*The Fight Between The Knight!*
"Bye...jumpa masa makan tengah hari nanti.." pamit Rose lepas selesai ambil buku di lokar untuk kelas paginya hari ini.
Delia yang sedang mencari barang dalam lokarnya yang tak tersusun itu hanya melambai tangan tanpa memandang ke arah rakannya. "Bye..."
Setelah itu Rose pun berlalu pergi dari situ kerana perlu lekas. Tinggal la Delia sendirian di depan pintu lokar itu yang bercakung ketika menyelongkar sesuatu di dalam kotak barangan persediaan posyen dia. Dia sedang cari botol kaca kosong untuk kelas posyennya. Tapi entah dimana benda itu berada.
Bila dia lihat lebih dalam lagi di kotak itu, akhirnya dia temui jugak botol kaca kosongnya. Dengan senyuman lega, Delia pun berdiri dari cangkungannya. Lantas gerak mencapai buku teks di situ dengan botol kaca di tangannya. Terus dia berpaling hendak pergi dari situ.
Namun begitu baru sahaja dia berpaling, mukanya hampir saja melanggar dada seseorang. Dengan reflex, Delia undurkan kaki ke belakang serta merta sebelum pandang ke depannya dengan kening berkerut. Niatnya ingin meminta maaf sekali bila dia pandang siapa orang di depannya, kening dia terus mencerlung tajam.
"Morning.."sapa Luca dengan tangan di dalam poket.
Mata Delia naik turun sewaktu menilik lelaki di depannya. Dah kenapa muncul depan dia tiba-tiba macam ni. "Ada apa?"soalnya.
"Awak patut balas dengan perkataan 'good morning Senior Luca...' baru la elok...cuba."aju Luca dengan senyuman sinis di bibir.
Buang tebiat betul!Awal-awal pagi nak buat perangai pelik. Delia buat muka tak faham. "Nak apa sebenarnya ni?Kalau nak merepek lain kali, saya ada kelas nak pergi"
"Salah ke kalau saya nak tegur kawan satu akademi saya di hari yang baik ni?"tambah Luca lagi.
Salah tu memang la tak salah. Masalahnya tak pernah-pernah Luca datang temui dia dan menegur dirinya macam mereka ni dah bersahabat baik. Tak ke pelik namanya tu. Memang sah lelaki ni dah buang tebiat. Hari yang indah konon. Dekat luar sana tengah hujan kot. Tang mana indahnya. "Ihh..sudah la. Pelik-pelik je la perangai...nak sapa pergi sapa orang lain sana.."gerutu Delia yang berasa rimas tiba-tiba dengan kehadiran Luca di situ.
Tanpa membuang masa lagi Delia pun berpaling dari situ meninggalkan Luca. Setelah beberapa langkah dia berjalan, dia tiba di depan sebuah selekoh. Namun baru sahaja dia hendak pusing ke selekoh itu, pada masa yang sama seseorang muncul dari arah bertentangan. Hendak belok ke arahnya. Disebabkan Delia tak menjangka kehadiran orang tersebut, maka perlanggaran pun terjadi.
Buku dan botol kaca milik Delia terlepas pegang akibat perlanggaran tersebut dan serta bunyi kaca pecah kedengaran.
"Seriously!"keluh Delia masa tunduk memandang buku teks posyen serta botol kaca yang telah pecah di lantai depan kakinya itu. Apa masalahnya hari ni?Tak boleh ke hari dia berjalan dengan lancar untuk satu hari tanpa masalah!"Jalan pandang mana?"bebelnya semasa angkat kepala memandang ke depan untuk melihat siapa yang melanggar dia.
Sage si berlagak berdiri di situ dengan renungan judgingnya kepada Delia.
Mata Delia terbutang sikit sebab terkejut bila tengok wakil pelajar akademi berdiri di depannya. "Awak?"sebutnya dengan kening berkerut.
Dengan bersahaja, Sage tunduk memandang ke lantai di mana buku serta bekas kaca Delia yang sudah terbelah kepada beberapa bahagian. Dan pada masa dia angkat kepala untuk pandang ke Delia semula, buku serta serpihan kaca di situ mula terapung di Udara dengan sendiri di depannya. "Patutnya aku yang tanya kau soalan tu?"
Menyampah dengan pertanyaan itu, Delia hulur tangan mencapai bukunya yang terapung itu. "Bukan salah saya okay...dah awak yang dekat depan patutnya sedar dulu dari saya.." balasnya sambil tu.
Tanpa menggunakan tangan atau pergerakkan yang banyak, Sage berjaya sambung semula botol kaca yang pecah itu dalam sekelip mata kepada keadaan sedia kala. "Aku beritahu kau Delia...jangan libatkan diri dalam masalah atau perkara yang boleh susahkan hidup orang lain.." beritahunya ketika memandang Delia dengan kening mencerlung.
Delia buat muka. Dia pegang botol kaca yang siap di cantumkan semula itu lalu digenggam dengan erat. "I'am...kalau orang lain tak cuba cari masalah dengan saya...siapa yang suka buat masalah. Entah apa-apa.."jelingnya sebelum gerak untuk pergi dari situ.
"Aku serius Delia...jangan timbulkan masalah.." tegas Sage lagi sambil memandang ke balik bahunya lepas Delia jalan melewatinya begitu sahaja.
Tidak membalas, Delia hanya buat muka lalu gerak pergi dari situ meninggalkan Sage. Dah kenapa lelaki tu sibuk nak beri pesan dekat dia bagai. Dia tahu la. Ingat dia ni Budak-Budak ke!Menyibuk. Macam mak-mak betul. Ibu dia sendiri tak macam ni la!Ayah dia pun tak tegur apa-apa. nak melebih dah kenapa. Dasar menjengkelkan.
Share this novel