Part 14

Fantasy Series 6003

*Lawatan Tidak Diduga.*

"Hai Delia.."ucap Ibu Delia yang kemudiannya gerak mendepakan tangan mahu menyambut Delia.

Ayah Delia pula hanya beri senyuman hangat ke anaknya itu. "Apa khabar?Gembira dapat berjumpa dengan kamu.."

Yup!Ini ibu dan ayahnya. Tersenyum lega Delia lepas tu.

Berasa puas dan gembira, Delia terus gerak ke ibunya dan masuk ke dalam pelukan itu sebelum merehatkan kepala ke ceruk leher itu dengan mata terpejam rapat. "Hai.."lafaznya dari balik hela nafas. Rindunya jangan cakap la!Tak terbendung rasanya.

"Ibu rindu kamu.."ucap Ibu Delia ketika itu.

Bersama senyuman lebar bi bibir, Ibu Delia eratkan lingkaran di sekeliling badan kurus itu sebelum mahkota kepala Delia di kucup olehnya sewaktu ayah Delia pula peluk badan Delia bersama-sama dengan Ibu Delia sekali. Syukur la anak mereka tak apa-apa!

"Macam mana malam tadi?Kamu boleh harunginya?"tanya Ayah Delia setelah itu.

Tanpa membuka matanya, Delia hanya mengangguk kepala perlahan. Ikutkan hati dia mahu menangis, merengek dan mengadu segala susah perit yang ditanggung oleh di sini tambah-tambah lagi kerana berasa lega dan rindu terhadap keluarganya. Tapi dia tak nak jadi anak yang cengeng. Oleh itu dia telankan saja rasa sebu dekat dadanya. Dia nak jadi kuat untuk ibu dan ayahnya supaya mereka tidak risaukan dia.

"Okay....Lia boleh tahan lagi."jawabnya.

Ayah Delia usap belakang kepala tu. "Ayah tahu kamu seorang yang kuat."ujarya dengan kasih.

"Ayuh kita balik...ibu dah hantar surat makluman pada akademi untuk cutikan kamu beberapa hari.."beritahu Ibu Delia semasa gerakkan mereka ke arah kereta kuda.

Cuti?Delia buat muka.

Hairan mendengarnya, Delia angkat kepalanya dari leher ibunya lalu jarakkan sikit dari pelukan itu. "Cuti?Untuk apa?"soalnya sambil berkerut kening tak faham.

Ayah Delia buka pintu kereta kuda itu lalu pegang tangan isterinya untuk dibiarkan naik terlebih dahulu. "Tabib kamu beritahu kamu perlu diberikan rawatan memandangkan kamu sudah lama di sini."

Setelah Ibu Delia naik, dia pegang tangan Delia pula untuk di pimpin naik ke situ.

Sambil capai tangan ibunya Delia pandang ke muka ayah dia dengan muka terkejut."Bila?"soalnya sambil daki naik ke ke dalam kereta kuda itu.

Ibu Delia yang lihat reaksi terkejut Delia tersenyum. "Jangan takut...kita hanya pergi untuk caj semula teras kuasa dalam badan kamu tu."beritahu dia untuk sedapkan hati anaknya itu.

Haih.jenuh la jawabnya. Hela nafas yang Panjang lepas dari bibir Delia.

Ayah Delia kemudiannya naik ke dalam kereta kuda itu lalu duduk bertentangan dengan isteri dan anaknya di situ. Bila dia pandang akan tubuh kurus serta wajah tak terurus Delia, hatinya diruntun pilu. Salah dia sebab letakkan Delia dalam situasi sukar seperti ini. "Aura kamu makin malap...kamu masih belum temui Knight kamu lagi di sini?"tanya dia setelah mendiam buat seketika.

Delia pandang ke ayahnya sambil mengetap bibir dan muka terkilannya. Ya. Kalau tidak mananya dia macam ni. "Belum lagi..."gelengnya beberapa ketika kemudian. Kalau adapun nak ke mereka terima dia sebagai Huntress mereka. Entah-entah di reject terus. Tengok la dirinya ni...dah la macam 'nenek tu' tak terurus lagi tu.

Ayah Delia mengangguk kepala perlahan.

"Kalau begitu, ayah akan pindahkan kamu. Sekiranya hingga hujung bulan ni kamu tetap jugak tidak menemui pasangan kamu di sini. Ayah akan uruskan perpindahan kamu serta merta. Lagipula, dah setahun masa ayah berikan kepada kamu di sini..tubuh kamu tak kuat untuk menetap di satu tempat buat tempoh yang lama.."beritahunya.

Ibu Delia yang dengar peluk belakang bahu Delia lalu menggosok tepi lengan tu untuk beri semangat. Berharap sangat masalah anaknya ini akan berakhir dengan cepat supaya Delia boleh jalani hidup dengan normal dan gembira. Kasihan dia tengok Delia lama-lama begini.

Pindah lagi?

Nampaknya sampai ke sudah la masa muda dia di habiskan dengan perkara-perkara membuangkan masa ni.

"Baik ayah..."Delia hanya mengangguk kepala, akur dengan kata-kata ayahnya itu. Dia dah terbiasa dengan semua ni, sebab tu tak ada apa yang perlu di balahkan.

Benda sejak azali lagi dia kena hadap. Nak marah tak guna, nak salahkan siapa pun tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience