Part 29

Fantasy Series 5989

*Kisah Lampau Yang Membawa ke Masa Depan.*

Lima tahun yang lalu.

Ketika ini Caesar berusia 14 tahun dan berada di akademi latihan Royal Guardian milik keluarganya.. Yang di ketuai dan di guru besarkan oleh ayahnya. Siang malam dia Bersama dengan anak-anak lelaki yang sebaya dengan usia dia jalani latihan serta pelbagai program khas sebagai Knight buat Huntress mereka.

"Ayah...ayah dah jumpa pasangan untuk Caesar ke?"tanya dia dengan teruja lepas dapat tahu pelatih dua tahun beza darinya sudah pun menemui Huntress mereka. Dia pun nak jugak!

"Ayah sudah temui pasangan kamu"beritahu ayahnya dengan wajah serius kepada dia.

"Ayah dah jumpa?"

"Ya...tapi dia bukan orang yang kamu sangkakan.."

"Apa maksud ayah?"

"Huntress kamu merupakan seorang puteri mahkota diraja yang telah diturunkan taktah dari kerajaannya beberapa tahun yang lalu setelah kerajaannya di jajah oleh Negara Kegelapan yang diketuai oleh Dark Orc."beritahu ayahnya.

Dia yang masih Budak-Budak lagi agak lambat untuk memproses apa yang di sampaikan oleh ayahnya. "Kalau macam tu bawa la Caesar menemui dia..."pintanya dengan teruja. Selama ini dia hanya dengar melalui cerita, Tak sangka pula hal ini terjadi kepada dirinya.

"Tak semudah tu...sesuatu telah terjadi .Dan ayah tak rasa kamu bersedia untuk semua ni."

"Kenapa ayah cakap macam tu?Caesar dah cukup bersedia. Caesar dah berlatih lama. Malah Caesar adalah pelatih cemerlang dalam akademi ni!"protesnya yang berasa marah tiba-tiba.

"Tak...kamu belum bersedia lagi. Bila masanya tiba. Kamu akan temui Huntress kamu...tapi bukan sekarang."tegas ayahnya lagi dengan renungan tajam.

Nafas dia dah mula naik turun hendak hilang sabar. "Ayah selalu kata Caesar tak sedia...tak sedia..sampai bila kalau macam tu."lafaznya.

"Cukup Caesar."

"Caesar bencikan ayah!"lafaz dia dengan sekuat hati.

End of flashbacks

Hela nafas kesal lepas dari bibirnya bila teringat saat-saat akhir dia bercakap dengan ayahnya. Siapa sangka itu adalah ucapan terakhir yang dia sampaikan kepada ayahnya sebelum berita mengenai kematian ayahnya sampai ke telinga dia beberapa hari kemudian. Sehingga ke hari ini, dia berasa menyesal sampai tak ke sudah!

Ayahnya merupakan seorang Royal Guardian Diraja Negara. Pada hari dia temui ayahnya itu adalah hari terakhir dia temui orang tuanya sebelum ayahnya di hantar untuk memerangi Perang Takluk di Negeri Cahaya, dimana Dark Orc sedang kuasai. Sayangnya ayah dia terkorban ketika berperang. Maka kematian ayahnya hanya membawa kepada berita sedih seterusnya untuk dia dimana ibunya turut meninggal dunia selepas dua hari pemergian ayahnya..

Kata rakan ayahnya, ibubapanya merupakan pasangan Knight dan Huntress. Sekiranya seorang itu mati, maka pasangannya akan ikut mati Bersama. Hal ini kerana mereka sudah saling berkait. Ibaratnya seperti dua badan satu nyawa. Sejak itu dia jadi yatim piatu. Dan meneruskan legasi ayahnya sebagai Knight dan Royal Guardian Diraja. Berkerja di bawah Raja Negara Cordonia ini.

KLIK!

Tidak semena pintu biliknya terbuka dan suara orang bergelut kedengaran.

"Hei!Apa ni!Lepaskan saya la!Mana awak nak ba-"bebel Delia sewaktu dirinya di tolak masuk ke kamar tidurnya ketika itu.

"Nah!Amik ni!Kau uruskan dia betul-betul!Make sure jangan bagi dia susahkan kita orang yang lain!Kalau kau tak buat!Biar aku je yang buat!"marah Luca sewaktu dorong Delia masuk ke dalam bilik tidur Caesar.

Tersentak Delia serta merta lepas dia nampak Caesar duduk melunjurkan kaki di atas kerusi kayu sebelah jendela itu. What the hell! Dumbfounded dengan keadaan itu dia cepat-cepat berpaling hendak keluar dari situ. Memang tak la!

Luca apa lagi, dia cepat-cepat Tarik daun pintu itu tutup sepantas kilat dan biarkan Delia terperangkap dalam bilik itu bersama dengan Caesar. Semua ini demi kebaikan mereka semua. Sejak Caesar beritahu dia yang Delia adalah Huntress Caesar, sejak itu hiduo dia terseksa sebagai Knight. Tak sangka!Seksa jugak jadi Delia ni!Tak pulak dia hidup sebagai half blood dalam dunia magika ni menyeksakan!Nanti kalau dia temui Huntressnya, akan dia perlakukan dengan baik supaya hidup dia tidak menderita seperti sekarang ni!

Di dalam bilik pula, Delia bersandar pada pintu bilik itu rapat-rapat sambil menjeling ke Caesar. Air liurnya di telan dengan susah payah. Sejak bila pulak Luca ni satu geng dengan mamat sengal ni?

"Aku dengar apa yang kau fikirkan Delia.."beritahu Caesar dengan nada malasnya. Masih tak bergerak dari kedudukan bersandarnya. Dia hanya memandang tepat ke Delia. Otaknya sedang ligat memikirkan segala kemungkinan.

Kalau rantai yang dimiliki oleh Delia itu adalah kepunyaan ayahnya. Itu bermakna, orang yang ayah dia maksudkan itu adalah Delia. Dan Delia adalah puteri mahkota dari Negeri Cahaya yang dijajah oleh Dark Orc sekarang. Dan Hunter yang berlegar di kawasan akademi ini mahukan kematian Delia bagi mengelakkan bangunnya kerajaan yang jatuh itu.

Delia hanya diam di situ sewaktu dirinya di tenung lama dengan Caesar. Matanya berada dimana-mana kecuali lelaki tu. Dalam kepala dia sekarang ni dah macam-macam idea berlegar. Cara nak larikan diri, cara nak elakkan diri, cara nak jauhkan diri dari Caesar dan sebagainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience