Part 34

Fantasy Series 5989

*Pertelingkahan Dua Kuasa.*

Luca pandang silih hanti akan dua orang rakannya yang saling berhadapan ketika ini. Patutnya mereka bertiga berkumpul untuk bertolak ke istana sama-sama. Sekali tu Sage ungkit tentang identity Delia dan tuduh Caesar rahsiakan hal sebenar mengenai kenyataan yang Caesar dah tahu siapa Delia sebenarnya dari awal tapi tak nak beritahu. Caesar apa lagi, dia balas la balik. Caesar cakap dia cuma tahu Delia seorang Huntress. Bukan Tuan Puteri. Sage pulak cakap, Caesar hanya nak nama baik dekat diri sendiri sebab tu tak nak beritahu awal-awal dan gunakannya sebagai alasan. Caesar bidas balik kata-kata Sage. Yang Sage sendiri tak nak beritahu dia semua yang Sage tahu mengenai Huntress yang di letakkan dekat dalam akademi ni, jadi Caesar pun tak nak la kongsikan maklumat kepada Sage.

Dan seterusnya mereka berdua bertekak perkara yang sama. Seorang salahkan orang tu. Seorang tuduh orang tu.

"Kau dah ada Huntress kau...uruskan Huntress kau sendiri la!"marah Caesar.

"Kalau aku tahu kau adalah Knight dia, lama aku dah jadikan dia Huntress aku bukannya Donna!"dengking Sage pulak.

Luca dan Caesar pandang terkejut ke Sage lepas dengar pengakuan tu.

"Apa maksud kau hah!"soal Caesar sambil berkerut kening tak puas hati.

Sage mengetap gigi menahan sabar. Dadanya naik turun keberangan. Selama ni dia fikirkan dia akan jaga Knight buat Delia. Tapi tak!Beria dia jaga dan perhatikan Delia senyap-senyap setelah ayah dia beritahu mengenai kehadiran Delia ke akademi dan siapa Delia yang sebenarnya. Oleh kerana kedua ibubapa Delia mintak tolong ayahnya untuk tengokkan Delia. Dia dengan berlapang dada menerima permintaan itu. Dan sekarang!Lihat!Bukan Delia!Sebaliknya Donna Huntress dia!Paling menyakitkan hati Caesar yang sebaliknya jadi Knight Delia!What the hell!?

"Sebelum kau, aku dah tahu lebih awal Delia seorang Huntress. Sejak kali pertama dia jejak kaki ke akademi ni, aku yang jaga dan perhatikan dia selama ni. Kemudian kau muncul dan mengaku kau adalah Knight dia!"ngaku Sage dari balik ketapan gigi.

Mulut Luca ternganga. Dia pandang ke Caesar lepas Sage cakap macam tu dengan berani pada ketua mereka ni. Serius la!Dia tak tahu pulak hal boleh jadi complicated macam ni?Jadi selama ni Sage ada perasaan dengan Delia, tapi Caesar masuk cucuk ke line Sage kebetulan pada masa yang sama Donna adalah Huntress untuk Sage?Pergh!Awesome!

Caesar tidak membalas. Dia mengepal penumbuknya sewaktu mendengar segala kata-kata Sage kepadanya. Memangnya dia nak mintak semua ni ke!?Benda bukan dia yang rancang!Sage tak patut rasa dengki terhadap dia macam ni sekali!Mereka dah berkawan bertahun lamanya!Takkan la gara-gara semua ni mereka perlu berbalah.

"Wei...kau orang...sudah la tu. Kita nak menghadap raja ni. Kau orang gaduh kan tak elok."halang Luca yang gerak hendak dekati dua rakannya itu.

Maka terdiam Sage setelah itu. Dia pandang marah ke Caesar sebelum palingkan kepala ke arah lain.

Sementara Caesar hanya buat muka kesalnya sebelum pandang pintu Utama balairung seri istana yang tertutup kerana raja belum tiba di situ lagi.

Sambil buat muka, Luca berpaling ke belakangnya untuk lihat barisan Knight dan Royal Guardian yang sudahpun beratur dan berdiri di situ sejak tadi menyaksikan pertengkaran dua orang kuat kumpulan mereka itu. "Anggap je kau orang tak dengar apa-apa atau nampak apa-apa.."beritahu dia kepada mereka di situ.

Para Knight yang ada di situ beri anggukan faham kepada Luca tanpa berkata apa-apa lagi. Sejak tiba di istana bersama dengan tiga orang ketua mereka tadi, sejak itu la mereka dengar mereka bertekak mengenai Huntress dan tuan puteri yang dikatakan dapat membantu mereka memerangi tenterah dari Dark Orc dan tawan semula negeri-negeri yang di jajah mereka.

Disebabkan peperangan semakin serius dan banyak negeri telah di tawan, mereka semua sangat terdesak sejak beberapa tahun ni gara-gara hendak mengesan keberadaan tuan puteri mahko Memandangkan misi mereka telah selesai. Kini tiba masanya mereka terima titah baru dari raja mereka untuk misi yang seterusnya.

Tak sangka pulak mereka kena hadap pertengkaran antara dua kuasa ni.

Tidak lama mereka berkumpul di situ, sekumpulan pembesar, penasihat dan raja sendiri bergerak dalam kumpulan dari arah bertentangan menuju ke arah Caesar dan Knight di situ.

Dengan megah dan majestik raja muda itu dekati mereka. Setelah dia berdiri di situ, raja tersebut lirik akan Caesar, Sage dan Luca sebelum ke barisan Knight yang ada di situ. "Semua dah ada dekat sini?"tanya dia dengan serius.

Caesar tundukkan kepalanya ke bawah."Sudah tuanku."

Sage mengetap gigi sambil kerling ke arah lain.

"Kalau begitu kita mulakan sidangnya.."arah Raja Cordania, Blake Hawke.

"Baik tuanku."sambut mereka semua di situ dengan serentak dan tundukan hormat pada raja mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience