Part 40

Fantasy Series 5989

*Suka boleh diputik, sayang boleh diberi cinta tak boleh dikongsi*

"So...kau marah la ni?"Caesar lentokkan sikit kepalanya semasa tatap wajah bengang Delia.

Nafas Delia naik turun nak hilang sabar. Dah tahu di tanya lagi! Nanti ada jugak yang dia ubah jadi batu kejap lagi ni. "Better awak bangun sebelum saya hantuk kepala saya dekat kepala awak nanti...Caesar."beritahu dia dari balik ketapan gigi.

Mata Caesar lirik ke bibir Delia untuk beberapa saat sebelum naik untuk merenung tepat ke mata berwarna merah merun yang mengancam tu.

"Aku minta maaf sebab tak beritahu kau hal sebenar okay?"ucapnya sambil tenung mata tu sementara tangan yang cengkam pergelangan Delia tadi perlahan-lahan di bawa ke tepi kepala pula.

Mata Delia bergerak-gerak sewaktu dia balas renungan Caesar. Cuba cari keihlasan dari ucapan maaf tu. "Tipu. Awak tak menyesal. Awak tak menyesal letakkan diri saya dalam bahaya demi kepentingan awak Caesar.." balasnya.

Caesar tersengih lepas dengar. "Pandai...kau baca fikiran aku ke?"tanya dia setelah itu.

Tak guna! "Tepi!"arah Delia sambil gunakan tangan yang bebas tadi untuk tolak Caesar jauh darinya.

Caesar tak nak ketepi. Dia malahan tindihkan badannya ke atas Delia sebelum sengetkan kepala tu ke tepi untuk dedahkan leher milik Delia untuk akses dia gigit.

"Hei!Apa awak cu-"belum sempat Delia nak cakap apa-apa satu gigitan dirasai pada lehernya ketika itu. "Auw!Hei!"tergopoh-gopoh Delia pukul tepi lengan dan pegang kepala Caesar untuk bebaskan diri.

Caesar yang seronok menyakat Delia tidak berganjak. Dia malah lepaskan gigitan di leher tu lalu beralih ke bahu pula. Tangan kanan dia pegang erat belakang leher Delia. Sementara tangan kiri pegang bahu kiri Delia.

"Cakap kau maafkan aku...baru aku lepaskan." minta Caesar dalam kepala Delia.

Sambil gigit bawah bibir menahan sakit, Delia geleng kepala, tangan dia dan menepuk tampar dan tarik rambut Caesar usaha hendak jauhkan lelaki berperangai vampire ni jauh dari dia. "Tak nak!"lafaznya dengan susah payah.

"Fine...aku tak kisah untuk terus gigit kau.." kata Caesar dalam kepala lagi sebelum turun ke tulang selangka yang timbul di bawah leher Delia ketika itu lantas di gigitnya.

"Arghh!"terbutang luas mata Delia lepas gigi tu dengan kuat mengatup tulang selangkanya. What the hell!Sakit la tenuk! "Caesar!Fine...fine...saya maafkan awak...saya maafkan awak.." meronta-ronta kaki Delia dengan terdesak. Tangannya pula dengan laju memukul-mukul tilam di tepinya.

Dengar saja perkataan itu, baru la Caesar lepaskan gigitannya dan angkat kepala untuk memandang wajah Delia. "Tak boleh tarik balik ya?"cadangnya sambil jilat bibir.

Delia lepaskan hela nafas lega sebelum atur nafasnya supaya kembali tenang. "Tak guna punya Knight.."lafaznya sambil tu.

"Aku tak rasa itu jawapan yang aku nak dengar.."ugut Caesar semula.

Dengan laju Delia gerakkan matanya keĀ  muka Caesar dan menjegil bulat. Geram betul! Knight jenis apa la Caesar ni! Tak ada lembutnya langsung. "Awak tahu...saya jeles dengan Sage sebab dia layan Huntress nya dengan baik dan sweet...awak apa ada? Romantik tidak...prihatin memang jauh la...sweet...uh"berdengus dia dibuat kenyataan tu. "Zero..."beritahu dia.

Terangkat tinggi kening Caesar lepas dengar. "Kau cakap apa!"Delia bandingkan dia dengan Sage?Excuse you!"Ulang balik!"arahnya dengan nada jengkel.

"Apa?Terasa ke?"Delia tarik sengih mengejek dia kerana bangga sebab dapat buatkan Caesar jengkel. Ingat Caesar je boleh tunjuk perangai tak guna. Dia pun boleh.

Tak semena Caesar ketawa sambil jatuhkan kepalanya ke ceruk leher Delia. Jauh dari tu! Dia cemburu dan tercabar adalah. Suka boleh diputik, sayang boleh diberi cinta tak boleh dikongsi.

Delia kerutkan kening bila lain pulak reaksi yang diberikan Caesar. Ketawa pulak. Matanya terarah pada siling di atasnya lepas kepala Caesar jatuh ke tepi lehernya. Apa yang kelakarnya?

Apabila dia telah tenang dari ketawanya, Caesar gerakkan bibirnya dekat pada telinga Delia lalu berbisik dengan lembut. "Kau tak tahu apa yang kau mintak Delia..."beritahu dia sebelum kucup telinga tu.

Seperti di renjat eletrik Delia kejung lepas bibir tu sentuh telinganya. Nafas dia mula ditahan kerana tersentak.

Tak berhenti di situ saja, Caesar gerak ke leher Delia pula."Aku tak perlu jadi macam orang lain untuk buat kau happy..."katanya sebelum mengucup leher itu. Setelah itu dia angkat kepala untuk pandang muka Delia. Lalu berkata di depan bibir tu. "Sebab bila aku nak aku akan jadi orang paling sweet...."dia dekatkan jarak bibirnya ke bibir Dalia. "paling romantik...."dia dekatkan lagi.

Seakan terpana dan pegun dengan situasi itu, Delia hanya diam membatu di situ mendengar setiap bait kata-kata Caesar yang berjaya buatkan tulang belakangnya bergetar yang semacam. Dan perutnya memulas aneh. Dia diam terpukau saat perhatikan bibir Caesar bergerak ketika bercakap.

"Dan paling prihatin...dan lepas tu..kau sendiri tak boleh handle aku..."Caesar tersengih bila nampak Delia pandang tak berkedip ke dia. "Can I kiss you now?"tanya dia denganĀ  perlahan sewaktu merenung tepat ke mata tu.

Buat seketika, mulanya Delia tak beri respons. Namun dengan muka seperti orang terpukau, dia pun mengangguk kepala dengan perlahan.

Caesar apa lagi, tanpa buang masa dia pegang tepi kepala Delia dengan erat sebelum buka mulutnya sedikit lantas memagut bibir Delia dengan mata terpejam.

Apabila kiss itu terjadi, urat belirat yang ada di leher serta tangan Caesar dan Delia mula bercahaya kerana berlaku pertukaran tenaga di antara mereka ketika itu.

Maka rambut hitam Caesar ikut bertukar warna merah merun seperti Delia. Kuasanya semakin bertambah, dan dirinya telah diupgrade ke tahap yang lebih berkuasa dari sebelumnya.

Tangan Delia ikut naik hendak memegang bilah bahu Caesar. Dia tidak menolaknya malah membalas kucupan itu dengan rela.

Caesar tersenyum bila dia rasakan pergerakan dari bibir Delia. Hal itu buatkan dia terus berikan deep kiss dan mengeratkan pelukan disekeliling belakang badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience