*Kasih Seorang Ibu kepada Anaknya Yang Bercagaran*
Sambil berkerut kening tak percaya, Caesar kepal penumbuk menahan sabar. "Tak kira apa sekalipun alasannya...master tak sepatutnya berpihak pada orang yang salah..."beritahu dia. "Jadi saya tolong jasa baik master untuk tinggalkan tempat ni sebelum Raja Blake masuk campur dan uruskan sendiri."pesan dia sebelum gerak berpaling dari situ. Tak sanggup lama-lama lagi.
Sebaik dia Tarik daun pintu itu ke dalam, Caesar di sapa oleh Rose di depan pintu itu. Terbutang luas mata dibuatnya sesaat selepas itu sebab terperanjat melihat kehadiran Rose di situ.
Seperti orang baru di tampar, Rose yang telah mendengar perbualan itu pandang kejung ke Caesar lalu ke Master Karina yang berdiri kaku di tepi meka kerja di dalam pejabat tersebut. Beg kertas berisi sarapan yang dia bungkus dari dewan ,makan tadi terjatuh ke tepi kaki serta merta.
"Betul ke apa yang saya dengar tadi?"tanya Rose dengan air mata bergenangan di kelopak mat. Luluh hati dia lepas dengar kenyataan ibunya sebentar tadi.
Caesar yang tak dapat hendak beri sebarang komen itu terus bergerak ke tepi dan tinggalkan tempat itu. Bukan urusan dia untuk jelaskan segalanya kepada Rose. Masalah Master Karina, biar Master Karina sendiri yang uruskannya.
Master Karina menahan nafas terkejut sekali lagi lepas Nampak Rose di situ. "Rose..."
Dengan langkah marahnya Rose berjalan masuk ke dalam pejabat itu dan hempas pintu tersebut dengan kuat. "Beritahu Rose...betul ke apa yang Rose dengar tadi?Ibu...ibu berkerja dengan orang jahat demi wang. Dan nyawa Delia sebagai pertukarannya?"tak mungkin!Ibu dia tak mungkin sanggup lakukan hal sekeji ni.
"Rose...ibu boleh jelaskan...ibu buat semua tu demi kamu.."
Tak!Please!Jangan mengaku. "Ibu"sebut Rose dengan sebak sebelum air mata mengalir di pipinya. "Kenapa ibu buat semua ni?Delia kawan Rose...ibu rasa Rose akan gembira ke kalau selama ni Rose hidup dengan hasil wang yang ibu buat demi sakiti Delia?"
Master Karina dapatkan Rose. Dia pegang kedua-dua belah tangan tu dengan terdesak. "Rose...ibu.."
Tertunduk kepala Rose setelah itu. Dia mula menangis. Kenapa boleh jadi macam ni?Dia fikirkan ibunya seorang yang baik dan penyanyang. Dia fikirkan selama ni ibu dia gemar akan Delia sebagai sahabat baiknya.
"Maafkan ibu Rose..."ucap Master Karina.
Sambil teresak-esak sedih, Rose angkat kepala semula lalu memandang penuh kecewa ke ibunya. "Rose merayu pada ibu...tolong jangan sakiti Delia...kalau ibu lakukannya jugak...Rose bersumpah. Rose akan bunuh diri Rose...Rose tak boleh terima ibu Rose menjadi seorang pembunuh"minta dia sebelum perlahan-lahan gerak mahu melutut kedua-dua kaki di situ.
Terundur ke belakang Master Karina ketika itu. Dia tunduk memandang Rose di depan kakinya ketika itu.
"Mari la kita pergi dari ibu...Rose janji. Rose akan jadi anak yang baik untuk ibu dan takkan susahkan ibu.jadi mari la kita pergi dari sini...tinggalkan semua ni..jauhkan diri dari semua ni.."rayu Rose lagi sambil menggosok kedua-dua tapak tangannya di depan muka. "Rose merayu.Rose tak boleh kehilangan ibu lepas ayah meninggal dunia..."
Menyaksikan betapa terdesaknya Rose ketika itu, hati seorang ibu Master Karina telah buatkan dia ikut melutut di situ lalu mendapatkan Rose. Remuk redam hatinya bila tengok anaknya bersedih begini. Tak pernah dia buat Rose menangis begini. Dan ini la kali pertama dia lihat betapa sedihnya Rose.
"Rose...jangan begini nak...ibu minta maaf."Master Karina pegang kedua-dua belah pipi Rose lalu mengesat air mata dari pipi tu dengan jarinya. "Ibu janji ibu takkan lakukannya. Kita pergi. Ya. Kita pergi dari sini. Ibu akan tinggalkan semua ni...ibu janji. Jadi jangan menangis lagi.."minta dia dengan sendu.
Bersama perasaan yang hancur berkecai kerana persabahatan dia selama ini Bersama Delia bakal di putuskan kerana ibunya. "Tolong jangan sakiti Delia, ibu. Rose merayu"mintanya semasa rehatkan dahinya ke bahu itu dalam keadaan teresak-esak yang teruk.
Master Karina mengangguk kepala dengan sebak sebelum pejam mata merehatkan pipi dia ke tepi kepala Rose lantas tubuh itu di peluknya. "Maafkan ibu Rose..."ucapnya sambil tu.
Rose berasa sangat bersalah kepada Delia. Dia malu sebab ibu dia gunakan nyawa Delia untuk kesenangan hidup dia selama ni. Dia tak tahu macam mana dia nak berhadapan dengan Delia nanti.
Share this novel