Part 52

Fantasy Series 5989

*Raja Blake Abang Handsome*

Melongo dia masa tengok sekitar kawasan istana leoas Luca bawa dia dengan kuasa muncul tiba-tiba lelaki itu. Kepala dia dah dongak 180 darjah dibuat reka bentuk megah istana agung ini. Tak sangka begini rupanya kawasan istana ya?Dia biasa dengar, tapi tak tahu pulak bila tengok depan-depan lebih cantik dari yang dikhabarkan kepadanya.

Fuhh!

Berpinar mata tengok semua kelengkapan mewah dan lantai berjubin kilat dekat sini.

Lepas sampai tadi, Luca suruh dia tunggu dekat depan pintu balairung seri ni sampai lelaki tu sampai. Katanya ada panggilan kecemasan dari pengawal diraja yang datang menemui mereka tak lama lepas mereka tiba di situ.

Ini yang dia berdiri sendirian macam tiang dan orang jakun. Rasa macam nak merayau pun ada. Tapi dia sabarkan saja dirinya untuk lihat persekitarannya di situ. Dari berdiri, Delia bercakung untuk tengok permukaan Jubin di kakinya. Dia sentuh permukaan tu sebab dapat rasakan tenaga positif yang tak asing buat dia. Macam dia pernah rasa perasaan ni, tapi tak tahu dekat mana.

Perasaan sama macam ada dekat dengan dia.

Tak berpuas hati dengan apa yang dia sedang rasai, Delia gerak ke dinding pula. Dia tekap tangannya di permukaan itu lalu merasai tenaga yang sama di dalam istana ini yang bersumber satu kuasa. Kuasa milik seseorang yang sangat kuat dan tak asing buat dia.

"Perasaan apa ni?"kening Delia berkerut sewaktu dia ingatkan balik dari mana kuasa ni dia pernah rasakan. Sewaktu tangannya hendak di turunkan waktu itu dia palingkan kepala untuk pandang ke sekelilingnya.

"Kamu dah sampai"tegur suara dari arah belakangnya.

Tersentak dengan suara itu, Delia pun pusing ke belakangnya serta merta sebelum pandang empat orang lelaki di depannya yang sedang menghadap dia ketika itu.

Oh!

My!

God!

Tak berkedip dibuat Delia lepas dia tengok Luca, Caesar dan Sage berdiri di belakang lelaki yang dia kenali sebagai Abang Handsome yang pernah kongsi tenaga untuk recharge teras kuasanya tak lama dulu.

"Hai?"sapa Delia dengan muka tergamamnya.

Raja Blake tersenyum lebar lepas tengok reaksi tercengang Delia sewaktu memandang dia,. "Maaf kerana buat kamu lama menunggu. Saya ada urusan yang perlu di uruskan dengan tiga orang Royal Guardian ni.."ujarnya sambil mendekat.

Lepas sober dari terkejut, Delia cepat-cepat tutup mulutnya lalu kedipkan mata. Apa yang berlaku?Kenapa Abang Handsome ni boleh ada dekat sini Siapa Royal Guardian?Delia lirik ke Luca, Caesar dan Sage silih ganti setelah itu.

"Hah?"nganga Delia dengan bingung.

Wait a second!

"Kenapa awak boleh ada dekat sini?Awak kerja dekat istana ni ke?"tanya Delia lagi.

Pertanyaan Delia buatkan Caesar, Luca dan Sage yang berdiri di situ buat muka tak faham dan pandang akan Delia dan Raja Blake silih ganti. Dua orang ni saling berkenalan ke.

"Maaf sebab hari tu tak kenalkan diri dengan betul kepada kamu Delia...memandangkan masa kita jumpa kamu pun nak lekas."

Delia tersengih sebelum ketawa kecil. "Apa maksudnya?Saya betul-betul tak faham. Memangnya siapa awak ya?"apahal ni!Apa yang tengah berlaku sebenarnya?Kenapa Abang Handsome ni boleh ada dekat sini. Ahahaha!Fangirl mode dia dah on tiba-tiba!

Raja Blake pun hulurkan tangan ke Delia. "Perkenalkan. Saya adalah Raja Blake. pemerintah Cordania." ajunya.

"Hah!"mulut Delia terjatuh ke bawah serta merta. Dia pandang terkejut ke Raja Blake dengan muka 'WTF'nya. "Raja?Pemerintah Cordania?Jadi...yang hari tu...saya...awka?"kata dia yang tersangkut-sangku sebab teringat akan pertemuan mereka di Rumah Master Oldie tempoh hari.

Raja Blake tersenyum meleret sambil capai tangan Delia lalu di gengam erat sebelum di goncang beberapa kali dan dilepaskan sesaat kemudian. "Ya saya. Betul tu. Hari di masa kita berjumpa itu adalah atas permintaan ayahanda dan bonda kamu sendiri kepada saya supaya bantu kamu recharge semula tenaga. Datuk yang kamu temui itu bukan datuk saya dia hanyala seorang pengawal perubatan ajaib kenalan lama keluarga saya"

Oleh kerana terlalu tercengang. Delia mula ketawa kerana begitu terkejut dan tak terkata. Jadi selama ni, ayah dan ibu dia dah temui Raja Cordania sendiri dan lelaki ni dah tahu dari awal tentang dirinya. Sementara dia dekat sini macam watak Patrick Star dalam cerita Spongebob Squarepant yang blur lagikan bingung-bingung dekat sini.

"Ahahaha...gurau eh!"tanpa sedar Delia tampar perlahan lengan tu. "Ahahah..jangan nak main-main la..tak mungkin la orang yang bagi saya tenaga tu adalah milik awakRaja Blake...Raja Cordania ni...hei..ini prank je kan?"tanya dia dengan sisa ketawanya.

Raja Blake ikut ketawa kecil. "Tak...saya serius."

Kecik besar je mereka bertiga perhatikan lagat dua orang yang sedang berborak di depan mereka ketika ini. Caesar dengan muka dingin tak kisahnya. Luca dengan renungan tak faham penuh jelous. Sementara Sage pandang dengan muka jengkel yang menyampahnya. Masing-masing fikir perkara yang sama. Raja Blake kenal Delia?Dua orang ni saling kenal antara satu sama lain?Kenapa Delia ketawa depan Raja Blake dengan bersahaj?Dan kenapa pulak Raja Blake pandang Delia macam tu?

Apa yang tengah berlaku dekat sini sekarang?

Sage singgul siku Caesar lantas berbisik."Kau tahu tentang hal ni?"

"Tak."Caesar silangkan tangan ke dada.

Luca dekat sebelah palingkan kepala ke Caesar. "Raja kenal Delia??"bisiknya pula.

"Tak tahu."jawab Caesar lagi dengan mendatar. Dia sendiri tak tahu macam mana Raja Blake boleh kenal Delia. Dan apa isu dengan kongsi tenaga tadi?Dua orang ni saling kongsi tenaga?What The hell! Kenapa dia boleh tak tahu mengenai hal ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience