*The Knight.*
Tubuh dia tercampak ke lantai buat kali ke berapa. Namun belum sempat dia nak bangun kolarnya di cekau kasar. Hal itu buatkan dia terpaksa bangunkan diri dari situ walaupun tak larat lagi.
"Lawan la...hari tu bukan main lagi kau tunjuk hero depan semua orang selamatkan Budak yang aku buli. Sekarang kenapa tak boleh pulak?"sengih Donna dengan muka kemenangnya lepas dia belasah Delia cukup-cukup sejak tadi.
"Itu bukan sumpahan...tapi side effect dari posyen yang aku hasilkan"sejujurnya dia tak dibenarkan menggunakan kuasa dia terlalu kerap atau Hunter akan kesan keberadaannya dengan mudah. Untuk itu dia tak boleh gunakan kuasa dia semata untuk melawan Donna.
"Ahahaha...kelakar...posyen?Asal kau tak ada kuasa sihir yang nak di gunakan untuk lawan aku balik?"gelak Donna yang mengetatkan lagi cekauannya pada kolar Delia.
"Hentikannya Donna..."arah Delia dengan nafas tertahan-tahan. Dia tak rasa sakit. Tapi dia tahu siapa yang tengah tanggung sakit dia. Para Knight!Kalau Donna tak berhenti...mereka semua akan dalam keadaan yang teruk.
"Kenapa?Dah sakit?"Donna lentokkan kepalanya ke sisi lalu Tarik sengih jahatnya.
Dia tak nak gunakan kuasanya. Dia baru caj tenaganya. Takkan la dia nak sia-siakan kuasanya ini hanya untuk ajar Donna!"Kau tak nak tahu apa yang aku akan buat pada kau..."pesannya.
"Uuu...takutnya..sekarang kau tengok apa aku akan buat pada kau perempuan tak guna. Lain kali kau fikir dua kali sebelum macam-macam dengan aku!"Donna angkat tangan kirinya yang bebas itu lalu keluarkan asap berwarna hitam dari situ. "Mari kita burukkan lagi muka kau yang sedia buruk ni...kau ingat kau bersolek semula dapat cantikan diri kau yang hodoh ni!Ahahah"beritahu dia sambal ketawa sambil dekatkan awan hitam itu ke muka Delia.
Tidak tahu hendak buat apa, Delia gunakan tindakan manual untuk selamatkan dirinya iaitu dia pusingkan badannya ke belakang lalu pegang tangan Donna yang mencekau kolar bajunya lantas tubuh itu di campak ke atas lantai dari arah bertentangan.
KEDEBUK!
Sesaat kemudian, Donna sudahpun terlentang dekat situ. Tanpa berlengah Delia larikan diri dari situ Bersama baju yang penuh dengan bekas terbakar dan luka akibat serangan Donna sebentar tadi.
"YAH!!!!!"teriak Donna dengan hysteria dekat belakang. "Kau nak pergi mana hah!Ke sinI!"
Delia tak berhenti berlari. Dia tak tahu dia hendak ke mana, jadi dia hanya lari secara membuta tuli ke arah Lorong yang ada di sekitarnya.
Donna dekat belakang ikut mengejar langkah Delia tanpa berhenti memanggil namanya. "BERHENTI AKU CAKAP!"
Tanpa Delia sedar, ketika dia sibuk berlari, kaki dia telah membawa dia ke kawasan dimana asrama pelajar lelaki berada. Jadi dia masuk dalam bangunan itu melalui pintu Utama. Masuk saja ke situ, dia gerak ke belakang dinding yang terdapat di tepi sebuah pokok hiasan di situ dan bersembunyi di baliknya.
Bercangkung la Delia di tempat sempit itu dengan mulut tertekup tangannya. Nak halang nafas naik turunnya di dengari oleh sesiapa.
10 saat kemudian baru la suara Donna kedengaran semula. Suara yang memekik panggil akan namanya di luar bangunan tersebut.
Jadi Delia diam je dekat situ tidak bergerak sambil memasang telinga. Berharap perempuan psiko itu pergi dan tinggalkan dia. Matanya gerak kanan dan kiri dengan resah. Takut dia kalau Donna masuk dalam bangunan asrama lelaki tu.
Detik demi detik pun berlalu dan suara Donna tidak lagi kedengaran. Mungkin sudah berputus asa dan pergi ke tempat lain. Yang mana buatkan Delia turunkan tangannya ke bawah dengan nafas lega yang panjang.
Nasib baik!
Elok dia bercangkung dekat situ, Delia terus duduk bersimpuh dan sandar di dinding situ hilangkan rasa penat. Sumpah!Terkejut betul dia dengan semua tu tadi. Kalau ya perlu ke Donna marah sampai macam ni sekali?Macam nak bunuh dia terus! Habis tak pasal-pasal rosak baju dia! Sudah la edisi terhad!Ugh!Kalau dia tahu semua ni akan terjadi dia pakai baju lama dia je.
"Kau dah okay ke?Sakit lagi?"
Tiba-tiba muncul tapak kaki berjalan dan orang bercakap kedengaran dari arah pintu masuk asrama.
Sh*t!
Mata Delia terbutang luas lepas dengar.
"Apa yang dah berlaku?Kenapa kau orang sakit?"
"Kau salah makan ke?"
Borak pelajar lelaki yang berjalan masuk ke dalam bangunan itu dari seorang diri kepada kumpulan sebelum beramai-ramai.
Delia yang masih menyorok di balik dinding dekat belakang pokok hiasan di situ tidak bergerak atau bernafas. Dia hanya duduk bersandar di situ dengan nafas tertahan-tahan. Tak nak ketahuan dengan mereka yang dia adalah punca mereka sakit!
Semua ni salah Donna!Tunggu la!Lepas dia jumpa Knight nya nanti. Akan dia buat perhitungan dengan perempuan tu!
Selepas setengah jam menunggu di situ, Delia menyusup keluar dari asrama pelajar lelaki terus ke asrama pelajar perempuan. Mujurla waktu dia pergi ketika itu adalah waktu kelas sedang berlangsung. Jadi dia tidak bertembung dengan Donna.
Malam tu baru la dia bertemu dengan Rose. Tapi dia tak ceritakan apapun tentang kejadian yang menimpa dirinya sebab Rose sendiri sibuk menceritakan apa yang terjadi terhadap pelajar lelaki akademi siang tadi.
Share this novel