Part 41

Fantasy Series 5989

*Keinginan yang Tak Berbalas Sebab Sudah lama Terlepas*

Setahun yang lalu..

"Luca....kenalkan...ini adalah pelajar baru kita. Dia baru sampai hari ni. Memandangkan kamu ketua pengawas di sini. Saya mahu kamu guide dia sepanjang hari ini mengenai akademi kita."minta Penolong Dekan. "Delia Kerrie...Delia..kenalkan ini Luca."

Bila dia jengah kepala ke balik bahu Penolong Dekan, seseorang pada masa yang sama munculkan diri dari belakang badan dan berdiri di sebelah Penolong Dekan sebelum memandangnya. Terpandang saja wajah polos tiada cela didepannya serta merta senyuman nipis terukir di bibir.

"Hai..saya Luca. Selamat datang ke Akademi Magika Dark Tower."ucapnya sambil menghulur tangan ingin berjabat.

Mata merah merun itu berkedip beberapa kali sewaktu menatap wajahnya lalu turun ke tangan dia. "What ever..."balas Delia dengan lagak terhadapnya.

Taken back sekejap dia dengan layanan dingin yang di berikan oleh Delia kepadanya. Yalah sepanjang dia di dalam akademi ini, dia sentiasa dapat layanan yang baik dari mana-mana pelajar perempuan. Malah ada yang jatuh cinta kepada dia. Sementara Delia buat tak kisah pulak.

"Saya serahkan Delia kepada kamu ya, Luca."pesan Penolong Dekan kepadanya.

"Baik puan.."angguknya dengan patuh.

Delia dekat depan dia hanya menjuling mata menyampah dan silang tangan ke dada.

"So...first time dekat akademi atau-"

"Masalah disiplin..puas?Kalau awak nak judge saya kenapa saya boleh berakhir dekat sini..better tak payah cakap apa-apa.."sentap Delia dengan perlahan. Jelas-jelas sedang kejengkelan.

"Sorry..saya cuma nak berborak saja...tak ada niat nak judge awak atau apa.."ngaku dia serta merta kerana agak terasa dengan sikap Delia terhadapnya. Dia cuma nak buat baik je. Tak ada niat jahat pun. Tanpa dia sedar dia buat muka terkilan sewaktu pandang ke lantai di depannya.

"Ahahah!"tak semena suara ketawa yang ceria kedengaran. "Seriously?Awak ni jenis yang cepat emo ke?Saya gurau je la..."ketawa Delia sewaktu menepuk tepi lengannya dengan perlahan.

Terkejut mendengar suara ketawa tu, dia kembali tersenyum sebab ikut senang melihat senyuman indah di bibir tu. Gurau aje ke?Dia ingatkan serius. "tak ada la...saya cuma fikir mungkin awak tak selesa. Sebab tu la saya nak berbasa basi dengan awak."

Delia tarik sengih meleret. "Sorry...saya gurau. So..nak mula dari mana?Kafeteria?Dewan umum?Atau kelas?"tanya Delia dengan bersemangat kepadanya.

"Kita mulakan dari kelas dulu.."aju dia.

Dan sejak tu perhatian dia hanya terarah pada Delia.

End of flashbacks

20 orang Knight yang telah bersedia dengan pakaian combat diraja berkumpul dalam barisan di hadapan sebuah bangunan berdekatan dengan Bar Greenwild di pekan tersebut. Menanti ketua mereka hadirkan diri di situ untuk laksanakan misi mereka ketika itu.

Dekat 15 minit tunggu sebelum waktu misi bermula, semua di situ sudah siap sedia. Hanya tunggu arahan saja baru mereka akan bertolak.

"Luca...Caesar ada beritahu dia datang bila?"tanya Royal Guard yang lebih tua dari Luca. Tapi junior untuk Luca dan Caesar. Sebab mereka terima latihan lewat dari Luca, Caesar mahupun Sage sendiri yang mana sejak 7 tahun lagi mereka telah terima latihan. Dan di usai 13 tahun mereka sudahpun di lantik sebagai Royal Guardian. Sementara yang lain di usia yang lanjut baru dilantik, malah kepakaran mereka tidak la standing trio ini.

Tersentak mendengar soalan itu, Luca sedar dari lamunannya. Dia pandang sekejap ke royal guardian itu sekejap sebelum bersuara.

"Kejap lagi.."beritahu Luca semasa sandar di tembok patung ikan yang berada di situ. Dia sedang tunduk mengutil sesuatu di pakaian sambil memikirkan kenyataan yang dia tiada peluang untuk ambil hati Delia lagi memandangkan Caesar adalah Knight sebenar Delia. Serious talk, dia dah lama nantikan hal ni. Dia berharap selama ni yang Delia adalah Huntress dia. Kalau Delia adalah Huntress dia, akan dia jaga dan layan Delia sebaik mungkin. Tersengih sedih dia memikirkan balik semua hal tu.

Nak buat macam mana...semua tu hanya keinginan yang tak berbalas sebab sudah lama terlepas.

Mereka yang dengar kemudiannya tidka bersuara dan hanya berdiri di situ dengan tegak sebelum pandang kanan dan kiri suasana malam di situ. Langit gelap. Penduduk pula tiada yang berlegar-legar di sekitar pekan tu kerana waktu sudahpun masuk tengah malam. Hendak masuk jam 1 pagi.

Tidak semena deru angin bertiup lalu diikuti kemunculan bulatan pentagram berdekatan dengan kawasan berkumpul itu.

Hal tersebut buatkan mereka di situ dengan awas dan berposisi sedia hendak pertahankan diri, namun tidak Luca. Dia yang tahu siapa datang hanya angkat kepala dan pandang bersahaja ke bulatan pentagram yang muncul di depan mereka ketika itu.

Mulanya mereka ingat musuh atau orang jahat, sekali tu suara orang membebel adalah perkara pertama yang menyapa mereka terlebih dahulu. Tidak menjangka hal itu.

"Saya tak nak!Selagi awak tak jelaskan dekat saya apa yang awak nak buat dan ke mana saya nak pergi saya takkan pergi!"suara itu buatkan Luca tersentak lalu tolak diri dari bersandar di patung batu di situ.

Lantas mereka ternampak lelaki berambut merun dan berpenampilan yang berbeza muncul bersama-sama dengan seseorang di situ. Setiap seorang di situ membuka mata seluas mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience