlahan-lahan.

"Astaghfirullah..." Mulut Haura terbuka dengan matanya ikut membulat setelah melihat apa yang sedang dia lihat sekarang ini.

Didalam sampul coklat itu, terdapat beberapa keling gambar. Gambar yang membuatkan Haura rasa malu dengan diri sendiri. Lututnya terus lemah.

Tidak tahu bagaimana gambarnya ketika melakukan perkara yang tidak senonoh diatas ranjang bersama seorang lelaki tanpa seutas benang 8 bulan yang lalu boleh dihantar ke sini. Persoalannya siapa yang hantar?

Menggigil jemarinya menggenggam aibnya sendiri. Punca dimana kemarahan Arsyad semakin tidak terkawal. Punca dimana dia diceraikan suatu ketika dahulu.

Sekali lagi Haura nampak sampul surat bewarna coklat yang lain dimasukkan dari celah bawah pintu rumah. Dengan air mata yang berderai, Haura kuatkan tangannya untuk membuka satu persatu.

"Allah..." Kalini memang terus tergelincir kepingan gambar tersebut dari tangannya dan berteraburan diatas lantai.

Memang penuh semua adegan dia bersama lelaki yang sama pada kepingan gambar itu. Haura rasa malu dan kecewa dengan diri sendiri. Dia menangis. Tangannya yang menggigil kerana tiada kekuatan itu, dia mengoyakkan semua kepingan dengan sepuas hati.

"Semua salah Haura...semua ni salah Haura...Haura dah buat dosa yang paling besar pada Arsyad...maafkan saya Arsyad..." Haura tertunduk menangis diatas lantai ketika memerhati semua kepingan gambar itu.

Sebab inikah Arsyad menjadi sangat dendam dengannya? Ada orang yang membakar akal Arsyad supaya melayannya begini.

•••

Arsyad memarking keretanya didalam garaj. Dengan muka tegangnya dia memandang pada wallpaper lock skrin telefonnya. Gambar Haura tengah tersenyum dengan cat putih pada pipinya.

Ibu jarinya membelai lembut pipi Haura dari skrin itu dengan hati yang berat untuk menerima semua kenyataan. "Belahan jiwa..." Dia mengeluh perlahan. Kenapa Haura buat dia begini? Kenapa? Tak cukup lagi ke apa yang sudah dia berikan?

Kasih sayang? Perhatian? Semua sudah dia beri tetapi belahan jiwanya masih tidak puas dengan layanannya. Tetap gadis itu mencari lelaki lain untuk memuaskan nafsu sendiri sewaktu dia sedang bertugas.

Kecewa.

Suami mana yang tidak kecewa ditipu hidup-hidup dengan isteri sendiri.

Enjin kereta dimatikan. Lepastu, dia keluar dari perut kereta tersebut. Sebaik sahaja dia berhenti didepan pintu rumah. Dia nampak beberapa kepingan sampul coklat yang sama seperti yang dia dapat sebelum ni.

"Another stupid things." Dia ambil dan simpan didalam poket. Kemudian, dia tekan pin untuk buka kunci pintu.

Tit!

Pintu pun terbuka. Tetapi yang membuatkan langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat kepingan gambar Haura yang sudah berteraburan diatas lantai ruang tamu.

Arsyad menutup pintu rumah dengan hati yang membara. Dia pasti kerja ini semua kerja Haura. Mesti Haura langgar larangannya supaya tidak keluar dari bilik tidur mereka.

"Haura Damia!!!" Segera dia mengatur langkah menuju ketingkat atas. Tahulah apa yang dia akan ajar bila gadis itu tak dengar kata.

"You know what you will face if you disobeyed my orders!!! Now face it!!!" Arsyad menghempas pintu dengan kuat.

Okay ni je utk harini :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience