Part 8

Fantasy Series 6003

*Pertembungan Tidak Dijangka Yang Membawa Kepada Kejadian Yang Tidak Diingini*

"Dengar...aku tak tahu okay...serius!Percay-"BUK!Satu tumbukan hinggap di rimbuk tidak semena.Buatkan kata-kata dia tersekat dekat kerongkong serta merta.

"Kau tahu aku paling pantang kalau dengar perkataan tak tahu?"dengan kasar kolar kemeja orang di depannya di cengkam kuat. "Beritahu aku sekarang!"desaknya lagi.

"Aku dah beritahu kau semuanya...aku tak tahu yang Geng Upper West Side akan masuk campur. Jadi kita orang tak sempat nak buat pertukaran malam tu...lagipun pembekal kata susah nak dapatkan maklumat dengan keadaan kemuncak memandangkan Blood Moon semakin hampir..."

Bengang mendengar kenyataan tu, badan tu di campak ke tepi dengan kasar. Habis rosak semuanya! Macam mana la dia orang boleh- tahu!Dia dah rancang dengan baik supaya tak tertangkap!

Terbaring saja dia di lantai itu, kepalanya berpaling memandang ke arah rakannya. "Caesar!"tangan dia di angkat dengan cemas nak elak dirinya di kerjakan. Mati dia nanti! "Please...maafkan aku. Aku janji aku akan pastikan hal ni takkan berlaku lagi!?"

Bersama renungan sinis mengejek di bibir. Caesar tarik sarung tangan dia dengan kasar. "Terlambat. Memandangkan kau sendiri gagal untuk jalankan tugas yang aku mintak dengan betul!Maka tiada gunanya lagi kau berada di sini!"katanya sebelum aju tapak tangannya ke arah lelaki berkepala botak di depannya sebelum asap hitam mula keluar dari situ lalu mengenai muka dan seluruh badan tersebut.

"Tak!Caesar-"lelaki botak itu terus diselaputi dengan asap hitam sepenuhnya sebelum ia ditelan hidup-hidup dengan awan tersebut dan lenyap sesaat kemudian tanpa meninggalkan sebarang jejak di lantai koridor tersebut.

Oleh kerana masih terlalu marah, Caesar beralih pada dinding yang ada di sebelahnya. Dia hayun penumbuknya ke dinding itu dengan sekuat hati sebelum satu lekukan retak muncul dari balik tumbukan tersebut. Serpihan dari batu di situ kemudiannya jatuh ke lantai.

Dia kena uruskan hal ni sebelum Blood Moon tiba. Dan orang suruhannya pula gagal dapatkan maklumat dari The Hunter!Dan sekarang Upper West Side dah tahu dia mula gerakkan rancangan dia!Kalau hal ni ketahuan dan identity dia terdedah, habis la semua rancangan dia!-

KEDEBUK!

"Adoi.."

Tak semena bunyi orang jatuh atas lantai kedengaran di situ.

Caesar yang dengar terus turunkan tangan dari dinding itu sebelum palingkan kepala untuk lihat apa yang berlaku. Sekali lepas di pandang olehnya, dia Nampak seorang pelajar perempuan jatuh meniarap beberapa meter di koridor darinya. Berkerut kening dibuatnya.

Dah kenapa pulak tu?

Mulanya Caesar fikir pelajar perempuan itu hendak bangun, namun begitu selepas beberapa saat dia berdiri dekat situ memerhati. Pelajar perempuan itu sepertinya tiada niatb langsung untuk bangun dari situ. Oleh kerana ingin tahu, dia pun atur langkahnya ke arah pelajar perempuan tersebut sambil memakai sarung tangan semula ke tangan tadi.

Setibanya Caesar di tepi badan pelajar perempuan itu, dia lentokkan sikit kepala nak tengok muka tu, tapi tak nampak sebab rambut tak terurus itu menutup wajah tersebut.

Ihh!Entah apa-apa je. Dekat sini jugak nak baring ke?Sambil buat muka jijik, dia seluk tangan ke dalam poket lalu gunakan kaki kanannya untuk tendang sedikit badan tu sebagai usaha dia untuk menegur. Tetapi sikit pun tidak terkutik. Dah mati ke Budak ni?Keningnya terangkat sebelah kiri sebab kehairanan. Pelik-pelik la penghuni akademi ni?

"Hoi!"Caesar cuba goyangkan tangan yang tu pula dengan hujung kasutnya.

Diam. Pelajar perempuan yang dalam keadaan meniarap itu tidak jugak bergerak.

Memang sah!Budak ni dah mati!

Ah!Lantak situ!Berasa malas nak lama-lama dekat situ, Caesar gerak melintas depan kepala tu untuk pergi dari situ. Pandai-pandai la situ. Bukan masalah dia!

Pada masa kaki kanan Caesar tiba di tangan kanan pelajar perempuan itu, tidak semena ia bergerak lalu mencubit kecil kain seluar dia.

Terasa seperti yang menarik seluarnya, kepala Caesar pun tertunduk ke bawah. Keningnya terangkat tinggi lepas Nampak dua jari sedang mencubit kain seluarnya dengan kecil, tapi cukup kuat untuk dia rasai tarikan tadi.

Dah apahal pulak ni?

Hidup rupanya.

"To-tolong saya.."rintih suara tu dengan perlahan. Sangat perlahan sampai tak dapat di dengar.

"Hah?"Caesar mengerutkan kening kerana tak faham. "Apa dia?"

"Tolong.....saya tak larat.."suara itu kedengaran lagi.

Caesar yang dengar kemudiannya pandang kanan dan kiri koridor yang lengang itu buat seketika sebelum kembali tunduk memandang pelajar perempuan di depan kakinya semula. Siapa pulak la perempuan menyusahkan ni! Mahu tak mahu dia pun tunduk mendapatkan pelajar perempuan tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience