Part 25

Fantasy Series 5989

*Perhitungan yang Sampai Ke Jalan Kesudahannya.*

Terhendap-hendap seperti pencuri, tiga orang bersahabat itu berdiri dekat sebelah dinding hendak nantikan sasaran mereka keluar dari Lorong tu. Tunggu masa yang sesuai je untuk mereka serang orang tu dan ditarik ke tempat persembunyian mereka.

"Dia dah keluar belum?"

"Belum.."

"Ahh..aku dah Nampak...itu dia.."

"Hah..cepat la kau orang tunggu apa lagi!"

Aila dan Maureen pun terus keluar dari tempat persembunyian mereka lalu berjalan pantas ke arah pelajar perempuan yang berjalan dengan langkah lesu itu. Dari arah belakang, dua orang itu pun terkam dan tekup mulut tu sebelum badan itu di heret dengan mereka ke belakang.

"Umph!"gelut Delia dengan terkejut sambil cuba lepaskan tangan yang ada di mulutnya.

"Shh..jangan bising!"arah Aila sewaktu berkerut muka nak Tarik Delia ke arah belakang bangunan tu.

Maureen dengan terpaksanya eratkan tekupan di mulut Delia ketika itu.

Donna yang sedia menunggu di tempat berkumpulan rahsianya itu sudah pun bersiap sedia hendak membelasah Delia semula. Kalau Budak lain tak boleh di belasah, dia akan belasah Delia. Biar padan muka perempuan half blood tak sedar diri tu nanti!

Sampai saja di belakang bangunan akademi tersebut, Delia di campak ke atas rumput dengan Aila dan Maureen. Setelah itu mereka bertiga kelilingan Delia seperti pemangsa yang bersedia hendak menyiat hidup-hidup mangsa mereka.

"Jumpa lagi kita ya!"sengih Donna seperti psiko baru keluar dari hospital psikatrik. "Nak lari mana lagi..urusan kita belum selesai kau tahu?"

Delia bangunkan dirinya dari situ, setelah dia berdiri punggung dan tangannya yang kotor di tepuk untuk hilangkan tanah serta pasir darinya. "Tak puas-puas lagi ke?"tanya dia sambil tu.

"kau yang mulakan semua ni kan?"aju Donna yang gerak mahu dekati Delia.

Kening Delia mencerlung tajam semasa mematai langkah Donna mahu mendekatinya.

"Aku buat apa yang aku patut buat bila ada menindas yang lemah. Dan sekarang kau nak balas dekat aku sebab aku kacau niat jahat kau tu?"soal Delia yang sikit pun tak berganjak dari situ. Dia tak takut. Cuma dia tak boleh nak handle Donna buat masa sekarang.

"Good kau faham!Kalau macam tu biar aku belasah kau je la...untuk ganti tempat dia orang.."beritahu Donna lagi.

Maureen dan Aila hanya berdiri di situ. Mereka perhatikan Delia dengan renungan kosong tak peduli mereka. "Jangan banyak cakap belasah je dia. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah." aju Maureen. Sementara Aila keluarkan ketawa mengejeknya.

"Aku beritahu kau Donna..berhenti sebelum ada yang cedera.."Delia beri renungan serius ke Donna.

"Kalau aku tak nak kau nak buat apa?"satu bilah cahaya yang tajam muncul di dari tangan Donna pada masa yang sama.

Delia mengetap giginya dengan erat. Dia tak nak gunakan kuasa dia!Tapi memandangkan Donna sendiri yang mintak, jangan salahkan dirinya pulak nanti. "Aku akan buat ni" beritahu dia dengan renungan mata yang bertukar dari warna coklat terang kepada merah merun.

Dengan tiba-tiba angin mula bertiup kuat di sekitar tempat mereka berdiri dan daun kering mulut berterbangan.

Air muka berlagak Donna berubah serta merta lepas dia lihat perubahan pada Delia. Rambut hitam itu berubah warna dari hitam kepada merah gelap yang semacam dan ukiran seakan tatu mula menjalar keluar dari balik pakaian lalu naik ke leher sebelum berhenti di tepi muka tu. Kuasa apa ni?

Aila dan Maureen sudah membutang mata mereka. Terlampau terkejut dengan apa yang sedang disaksikan oleh mereka ketika itu.

"Apa yang kau-"tak sempat Donna nak bersuara, tak semena kepalanya dongak memandang langit dan wajah itu terus merah padam apabila tubuhnya kekejangan seakan urat dalam badannya di tarik-tarik. "Ark-" Donna keluarkan bunyi seakan tercekik apabila dia mula rasakan seluruh badannya seperti di belit dengan kuat dari kepala hingga ke hujung kaki hingga buatkan dia kaku tak tak dapat bergerak.

Tanpa berkata apa-apa, Delia yang di kuasai oleh kuasanya sendiri pandang tak berkedip ke Donna lalu gerakkan tangan dia mahu patahkan tulang temulang milik Donna itu.

"ArgghH!!!"teriak Aila dan Maureen yang kemudiannya gerak hendak lari dari situ. Nak beritahu orang dan mintak tolong.

Namun belum sempat mereka berdua hendak berpaling, dengan serentak dua orang itu jatuh melutut dekat situ dan kejung menjadi patung tidak bergerak dengan mata terbeliak luas dan kepala dongak memandang ke langit dan mulut ternganga luas.

"Aku dah cakap bukan?"suara dalam yang menakutkan keluar dari mulut Delia sewaktu dia berkata. Matanya merahnya terarah ke Donna yang sudah mempamerkan renungan penuh terror ketika itu. "Kau patut mengalah sementara aku mengalah."sambungnya lagi. Hanya satu gengaman saja ketiga-tiga orang di depannya akan mati. "Macam mana?Suka rasa sakit ni?"

Donna yang tak dapat nak berkata-kata itu hanya dapat dengar degupan jantungnya yang sedang kencang mengepam darah hendak berikan udara ke otaknya ketika itu. Sungguh!Dia tak boleh bernafas sama sekali.

Tangan Delia yang terangkat ke arah mereka bertiga ketika itu bergerak perlahan-lahan seakan mahu memulas sesuatu. Tindakan itu buatkan urat di leher serta tangan Aila, Maureen dan Donna timbul dengan banyak apabila tubuh mereka itu hendak dipulas dari dalam.

"Delia cukup."arah satu suara mendatar dengan tiba tiba.

Seseorang muncul dari tepi dinding di situ lalu berdiri dekat belakang Aila dan Maureen yang melutut.

Serta merta perhatian Delia terarah pada lelaki yang berdiri dengan tangan di dalam poket seluar. Air muka tenang tidak terkutik dengan apa yang dilihat jelas-jelas beritahu yang lelaki tu sedia maklum akan kuasa Delia itu.

"Lepaskan mereka...mereka dah dapat pengajaran yang sepatutnya."beritahu Sage lagi yang ketika itu melirik ke arah Donna.

Delia tidak berhenti, malah dia dengan sengih jahatnya lentokkan kepala sedikit lalu pandang ke Sage. "Kenapa aku kena berhenti? Perempuan ni layak mati sebab asyik hantui ketenteraman aku dekat sini?Kau nak join sekali?"kata.

Sage lepaskan keluhan letih sebelum bersuara, "Donna...dia..Huntress aku. Berhenti sakiti dia..sebab kau tengah sakiti aku sekarang.." ngakunya dengan perlahan sebab tengah tahan sakit untuk apa yang Donna sedang tanggung sekarang ni.

Masih tak puas hati, Delia kerling ke Donna sebelum berdecit tak suka. "Untung kau ada yang selamatkan. Lain kali kalau kau tunjuk perangai tak guna kau dekat depan aku, there is no next time for you."pesannya.

"Lepaskan dia sekarang."arah Sage lagi.

Bersama perasaan menggerutunya, Delia pun turunkan tangan dan lepaskan ketiga-tiga mereka di situ.

Dengan serentak tiga sekawan itu jatuh rebah atas rumput sambil mengerengkot menahan sakit dan terbatuk-batuk hendak bernafas.

Sage gerak dapatkan Donna tanpa berlengah.

Sementara Delia tenangkan diri dan kembalikan keadaan dirinya kepada yang normal. Rambut dan matanya bertukar kepada warna asal dan tatu tadi sudahpun lenyap dari muka dan lehernya.

"Kau tak apa-apa?"tanya Sage sambil bangunkan Donna dari situ.

Teresak-esak sedih, Donna pandang ke Delia dengan takut sebelum gerak ke Sage hendak dapatkan comfort. "Bawa saya pergi dari sini.." minta dia sewaktu peluk sekeliling leher Sage.

Tanpa berkata apa-apa, Sage angguk kepala lantas mendukung Donna bangun dari situ.

Aila dan Maureen masing-masing saling membantu antara satu sama lain untuk bangun dari situ lantas cepat-cepat ekori langkah Sage dari belakang. Tak nak tinggal sendirian dengan Delia. Kali ni mereka serik. Mereka takkan masuk campur urusan Donna dengan Delia lagi, Tak kira la Donna ugut mereka atau tidak selepas ini. Apa mereka tahu, mereka tak nak mati dek kuasa menakutkan Delia lagi.

Delia ternampak layanan Sage terhadap Donna. Dia perhatikan betapa prihatinya cara lelaki tu layan Donna lepas. Fikiran Delia terus teringat kepada Caesar. Teringat kata-kata kasar yang di lemparkan oleh Caesar kepadanya tempoh hari!

Betapa tenangnya Sage kendalikan situasi untuk Donna. Baik buruk Donna, Sage tak persoalkan pun! Sementara dia?Waktu susah Caesar sekali pun tak pernah nak datang membantu!Dasar lelaki tak guna!Kesatria my ass! Tunggu je la apa dia akan buat nanti!Akan dia buat lelaki tu rasa apa yang dia rasakan nanti!

Bila masanya tiba dan Caesar merayu pada dia, takkan dia hiraukan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience