*New Friendship New Chapter*
Bersama langkah riang dan penuh bersemangatnya, dia atur perjalanannya untuk ke bilik umum Majlis Pelajar. Dengar khabarnya Sage sudah balik ke akademi semula. Dia tak tahu apa yang telah berlaku. Apa dia tahu dia nak berjumpa dengan Sage sebab rindu.
Sampai saja di depan pintu itu dia pun tolak la daun pintu ke dalam Bersama senyuman lebar di bibir.
"Hai Sage...saya harap sa-"ucapan itu tidak habis di sebutnya lepas Nampak apa yang ada di depan matanya.
Senyuman pun jatuh dari bibir dia sebaik melihat Delia sedang terlena di dalam pelukan Caesar dekat sofa satu seat. Dua dari rakan sekelas Delia terbaring di atas lantai permaidani. Seorang berbantalkan peha, seorang lagi berbantalkan kot akademi di kepala. Bukan setakat itu juga, Luca turut kelihatan di sofa Panjang di situ Bersama kot terselimut di dada berbantalkan kusyen kecil.
"What the hell?"soal Donna dengan muka dumbfounded lepas tengok mereka yang berada dalam bilik umum Sage. Kenapa mereka semua ada di sini? Perempuan menyampah ni sekali lagi tu. Lalu matanya terarah ke meja kerja dimana Sage sedang duduk dan turut terlena di situ.
Tanpa hasilkan sebarang bunyi, dia jalan menjengket kaki dan langkah kaki yang merentangi laluannya untuk tiba ke Sage. Lantas beg kecil berisi buah di letakkan atas meja setelah dia tiba di sebelah kerusi. Tanpa berkata apa-apa, dia tunduk untuk memandang wajah Sage yang memejam mata itu sebelum tersengih sendiri kerana suka.
Tiba-tiba dengan mengejut Sage membuka mata dan bertentang mata dengan Donna.
Hampir hendak menjerit sebab terkejut, Donna tekup mulutnya semasa berdiri tegak menjauhkan diri. Geez!Lemah semangat dia!
Sambil menggeliat lesu, Sage turunkan kaki dari meja itu lalu duduk tegak di kerusi tersebut setelah itu. "Apa kau buat dekat sini?"bisiknya dengan perlahan kerana tidak mahu menganggu mereka semua yang datang ke bilik umum ini untuk berehat bagi melampiaskan rasa letih yang berkumpul sejak beberapa hari ni.
Donna turunkan tangannya ke bawah sebelum tayang sengih nipis di bibir. "Jumpa awak la apa lagi.."katanya sambil angkat tangan untuk menyentuh lengan tu.
Sage lirik akan tangan Donna yang mahu menyentuhnya sebelum lepaskan keluhan. Mesti Donna risau memikirkan dia lepas tak hadir ke akademi ni. "Sini.."panggil dia sambil tepuk ribanya dengan letih,
Donna yang lihat jungkit kening dengan teruja sebelum cepat-cepat gerak ke situ dan duduk atas riba Sage. Yeah!Rindunya dia dekat Sage. Leher itu di peluknya sebelum dia berikan kucupan di pipi itu. "Kenapa mereka semua ada dekat sini?Termasuk si menyampah Delia tu?"bisik dia masa kerling ke ruang tengah bilik umum dimana rakan-rakan Sage dan Caesar sedang terlena.
Sage pegang belakang pinggang Donna sambil sandarkan kepala ke kerusi itu. Mahu tertidur lagi. Badan dia lesu-lesu semuanya. "Kau patut berkawan baik dengan Delia...dia adalah seorang tuan puteri...lagipun kau orang berdua sebaya. Sudah-sudah la bermusuhan."pesan dia.
Donna berdecit menyampah sebelum rehatkan kepala ke ceruk leher Sage. "Bergantung pada cara dia layan saya...saya akan pertimbangkannya."balasnya.
Sage lepaskan keluhan lega lepas tenaga dari Donna perlahan-lahan menyerap ke tubuhnya setelah kehadiran Donna ke situ. Berada dekat dengan Huntress adalah ubat yang paling mujarab. "Nanti bila aku dengan yang lain habis belajar, kau orang berdua je dekat sini...jadi pandai-pandai la jaga diri. Jangan bercakaran lagi sudah.."
Donna tersengih. Teringat dia masa tindakan jahat dia menyerang Delia dan sakiti perempuan tu. "Kalau dia maafkan saya...saya rasa saya boleh berkawan dengan dia.."jawabnya.
Lantas Sage rehatkan pipi dia ke atas kepala Donna. "Bagusla...sekarang diam. Aku nak tidur..dan kau duduk dekat sini sampai aku bangun."arahnya.
"As you wish my knight."lafaz Donna yang kemudiannya rehatkan tangan ke tepi bahu Sage sambil lihat mereka semua yang tertidur di situ. Dia tertanya-tanya, apa saja la yang mereka semua telah lakukan sampai kelihatan penat begini.
Delia dekat sofa bergerak sedikit untuk selesakan diri dengan tiba-tiba, hal itu buatkan Caesar bergerak untuk peluk Delia ingatkan Delia mahu pergi.
Di bawah sofa, atas permaidani, Gibson baring ngiring ke kanan sebelum terpeluk kaki Negolas yang menjadi bantalnya ketika itu. Sementara Negola sudah ternganga dan berdengkur.
Luca dekat atas sofa terkutik hendak mengaru muka yang gatal sebelum bawa lengan ke atas mata dan sambung tidur semula.
Baki ahli majlis pelajar yang ada berada di merata ruangan itu turut terlena.
Maka dengan tenang dan harmoni semua di situ nikmati rehat yang mereka mahukan selepas bertarung nyawa untuk selamatkan negara mereka ini tanpa pengetahuan sesiapa. Sampai la bila-bila hal ini menjadi rahsia dan tercatat di dalam sejarah secara sembunyi.
Share this novel