HPD || BAB 56

Romance Completed 246547

"SAYANG, bangun dah pukul enam pagi." Bisik Arsyad dengan penuh kelembutan pada cuping telinga isterinya. Apabila bisikannya tidak di sambut. Dia mengelus rambut pula.

"Haura Damia, bidadari abang. Bangun...hey..." Cuping telinga Haura dia kucup beberapa kali sehingga mendapatkan respon.

"Errmmm..." Haura menggeliat kegelian. Masih dalam keadaan mamai, Haura bertentang mata dengan suaminya. Mereka bertatapan seperti tiada lagi hari esok untuk mereka. Arsyad menyuit pipi Haura. Memadamkan tenungan.

"Jom solat subuh, abang jadi imam." Bisikan dari si suami membuatkan jantungnya berdegup kencang. Sehingga sekarang, dia masih takut untuk berjaga. Takut semua ini hanyalah angan, mimpi indah. Wajah tampan Arsyad dia elus dengan jari-jemarinya.

"Lambat dah ni, belahan jiwa abang. Kita bangun, solat subuh berjemaah ya? Sayang mengantuk? Larat tak nak bangun? Kalau tak larat abang angkatkan ke tandas." Anak rambut yang menutupi wajah Haura, Arsyad selak ketepi. Dia mahu melihat wajah Haura semahunya. Ketua bidadari. Inilah ketua bidadari yang di janjikan oleh Tuhan.

"Abang..." Haura masih terpaku. Melihat Arsyad yang mengukir senyuman menawan. Dirinya jadi terpaku, diam tak berkutik. Masih terleka dengan ketampanan imamnya.

Entah buat kali keberapa dia merasa sangat musykil. Seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka kembali bertemu. Adakah ini hanya mimpi? Adakah ini hanya ilusi yang wujud hasil dari kerinduannya terhadap kepermegian sang suami? Kalau ini realiti, tolonglah. Tolong buktikan bahawa ini benar-benar bukan mimpi. Tuhan, sungguh seorang bidadari ini kekeliruan. Buntu untuk menerima kenyataan yang terlalu indah. Selama ini, kehidupannya penuh dengan kemelut dan kesengseraan. Tapi kini, indah. Bagai di syurga.

"Lamanya sayang tenung abang." Jari telunjuk Arsyad menekan perlahan butang hidung Haura. Menyedarkan dia dari lamunan. Betul. Ini bukan mimpi. Khayalannya berterbangan kemana-mana.

"Sayang ni, suka tau goda abang dengan mata tu." Gesit Arsyad sambil ibu jarinya mengelus kelopak mata Haura. Bagai dibuai, Haura menutup kembali matanya seakan mahu terlelap. Arsyad tertawa kecil.

"Bangunlah sayang, lambat dah ni. Nak kena babap ke? Subuh gajah nanti." Arsyad mengangkat lengan Haura perlahan-lahan. Comel bila dia nampak Haura menguap dan menggeliat. Mengantuk betul gayanya tu. Mesti penat kan? Menyusukan anak. Terus Arsyad memeluknya.

"Kuatnya isteri abang ni..." Arsyad peluk semakin erat. Haura hanya tersenyum. Mata masih berat untuk dibuka. Dia renggangkan otot-ototnya lagi. Kalau setiap subuh disambut begini, tiap-tiap hari dia mahu bangun di awal pagi. Nak peluk dengan suami lama-lama. Tak ada siapa yang boleh mengacau.

"Abang tolong Haura boleh?" Haura masih berpaut pada lengan suami. Manjanya bukan main. Sampai lemah gemalai lutut Arsyad dibuatnya.

"Tolong apa sayang?" Ubun rambut Haura dia elus perlahan.

"Tolong mandikan sebelum solat subuh. Badan Haura bau peria. Tak selesa nak solat." Haura terpinga-pinga apabila Arsyad memandangnya dengan senyuman manja. Nakal pun ada juga. Jari telunjuk Arsyad menguis lutut Haura.

"Apa sayang? Ulang balik, abang tak dengarlah." Dalam hati Arsyad sedang ketawa terbahak-bahak melihat muka Haura yang kebingungan. Biasalah, Haura kalau bangun subuh selalu mamai. Lambat betul mahu sedar.

"Mandikan Haura sebelum solat subuh. Cepatlah, Haura mengantuk ni. Nanti kalau Haura sambung tidur balik abang marah." Haura menguap lagi. Kalau ikutkan mengantuknya, mahu sahaja dia kembali selubung di dalam selimut dan sambung tidur.

"Kalau macam tu, alang-alang abang mandi sekalilah. Dapat pahala lebih." Arsyad mendukung Haura. Dia bawa isterinya masuk ke dalam bilik mandi. Didudukkan Haura ke mangkuk tandas perlahan-lahan.

"Ala, tak nak lah. Nanti lambat solat subuh. Mandikan Haura je dulu."

Arsyad hanya membalas dengan tawa kecil sambil menyangkutkan tuala Haura di penyangkut pada dinding. Dia menyimpan senyuman. Sebelah tangannya mengunci tombol pintu tandas.

"Tak apa, solat subuh boleh qada'." Arsyad menoleh. Tersenyum kemenangan apabila berhasil menakut-nakutkan sang isteri. Haih, comel sangat muka cuak Haura. Macam Iryana. Rasa nak gomol-gomol je pipi kemerah-merahan itu.

"Ish, abang ni. Tak baik tau lewat-lewat solat fardhu. Tak nak lah kawan abang. Haura nak mandi sendiri je. Hmph!" Haura berdiri dan berjalan kearah Arsyad dengan muka marahnya. Lagi buat sang suami ketawa besar di dalam hati.

"Okay, okay!" Arsyad angkat dua belah tangan tanda beralah.

"Apa okay okay?" Dia bersilang tangan pada dada.

"Abang gurau je sayang...eh...eh... sayang...." Baru Arsyad mahu memeluknya, Haura menolak dadanya kebelakang. Perlahan-lahan dia terkeluar dari bilik mandi.

"Ala sayang, abang gurau je." Arsyad mahu masuk kedalam bilik mandi semula tetapi tangan Haura menahan dari dalam.

"No more chance." Arsyad ketawa terbahak-bahak.

"Amboi, segaknya isteri abang cakap orang putih." Dia cuit lengan Haura yang sedang menahan pintu. Boleh sahaja dia menolak pintu itu tanpa usaha yang keras. Cumanya dia masih dalam mood untuk bergurau. Bukan serious pun. Saja mahu bergaduh manja dengan isteri sendiri.

"No! No! Haura tak terpujuk."

"Ala, sayang. Abang tak ambil wudhu' lagi ni." Arsyad mahu mencuba nasib. Mana tahu ada rezeki subuh-subuh begini.

"Pergi ambil wudhu' dekat dapur sana. Haura nak mandi. Bye, suami gatal." Pintu ditutup kuat. Siap kunci lagi. Makin geli hati Arsyad dibuatnya. Ala, kali ni je dia lepaskan Haura sendiri. Huh. Lain hari, tengoklah. 

Selepas selesai mandi, Haura rasa lebih selesa untuk menunaikan solat fardhu. Dia ambil wudhu'. Keluar sahaja dari bilik mandi, dia terkedu bila dia nampak Arsyad sedang memakaikan telekung kecil kepada Iryana. Irsyad pula sudah duduk diatas sejadah dengan berkopiah. Senyuman kecil terukir dibibir mereka.

Baru pertama kali mereka solat berjemaah bersama anak-anak. Sebelum ini, hanya Haura dan suaminya sahaja. Kali ini, suasanya terasa berbeza.

"Ibu!" Irsyad melambai tangan kearah Haura. Segera Arsyad menoleh. Tersengih bila nampak isterinya keluar dari bilik mandi.

"Ibu look! Ayah pakaikan telekung untuk Yan!" Iryana melompat keriangan.

"Sekejap sayang, ayah tak habis pakaikan lagi telekung ni." Kata Arsyad. Begitu lembut nadanya memesan kepada Iryana sambil tangannya mengikat tali telekung.

"Anak-anak kita ikut solat sekali?" Soal Haura dengan senyuman penuh. Dia ambil telekung dan memakainya.

"Iya, sayang. Abang rasa dah tiba masanya abang perlu ajar mereka cara untuk solat." Arsyad mengangkat Iryana dan letakkan dia pada saf belakang, bersebelahan dengan ibu nya.

"Bagusnya suami Haura ni..." Haura baru mahu mengelus pipi suaminya tetapi dia berhenti.

"Hm? Kenapa?" Arsyad mengangkat keningnya. Dia sudah menadah pipi untuk dielus.

Haura tersengih. "Kita kan dah ada wudhu'. Nanti batal." Haura terkedu bila Arsyad menarik tangannya dan letak pada pipi.

"It's okay sayang, wudhu' boleh ambil baru." Arsyad menutup mata ketika merasakan kehangatan dari telapak tangan isterinya. Semuanya terasa indah. Mereka solat berjemaah, di imamkan oleh Arsyad. Haura merasakan keindahan sehingga tidak tergambarkan dengan kata-kata. Melihat Iryana tergolek semasa belajar untuk sujud, membuatkan perutnya terasa sejuk. Tidak sia-sia dia mengandungkan dua malaikat tidak bersayap ini.

Irsyad dan Iryana, adalah malaikat tanpa bersayap yang di anugerahkan oleh Tuhan kepada mereka.

"Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah..." Salam diberikan sebagai penutup solat. Tangan ditadah untuk membaca doa.

Haura mengangkat Iryana dan dudukkan dia dipangkuan. Tangan kecil itu diajar untuk menadah ketika si suami membacakan alunan doa. Begitu juga dengan Arsyad, dia menarik Irsyad mendekat. Mengajarnya untuk menadah tangan.

"Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan-keturunan kami sebagai penyejuk mata (bagi kami), dan jadikanlah kami sebagai orang-orang yang bertakwa." Arsyad membacanya dengan setulusnya. Ketika itu, dia mengerling kearah isteri dan anak-anaknya sebelum dia menyambung doanya semula.

"Aaaamin!" Terkoyak senyuman Haura ketika Iryana mengaminkan doa.

"Ya Allah, satukanlah hati kami, teguhkanlah langkah kami, perbaikilah hubungan kami, dan berikanlah petunjuk kepada kami pada jalan yang lurus. Aamin." Di hatinya tidak berhenti memanjatkan berjuta kesyukuran kerana di anugerahkan keluarga seindah ini.

"Aamin! Aaaaaamin!" Iryana mengaaminkan lagi. Arsyad mengambil tangan Irsyad dan sapu pada muka.

"Sayang..." Arsyad duduk dihadapan Haura. Telapak tangan dia letakkan diatas kepalanya. Bibirnya di dekatkan pada telinga isterinya sebelum mengalunkan doa khas buat Haura.

"Ya Allah, dengan amanat-Mu kujadikan ia istriku dan dengan kalimat-kalimat-Mu dihalalkan bagiku kehormatannya. Jika Engkau tetapkan bagiku memiliki keturunan darinya, jadikan keturunanku keberkahan dan kemuliaan, dan jangan jadikan setan ikut serta dan mengambil bagian di dalamnya." Telapak tangannya beralih ke bahagian rahim Haura.

"Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa." Dia elus perlahan ketika membacanya. Tangannya dialih ke dada isterinya.

"Ya Allah, bersaksikan alam semesta. Aku maafkan segala kesilapan, tutur katanya dan tingkah laku isteriku ini ya Allah. Permudahkanlah jalannya untuk kesyurga-Mu. Dia, seorang isteri yang taat akan kemahuanku. Dia, seorang isteri yang solehah. Tidak pernah membenci dengan khilafku kepadanya. Aku amat mencintai dia. Jadi, satukan lah hati-hati kami. Janganlah hapuskan perasaan kami ini, cambahkanlah iya agar hubungan kami terus indah memekar. Aku mencintai isteriku ini kerana Mu, Ya Allah." Bibirnya mengucup dahi licin Haura perlahan-lahan.

Irsyad yang melihat kelakuan ayah dan ibunya turut tersentuh. Dia ikut mencium dahi Iryana.

"Dia adik yang baik." Kata Irsyad ketika mengucup dahi adiknya.

                              "WAH! Cantiknya kapal tu ayah!" Irsyad tersenyum keriangan. Tangan kecilnya menggenggam jari ayahnya sekuat yang mungkin.

"Ha, kapal tu yang ayah nak bawa Syad naik hari ni. Suka tak?" Arsyad juga ikut teruja mahu membawa anak-anak dan isterinya naik cruise bersama.

"Suka! Syad suka jalan jalan dengan ibu ayah!" Semakin bersemangat Irsyad mengatur langkah. Arsyad tersenyum lebar melihat semangat anak kecilnya. Dia toleh kearah Haura pula.

"Sayang larat? Abang boleh dukungkan Yan." Soalnya. Kesian pula bila dia tengok Haura mendukung Iryana yang sedang tertidur. Mengantuk sangat gayanya kena bangun solat subuh pagi tadi.

Haura geleng kepala.

"Tak apa abang, Haura larat je. Nanti terbangun pula Yan kalau bertukar tangan." Dia pegang belakang Iryana supaya tidak terlepas dari dukungan.

Masuk sahaja di dalam cruise itu, masing-masing terpukau dengan ke mewahan didalamnya. Saiz cruise ini tidak begitu besar. Cukup untuk beberapa keluarga sahaja kerana Arsyad tahu, Haura tidak selesa dengan keramaian.

Ada beberapa meja makan dan hidangan yang telah ditempah terhidang.

"Kita sarapan dulu sayang." Arsyad menarik tangan Irsyad dan meletakkannya di tempat duduk.

"Kejap sayang." Segera dia menarikkan kerusi untuk Haura duduk.

"Terima kasih abang." Perkara pertama yang menarik tumpuan Haura adalah gugusan buah anggur didalam mangkuk kaca di tengah meja. Haura memetik sebiji dan masuk dalam mulut.

"Baca bismillah dulu sayang..." Pesan Arsyad sambil menghulur telapak tangannya bawah dagu Haura.

Haura tersengih dan membaca bismillah semasa mengunyah. Dia tunduk kebawah. Pelik. Kenapa Arsyad letak tangan dekat bawah dagunya.

"Biji tu sayang, buang." Kata Arsyad lagi.

"Dekat sini?" Soal Haura sambil matanya tertumpu pada telapak tangan suaminya.

"Iya sayang, cepat. Lenguh tangan abang menghulur ni." Arsyad sembunyi senyum. Comel sangatlah isterinya ini bila kebingungan.

"Hm..." Haura mengeluarkan biji anggur dari mulut. Jatuh keatas telapak tangan Arsyad. Dia tengok muka suaminya tidak jijik walau sedikit pun.

"Nak lagi?" Soal Arsyad. Haura angguk kepala. Dia ambil sebiji lagi buah anggur dan masukkan kedalam mulut Haura. Begitulah yang seterusnya, biji-biji anggur menggunung diatas telapak tangan.

"Ibu, buang sini pula!" Irsyad juga menghulur telapak tangan kecilnya. Dia melihat segala perbuatan ayahnya. Jadi, dia memperlajarinya dan ikut melakukan perkara yang sama.

"Hm?" Haura semakin terharu. Dia buang biji anggur keatas telapak tangan Irsyad pula.

"Hehehe..." Irsyad tersenyum keriangan ketika kepalanya di usap oleh ayahnya. Memuji kelakuannya yang baik hati.

                                        "CANTIKKAN sayang?" Soal Arsyad ketika berdiri bersebelahan dengan Haura di bahagian atas cruise.

"Cantik! Haura suka betul dapat naik cruise dengan abang! Dapat tengok pemandangan yang cantik lagi!" Haura angguk kepala laju-laju. Begitu indah lautan ini apabila cahaya matahari memancari cahayanya.

Arsyad mengelus tudung Haura.

"Abang cakap pasal awak, sayang." Terkedu Haura seketika. Pipinya membahang.

"Mana adalah, Haura tak secantik perempuan lain. Haura ni biasa-biasa je. Abang janganlah puji Haura lebih-lebih." Haura mencebik.

Arsyad tertawa kecil. Tengok? Sebab tulah dia sangat mencintai Haura. Seorang gadis yang tidak pernah mendabik dada atas kecantikannya. Sentiasa berendah diri.

"Sayang." Arsyad menghulur sejambak bunga Lily of the valley kepada Haura.

"Bunga...apa ni abang? Haura tak pernah tengok pun..." Dia mengambil jambakan bunga tersebut. Cantik bunga ni. Lain daripada yang lain.

"Nama dia, bunga Lily. Cantik tak?" Arsyad menguis sekuntum daripada mereka untuk menunjukkan kepada Haura keindahannya.

"Lily? Selalunya Haura dengar bunga mawar dan tulip. Tapi Lily, baru pertama kali Haura melihat nya. Cantik sangat, abang." Haura memerhati keindahan bunga itu dengan teliti.

"Tahu tak, kenapa abang hadiahkan bunga Lily ni pada sayang? Bukan mawar atau tulip." Soal Arsyad.

Haura geleng kepala. Dia benar-benar keliru. Tidak tahu maksud disebalik bunga Lily ini.

"Bunga Lily ni, mengingatkan abang tentang sayang." Jawapan dari Arsyad menimbulkan tanda tanya.

"Kenapa abang teringatkan Haura bila nampak bunga Lily?" Soal Haura.

"Bunga Lily ni, tidak seperti bunga lain yang selalu berdiri tegak untuk menonjolkan kecantikan masing-masing. Nampak ni?" Arsyad menunding jari pada bunga Lily itu.

"Dia tetap menundukkan walaupun mempunyai kuntum yang indah, bukan?" Soal Arsyad.

"Haah lah!" Haura pun mempersetujinya.

"Macam sayanglah. Sayang tak pernah bangga atau mendabik dada dengan kecantikan sayang. Padahal, sayang cantik sangat. Di mata abang, di mata orang sekeliling. Sampai abang rasa, abang perlu jadi pelindung sayang." Arsyad meraih pinggang Haura dan memegangnya erat.

"Ini yang abang rindukan, abang rindukan hadir sayang." Mereka saling berpelukan.

"Haura tak mungkir janji kan abang? Haura pegang janji abang untuk jagakan cinta kita..." Haura tersenyum ketika mengungkapnya. Tidak sia-sia dia mempertahankan cinta mereka selama ini.

"Terima kasih sayang, sebab bawa cinta kita kemana-mana sayang pergi. Setia dengan abang walau dalam apa jua keadaan. Abang takut sangat sayang, abang takut selama sayang dan abang terpisah...sayang akan berubah hati." Arsyad mengelus pipi Haura.

"Terima kasih juga dengan abang, sebab masih ada disini. Jadi mimpi indah untuk Haura dengan anak-anak."

Arsyad geleng kepala. "Ini bukan lagi mimpi indah sayang, ini adalah kenyataan. Kita dah bersama." Semakin erat pelukan mereka.

"Ibu!" Iryana mahu pergi kearah ibu dan ayahnya tetapi Irsyad menahan. Dia geleng kepala.

"Jangan kacau ibu dengan ayah. Kita main dekat sini je. Okay, baby?" Irsyad genggam tangan Iryana.

"Tapi Yan nak peyuk ibu."

"Yan peluk ayong je. Ayong ada. Ayong sayang Yan sangat-sangat." Iryana tersenyum.

"Yan pun! Sayang ayong manyak-manyak!" Balas Iryana sambil membalas pelukan abangnya.

Tiba-tiba ada sebuah teriakan bergema. Irsyad terus menarik Iryana kearah ibu.

"Ibuuuu!" Haura terus memeluk mereka berdua. Keadaan menjadi kelam kabut.

Arsyad memerhati sekeliling. "Sayang, tunggu sini. Abang tengok dekat dalam." Haura geleng kepala.

"Abang, Haura nak ikut." Dia genggam tangan Arsyad.

"Sayang jaga anak-anak dekat sini." Dia kucup dahi licin Haura sebelum berlari masuk kedalam. Menerobos kearah para pelancong yang sedang berkerumun.

Haura tidak mendengar kata, dia mendukung anak-anaknya. Dia takut sangat kehilangan Arsyad lagi. Dia mengikut jejak suaminya dari belakang.

"What's wrong?" Arsyad bertanya kepada beberapa pekerja. Dia melihat seorang wanita yang sudah terbaring diatas lantai. Darahnya mengalir kesekeliling. Di tangannya ada seorang bayi yang baru dilahirkan. Masih bersambung tali pusatnya dengan si ibu.

"We found her passed out in the toilet. The baby doesn't move!" Semua dari mereka ketakutan.

Arsyad kemudiannya, menolak mereka ketepi.

"I'm a doctor. Let me take care of it." Arsyad melipat lengan tangannya dan berlutut. Dia memeriksa degupan nadi pada pergelangan tangan wanita itu. Masih hidup. Jantung berdegup dengan normal.

"What should we do, doctor? The baby stop moving.." Salah seorang dari pekerja lagi menggelabah.

Arsyad mengangkat bayi di dalam dukungan wanita itu. Dia memeriksa nadi.

"Shit!" Degupannya baru beberapa saat terhenti.

"What's wrong doctor?!"

"She's not breathing." Arsyad menjawabnya dengan tenang tetapi di hatinya penuh debaran.

"Do you have incubation set?" Mereka geleng beramai-ramai. Arsyad menumbuk lantai.

"Knife! I need to cut the umbilical cord. Now!" Arsyad menghulur. Salah seorang dari mereka pergi mengambilnya.

Haura yang baru tiba, dia melihat bagaimana Arsyad mengurus keadaan.

"Ibu, tu ayah!" Iryana memeluk Haura dengan kuat.

"Hebatnya ayah..." Irsyad menggenggam tangan Haura sambil tersenyum bangga.

Haura melihat para pelancong, dia nampak mereka merakam. Haura susah hati. Dia terus pergi kearah Arsyad dan menghalang dari di rakam. Dia tak nak rakaman ini tular ke Malaysia.

"Sayang?" Arsyad melihat bagaimana Haura melindunginya dari sebarang media.

"Abang boleh." Haura tersenyum.

"Hm." Arsyad angguk kepala. Dia ambil pisau dan potong tali pusat. Setelah dia uruskan bahagiannya, dia mendukung bayi itu semula.

Memeriksa nadi. Tak bergerak. Arsyad terus mendekatkan bibir bayi itu kepada bibirnya. Arsyad meniup nafasnya kedalam mulut bayi tersebut sebanyak dua kali.

Selapas itu, dia membaringkannya diatas cadar kecil. Dua jari ditekan untuk membuat CPR. Air matanya menitis, teringatkan bagaimana sekiranya ini berlaku kepada anak-anaknya.

Arsyad angkat bayi itu semula. Berikan tiupan sebanyak dua kali dan membaringkannya. Dua jari besarnya menekan lagi sehinggalah bayi itu menunjukkan respon.

"He did it!" Mereka berteriak.

Arsyad terus menepuk telapak kecil bayi itu beberapa kali sehingga bayi itu mula menangis dengan kuat.

"Aku...berjaya..." Arsyad terduduk.

"Abang!" Haura tersenyum.

•••P/S: Assalamualaikum and Hye readers. Monon maaf atas kelewatan update. Author update sini dulu ya? Lagi empat bab author update di wants terluang. Jadual author sangat padat.

Share this novel

Rohani Hussin
2024-03-30 05:40:43 

update pleasee

Mia Zara
2024-03-28 10:59:06 

semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke Jannah

SAFIELA
2024-03-26 22:03:41 

semoga dorg semua kekal bahagia...


NovelPlus Premium

The best ads free experience