Part 55

Fantasy Series 5989

*Malam Penyusupan*

Kira-kira 8 orang lelaki berkumpul di tengah kawasan Utama Bulatan Pentagram yang ada di laman istana Cordania. Mereka masing-masing sedang bersiap sedia memasang kelengkapan di badan masing-masing bagi mengikuti misi penting yang bakal di jalankan beberapa jam dari sekarang.

Selepas titah raja di sampaikan, kesatria yang terhandal dan tercekap telah di pilih untuk mengikuti misi tersebut. Termasuk Luca dan Sage sendiri kerana mereka seiring dengan Caesar memahami lebih dalam mengenai selok belok di daerah dalam negeri jiran mereka ini.

Jadi tepat jam sebelas tiga puluh malam, mereka semua akan bergerak.

Mata Delia melirik setiap orang yang ada di situ dengan dada sebu dan nafas naik turun takutnya. "Awak.."panggilnya dengan perlahan semasa Caesar bantu dia kenakan pakaian combat di badannya ketika ini.

"Hm."balas Caesar.

"Saya tahu awak akan jengkel mendengarnya. Tapi saya tetap akan katakannya jugak."bisik Delia dengan perlahan.

Caesar gerak memasang strap cekak leher di leher Delia ketika itu. "Cakap je la."

Delia pandang muka Caesar sewaktu dongak sedikit nak bagi ruang buat Caesar kenakan strap tersebut di lehernya. "Saya takut..macam mana kalau saya tak boleh nak bangunkan tentera-tentera tu nanti? Saya tak tahu caranya?" desis dia di depan muka tu. Sia-sia la usaha Raja Blake terhadap dia selama ni.

Yakin yang strap baju kali sihir di badan Delia tersemat rapi dan kemas, Caesar turunkan tangannya ke pinggang Delia pula. Dia tarik tali yang tergantung di tepi seluar itu lalu di lilit sekeliling pingang Delia dengan lekas tetapi kemas. "Aku akan jelaskan dekat sana. Buat masa sekarang jangan fikir banyak. Sebab perasaan dan fikiran kau tu akan sama-sama mempengaruhi konsentrasi aku...okay?"pesannya dengan perlahan sambil tu.

Delia mengangguk kepala tanda faham. "Okay."balas dia dengan suara crack macam itik getah kuning tanpa sengaja.

Siap melengkapkan Delia, Caesar kemudiannya berpaling, "Tuanku...kami dah sedia." beritahunya kepada Raja Blake yang sedang berdiri di depan Sage menyampaikan sesuatu.

Raja Blake pun berpaling. Dia pandang Delia dengan senyuman nipis di bibir. "Kalau begitu kamu semua boleh mulakan perjalanan." beritahu dia semasa lalukan tangan ke arah bulatan pentagram yang biasa di gunakan untuk teleport keluar dari kawasan istana ini. Disebabkan sekeliling daerah dalam negeri ini telah di pagari dengan satu dinding pelindung, hanya bulatan pentagram ini saja yang boleh digunakan untuk teleport keluar masuk dari kawasan ni.

Mereka semua mula berkumpul di dalam bulatan pentagram lepas dengar akan arahan tersebut. Serta merta cahaya pun mula keluar dari bulatan itu.

Delia yang berdiri di sebelah Caesar dan Sage pandang ke Raja Blake dengan renungan tidak pastinya. Agak-agak la kan...dia dapat ke kembali ke sini semula hidup-hidup?

Senyuman nipis terukir di bibirnya semasa dia balas renungan Delia. "Semoga Berjaya semua. Saya harap saya dapat lihat kamu semua kembali ke sini. "ucap Raja Blake sebelum lenyapkan mereka semua di situ dalam sekelip mata begitu saja.

Deru angin bertiup menyapa gegendang Delia sewaktu mereka berubah tempat dalam sekelip mata sebelum kaki tempat mereka berpijak tadi berubah dari permukaan simen kepada air!

SPLASH!

9 orang berdiri di tengah-tengah laluan berair menghadap sebuah hutan yang gelap gelita sesaat kemudian.

Menahan nafas terkejut Delia lepas dia rasa sejuk percikan air yang mengalir di bawah kakinya ketika itu. Dengan bingung dia pandang kanan dan kirinya. "Kita dekat mana ni?" tanya dia dengan perlahan. Takut nak cakap kuat-kuat .Nanti kang tak pasal-pasal Tarik perhatian perkara yang tak sepatutnya pulak!

"Sempadan Negeri Cahaya." jawab Caesar sebelum capai tangan Delia dan mula jalan ke depan untuk masuk ke dalam hutan di depan mereka."Tak jauh dari sini, kita akan melalui satu daripada kawasan dimana Troll tinggal.."maklumnya sambil tu.

Kesatria yang lain ikut di belakang dengan postur berjaga-jaga. Sage dan Luca dengan peka pasang telinga dan mata mereka untuk pastikan tiada apa-apa yang asing atau membawa bahaya kepada mereka dari mendekat.

"Troll?"bisik Delia lagi. Huish!Merinding seram dia dengar! "Tak ada jalan lain ke?" tanya dia sambil sandar rapat ke Caesar. Jadi takut tiba-tiba. "Saya dengar mereka makan manusia..tingginya berkaki-kaki..."matanya lihat ke dalam kegelapan sekeliling hutan yang mereka sedang rentasi sekarang ni. "Paling teruk binatang berkaki empat belaan mereka.."bayangkan je dah buat perut dia memulas nak terkucil!

Mereka yang sedia tahu apa maksud Delia pandang sekeliling dengan awas. Jangan di sebut!Muncul pulak nanti!

"Aku tak sangka...kau yang selalu tidur dalam kelas boleh peka untuk ambil tahu tentang haiwan dan sejarah binatang ajaib yang ada."seloroh Gibson dekat belakang, rakan sekelas Delia.

Delia yang dengar palingkan kepala ke belakang. Menjegil mata ke rakannya yang ikut terpilih untuk sertai misi mereka. Hairan dia!Kenapa kawannya ini boleh terpilih sekali? "Kalau tak ada yang baik keluar dari mulut tu baik kau diam.."desis Delia dengan geram

PRAK!

Tak semena bunyi dahan patah kedengaran dari balik kegelapan di sekeliling mereka.

Jadi kejung mereka semua di situ dengan serentak lagi-lagi Delia.

"Apa tu?"bisik Delia dengan cemas.

"Shh!"desis Sage yang dengar akan bunyi itu terlebih dahulu.

Serta merta semua kepala di situ berpaling kanan dan kiri sebelum berhenti dari bergerak.

Ketika semua perhatian mereka terarah di sekeliling, Delia yang boleh rasakan kehadiran tenaga asing di depannya, hanya diam memegang lengan Caesar seerat mungkin apabila matanya ternampak kelibat di balik kegelapan di celah pokok di depannya ketika itu.

Oh sh*t!

Hellbound!

Contoh imej Hellbound.

Sejenis haiwan magis pemakan daging. Sangat buas dan tidak berperikemanusiaan. Sifatnya boleh di ibaratkan seperti gabungan hyena dan harimau bintang, Sangat besar dan menakutkan! Haiwan kegemaran troll.

"Grrrr..!!!!!"muncung seekor binatang dengan air liur meleleh dan gigi tajam seperti gerigi gergaji munculkan diri sebelum kepala bermata merah dan hidung bergerak-gerak menghidu sekeliling.

Lepas imej itu jelas, kening Delia terangkat tinggi dan matanya terbutang luas. "Guys.."panggil Delia tanpa alihkan perhatian dari mahkluk di depannya. Holly guagemolly! Besarnya!"Saya rasa kita ada 'kawan' bersama kita dekat sini.." maklum dia sambil goyangkan lengan Caesar nak tarik perhatiannya.

Bila Caesar dengar, dia pun pandang ke depannya. "Apa mak-"tak sempat dia nak habiskan kata mulutnya tertutup semula. "Oh sh*t!"bagai nak luruh jantung lepas dia lihat ada tiga haiwan bersaiz beruang di depannya sedang bergerak dengan langkah pemangsa mendekati mereka.

Lepas sahaja perkataan itu ketiga-tiga hellbound itupun tanpa berlengah lagi buka langkah dan gerak menerkam ke arah mereka.

"WARGGG!"ngaum haiwan itu dengan ngeri sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience