*Lawatan Ke Kem Ketenteraan*
Bersama-sama dengan Sage, Caesar hadirkan diri untuk melawat ke kem latihan tentera yang dikhabarkan telah di serang wabak. Atas arahan dari Raja sendiri, mereka berdua gunakan masa outing untuk jalankan tugas itu. Sementara Luca yang lain uruskan penangkapan pemburu.
Sepatutnya para tentera yang di latih di sini sudah sedia untuk bertempur. Tapi entah kenapa tiba-tiba berlakunya kejadian yang buatkan hampir separuh dari 5 ribu tentera di sini jatuh sakit dan mati. Habis rosak pelan mereka hendak serang daerah Dark Orc dan tawan semula tempat yang dijajah oleh geromboralan mahluk ajaib tersebut.
Untuk siasat kejadian itu, Raja Blake hantar mereka berdua ke situ untuk pantau dan cari tahu kenapa kejadian ini berlaku.
Mereka perlu cari tahu punca dan dari mana semua ni bermula.
Pada masa yang sama Caesar pantau akan misi yang sedang di jalankan oleh Delia dan Luca. Dia yakin rakan sekumpulannya dapat handle semua itu dengan mudah.
Namun begitu lain pulak berita yang sama ke dia waktu ini.
"Delia marah. SANGAT!"tekan Luca pada perkataan terakhir."Asal kau tak jelaskan dia rancangan kita dari awal?"
Caesar yang sedang tunduk melihat keadaan tentera yang sedang mengalami demam panas itu bersuara dalam kepalanya. "Aku tak sempat. Lagipun kalau Delia tahu dari awal. Mahunya dia nak setuju."jelasnya.
Waktu itu Sage datang ke sebelahnya lalu serahkan dia rekod perubatan yang di catat di atas buku berkulit tebal. Dia pun capai buku tersebut dan membaca catatan tersebut dengan kening berkerut.
"Sekarang ni dia angin sangat. Jangan salahkan aku untuk hal ni"beritahu Luca lagi.
"Kau dah dapatkan Hunter untuk aku?"tanya Caesar lagi dalam kepalanya.
"Dah...ada ni. Aku biarkan seorang je yang terlepas. Gibson dengan Carlos ekori dia ke tempat persembunyian dia orang...sekarang kau nak buat apa?"jawab Luca .
Lepas Caesar teliti maklumat dalam catatan itu, dia dapati mereka semua tak dijangkiti kuman atau apa-apa. Alergik tiada. Darah bersih. Makanan bersih. Hasil minuman pun bersih. Pemeriksaan dijalan tiada melibatkan perkara yang medik. Itu bermakna.
"Dia orang semua neutral...tabib kata semuanya sihat tiada jangkitan. Itu bermakna dia orang mati dan sakit sebab sihir.."beritahu Sage yang menyambung fikiran Caesar. "Nampaknya ada yang dah sabotaj kem tentera kita sebab dia orang tahu kita akan buat serangan"
Caesar termenung memandang sekeliling khemah yang di penuhi dengan orang sakit di situ. Kalau macam tu rancangan mereka untuk cari tahu persembunyian Hunter rosak. "Luca...kumpulkan semua Knight yang ada dekat luar. Yang Budak akademi jangan libatkan dia orang...beritahu dia orang untuk bersiap sedia. Aku akan datang ke sana lepas selesaikan urusan dekat sini."beritahunya dalam fikiran.
"Okay. Kita nak serang tempat persembunyian The Hunter la ni?"soal Luca hendak dapatkan kepastian.
"Ya...tapi tunggu sampai aku ke sana sendiri. Sementara tu standby dulu."jawab Caesar lagi.
"Okay. Aku akan sampaikan."beritahu Luca sebelum putuskan lingkungan komunikasi mereka.
Setelah itu Caesar pandang ke Sage. "Kau tunggu sini. Aku balik semula ke akademi. Ada urusan yang aku nak buat. Sambil tu pantau keadaan dekat sini. Ada apa-apa beritahu aku."beritahunya.
"Kenapa?Pelan dekat Pekan Grover gagal ke?"tanya Sage dengan kening berkerut. "Delia okay?"
Caesar pandang slack ke Sage lepas sebut nama Delia. Tapi dia tak bagi komen. "Donna dengan kawan-kawan dia belajar seni penyembuhan kan?"tanya dia yang tidak mahu jawab soalan tu. Yalah bukan urusan Sage untuk ambil tahu tentang Huntress dia.
"Ha'ah.."angguk Sage serta merta lepas kesan reaksi tak suka Caesar kepadanya lepas dia tanya macam tu tadi. "Kenapa?"
"Aku nak kau panggilkan dia orang bertiga untuk bantu rawat mereka yang ada dekat sini.sembuhkan seramai mana yang boleh kemudian beritahu aku."Caesar serahkan buku itu ke Sage semula sebelum berpaling keluar dari khemah tersebut.
Sage sambut bukut catatan itu lalu perhatikan pemergian Caesar sehingga rakannya itu keluar dari situ.
Keluar saja dari khemah itu, Caesar jalan merentasi laluan celah khemah itu sebelum bulatan pentagram muncul di depan laluannya. Dengan bersahaja, dia masuk ke dalam bulatan itu sebelum tembus terus ke kawasan pekan sesaat kemudian.
Suasana murah berkhemah tadi berubah kepada suasana riuh rendah orang berjual beli dan kesibukan penduduk di pekan itu ke sana ke mari melakukan sesuatu.
Bila Caesar tiba di tengah laluan jalan Utama, dia gerak ke laluan pejalan kaki menuju ke sebuah kedai yang ada di sepanjang laluan itu.
Share this novel