Part 11

Fantasy Series 5989

*TMI, to much information....*

Master Karina kemas meja dari buku teks serta kertas kulit yang mengandungi esei tugasan pelajarnya dengan senyuman di bibir. Berasa puas hati kerana kelasnya berlangsung dengan baik. Tugasan di hantar serta pelajar lewatnya Berjaya hadirkan diri ke kelas paginya hari ni. Untuk itu dia ada sedikit kisah yang mahu di kongsikan.

"Sebelum saya keluar...kamu nak dengar cerita menarik tak?"Master Karina gerak untuk duduk di depan meja kerja menghadap para pelajar dia.

Mereka semua yang baru sahaja hendak rehatkan diri, letak kepala atas meja dan berborak itu pun terpaksa batalkan niat masing-masing. Tak nak bersikap kurang ajar, kepala mereka hanya diangguk perlahan.

"Cerita tentang apa Master?"soal pelajar perempuan di meja belakang.

Mata Master Karina gerak mengerling sekitar kelas itu dengan senyuman penuh muslihat dia. "Dulu. Masa saya seusia kamu...saya turut belajar di akademi seperti ini...tapi lain sikit...dari suasana di sini. Di akademi itu, master saya pernah menceritakan kepada saya tentang kisah The Knight, kesatria yang dilahirkan untuk menjadi pasangan kepada Huntress yang terpilih."beritahu dia dengan nada mahu menarik perhatian pelajarnya di situ.

Elok dari niat tak berminat nak ambil tahu, semua yang ada di situ mula duduk tegak dan berikan perhatian kepada master mereka.

"Apa Knight tu?"soal seorang pelajar lelaki yang duduk di sebelah jendela pula.

"Kalau kamu nak tahu apa itu Knight, ialah seseorang yang boleh dengar, rasa, alami perkara yang sama apa yang Huntress rasai. Kalau pasangan mereka sakit, mereka akan rasa sakit. Kalau pasangan mereka itu sedih, mereka akan dengar dan turut berasa sedih. Kenapa?Sebab mereka telah ditakdirkan sejak azali lagi untuk bersama dengan seseorang yang dikatakan mempunyai kuasa yang dapat menjadikan seorang Knight itu berkuasa dan lebih kuat di bandingkan ahli magika biasa."beritahu Master Karina sewaktu lirik ke pelajar lelakinya yang ada di dalam kelas tu. "Mana tahu mungkin di kalangan kamu ada Knight yang tersembunyi."

"Huntress tu pulak apa?Orang ke?"

"Yup...Huntress itu adalah seorang wanita. Wanita yang mempunyai kuasa yang mana orang lain tak miliki. Sama ada kuasa dia berbahaya atau kuasa itu bahayakan dirinya sendiri. Oleh kerana kuasa mereka lebih luar biasa atau mempunyai pertalian darah dengan diraja, mereka akan ditakdirkan dengan Knight yang mana bakal menjadi pasangan serta pelindung mereka."jelas Master Kairan lagi yang kini terpandang Delia dekat meja depan sekali di situ.

"Macam mana nak tahu?"soal seorang pelajar lelaki yang duduk di belakang Delia pula. Jelas-jelas dari nada itu, pelajar lelaki itu kedengaran serius.

Master Karina alihkan perhatiannya dari Delia ke pelajar lelaki itu. "Hmm..Macam mana nak tahu siapa Huntress mereka?Knight yang terpilih akan di kurniakan satu keistimewaan yang mana tak ada orang lain boleh miliki iaitu mereka boleh dengar bunyi loceng seakan gemerincing dari seorang Huntress itu. Tapi kena ingat satu perkara ni, Mana-mana Knight boleh dengar bunyi gemerincing itu walaupun Huntress itu bukan pasangan sebenar mereka. Sebabnya selagi mereka tidak mengikat sebarang ikatan dengan Huntress sebenar mereka, mereka akan dengar, rasa serta tanggung semua yang Huntress lain rasakan."

Delia yang dengar telan air liur gemuruh bila dengar Master Karina dia ceritakan semua yang sepatutnya tak di ceritakan oleh sesiapa!

"Bila?"sampuk seorang lagi pelajar lelaki di belakang kelas.

Tersengih senang Master Kairan bila para pelajarnya berikan perhatian terhadap ceritanya ini. "Menurut kisah itu lagi, Knight hanya boleh menemui Huntress atau jodohnya mereka setelah berlakunya bulan penuh yang berlaku beberapa tahun sekali. Yang di gelar sebagai Blood Moon. Malam bulan penuh yang kelihatan merah penuh. Lepas malam itu berlaku, maka segala pintu yang terkunci milik Knight akan terbuka untuk Huntress mereka. Dan sejak dari situ, seorang Knight itu akan mengalami simtom seperti rasa perasaan yang tak sepatutnya mereka, dengar bunyi loceng, dengar suara bermain dalam fikiran mereka dan beberapa lagi situasi. Dan semua itu akan berhenti apabila Huntress tersebut Bersama dengan Knigjt yang ditetapkan untuknya."

DING!

DING!

DING!

Tidak semena pada masa itu la bunyi loceng tamat kelas berbunyi di seluruh kawasan akademi tersebut. Hal itu buatkan Master Karina tersentak lalu bangun dari meja itu untuk keluar dari situ memandangkan waktu kelasnya sudah berakhir. "Okay la sampai sini saja pertemuan kita. Pastikan kamu siapkan nota dan esei yang saya minta kamu selesaikannya."pesan dia sambil capai buku dan beg dari meja tersebut.

Dengan serentak semua pelajar di situ bangun hendak beri hormat terima kasih kepada Master Karina. Namun begitu ketua kelas itu terlebih dahulu bertanya satu soalan sebelum itu. "Master...bila kejadian Blood Moon itu akan berlangsung?"tanya pelajar perempuan berambut toncang dekat baris tepi sebelah dinding pintu bertanya.

Master Karina angkat kening tinggi. "Saya tak tahu...biasanya Huntress dan Knight yang terpilih saja tahu akan bila kejadian Blood Moon ini bakal berlaku."jawabnya dengan jujur. Dia tak tahu pulak tentang hal tu.Jadi tiada jawapan untuk soalan itu,

Lepas tu mereka pun ucap terima kasih kepada Master Karina dan tunggu untuk kelas seterusnya.

Bila mereka mula duduk di tempat masing-masing, air muka sesetengah pelajar dalam kelas tu berubah setelah mendengar cerita yang disampaikan oleh Master Karina sebentar tadi.

Delia terduduk dekat kerusi tu dengan muka letihnya. Ya...malam ni!Blood Moon tu akan berlangsung di tengah malam ni! Baru malam tadi dia struggle separuh mati tahan sakit. Malam ni kena tanggung lagi!Nak saja dia ubah nama malam purnama itu kepada Night of Hell. Mana taknya!Nak di bandingkan sakit di malam kebiasaannya, malam bulan purnama ini tiga kali ganda lebih sakit!Entah dia dapat harungi malam ni hidup-hidup atau tidak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience