5 tahun yang lalu..
Oleh kerana kelas prep dia habis lambat hari itu, dan ayah ibu dia bekerja lewat malam. Hari itu dia terpaksa pulang ke rumah dari sekolah sendirian. Lepas turun dari bas tu dia dah rasa awal-awal lagi perasaan tak kena seperti ada yang memerhatikan dia. Tapi dia buat tak tahu sebab yalah, mungkin mainan perasaan dia je.
Tanpa berfikir apa-apa, dia atur langkahnya untuk menyusuri Lorong kecil dimana deretan bangunan dan apartment berada, sendirian sambil di temani dengan lagu yang di dengarinya melalui headfon dikepala.
Beberapa meter saja lagi dari apartment family dia, tak semena dua orang lelaki berpakaian serba hitam muncul dari Lorong depannya. Buatkan dia yang Nampak tersentak dan berhenti dengan mendadak dari berjalan.
Kalau nak cakap pasal takut, memang ya la!Tak payah fikir Panjang pun dia dah patah balik ke arah yang sama dia masuk tadi untuk pergi dari situ. Sayangnya, masa dia berpaling, seorang lagi lelaki muncul. Berdiri dekat situ sambil pegang sesuatu yang seperti senjata.
"Nak ke mana adik manis?"tegur lelaki pertama kepada dia.
"Jangan dekat!"laungnya terketar-ketar. Macam mana dia orang boleh tahu dia ada dekat sinI!
"Tsk..Tsk!"lelaki kedua mula mengetik lidah sambil menggeleng kepala sewaktu mendekat."Huntress...Huntress...berbulan kami cari dekat sini rupanya awak menyorok.."
Sambil mengetap gigi, dia pandang ketiga-tiga orang itu yang mula penjurukan dia ke dinding tembok Lorong di situ.
"Ikut kami dengan senyap atau kamu di bunuh dekat sini jugak!"
Tanpa berlengah dia keluarkan batu dari bawah kaki mereka bertiga dan kakukan ia. Apabila mereka terperangkap di situ, dia lari pecut ke arah kanan sepantas yang boleh. Buat kali keduanya, mereka bertiga Berjaya loloskan diri dari kekangan dia lalu muncul dengan tiba-tiba di depan dia.
Oleh kerana tak sempat berhenti, tubuhnya masuk ke dalam dakapan seorang dari mereka. Tanpa berhenti dia bergelut hendak lepaskan diri. Dia nak jerit tapi tak boleh nak bahayakan nyawa penduduk manusia biasa di sini demi selamatkan dia, Jadi terpaksa la dia diamkan diri.
"Lepaskan la!"gelutnya sambil pukul dan tampar muka serta badan si penculik depannya ini.
"Bawak dia!"arah lelaki ketiga dengan tegas sambil mengikat tangan dia dengan tali magik yang mengeluarkan cahaya biru kehitaman.
Sedang dia bergelut ketika itu dengan mudah tubuhnya di angkat naik ke atas bahu itu. Serius?Berat badan dia ni boleh buat orang patah tulang tapi lelaki ni angkat dia macam berat dia tak apa-apa?
Beberapa langkah mereka berjalan, secara tiba-tiba dua lelaki yang jalan dekat depan sekali tercampak ke belakang apabila satu lantunan cahaya mengenai badan mereka hingga buatkan dua tubuh itu bertukar menjadi rangka dan berakhir kepada cebisan debu.
Dia yang tergantung atas bahu nampak apa yang menimpa terhadap dua lelaki tu. Tapi tak nampak apa yang berlaku dari arah depan. Jadi dia angkat kepala dan palingkan ke belakang untuk lihat. Masa itu la satu tujahan yang kuat terasa dan buatkan badan dia dan termasuk lelaki yang sedang mendukung dia gerak ke tepi sebelum jatuh menindih antara satu sama lain.
What the hell!
Kalau ya sekali pun bagi la dia turun dulu!
Sambil mengaduh kesakitan, dia bangunkan diri dari tiarapnya. Bila dia duduk bersimpuh di situ mengusap lengan yang sakit, dia ternampak seseorang berkelubung seperti geng cult Uliminati sedang tunduk mencekik leher penculiknya lalu di angkat hingga terapung di Udara hanya menggunakan satu tangan sahaja..
Siapa hero dia ni?
"Argh!"ngerang si penculik sewaktu bergelut hendak bernafas dari balik cengkaman maut itu.
Dia yang pandang hanya diam membatu di situ sebab dumbfounded dengan keadaan yang berlaku dalam sekelip mata apabila muka penculiknya berubah warna biru sebelum tubuh itu kering meresap seperti kismis di jemur lantas bertukar menjadi debu kelabu di atas jalan.
Selesai uruskan tiga orang itu, orang berkelubung itu kemudiannya palingkan kepala ke arahnya. Pelik!Tapi percaya la, dia tak rasa takut pun dengan kehadiran orang berkelubung di depannya. Malah dia hanya diam di situ sehingga la orang berkelubung itu tiba di depannya lalu melutut sebelah kaki menghadapnya.
"Kamu tak apa-apa anak muda?"tanya orang di depannya sambil turunkan hood yang menutupi kepala itu jatuh ke bahu. Menayang wajah seorang lelaki yang mungkin seusia ayahnya sendiri.
"Ya...saya tak apa-apa."angguknya dengan muka termenung.
Dan bila mereka berdua bertentang mata, lelaki berjambang itu tersenyum nipis. "Kamu half-blood rupanya. Huntress?"
Sekali lagi dia mengangguk dengan mula ternganga pula. Wah!Hebat betul pakcik ni.
"Ini...ada kalung untuk kamu...pastikan kamu simpan dan pakaikan ia sebagai pelindungan dari The Hunter yang mahukan kamu tu.."
Tanpa mengelak atau menolak, dia hanya perhatikan pakcik di depannya ini keluarkan sesuatu dari balik kelubung lantas memakaikan dia sekalung rantai ke atas kepalanya. "Senang dapat berjumpa dengan kamu Huntress...jaga diri dengan baik."ujar pakcik di depannya sambil tu.
"Delia!"tak semena suara ibu dia kedengaran dari arah belakang. Dia yang dengar pun cepat-cepat berpaling. Keningnya terangkat lepas nampak ibunya tutup pintu kereta lalu berlari ke arahnya dengan tumit tinggi di kaki. "Apa yang dah terjadi?"
Teringat akan pakcik tadi, dia pun pandang ke depannya semula. Nak ucapkan terima kasih, sekali lepas dia pandang, kelibat pakcik berkelubung tadi sudah tiada lagi.
"Ya Tuhanku...kamu tak apa-apa?Kenapa kamu duduk di sini gelap-gelap?"tidak lama kemudian ibunya sudah melutut di sebelahnya sambil belek muka dan badannya dengan cemas. "Mereka temui kamu ke?"soal ibunya lagi.
Dia yang tak faham apa yang berlaku pandang ke muka ibunya. "Ya...tapi ada pakcik tu selamatkan Lia. Dia bagi rantai ni sekali.."beritahunya serta merta sewaktu angkat tangan memegang rantai yang tergantung di lehernya.
Ibu dia pun tunduk memandang rantai yang dia tunjukkan dengan kening berkerut. Lepas tu dia angkat tangan hendak memegang rantai tu. Dia pun bagi la ibunya lihat sekejap. Lepas tu ibunya pandang ke dia dengan muka sedih nak menangis. "Maafkan ibu nak...ibu patut jemput kamu...mari..kita masuk ke dalam...kita kena pindah semula.."aju ibunya.
"Hah?Pindah lagi?"
"Ya..kalau mereka dah temui kamu di sini..pasti yang lain akan ikut..ayuh.."
"Tapi ibu..pakcik tadi...dia-"
"Jangan risaukan dia...dia bukan orang jahat. Mari!"
Share this novel