*Kelas Paling Boring Mengalahkan Ucapan Debate Trumph Versus Bidden*
Jangan tutup.
Ugh!
Tersenguk kepala dia hampir nak terhantuk dekat meja dibuatnya!
Dia gunakan jari untuk bukak mata dia supaya tidak tertutup. Namun makin berat pulak mata dia!
Mengantuknya!
Jadi pelajar ni benda paling bahaya dan tiada ubatnya ialah mendengar syarahan pengajar., Ya!Tak payah pakai ubat tidur langsung. Dengar je mereka cakap gerenti!Tertidur punya!Serius!Kelas ini adalah kelas paling boring mengalahkan ucapan debate Trumph Versus Bidden.
Lagi-lagi kalau memang dah sedia mengantuk...memang parah la jawabnya!
Tak dapat tahan lagi, Delia terus jatuhkan kepalanya ke meja dan letakkan tangan dekat bawah sebagai alas. Sumpah!Dia mengantuk sangat ni!Tak boleh nak bukak mata langsung. Badan dia jangan cakap la..penat dan sengal-sengal sekarang ni.
Tapi tak lama, beberapa saat kemudian suara menempik kuat kedengaran.
"Delia Kerrie!"
Dengan mengejut kepala yang berada di atas meja berbantal lengan itupun terangkat tinggi.
Mereka yang ada di dalam kelas ikut pandang ke arah Delia lepas master mereka naik angin terhadapnya. Tapi mereka tak terkejut pun sebab sudah terbiasa dengan situasi ni. Dah setahun Delia dekat sini, setahun itu la mereka hadap perkara yang sama. Tiada bezanya.
"Apa nak jadi dengan kamu ni!Tak dapat lewat ke kelas, tidur di dalam kelas...memangnya kamu dekat sini cuma untuk makan minum tidur semata aje ke?"bebel Master Ginny di depan kelas sewaktu menyampaikan cara nak gunakan kuasa tanpa memberbahayakan orang sekeliling. Sementara dia dekat depan kelas sibuk habiskan air liur, boleh pulak pelajar dia tidur!Bertuah betul!
Bukan saja-saja buat muka letih tak laratnya, Delia angkat kepala lalu menguak rimas rambut dari muka yang memang tiada seri dan tak terurusnya sebelum memandang Master Ginny. Kalau dia ada tenaga dan tak penat, lama dah dia beri tumpuan. Masalahnya dah bukan dia yang suruh mata dia mengantuk begini, nak buat macam mana lagi. "Maafkan saya master..."ucapnya sebelum tekap dahi dengan tapak tangan lalu menopang kepala sambil tunduk memandang ke bawah.
Master Ginny menggeleng kepala kesal kerana berasa tak percaya kerana memiliki pelajar seperti Delia di dalam kelasnya. Sudah la tak pandai bergaya, muka tak ada semangat macam mak beranak tiga. "Apa yang kamu penatkan?Jaga anak ke?Jaga suami?Penat mengalahkan saya sendiri yang ada anak empat.."cebiknya dengan menyampah.
Delia tak menjawab sebab dia sudahpun terlena semula dekat situ.
Beberapa orang pelajar yang ada berdekatan dengan Delia perasan akan kejanggalan yang di tunjukkan olehnnya. Yang mana buatkan mereka pandang tak berkedip akan keadaan kasihan Delia di situ. Mereka sendiri tertanya-tanya kenapa Delia tak macam pelajar perempuan yang lain. Malah mereka boleh Nampak aura yang malap dan lemah di sekeliling badan tu. Beritahu bawaha Delia benar-benar lemah waktu itu.
"Sudah...saya mahu kamu keluar dari kelas saya...kamu buat apa kamu nak buat. Bila peperiksaan nanti, pandai-pandai la kamu jawab."halau Master Ginny tanpa belas simpati terhadap Delia.
Oleh kerana tidak mahu buat kecoh dan ganggu sesi pembelajaran rakan-rakannya yang lain, Delia bangun dari situ tanpa berkata apa-apa. Namun masa dia nak bangun pun tak larat, malah dia terduduk semula dekat situ.
Pelajar dalam kelas tu ada yang hampir hendak bangun dari situ mahu membantu, namun mereka tak berani nak dekat sebab takut nanti mereka pulak yang di pandang rendah sebab bantu manusia separuh ahli sihir yang sememangnya berkedudukan rendah dalam dunia magika di sini.
Master Ginny buat muka menyampah. Nak berlakon lemah pulak!Hish!Kalau dah namanya half-blood selamanya memang menyusahkan agaknya! "Cepatla!Jangan nak mengada-ngada dekat situ boleh tak!Kamu ingat berlakon lemah macam tu orang nak kasihan pada kamu ke?"sungutnya. "Dasar half-blood tak guna...kalau dah tak mampu jadi ahli sihir tulen...duduk je dekat dunia manusia tu diam-diam. Tak payah menyemak dekat dunia sihir ni...tak membantu pun!"
Delia yang dengar pandang terkilan ke Master Ginny. Mata merah dan berlingkaran hitam milik dia berkedip beberapa kali untuk hilangkan rasa hangat yang menjalar di bebola matanya ketika itu. Bukan dia mintak nak jadi macam ni...ingat dia nak sangat ke duduk sini. Kalau bukan sebab tak nak sakiti manusia biasa, dia takkan duduk dekat dunia magika ni dan tahan sakit semua ni.
Bersama sisa tenaga yang ada Delia gagahkan jugak badan dia untuk bangun dari situ. Nanti!Kalau dia dah temui Knight sebenar dia!Siap la mereka yang cemuh dan hina dia selama ni!Dia akan tunjukkan siapa diri dia yang sebenarnya! Tak guna betul!Sambil mencengkam kuat pada meja di situ, dia Berjaya berdiri dan gerak menyandang beg ke bahunya lemah longlai. Sememangnya tiada lagi tenaga yang tersisa memandangkan dia tak sempat nak tidur kerana sakit dia berpanjang dari tengah malam hingga la matahari terbit tadi. Sebab itu la dia boleh masuk awal ke kelas hari ni. Gara-gara dia tak tidur langsung punya pasal.
Rakan-rakan sekelas Delia hanya perhatikan langkah Delia sewaktu rakan mereka itu keluar dari situ dengan kepala tergantung ke bawah tiada semangat Bersama renungan serba salah dan ambil berat mereka.
"Okay...sampai mana tadi?"tanya Master Ginny yang kembali kepada postur ceria dan bersemangat dia kepada pelajar yang lain.
Pelajar-pelajar dekat situ ada yang buat tak tahu, ada jugak yang buat muka menyampah dengan perangai talam dua muka master mereka itu. Tapi tak ada sesiapa beri komen atau bersuara mengenainya.
Share this novel