*Tuan Puteri Yang Hilang Datang Kembali*
Kerana itu The Hunter, iaitu si pemburu Half-Blood di hantar untuk bunuh Delia.
Sebagai langkah penyelesaiannya, Ayah dan Ibu Delia sering berpindah randah dan tukar Delia dari dunia manusia biasa ke dunia sihir silih ganti untuk elakkan jejak mereka dari di kesan oleh The Hunter.
Impak dari tindakan itu, tubuh Delia jadi rapuh dan teras kuasanya melemah. Sebab itu Delia tak boleh nak kawal kuasa dengan baik kalau duduk di dunia manusia biasa tak seperti anak-anak magika yang lain.
Ibu dan Ayah Delia berniat hendak rampas semula hak mereka selepas Delia memiliki Knight. Sementara waktu itu, mereka kena stay low dan bersembunyi sehingga la Delia jadi kuat dan mampu untuk pertahankan diri sendiri dan lindungi orang lain termasuk ibubapanya sendiri.
Itu la pelan asal selama 19 tahun ini!
Mereka bersembunyi, lari dan lari untuk lindungi Delia. Waris Utama diraja yang akan selamatkan pemerintahan yang telah lama terkubur kerana musuh bernama The Dark Orc. Kerajaan yang diperintah oleh sekumpulan raksasa berwajah hodoh dan busuk!
Dari satu negeri ke satu negeri yang lain mereka mintak berteduh menumpah perlindungan. Sebab itu la hidup Delia berakhir seperti ini.
"Boleh kita mulakan sekarang?"aju lelaki di depan Delia sewaktu hulurkan tapak tangannya untuk di sambut.
Teragak-agak untuk seketika, Delia pandang tapak tangan tu sambil menggigit bawah bibirnya. "Saya mintak maaf dulu kalau macam tu.."beritahu dia sebelum letakkan kedua-dua tapak tangannya di atas tapak tangan lelaki tu.
Master Oldie pun mula terkumat kamit membaca serampahnya sebagai permulaan ritual tersebut.
Sementara lelaki di depan Delia memejamkan mata sediakan dirinya untuk salurkan tenaganya ke badan Delia.
Ayah dan Ibu Delia perhatikan setiap proses yang terjadi itu tanpa bersuara atau berkedip.
Tidak lama selepas itu, cahaya terang kebiruan mula terpancar di sekeliling dua orang itu. Tubuh lelaki itu mula bercahaya, sementara Delia yang ikut memejam mata di situ sikit pun tidak terkutik. Sebaliknya berlaku perubahan pada dirinya.
Kulit yang tidak bermaya dan pucat itu kembali ke warna kulit yang sihat, lingkaran hitam di bawah mata itu menghilang, pipi yang cengkung terisi dengan normal. Rambut hitam tidak bermaya itu pula berubah menjadi warna hitam berkilat yang sihat.
Apabila proses perpindahan tenaga itu tamat, cahaya pun sudah tidak lagi memenuhi bilik itu, mereka yang ada di situ tumpukan perhatian ke Delia.
"Macam mana?"tanya lelaki di depan Delia dengan perasaan tertunggu-tunggu setelah perasan betapa lainnya penampilan Delia dari sebelumnya.
Sambil Tarik sengih meleret, Delia buka matanya dengan perlahan lalu memandang lelaki di depannya. Bersama renungan beranak mata warna merah merunnya. "Very good."Lama dia tak rasa perasaan segar dan bertenaga seperti ni.
"Tapi ingat ianya sementara saja. Lepas awak pulang ke Dunia Magika, awak kena cari Knight awak secepat mungkin."pesan lelaki itu kepada Delia.
"Kenapa tak awak je yang jadi Knight saya?"aju Delia membuta tuli. Yalah...abang depannya ini boleh tahan apa.
"Kuasa saya tak standing dengan kuasa pasangan awak. Dia punya akan kekal saya punya sementara."jelas lelaki itu dengan sengih di bibir.
Delia bangun dari situ sebelum renggangkan sikit badan dia yang berasa begitu segar dan bertenaga. "Itu yang susahnya...saya tak tahu macam mana nak cari"beritahunya sambil tu.
Ayah dan Ibu Delia yang masih duduk bersila dan bersimpuh di situ dongak memandang senang ke anak mereka itu. Hilang sikit rasa serba salah mereka lepas tengok keadaan Delia kembali kepada keadaan normal selepas sekian lamanya. Aura di sekeliling tubuh itu pun sudah terang kembali.
Master Oldie bersuara tak lama kemudian. "Kamu jangan risau...dia yang akan temui kamu lepas dia sedar siapa kamu. Jadi kamu kena peka pada sekeliling kamu. Mana tahu."pesannya.
Sambil dengar, Delia petik jarinya beberapa kali hingga buatkan cahaya dalam bilik itu terpadam dan menyala kemudian berhenti lepas dia berhenti. Sayang betul kuasanya ini hanya sementara saja. Nanti dia akan kembali kepada keadaan 'nenek tua' semula lepas kesan dari tenaga ni habis. "Kalau saya jumpa Knight saya, adakah saya dapat tawan semua negeri saya?"tanya dia sambil memandang Master Oldie dengan renungan penuh maksud.
"Bergantung.."jawab Master Oldie sewaktu tenung mata berenungan dalam Delia. Sekarang dia tahu kenapa Dark Orc nak hapuskan Delia serta merta. "Semoga Berjaya untuk pencarian kamu nanti."
Delia buat muka seriusnya masa balas renungan Master Oldie.
"Ingat...kamu boleh terima tapi tak boleh tolak. Kalau kamu tolak kamu perlu tanggung sakit yang lebih teruk yang kamu tanggung sebelum ni.."pesan Master Oldie lagi.
Delia buat muka. Dia tak janji. Bergantung siapa orang tu. Kalau perangai menyakitkan hati. Alamatnya dia lagi sanggup tahan sakit dari menghadap Knight dia nanti.
"Baik master..."balasnya dengan hormat dan terima ucapan itu dengan tundukan 90 darjah kepada Master Oldie. "Terima kasih untuk usahanya." beritahu dia dengan nada tertib.
Share this novel