Part 36

Fantasy Series 5989

*Umpan Termakan Di Jalan Mati*

Delia menggeleng kepala. "Aku okay...kau pergi masuk dulu...aku nak ke tandas.Serius. Aku tak tahan dah ni." beritahu dia.

"Ah?Ya ke?Jom la..kita ke tandas."ajak Rose.

"Eh..tak payah. Kau pergi tengok pakaian edisi terhad tu..nanti ada yang beli kau yang melepas...aku pergi sendiri. Nanti aku dah settle aku jumpa kau dekat situ."tolak Delia dengan lekas.

"Hah?Kau sure?"Rose lirik dengan risau ke muka lalu ke perut Delia.

Delia mengangguk kepala. "Ya.."

Rose buat muka tak sure masa pandang.

"Oh-okay..kalau macam tu aku masuk dulu. Nanti kau datang ya. Aku tunggu kau dekat situ sampai kau balik dari tandas."pesan Rose yang masih ragu-ragu hendak tinggalkan Delia sendirian.

Delia perhatikan langkah Rose pergi meninggalkan dia sehingga la kawannya itu masuk ke kedai pakaian di seberang jalan tu. Dan bila dia yakin Rose sudah tiada lagi, air mukanya berubah serta merta dan dia berdiri tegak semula.

"Dia dah tak ada."beritahu Delia dalam kepalanya ketika itu.

"Patah balik...kemudian masuk ke Lorong sebelah kanan."beritahu Caesar dalam kepalanya.

Tanpa menunjukkan sikap yang mencurigakan, Delia ikut pada arahan itu. Dia patah balik ke belakang dan jalan menyusuri laluan pejalan kaki di situ dengan derap langkah tenang bersahaja. Dan bila dia tiba di Lorong yang di maksudkan dia pun belok.

"Saya nak ke mana ni?"tanya Delia.

"..teruskan jalan sampai kau sampai dekat anak tangga belakang Lorong tu. Turun kemudian terus sampai kau tiba dekat hujung laluan. Lepas tu berdiri dekat situ jangan bergerak."sambung Caesar lagi tidak hiraukan pertanyaan Delia..

Semasa Delia dengar arahan itu, dia sudahpun ternampak anak tangga yang diberitahu.

"Awak...saya tanya ni. Ke mana saya nak pergi sebenarnya?Apa yang awak rancangkan sekarang ni?"tanya Delia lagi sambil berkerut kening. Geram pulak dia. Ditanya tak dijawab.

"Kan aku beritahu kau, aku nak pancing keluar Hunter yang nakkan kau tu supaya aku boleh bunuh dia orang.."beritahu Caesar dengan nada bersahaja.

Apa?

Pancing keluar Hunter?

Dalam keadaan menggigil sebab takut memikirkan The Hunter,ia buatkan Delia teringat kembali kejadian-kejadian yang pernah berlaku sebelum ni. Sewaktu dia di serang dan hampir di bunuh oleh para Hunter. Naik menggigil tangan dia gara-gara suhu sejuk musim luruh dan jugak perasaan takutnya.

Setibanya dia di hujung laluan tu. Delia berhenti dari berjalan lepas menyedari yang dia kini berada di jalan mati. Sambil buat muka tercengangnya, Delia pandang kejung ke depannya.

What the f*ck!

Jalan mati?

Caesar bawa dia ke jalan mati!Apa lelaki ni fikirkan!

Tak guna punya laki!Ada ke patut bawak dia ke jalan mati!

ZRUPP!

Bunyi sesuatu terjatuh seakan tapak kasut mendarat kedengaran serta merta dari belakang tak lama kemudian.

ZRUUP!

Delia yang dengar pun perlahan-lahan berpaling ke belakangnya. Bagaikan hendak meledak jantung dia saat itu, dia pandang akan empat orang bertopeng putih di situ menghadapnya bersama tangan menggigil dasyat.

"Ooh-ooh...tengok siapa yang sesaat.."

"Nak abang tunjukkan jalan ke?"

"Nampaknya tikus dah sampai jalan mati?"tegur seorang dari mereka sambil keluarkan sebilah pisau yang panjang dan bengkok semacam dari balik jubah yang dipakai.

Sh*t!Mata Delia terbutang kaku memandang mereka.

"Ja-jangan dekat.."sebutnya terketar-ketar apabila empat orang lelaki lampai di depannya mula gerak hendak mempenjurukan dia ke hujung lorong tersebut.

"Tak apa...sekejap jesini. Kami akan lakukannnya dengan secepat mungkin..dan tak sakit."aju mereka sewaktu lambai tangan memanggil Delia supaya mendekat.

Sedang Delia undur ke belakang, kaki dia terpijak satu lingkaran pentagram sihir yang berada di lantai Lorong tersebut. Dan bila kedua-dua kakinya berada dalam bulatan tersebut. Secara mengejut bulatan itu bercahaya, dan dinding kaca muncul di depannya dalam sekelip mata.

Pada masa yang sama seorang dari Hunter di situ gerak mahu menikam Delia dengan senjata mereka, namun gagal apabila hujung senjata itu patah apabila ia mengenai dinding kaca tersebut.

Delia menahan nafas terkejut dia kerana terkejut sebab dia ingat senjata itu hendak mengenai dia. Jadi dia dengan lekas-lekas undur ke belakang sehingga menyebabkan dia jatuh terduduk semata nak elakkan diri.

Pergh!Nyaris je!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience