Part 16

Fantasy Series 5989

*Penganti dan Kisah Negeri Yang Runtuh.*

"Sorry?Apa dia tadi?"Delia pandang silih ganti ke lelaki muda dan tua di depannya. Gila ke!

"Ianya demi kebaikan awak jugak Delia..lagipula ianya takkan ambil masa yang lama." kata lelaki muda yang mungkin tua 10 tahun atau lebih dari Delia.

"Apa yang awak merepekkan ni...Ibu..ayah...did I heard right?"Delia palingkan kepala ke ibu dan ayahnya. Nak pastikan mereka memang serius nak dia lakukan hal ni!

"Ikutkan saja. Kamu tak rugi pun."beritahu Ayah Delia sementara Ibu Delia hanya mengangguk kepala.

"Memang la tak rugi, tapi tak apa ke?" keningnya berkerut serba salah. Tak semena orang lain kena jadi penyalur tenaga untuk dia. Delia pandang semula ke lelaki di depannya.

Lelaki depan Delia tarik senyuman memberi kepastian.

"Tapi tak kekal pun. Tenaga yang saya pindahkan dari cucu saya kepada kamu hanya untuk sementara waktu saja. Sehingga kamu temui Knight kamu. Jika tidak lakukan hal ni, kamu takkan dapat survive selama beberapa bulan di sana."jelas Master Oldie kepada Delia.

Lelaki muda yang duduk bersila di sebelah Master Oldie mengangguk kepala. "Betul tu."

Iya-iya je la dia orang ni. Delia dah buat muka tak suka.

"Nanti ada apa-apa perubahan dekat kuasa saya ke?"tanya Delia dengan muka tak pasti. Dia tak yakin la dengan semua idea ni. Agak-agaknya Knight dia rasa tak apa yang dia rasa sekarang ni?

"Jangan risau...ianya hanya recharge tenaga saja. Seperti telefon dicaj. Ianya takkan ubah kuasa kamu. Paling penting Knight kamu takkan terjejas kerana hal ni. "beritahu Master Oldie lagi.

Untuk seketika Delia berkira-kira. Dia tak suka la menyusahkan orang lain macam ni. Rasa macam membebankan je. Cukup la dia seorang saja yang tanggung semua ni."Fine...saya setuju."kata dia dengan nada mengalah yang tak rela.

"Baik la kalau begitu.kamu boleh ambil tempat di depan dia..."Master Oldie arahkan cucu lelakinya itu untuk bangun dari situ supaya ubah tempat duduk di depan Delia pula.

Mata Delia lirik akan lelaki berkemaja putih itu sehingga la dia duduk bersila di depannya. Bila lelaki tu dah duduk selesakan diri di situ, dia bersuara."Beritahu saya kenapa awak setuju untuk tolong saya sedangkan kita tak ada kaitan apa-apapun."tanya Delia dengan kening mencerlung tak puas hati.

Lelaki depan Delia tersenyum nipis sebelum pandang ibu dan ayah Delia yang berada di belakang Delia ketika itu. Tiada sebab kenapa dia tak boleh lakukan hal ni. Membantu sesama kaum adalah satu tuntutan yang baik. Mereka ikut bersila atas hamparan tikar rotan di tengah bilik ritual itu. "Tak salah kan kalau saya cuba bantu raja dan permaisuri yang memerlukan bantuan?"

Melompat sedetak jantung di dadanya sebaik dengar. Kening Delia terangkat tinggi. Huh?Mana lelaki ni tahu?Berasa pelik dia toleh ke ayah dan ibunya. Cuba bertanya melalui air mukanya.

Ibu dan ayah Delia hanya balas dengan air muka serba salah mereka.

"Jangan risau...rahsia kamu sekeluarga selamat Bersama dengan kami..tiada apa-apa yang perlu kamu risaukan."Master Oldie bersuara sewaktu dia nampak reaksi resah Delia.

Kepala Delia berpaling semula memandang ke Master Oldie. Sesak dada dia bila orang tahu siapa mereka sekeluarga yang sebenar-benarnya. Kalau boleh dia nak simpan hal ini sampai ke lubang kubur. Tapi nampaknya ada jugak yang tahu.

Ayah dan Ibu Delia pandang ke Master Oldie dengan perasaan rendah diri. Rasa malu bila dipanggil begitu. Yalah, Mereka bukan lagi golongan diraja sebenarnya sejak 20 tahun yang lalu.

Semuanya bermula dari, kisah Ibu Delia adalah puteri mahkota seorang raja untuk sebuah negeri magika ni.

Namun begitu ibu Delia jatuh cinta pada ayah Delia yang merupakan manusia biasa yang belajar magis di dunia magika. Oleh kerana ibu Delia lebih memilih untuk bersama dengan ayah Delia, maka takhtahnya sebagai puteri mahkota di turunkan.

Dengan itu ibu Delia pun tinggal di dunia manusia sebagai orang biasa tanpa title selepas berkahwin dengan ayah Delia. Ingatkan mereka dapat jalani hidup sebagai keluarga dengan harmoni.

Lantas, beberapa tahun kemudian, berita mengenai penggulingan takhtah milik negeri Ibu Delia terjadi.

Musuh dari Negara Kegelapan telah membunuh dan menghapuskan semua ahli keluarga diraja yang berkaitan dengan negara Ibu Delia. Dan Ibu Delia adalah satu-satu yang terselamat dari pembunuhan itu.

Pada masa yang sama, kelahiran Delia turut terjadi, tanda kuasa milik negeri kelahiran Ibu Delia muncul kembali.

Hal itu telah menyebabkan Musuh dari Negeri Kegelapan jadi terancam. Nak elakkan dari kuasa mereka di jatuhkan semula, mereka perlu hapuskan waris Utama yang berkemungkinan besar boleh rampas dan gulingkan mereka dari takhtah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience