*Ring Of Life*
"Bonda!"panggil suara itu dari luar sebelum pintu terbuka dengan kasar ke dalam. "Bonda...."panggil Raja Blake lagi dengan cemas.
Wanita yang mengenakan dress biru cair labuh menyapu lantai yang duduk di anak tangga batu di ruang tengah bilik tersebut palingkan kepala. Lantas ternampak anakandanya berjalan masuk sambil mendukung seseorang dalam tangan.
Bila Raja Blake Nampak akan bondanya dalam bilik teras kuasa istana itu dia cepat-cepat bawa Delia ke arah bondanya. "Tolong anakanda.."
"Apa yang dah berlaku ni?Siapa yang kamu bawakan?"soal Bekas Ratu Cordania Andien.
Raja Blake baringkan Delia atas batu di depan bondannya sebelum melutut sebelah kaki atas anak tangga tersebut.."Dia terkena sihir...ini adalah Puteri Mahkota Negeri Cahaya..orang yang anakanda ceritakan kepada bonda tempoh hari...dia la yang akan bantu kita bangunkan Tentera Aragorn nanti."jelasnya.
Bonda Raja Blake pandang terkejut ke Raja Blake sebelum tunduk memandang wajah pucat Delia. "Apa yang telah berlaku kepadanya?"tanya dia sambil pegang pipi itu dengan lembut.
"Sesuatu seperti sihir dan Dark Orc...itu kata dia sebelum tidak sedarkan diri...boleh bonda lakukan sesuatu mengenainya?"tanya Raja Blake lagi dengan nafas naik turun kemengahan sebab lari tadi.
Pada masa itu Sage dan Luca muncul di belakang Bersama Caesar yang turut berkeadaan sama seoerti Delia.
"Tuanku"panggil Sage lepas tiba di depan anak tangga itu.
Bonda Raja Blake palingkan kepala. Memandang ke arah tiga orang Royal Guardian anakandanya. "Dah kenapa dengan Caesar tu?"
"Caesar adalah Knight Delia...kalau sesuatu menimpa Delia, dia akan dapat nasib yang sama. Sebab itu anakanda mahu bonda selamatkan Delia supaya Caesar tak apa-apa. Anakanda perlukan mereka berdua...gunakan Cincin Kehidupan anakanda untuk Dleia.."jelas Raja Blake dengan terdesak.
Bekas Ratu Andien pandang ke awajah terdesak Raja Blake untuk seketika. Dia tatap renungan mata tu. Renungan yang sama diberikan kepadanya sewaktu Raja Blake kecil supaya dia selamatkan anjing kesayangan milik anakandanya. Tapi dia tak dapat nak selamatkan sebab anjing itu memang dah sakit tenat. Dan sekarang renungan yang di berikan kepada dia buatkan dia terkesan.
"Bonda lakukan mana yang boleh...tapi kamu sanggup ke korbangkan cincin kehidupan kamu untuk selamatkan puteri ini?Sebab lepas ni tiada lagi jalan untuk berpatah balik. Kamu takkan dapat hidup dengan umur yang Panjang.."ajunya untuk dapatkan kepastian.
Raja Blake terus mengangguk kepala tanpa rasa teragak-agak. "Apa yang penting sekarang adalah Delia dan negara kita ni.."
"Baik la...kalau begitu kamu letakkan mereka berdua di tengah-tengah lantai tu, betul-betul atas Batu Teras."arah Bekas Ratu Andien semasa bangun dari situ untuk naik ke atas pusat teras kuasa di situ.
Raja Blake pandang ke Sage yang sedang mendukung Caesar. "Bawa dia naik ke sini.."arahnya.
Sage pun naik la anak tangga tu ke atas tempat seperti pentas tapi dekat tengah pentas tu ada satu tembok kecil dimana sebuah batu berwarna biru terang dengan cahaya terarah terus ke lubang yang ada di atas siling istana.
Sampai saja di situ, Raja Blake baringkan Delia dekat situ. Lalu di sertai Caesar tak lama kemudian. Sage baringkan Caesar yang tidak sedarkan diri di sebelah Delia sebelum jauhkan diri dari situ. Dia pandang dua orang itu silih ganti. "Mereka tak apa-apakan??"tanya dia dengan risau. Jangan ada apa-apa berlaku pada mereka sudah.
Bekas Ratu Andien pandang akan wajah Caesar dan Delia silih ganti dengan renungan risau. "Aura mereka semakin malap.."beritahunya. Nampaknya sihir yang dikenakan oleh Dark Orc ini sangat kuat hingga buatkan nyawa pasangan ini dalam bahaya.
"Bonda..tolong la.."minta Raja Blake.
Tanpa berkata apa-apa lagi, Bekas Ratu Andien mula mendepakan kedua-dua tangan dan dongak memandang ke atas lantas memejam mata apabila wajah dan seluruh badannya mula bercahaya. Menggunakan Cincin Kehidupan milik Raja Blake, dia seru kuasa dari Batu Teras di depannya untuk berikan kuasa kepada dia supaya dapat selamatkan nyawa dua orang ini.
Sage, Luca dan Raja Blake yang berdiri di tepi menyaksikan kejadian dimana cahaya terang dari Batu Teras itu keluar lalu terbang menusuk ke badan Delia dengan sinar yang menyilaukan mata. Oleh kerana tak tahan dengan sinar cahaya itu, mereka bertiga dengan serentak angkat lengan masing-masing lalu di letakkan depan mata untuk hadang dari terkena sinaran itu.
Untuk beberapa saat, sinaran yang terang itu kekal menerangi seluruh ruangan tersebut. Setelah itu ia pun hilang dan keadaan bilik pun kembali ke sedia kala.
"Uhuk!"batuk Delia dengan mata terbuka luas dan nafas naik turun, sementara Caesar sedarkan diri dalam keadaan tersentak di sebelahnya. "Uhuk...uhuk!"batuk Delia lagi.
Dengar saja suara itu Raja Blake, Luca dan Sage bergegas ke Delia dan Caesar sebelum melutut di situ mendapatkan mereka dengan reaksi lega masing-masing.
Bekas Ratu Andien pandang ke Raja Blake yang tersenyum senang semasa memandang Puteri Mahkota Negeri cahaya dengan kening berkerut. "Kita tiada masa lagi...istana ni takkan dapat bertahan lama untuk kekalkan tembok perlindungan tu dengan kukuh.. Kamu perlu bertindak dengan segera Blake beritahunya."
Raja Blake pandang ke bondanya lalu mengangguk kepala. "Malam ni mereka akan mula bergerak.."ujarnya.
Delia yang sedang di bangunkan oleh Luca itu pandang bingung. "Apa yang dah berlaku?"tanya dia. Kenapa dia dah tak rasa sakit lagi,
Luca hanya lepaskan hela nafas lega. "Syukur la awak tak apa-apa."sebutnya sewaktu usap belakang kepala Delia.
Caesar pegang dadanya yang awal rasa sakit kini tiada lagi dengan kening berkerut. Lepas dia Nampak Bekas Ratu Andien di depannya, dia pandang dengan mata terbutang. "Tuanku.."sapa dia.
"Anakanda beta korbankan jangka hayatnya demi kamu Caesar. Jangan hampakan kami."pesan Bekas Ratu Andien sebelum berpaling dari situ.
Delia pandang ke Bekas Ratu Andien dengan kening mencerlung sebelum pandang ke Caesar lantas ke Raja Blake. "Tuanku buat apa?"serahkan jangka hayat?tanya Delia dengan nafas naik turun dia.
Raja Blake tersentak. Dia palingkan kepala dari memandang bondannya ke Delia semula. "Jangan fikirkannya.Apa yang penting kamu selamat. Sekarang...buat persiapan. Kamu akan bertolak awal sebelum tengah malam nanti."pesannya serta merta sewaktu memandang Caesar dengan renungan penuh maksud.
"Baik tuanku."sambut Caesar dengan serta merta.
Delia hanya pandang sekelilingnya dengan bingung. Apa yang tengah berlaku ni?!
Share this novel