Part 9

Fantasy Series 5989

*Ingat Ini Ritual Hapuskan Kejahatan Sampai Ikat Dekat Tiang Macam Ni?*

Rasa seperti selamanya dia pejam mata, akhirnya dia terjaga dari lenanya. Bukan sebab dia nyenyak tapi sebab dia rasa aneh dan lenguh dekat kaki dan lehernya ketika ini. Pelik?Rasanya dia terbaring tadi?Sambil berkerut-kerut kening dia pun membuka matanya. Dan perkara pertama yang dia Nampak ialah kakinya sebelah berkasut, dan sebelah lagi berstokin.

"Dah bangun?"tegur satu suara lelaki dengan tiba-tiba.

Dia yang masih mamai dan pening kepala itu cepat-cepat sentakkan kepala ke atas. Siapa tu?kepalanya di palingkan kanan terlebih dahulu. Bila dia pandang ke kiri, matanya yang berat itu terus segar bugar terbuka luas.

The heck!

Kenapa samseng akademi ada dekat sini?

Dan kenapa dia ada Bersama dengan dengan si samseng ni?

Caesar Altar...kalau Delia bawa masalah, lelaki ini pulak bapak kepada masalah. Apa saja mengenai lelaki ini hanya akan bawa masalah kepada sesiapapun yang libatkan diri dengan Caesar. Tak kira la apa sekalipun isu itu, pasti Caesar ada kaitan. Seseorang yang paling bermasalah dan pelajar paling sukar untuk di kendali. Sesiapa saja yang cuba cari pasal dengan lelaki ini akan bertukar menjadi debu dalam sekelip mata. Dan tiada siapa akan persoalkan tindakan lelaki ini sebab mereka semua terlalu takut. Yang hairannya pihak akademi tak cakap apa-apa mengenai masalah disiplin Caesar atau kenakan sebarang tindakan kepada lelaki ni.

"Apa yang dah berlaku dekat saya?"tanya Delia sambil tunduk memandang dirinya lepas perasan yang dia rasa terkekang tak dapat nak bergerak. "Kenapa saya di ikat macam ni!"what the fish!Ikat dekat tiang lagi tu. "Apa awak buat ni hah!"

Caesar yang sedang bersandar di tiang menghadap Delia itu hanya Tarik sengih jahat di bibir. "Siapa suruh terbongkang merata tempat hanya semata untuk tidur?"selorohnya pula.

Delia berkerut kening tak percaya.

"Hah?"nganga Delia. Terbongkang?Apa lelaki ni cakapkan? "Hei! Awak Ingat ini ritual hapuskan kejahatan ke sampai ikat saya dekat tiang macam ni?Lepaskan saya sekarang!"gelutnya yang memang tiada guna sama sekali sebat tali ni terikat ketat macam belitan anakonda, Dia tak pernah rasa, tapi sebagai perumpamaan saja!

Sambil membuat jengkel dek suara riuh itu, Caesar buat muka sambil korek telinga dengan hujung jari kelingkingnya sebab berasa bingit.

"Diam la!Memekak tau tak suara kau tu!Cuba bawak bertenang!Terpekik-pekik. Bukan nak ucap terima kasih ke apa..tahunya nak meroyan."getus Caesar dengan kening mencerlungnya.

Berdengus tak percaya Delia dibuatnya.

"Hahaha...kelakar!Buat apa saya nak berterima kasih dekat lelaki yang dah culik saya dah ikat saya dekat tiang macam ni!"bidas Delia lagi. Gila!

Caesar silangkan tangan ke dada sewaktu sandarkan kepalanya ke tiang di belakangnya. Dia lirik Delia lalu turun ke rantai yang tergantung di leher tu. "Aku akan lepaskan kau..tapi dengan satu syarat.."Kenapa rantai tu boleh ada dengan Delia?Dia nak tahu!

Ah!Memang tak la!Delia mencebik bibir hendak maki.

"Jangan nak merepek.Lepaskan saya sekarang jugak!"protes Delia sambil gerak hendak longgarkan tali di sekeliling badannya itu, tapi ianya hanya buatkan dia dalam kesakitan je.

Mendengar jawapan itu, Caesar pun menjungkit bahu tak kisah.

"Fine...kau duduk la sini sampai esok sendirian."dengan bersahaja Caesar tolak dirinya dari tiang itu dan gerak mahu pergi dari situ. Saja nak psiko Delia.

Hah!Apa mamat ni baru cakap?Delia lirik akan langkah Caesar dengan mata terbutang luas. "Hei!Mana awak nak pergi tu!Lepaskan saya dulu!"panggil dia.

Namun begitu Caesar buat tak dengar, dia malah maju ke depan dengan langkah bersahaja dan tangan di dlaam poket seluar uniform akademinya.

Pergi saja Caesar dari depannya, dengan cemas Delia pandang kanan dan kiri dia. Nak tengok dimana keberadaannya. Tapi sikit pun tak ada klu yang beri dia jawapan dia dekat mana dia sekarang ni, Nampak macam kawasan hutan, tapi dekat tempat dia berdiri sekarang seperti sebuah pondok batu kecil yang terletak di tengah-tengah hutan pun ada. Kalau dia ditinggalkan sendirian dekat sini...masak la!

Lantas kepalanya di paling laju ke arah Caesar.

"Awak!Tunggu!Fine!Saya dengar!Saya dengar!Jangan tinggalkan saya!"laung Delia sekuat hati ke arah Caesar yang sudahpun berada jauh di hujung laluan hutan itu. Grr!Lelaki ni kan!

Dengar saja suara tu, Caesar berhenti dari berjalan lalu Tarik sengih meleret kemenangnya. Setelah itu, dia pun berpaling dan pasang muka tak ada perasaannya untuk ke Delia semula. Selepas seketika akhirnya dia kembali berdiri di depan Delia dan tatap wajah letih tidak bermaya lagikan tidak terurus itu.

"Apa dia syaratnya tu?"tanya Delia setelah itu.

Mata Caesar terarah pada rantai itu sewaktu berkata."Beritahu aku siapa yang berikan kau rantai tu dan kenapa kau boleh ada rantai tu?"tanya Caesar setelah itu tanpa berlengah lagi. Dia terdesak sangat nak tahu tapi masih boleh kawal ekspresi di wajahnya supaya bertenang.

Air muka marah Delia berubah serta merta selepas dia dengar soalan itu. Mulutnya secara automatic terbuka sedikit sebab terkejut. "Hah?"

"Beritahu aku atau kau stay dekat sini semalaman."arah Caesar lagi dengan renungan seriusnya.

"Memangnya kenapa dengan rantai saya ni?Apa kaitannya dengan awak?"tanya Delia yang mahu berlengah untuk tidak menjawab soalan itu. Gila ke nak dia beritahu. Kalau dia beritahu habis la identity dia terdedah nanti. Dia belum sempat nak jumpa Knight dia...takkan kena pindah lagi.

Hilang sabar menghadap Delia, Caesar pegang rantai tu lalu di genggam erat mahu merentapnya. "Kau jawab atau rantai ni aku rampas!"deramnya dari balik ketapan gigi.

"Eh jangan...jangan rampas ia dari saya."geleng Delia dengan terdesak. Kalau rantai ni jauh dari dia, kedudukan dia akan terdedah! "Please..."dah kenapa pulak Caesar sibuk nak tahu pasal rantai dia. Nak di lelong ke?

"Jawab kalau macam tu..jangan cabar kesabaran aku."tegas Caesar.

Hish!Menyusahkan betul!Delia buat muka berserahnya lalu berkata."Ianya adalah pemberian dari seseorang kepada saya beberapa tahun yang lepas...ianya ibarat tangkal keselamatan saya. Jadi kalau ia ditanggalkan dari saya, Nyawa saya dalam bahaya.."tak guna!Kalau Caesar tahu siapa dia mesti masalah je nanti datang dekat dia!

"Siapa orang tu?"tanya Caesar lagi sebab tak puas hati dengan jawapan Delia.

"Saya tak tahu...ianya seorang pakcik...dia-apapun orang yang bagi saya la. Dan saya tak mencuri dari sesiapapun. Puas hati?Sekarang lepaskan saya!"kata Delia lagi yang teragak-agak nak ceritakan hal yang sebenarnya. Kalau dia beritahu habis la semuanya!Susah payah dia stay dekat sini selama setahun.Takkan nak di sia-siakan pula.

Perlahan-lahan Caesar buka gengamannya dari cengkaman di rantai itu lalu memegang pendant rantai tersebut dengan kening berkerut. Macam mana rantai milik ayahnya boleh ada pada Delia?Kalau ayah dia serahkan rantai ni kepada Delia, itu bermakna yang-

"Kau seorang Huntress."sebut Caesar dengan perlahan semasa angkat matanya untuk memandang Delia. Tak mungkin la...

Dengar saja perkataan itu, Delia pandang dengan muka ;she-f*cked-up'nya ke Caesar. Tengok...dah agak punya! Air liur yang dah berkumpul dalam mulut tanpa sedar sejak tadi di telan olehnya dengan susah payah. Now what?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience