*Kalau Ada Problem Share,Tak Sakit Pun Kalau Beritahu Masalah Simpan Masalah Takkan Membantu*
KLIK!
Pintu bilik terbuka dengan sendiri ke dalam apabila Delia masuk ke bilik tersebut dengan muka devastated macam orang baru kalah dalam peperangan.
Kebetulan waktu itu sudahpun lewat dan Rose sendiri dah balik dari kelas ada sekali di dalam ruangan itu. Dia yang sedang duduk rehat atas katil seusai mandi tadi lirik ke Delia dengan kening terangkat tinggi. "Kau dah kenapa?Asal satu hari suntuk ni aku tak Nampak kau dalam akademi?"tegurnya.
Mati kutu Delia masa berdiri dekat situ. Dia garu belakang telinga sebab gatal. Nak cakap macam mana ya?"Ada je dekat area akademi ni...kau dah makan ke?"balasnya dengan bersahaja yang boleh.
Kening Rose berkerut sikit masa dia pandang curiga ke Delia. Asal kawan dia ni macam cuba sembunyi sesuatu dari dia je ni? "Hei...kau tak cuba buat something yang melanggar peraturan kan?"soalnya yang berasa was-was kalua kawannya buat perangai macam serba salah begini.
"Apa kau merepekkan ni...mana ada aku benda yang tak baik...kau tahu kan aku takkan buat hal melainkan perlu dan terdesak je.."kata Delia yang kembali tenang lepas Rose tak tanya lebih lanjut lagi mengenai kehilangan dia satu hari ni.
Rose melepaskan dengusan kecil lalu tersengih sewaktu ubah kedudukan baring telentang kepada mengiring untuk lirik ke Delia yang gerak ke almari pakaian di situ. "Yalah kau...ingat aku tak kenal perangai kau tu macam mana...kau tu Nampak je diam..entah-entah dalam kepala tu dah rancang benda pelik-pelik."ujarnya.
Sambil dia buka pintu almari dan keluarkan pakaian yang hendak di gantikan, Delia buat muka serba salahnya. Dia nak beritahu tapi tak nak libatkan Rose dengan masalah dia, terpaksa la dia diamkan dulu. Lagipun kata-kata Caesar tadi buatkan dia takut pulak.
"Mana ada..saya bukan Huntress."nafi dia dengan bersungguh.
"Tak payah la nak menipu. Aku tahu kau Huntress..."kata Caesar sambil menyilang tangan ke dada memandang dia dengan renungan judging.
"Kalau ya kenapa?Apa urusannya dengan awak?"
"Memang bukan urusan aku siapa kau...masalahnya sekarang kau ada barang yang sepatutnya kau tak miliki. Jadi kau adalah masalah aku sekarang."Caesar lirik ke rantai dia semula.
"Apa maksud awak?Rantai ni?Awak ada kaitan dengan rantai ni?Awak kenal siapa pemiliknya?"soal dia dengan beria. Bertahun dia cuba cari tahu siapa pakcik yang selamatkan dia lima tahun yang lepas.
"Ya...aku kenal. Sangat!"tekan Caesar pada perkataan 'sangat'. "Apapun aku nak beritahu kau, tak ada siapa boleh tahu kau Huntress..termasuk kawan kau sendiri. Kalau hal tu terjadi, jangan salahkan aku kalau sesuatu terjadi pada mereka yang tahu siapa identity kau ni."
"Awak fikir awak tu si-siapa awak ha...suka hati nak ugut saya...awak urus saja la masalah awak tu. Jangan nak libatkan saya pulak. Lagi satu...hak saya la nak beritahu siapa diri saya sebenarnya kepada orang lain!"lawan dia walaupun dia takkan buat hal tu sekalipun dia nak. Gila apa nak dedahkan dirinya kepada orang lain. Itu namanya gali kubur sendiri.
"Kau dengar apa aku cakap, atau rantai tu aku rampas...kemudian kau ulang balik apa yang kau cakap dekat aku lepas tu.."
End of flashbacks
Pintu almari di tutup oleh Delia lepas dia selesai capai pakaiannya. Dia kemudiannya atur langkah ke katil untuk duduk sekejap di situ hilangkan penat.
Rose yang perhatikan tingkah Delia aneh sejak tadi diam menilik muka tu. Hairan dia..selama dia berkawan dengan Delia, dia tak pernah Nampak Delia bergaya atau kelihatan cantik seperti pelajar perempuan lain di akademi ini. Malah muka itu langsung tiada serinya seperti orang sakit. Sebenarnya Delia ni tak apa-apa ke?Atau dalam masalah.
"Hei Lia..."panggil Rose tak lama lepas tu.
Delia pun tersentak dari lamunannya selepas duduk tadi. Dia dengan perlahan gerakkan matanya saja ke Rose. "Kenapa?"balasnya dengan perlahan.
"Kau tahu..kalau kau ada problem kau boleh share dekat aku?Tak sakit pun kalau beritahu masalah kau dekat akusimpan masalah takkan bantu kau..ianya hanya akan buatkan kau tertekan.."beritahu Rose dengan berhemah. Dia tak nak kedengaran seperti penyibuk. Tapi sebagai seorang rakan dia kena lakukan sesuatu sekiranya kawannya perlukan dirinya ini.
Tersenyum Delia lepas dengar. "Thanks. Aku akan ingat."balasnya.
"Dah la pergi mandi sana. Kemudian kita turun dewan makan sama-sama."pelawa Rose.
"Kau belum makan lagi ke?"kening Delia terangkat lepas sedar soal itu. Dah lewat ni..takkan la Rose tak makan lagi.
"Belum...makan sendiri tak seronok. Kalau ada kawan baru la kenyang. Pergi la cepat..aku tunggu."beritahu Rose sebelum tersengih.
"Okay..."angguk Delia tanpa berlengah semasa gerak mendekati pintu bilik air.
Sambil perhatikan langkah lekas Delia, Rose geleng kepala sebelum baring semula di situ untuk menyambung berangannya.
Share this novel