Part 27

Fantasy Series 5989

*Terdesak yang Nazak*

Sehari berlalu menjadi seminggu, dari seminggu menjadi dua minggu.

Dan begitu sahaja masa berlalu sejak Delia dengan rasminya mengetahui siapa Knight dia dan sejak itu dia tidak mahu mengakui dia ada Knight. Kerana kedegilannya itu, Knight lain di akademi itu menjadi mangsanya.

Hal ini selagi Delia tak ikat pertalian dengan Knight sebenarnya, selagi tu semua rasa sakit dan apa saja yang Delia tanggung akan di rasai sepenuhnya oleh Knight lain. Termasuk la menanggung rasa sakit di setiap malam seperti Delia rasai.

Kalau Delia tiada mood mereka juga tiada mood.

Kalau Delia tidur lewat bangun lewat mereka akan terkesan.

Kalau Delia rasa sakit atau di sakiti mereka akan rasa sakit.

Kalau Delia sedih atau serabut, mereka akan ikut serabut.

Sedaya upaya mereka cuba lakukan yang terbaik supaya hari Delia baik dan tiada apa-apa yang berlaku secara sembunyi-sembunyi supaya identity Delia tak terdedah atau diketahui oleh mereka yang bukan Knight atau Huntress.

Tapi itu la...selagi Delia tak ada ikatan dengan Knight sebenar atau pasangan dia, semua usaha mereka tiada gunanya.

Kerana Delia, pelajar yang selalu rajin datang ke kelas awal, yang aktif mahupun yang cekap melakukan semua perkara atau yang kelihatan kemas bergaya dan segak telah jadi lembik dan tak terurus sama seperti Delia.

Terkebil-kebil master yang berdiri di depan kelas itu apabila melihat beberapa kepala pelajarnya sudahpun berada di atas meja. "Sekali lagi?Kamu semua tak apa-apa ke ni? Kenapa kebelakangan ni kamu semua macam tak bertenaga je?"

Pelajar perempuan dan pelajar lelaki yang tidak berkaitan turut perhatikan sekeliling kelas mereka yang biasanya penuh dengan para pelajar yang bertenaga dan riuh rendah kini menjadi sunyi sepi sejak ke belakangan ni. Mereka ada tanya tapi yang terlibat ni sikit pun tak nak cakap apa-apa. Malah diamkan diri.

"Macam mana ni?Peperiksaan kamu semakin hampir?Kalau begini la prestasi kamu...bagaimana kamu hendak jawab peperiksaan kamu nanti?Masalah besar ni."beritahu master lelaki yang berdiri di belakang meja kerja menghadap para pelajar di situ. Dia tunduk memandang hasil kerja pelajarnya. Biasanya meja ni penuh dengan gulungan kertas kulit yang banyak lagikan tebal. Ini tidak. Suku pun tak sampai.

Di hujung kelas, barisan sebelah tingkap kelas, duduknya Caesar yang bersandar di kerusi dengan tangan bersilang di dada. Sama seperti Knight yang lain, dia tanggung lebih teruk dari mereka semua. Wajah penat jelas terpancar di wajahnya lepas malam tadi tidurnya terganggu gara-gara suara Delia merintih tahan sakit. Kalau sehari dua tak apa, tapi kalau setiap malam yang berturut-turut memang masak la!

"Baik la...kalau begini kamu semua study sendiri...saya ambil kedatangan. Siapkan nota yang saya berikan. Bagi yang tak larat tu...kamu semua berehat la dulu."pesan master kepada para pelajar tahun terakhirnya itu. Dia nak cakap banyak pun tiada gunanya. Dah kalau mereka tak sihat dan tak larat nak belajar takkan nak paksa. Lagipula pelajar-pelajar di kelasnya ini pandai-pandai belaka.

Pelajar lain sambut akan makluman itu. Sementara yang meletakkan kepala atas meja terlena tak menyahut sebab mereka sudah pun tenggelam dalam tidur masing-masing.

"Baik master..."sahut suara kecil yang perlahan dan kuat seperti biasa di dalam kelas itu.

Setelah master itu ambil kedatangan para pelajarnya dia pun keluar dari kelas tersebut. Meninggalkan para pelajarnya sendirian tidak terusik.

Caesar dekat belakang kelas dah berkerut-kerut kening semasa pejam mata berhubung dengan Delia melalui kuasa psikik istimewanya. Yang mana boleh benarkan dia berhubung dengan Delia dari jarak jauh lagi!

"Delia!"panggil Caesar dalam kepala dengan marah.

Senyap!Tiada sahutan dari Delia.

"DELIA KERRIE!!!!"panggil Caesar lagi kini dengan lebih tegas dan garang. Dinding kesabaran dia semakin menipis. Dan badan dia letih sangat. Malah dia berasa terdesak yang nazak mahu menemui Delia.

"APAHAL!"balas Delia dengan lantang.

"Jangan kau tinggikan suara kau dekat aku! We need to meet!Now!"

"Tak nak!Jangan dekati saya!Saya tak nak jumpa dengan awak!"

"Jangan sampai aku cari kau...datang jumpa aku sekarang!"

"No!"

"Berapa lama lagi kau nak macam ni!Kita kena ikat pertalian secepat mungkin!"

"No!Saya tak nak dengan awak!"

"Kau nak terus macam ni?Hah?Aku tahu la kau kuat nak tahan semua sakit ni!Masalahnya ia membabitkan orang yang tak sepatutnya terlibat!!"marah Caesar lagi.

Dekat seminggu dia cuba temui Delia dan dekati Huntressnya ini. Tapi Delia yang bersikap licik ini pandai menyorok dan elakkan diri dari di temui olehnya. Semakin hari semakin bengang dia hadap perangai kebudak-budakan Delia ni.

"Cari orang lain!Saya tolak awak Caesar Allius sebagai Knight saya. Berapa kali saya nak beritahu!" bantah Delia dengan tegas dalam kepala Caesar.

Terbuka terus mata Caesar lepas dengar. Kening dia mencerun marah. Cukup!Dia dah hadap cukup dengan Delia! "Fine...kau nak aku yang jumpa kau sendiri. Better kau menyorok dengan baik...sebab hal ni takkan berakhir dengan baik Delia Kerrie!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience