*Pengakhiran Yang Sadis*
Dua jam kemudian.
Di sempadan Kota Cordania.
Krak!
Krak!
Bunyi retak yang dapat di dengar dalam kepala buatkan Raja Blake dongak memandang ke atasnya. Dinding pelindung pada tembok pertahanan yang ada di depannya mula meretak perlahan-lahan namun tidak berhenti.
Dari satu retakan ianya pecah menjadi beberapa retakan, dan dari beberapa retakan itu muncul puluhan retakan yang lain.
"Haish sh*t!"lafaz Raja Blake sebelum turunkan kepalanya lalu memandang ke depannya dengan kening mencerun marah. Sempadan ni tak dapat bertahan lagi!Kuasa sihir Dark Orc terlalu kuat untuk mereka kekang!"Berundur!BERUNDUR SEKARANG!!!!"arahnya selantang yang boleh. "Arahkan semua orang berundur dan duduk di tempat perlindungan!Pasukan pertahanan maju ke depan!Yang lain berundur!Berundur!"
Sebaik saja perintah itu di laung, maka muncul la beratus-ratus pasukan tentera pertahanan yang mengenakan sut combat berwarna purple keemasan masuk ke ke barisan depan sementara pasukan penjaga sempadan undurkan diri ke belakang. Tanpa tunjukkan rasa gentar, mereka semua buka langkah dengan tangan bercahaya dengan kuasa purple mereka bersiap sedia hendak menyerang musuh apabila tembok pertahanan mereka lumpuh.
Raja Blake tidak berhenti setakat itu, dia malah bergerak dekat timbunan batu gergasi yang telah di kumpulkan sejak awal lagi. Berjuta tan batu yang di ambil dari pergunungan selama berbulan lamanya itu di hadapnya dengan mata bercahaya warna biru.
Apabila tangannya mengeluarkan cahaya, batu-batu di situ mula bergetar-getar lantas bergerak dengan sendirinya. Batu-batu itu berkumpul membentuk sepasang kaki lalu naik menjadi badan sebelum berhenti setelah kepala wujud di badan batu gergasi itu. Mulanya satu kemudiannya tiga lalu menjadi belasan gergasi batu berdiri di situ atas hasil kuasa Raja Blake.
"Pertahankan tanah ini.."arah Raja Blake kepada raksasa batu di situ sebelum jatuh rebah melutut di situ dengan hidung berdarah.
Royal Guardian yang berada dekat Raja Blake cepat-cepat menyambut ketua mereka itu sebelum lelaki itu sempat rebah ke tanah. Mana tidaknya sudah seharian Raja Blake gunakan kuasanya untuk bantu mereka semua di sini. Dari pertahankan sempadan dan banteng perlindungan, Raja Blake turut bantu berikan kuasa buat tentera yang cedera dan keletihan. Belum ditambahkan lagi dengan tentera gergasi batu yang baru di cipta.
Di saat gergasi-gergasi itu siap di cipta, dinding sempadan itupun pecah berderai.
Habis berbondong-bondong tentera Orc menyerbu masuk ke dalam kawasan sempadan Kota Cordania itu. Mereka meraung dan mengaum dengan penuh bersemangat sewaktu menyerang sesiapa saja yang ada di laluan mereka.
Tentera pertahanan yang ada di barisan hadapan pun bertarung sepenuh hati mereka. Ada yang Berjaya bekukan orc jadi ais, ada juga yang Berjaya ubah orc di situ menjadi debu sekaligus ada jugak yang Berjaya memegal kepala-kepala goblin yang menyerang mereka.
Namun begitu terdapat juga yang terkorban dek tetakan tentera Dark Orc, ada yang di sihir oleh Raja Dark Ork sendiri hingga berubah menjadi satu daripada Orc dan Goblin di situ. Buatkan tentera tersebut menentang rakan sepasukan mereka sendiri.
Troll gergasi turut masuk ke kawasan pertarungan itu dan memijak mana-mana tentera yang ada di situ. Kalau tak puas mereka capai manusia di situ dengan tangan besarnya untuk di makan bulat-bulat.
Ketika itu la datangnya gergasi batu menghulurkan bantuan. Sama seperti situasi yang menimpa para tentera di situ, gergasi batu itu menginjak setiap Orc dan mahkluk bengis yang cuba memasuki sempadan tersebut. mereka pijak dan pijak hingga penyet di bawah kaki batu itu. Troll yang ada di situ kemudiannya di tumbuk oleh gergasi batu hingga beberapa gigi milik troll itu berterabur keluar.
Di balik kekecohan itu, dengan gah dan majestic Raja Dark Orc jalan masuk ke situ. Menyebarkan kuasa negatifnya yang buatkan tumbuhan atau rumput di situ mati kelayuan dan langit di situ menjadi hitam dan kotor.
"Bunuh semuanya!Hapuskan mereka!Jangan tinggalkan satu pun manusia hidup!!"laung Raja Dark Orc dengan jahat lalu diikuti kebanjiran tentera Orc dan goblin yang tak terkira kuantitinya memasuki laluan yang terbuka di sempadan itu ke kawasan pekan dan tempat tinggal yang ada.
Habis semuanya di mamah api!Langit malam yang sudah masuk subuh terang dengan cahaya api yang merebak dengan pantas ke seluruh kawasan kota itu. Suara jeritan orang meminta tolong dan meraung kesakitan di selangi dengan ngauman haiwan buas memenuhi kawasan itu.
Raja Blake yang sedang recover dari kesan penggunaan kuasa berlebihannya itu di kawal oleh Royal Guardian yang bertugas menjaga keselamatannya. Dia kini berada tidak jauh dari tempat pertarungan sedang terjadi di datangi oleh Raja Dark Orc.
"Well...well...tengok siapa yang aku jumpa.."beritahu Raja Dark Orc dengan nada mengejeknya semasa tiba di situ.
Dua dari Royal Guardian di situ terlebih dahulu menerpa ke arah Raja Dark Orc. Tapi dengan mudah dua orang itu dibunuh menggunakan kuasa awan gelap membunuh milik Dark Orc.
Baki Royal Guardian di situ berdiri menghadang Raja Blake yang sedang memegang dada sambil bersandar pada batang pokok di situ. Mereka takut tapi keselamatan raja mereka adalah keutamaan sekarang ni! Jadi mereka ketepikan perasaan takut itu sambil hunus senjata dan talakan tangan yang bercahaya kuasa..
Raja Blake yang berwajah pucat itu pandang ke arah Raja Dark Orc dengan kening mencerlung. Alang-alang musuhnya ada di sini. Dia takkan berundur!Biar dia akhirkan nyawa lelaki ni sekalipun dia terpaksa gadai nyawa dia sendiri.
Share this novel