Part 61

Fantasy Series 5989

*Kebangkitan Tentera Aragorn*

Dalam bentuk satu barisan yang lurus, 8 orang lelaki yang berkeadaan seperti baru meredah rebut dan taufan itu berdiri di depan sebuah kubu dengan pintu gerbang yang luas diapit dua patung batu gergasi di kanan kiri laluan masuknya.

Caesar yang berdiri di tengah-tengah barisan Bersama Delia dalam pelukannya ikut dongak mengamati pemandangan infrastruktur kubu batu itu. Untuk pertama kali dalam seumur hidup dia, dapat jugak dia jejak kaki ke tempat legenda ini. Biasanya dia dengar dari cerita dan maklumat dalam buku teks di akademi latihan Knight sahaja. Dan sekarang dia dapat berdiri di sini akhirnya.

Dengan mata masih terpejam kerana terlalu lemah di seluruh badan seperti rohnya di bawa keluar dari badan, Delia tidak dapat saksikan kemegahan itu. Dia hanya rehatkan kepalanya di ceruk leher Caesar bagi jimatkan penggunaan tenaganya.

Dalam masa yang sama ke lapan-lapan kaki kanan itu pun memijak anak tangga pertama. Dipijak saja lantai batu yang diukir dengan bentuk aneh, masa itu la Delia buka mata dia sebab badannya menerima getaran aneh dari kawasan itu.

Semakin ke depan mereka dekati pintu masuk itu, sesuatu yang aneh semakin terjadi. Setiap rambut mereka di situ mula berubah warna. Dari yang hitam atau coklat kulit kayu, dengan serentak ia bertukar menjadi warna gelap dengan belang kelabu ash. Anak mata mereka turut bertukar warna mengikut warna rambut mereka, sama ada biru gelap, merah darah, kuning autumn, hijau jade.

Mereka di situ sama sekali tidak menyedari perubahan yang berlaku terhadap diri mereka sehingga la mereka masuk ke dalam ruangan di kubu itu. Sementara Caesar dan Delia tidak alami sebarang perubahan ke atas diri mereka.

"Kau rasa tu?"tanya Sage semasa dia berjalan di sisi Caesar sambil perhatikan lantai yang mula bercahaya selepas mereka tiba di situ.

Luca yang begitu tergamam pandang akan permukaan lantai itu dengan mulut ternganga. "Woah!Aku boleh rasakan badan aku ringan dan semua rasa sakit mula hilang.."komennya semasa mengangkat kepala mahu memandang rakan-rakannya.

Dan bila Gibson ikut memaling kepala ke Luca, dia menahan nafas terkejut lepas lihat akan rupa Luca yang berubah sepenuhnya. "What the hell!"lafaznya dengan tergamam.

"Apa yang dah berlaku dekat kita?"soal Knight yang lain lepas sedar keadaan diri mereka tidak seperti tadi. Ianya seakan diri mereka telah di caj semula dengan tenaga yang sangat hangat dan kuat di situ.

Sage pandang akan mereka berlapan silih ganti. Kenapa mereka berenam saja yang berubah tetapi tidak Caesar.

"Kau orang...cuba tengok ni.."Knight kedua beritahu dengan nada cemas.

Bila semua di situ palingkan kepala, mereka nampak rakan mereka sedang tunduk memandang dada yang sedang mengeluarkan cahaya terang dari balik pakaian mereka.

"Aku pun sama!"seru rakan mereka yang seterusnya lepas lihat tanda Knight yang ada di dada kiri mereka keluarkan cahaya yang berlainan warna.

Caesar tanpa hiraukan kekecohan di situ kemudiannya gerak ke tengah bulatan di situ sebelum letakkan Delia yang sedang lemah kerana terlebih menggunakan kuasa tadi lemah lembut Bersama dengannya di situ. Dia bersila sebelah kaki sambil sandarkan belakang badan Delia ke dadanya.

"Kita dah sampai"beritahu Caesar di tepi telinga Delia dengan perlahan.

Dengan susah payah, Delia buka matanya yang berat itu perlahan-lahan. "Ianya bukan lima elemen.."bisiknya setelah itu. Suara bisikan dari tempat keramat ini memenuhi kepala dia. Mereka berbisik menggunakan Bahasa elves dan pari-pari tapi dia boleh faham apa yang penjaga tempat ni beritahu dia.

"Apa dia?"tanya Caesar dengan terkejut. Apa yang bukannya?Jangan main-main!

Delia angkat sedikit kepalanya sebelum pandang tujuh lelaki yang berdiri di depannya itu. Rupanya begini ceritanya. "Ianya lapan elemen bukan lima. Kisah Tentera yang tertanam dalam tanah itu tak betul."beritahu dia dengan nada termenung.

"Apa maksud kau Delia?"tanya Caesar dengan kening berkerut tak faham.

Delia palingkan kepala memandang wajah Caesar yang berada dekat dengannya ketika itu. "Penjaga tempat ni berbisik kepada saya. Mereka beritahu saya kisah sebenarnya..."beritahunya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience