*Anugerah Grammy Untuk Si Mulut Celupar Tak Ada Insuran*
Seperti di akademi dunia manusia biasa, setia akademi mesti ada badan organisasi tersendiri yag di gelar sebagai Kelab Majlis Pelajar, atau Kelab Wakil Pelajar, atau Persatuan Hal Ehwal Pelajar dan sebagainya. Sama la jugak situasinya di Akademi Magika Dark Tower.
Di akademi ini jugak terdapatnya persatuan majlis pelajar. Persatuan ini terdiri daripada 50 orang ahli, Tiga buah badan berbeza yang mewakili setiap jenis kuasa yang dimiliki dalam akademi ini. Iaitu Magik Pure Blood, Pentagram Pioneer dan Half-Blood Hill. Tiga buah badan ni di ketuai oleh satu kumpulan. yang di gelar sebagai Underwood Keeper saintifiknya, tapi umum pelajar panggil sebagai majlis pelajar lebih mudah.
Underwood Keeper ini pula terdiri daripada lima orang pelajar lelaki yang berasal dari keturuan darah tulen atau Pure Blood berketurunan di raja atau pengasas utama puak sihir yang ada dalam negara ini. Mereka terpilih bukan kerana latar belakang atau rupa paras, tapi mereka dipilih kerana kuasa dan jugak tahap kebolehan mereka mengendali tenaga sihir yang di miliki. Kumpulan ini di ketuai oleh seorang pelajar lelaki paling digeruni oleh semua orang sebab takut di sumpah atau terkena kutukan kuasa sihir pada masa yang sama paling di inginkan oleh pelajar perempuan dalam akademi ini.
Malangnya dalam kepala lima orang ni bukan senang nak di bawa bincang atau berurusan dengan.
Selepas kejadian yang berlaku di dewan makan sampai ke telinga mereka, tidak semena mereka menerima lawatan yang tak diduga oleh master, si pembuat masalah sendiri dan juga mangsa yang menimbulkan masalah di ruangan umum tersebut.
Riuh rendah bilik ketua pelajar tu dengan suara hiruk pikuk tiga orang pelajar perempuan yang tak habis-habis hendak nyatakan kenyataan mereka menge0nai apa yang telah menimpa diri mereka. Saling bertegang leher tidak mahu mengalah bagaikan ada pertandingan berdebat di depan meja ketua majlis pelajar di situ.
Ahli majlis pelajar yang ada dalam bilik tersebut berdiri di merata tempat tapi menggunakan posisi yang sama. iaitu berdiri tegak dengan tangan bersilang di dada. Mereka sikit pun tak susahkan diri untuk ikut serta akan permasalah tiga queen bee di depan mereka ini. Yalah, tiga orang ni terkenal dengan sikap samseng suka buli orang lain, jadi kalau ada yang berani nak kenakan mereka, diam-diam mereka berikan tabik hormat pada orang tersebut!
"Awak cuba tengok apa perempuan tak guna ni dah buat pada muka saya!Habis ditumbuhi dengan daun kecil!"Adu Donna dengan dramatic.
"Tak...tengok saya...dia buat rambut saya mengerbang seperti surai singa"sampuk Aila sambil pegang rambutnya yang sudah kembang bak afro yang baru keluar dari mesin steamer.
"Buang dia dari akademi ni...perempuan half-blood ni tak layak berada satu akademi dengan kita pure blood ni!Jijik!Dasar tikus kumbahan tak sedar diri!"bidas Maureen dengan bengis.
Sementara lelaki yang duduk di belakang meja itu sikit pun tak tunjukkan sebarang reaksi di wajahnya. Dia malah duduk sandar di kerusi, kaki di lunjurkan atas meja dan mata terarah pada buku sihir pentagram dia. Mulut pula sedang mengulum gula-gula pudina kegemarannya.
"Sage Quentin!Awak dengar tidak apa saya cakapkan nI!"tempik Donna dengan selantangnya sampai menjegil bulat mata dia. "Lakukan sesuatu kepada dia atau saya akan bawa hal ni kepada ibu saya dan awak semua akan dapat masalahnya!"ugut dia dengan tegas sambil tunding jari ke permukaan meja tu.
Pada masa itu buku yang tegak menutupi muka itu turun ke bawah. Lantas renungan dingin terarah pada Donna. Tanpa berkata apa-apa, pelajar lelaki berambut biru gelap seperti batu Azule sisir rambut dedah dahi itu turunkan kaki dari meja lantas berdiri tegak di situ. Sage Quentin, seorang yang serius dan tak reti nak buat baik dekat orang lain. Bagi orang di akademi, Sage adalah peraturan, peraturan adalah Sage.
Donna yang sikit tak tunjuk rasa takut itu mendabik dagu tunjuk dirinya samseng di situ, sementara Maureen dan Aila dah menikus dekat belakang ketua mereka. Jelas-jelas yang Sage sudah marah!
Sambil buat muka berlagak dan dinginya, Sage pun tersengih sinis sebelum gerak menyeluk tangan ke dalam poket seluar lalu berkata. "Kau tahu...kalau ada Anugerah Grammy Untuk Si Mulut Celupar Tak Ada Insurans...pasti dengan berlapang dada aku berikannya kepada kau..."ujarnya.
Tergamam Donna di buat komen tersebut. Dia berkerut kening tak puas hati sambil mengetap gigi menahan diri.
Share this novel