*Better Beritahu Sebelum Menyesal*
Keberangkatan Rose dan master Karina pergi dengan keadaan senyap tanpa isu atau kekalutan. Delia sendiri yang temankan Rose dan Master Karina bertolak pada hari itu. Memang ada yang tertanya-tanya. Tapi lepas beberapa hari kemudian semua orang dah lupa dan jalankan rutin harian seperti biasa.
Disebabkan Master Karina berhenti secara tiba-tiba, kelas yang sepatutnya dia ajar tiada gantinya. Jadi merekayang ada di kelas Master Karina buat hal sendiri paling tidak merayau di sekitar kawasan akademi hendak buang masa yang ada.
Dan orang itu tak lain tak bukan, Delia sendiri.
Kawan lain boleh duduk dalam kelas diam-diam.
Delia malah berkeliaran dekat sekitar akademi. Tayang rambut merah merun di mana-mana.
Sedang dia duduk di tembok batu tingkat empat bangunan dia pandang pemandangan luas yang ada di depannya ketika itu sambil mengecilkan mata. Melihat langit gelap yang ada di hujung nun jauh di sana. Tempat dimana negeri dia terletak. Disebabkan sempadan negeri ni dijaga dengan baik, Dark Orc tak boleh tembus. Tapi tak boleh dibiarkan macam tu je. Lama-lama mereka boleh tawan tempat ni silap masa.
Flashbacks
"Macam mana nak bebaskan negeri kita ibu?"tanya dia kepada Ibunya semasa mereka berdua duduk di seat belakang kereta semasa dalam perjalanan untuk ke Kediaman Master Oldie.
"Hapuskan Dark Orc. Kalau ketua mereka mati, maka semua tenteranya akan di hapuskan juga."jawab ibunya.
"Dengar macam senang?Tapi kenapa sampai sekarang tak ada siapa yang Berjaya hapuskan dia?"
Ayahnya ketawa kecil di seat driver. "Sebab dia ketua...dan dibawahnya ada pahlawan yang hebat. Ramai telah terkorban sewaktu mahu dekati Dark Orc, Delia. Sebab itu la."
"Kalau macam tu, Delia ada peluang ke?"dia jadi seram pulak dengar. Macam mana dia nak jatuhkan pemerintah yang jahat tu.
"Dengan tentera kita..mungkin."
"Tentera?"
"Ya...tentera...kuasa elemen yang kamu miliki itu dapat bantu kamu hidupkan para tentera yang sudah lama terkubur di bawah tanah negeri kita. Sebab itu Dark Orc tawan negeri tu. Oleh kerana hanya waris sah Negeri Cahaya saja boleh bangunkan mereka. Kerana itu kematian kamu adalah kunci kejayaan mereka. Sebab mereka tahu, sekiranya kamu ada, para tentera yang mampu tawan satu negera dengan hanya satu malam itu dapat tumpaskan mereka."jelas ibunya lagi.
"Bila Delia boleh bangkitkan mereka?"
"Setelah kamu menemui Knight kamu. Bersama-sama dengan dia, kuasa gabungan kamu akan bantu kamu bangkitkan para tentera ni."
End of flashbacks
"Jumpa pun.."tegur Luca dari sebelahnya dengan tiba-tiba.
Delia yang sedang termenung itu terus palingkan kepala ke sisi dengan kening terangkat.
"Apa awak buat dekat sini sendirian?"tanya Luca lepas berdiri dekat sebelah Delia sambil rehatkan tangan ke atas tembok batu tu. Pandangannya terarah ke depan.
Delia pandang tepi muka tu tanpa berkedip. "Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?"tanya dia.
Luca tersengih nipis. "Saya tahu semuanya tentang awak Delia. Mana ada suka duduk kalau nak lapangkan fikiran. Awak masih teringatkan tentang keberangkatan Rose dari sini ke?"tanya dia tanpa memandang Delia.
Delia tak jawab. Dia kembali memandang ke depan dan nikmati hembusan angin di situ. Anak rambutnya yang bergesek dengan kening dan dahinya di biarkan. Teringat tu adalah..tapi nak buat macam mana. Dah keputusan Master Karina dan Rose untuk pergi dari sini.
"Hei...Delia."Luca palingkan kepala lantas memandang tepi muka Delia.
Delia pun ikut pandang ke Luca. "Hm."jedanya dengan pendek.
"Terima kasih sebab berada di sini."ucap Luca sambil pandang Delia dengan renungan redupnya. Dia tak nak simpan perasaannya. Selagi masih ada masa dan peluang, dia ingat dia nak beritahu.
Kening Delia terangkat tinggi. Dah kenapa? "Kenapa cakap macam tu?"
Luca tersenyum. "Kalau saya cakap saya sukakan awak sejak kali pertama lihat awak, awak percaya tak?"
Terpempan Delia lepas dengar. Dai pandang terkejut ke Luca.
Luca ketawa kecil, dia topang pipi dengan tangan kirinya masa kaki dia di silang sewaktu lihat reaksi Delia yang sepertinya benar-benar terkejut. "Hei..jangan la terkejut sangat. Saya beritahu je. Saya tahu awak Bersama dengan Caesar. Dan tiada apa yang saya boleh lakukan mengenainya lagi. So jangan risau. Saya cuma nak awak tahu. Untuk tu berhenti la layan saya dengan dingin."
Mulut Delia ternganga sedikit sewaktu mendengar setiap kata-kata yang di luahkan oleh Luca. What the heck!Serius la!Macam mana?Dia bukannya hiraukan sangat pada Luca. Layan Luca pun macam sh*t je! "Awak gurau ke?"soalnya lepas sober dari terkejutnya.
"Mana ada.."ngaku Luca. "Saya serius ni."
Delia kedipkan matanya beberapa kali sebelum pandang ke depan semula. Bibirnya di ketap kerana tak terkata. Well sorru kalau macam tu. Dia bukan saja-saja buat perangai tak guna setiap kali Luca dekati dia. Sebab memang ini perangai dia.
"Sebenarnya saya datang jumpa awak ni ada perkara lain yang nak di beritahu.."Luca berdiri tegak semula.
Delia kembali memandang Luca. Apa lagi ni! "Apa dia?"
"Raja Cordania nak jumpa dengan awak. Dia minta menghadap. Sepatutnya Caesar yang bawa awak ke Istana Cordania, tapi disebabkan dia ada urusan ketenteraan di tapak sempadan, dia perlu ke sana Bersama dengan Sage. Kebetulan saya ada dekat sini, Caesar minta saya bawakan awak ke Istana dulu sebelum dia menyusul kemudian."beritahu Luca.
Terangat tinggi kening Delia. Dia pandang terkejut. "Raja Cordania?"siapa pulak tu?"Sekarang?"
"Ya..."Luca angguk kepala.
Sambil buat muka tak faham, Delia gerak untuk turun ke dari tembok setinggi paras dada itu.
Luca yang nampak cepat-cepat hulurkan tangan untuk membantu.
Belum sempat Delia hendak menegah, Luca sudah pun memegang bawah ketiak dia dan turunkan dirinya dari situ begitu saja. Terpinga-pinga dia sekejap dekat situ lepas berdiri atas lantai semula.
"Jom la..."ajak Luca yang gerak ke depan hendak pergi dari situ.
Cepat-cepat Delia cubit kain kemeja Luca.Menghentikan lelaki itu dari pergi.
Oleh itu, Luca pun berpaling ke belakang memandang Delia dengan muka ingin tahu. "Kenapa?"
"Uhm..perlu ke saya berpakaian formal ke apa ke?"tanya Delia segan silu tiba-tiba sebab Luca baru luahkan perasaan dekat dia tadi.
"Tak perlu. Macam ni pun dah okay. Saya rasa Raja Blake takkan kisah."senyum Luca sambil berkata.
"Oh..kalau macam tu mari la kita pergi."ajak Delia dengan lega. Tapi masih tertanya-tanya. Siapa pulak Raja Blake ni?Nak apa dari dia?Memangnya dia buat salah ke?Dan kenapa la Caesar boleh pulak tak ada dekat sini masa macam ni?Lelaki tu kan!
Share this novel