Part 58

Fantasy Series 5989

*Kuasa Tersembunyi*

10 tahun yang lalu.

"Ibu?Tanda apa yang ada dekat tengah Lia ni?"tanya dia yang muncul di dapur dengan tuala berbalut di badan sebab baru sahaja selesai mandi. dia berdiri di sebelah ibunya yang sedang mengadun sesuatu dalam mangkuk.

"Tanda apa?"ibunya tunduk memandang dia yang berusia 9 tahun ketika ini. Masih kecil dan tak tahu apa-apa.

"Ini benda yang menjalar dekat badan dan dada Lia...ianya penyakit ke?Ianya berbahaya ke?Ianya berjangkit ke?Ianya buat Lia hodoh ke?"tanya dia satu persatu dengan perasaan takut dan ingin tahu pada masa yang sama. Dua hari lepas tak ada pulak. Entah kenapa tiba-tiba benda ni muncul lepas dia kena demam panas dua hari lepas.

Ibu dia kemudiannya bercakung di depannya lalu tersenyum sewaktu mengusap rambut yang basah baru disyampu tadi. "Tak ada la...ianya hanya tanda lahir kamu saja. Tiada apa-apa yang kamu perlu risaukan.."

"Apa ibu cakap ni...tanda lahir macam apa ni."sungutnya lagi. Nanti kalau kawan-kawan dia Nampak tak ke dia di ketawakan.

"Hahaha...kamu tahu..tanda lahir ini akan berikan kamu kuasa istimewa bila kamu dewasa nanti..jadi jangan la risau sangat. Ianya juga sebagai tanda kelahiran diraja kamu juga.."ibunya berdiri semula sebelum sambung semula pekerjaannya.

Dia yang menggerutu jengkel sebab tak faham hentak kaki di situ. "Hilangkannya!"arah dia.

"Ianya akan hilang lepas kamu gunakan kuasa tu. Buat masa sekarang kamu harus bertabah untuk memilikinya. Sudah pergi masuk bilik..kenakan pakaian tu...demam semula kamu nanti."

End of flashback

"Apa yang berlaku dekat belakang tadi tu?"

"Delia?Kau yang gerakkan pokok-pokok tu?"

"What the hell!Aku hampir pijak tau tak.."

"Kalau ya beritahu la!"

Delia yang masih berlari ketika itu sama sekali tak pedulikan akan bebelan mereka dekat belakang sebab fikirannya sedang ligat berfikir. Kalau hal ni ketahuan dengan Dark Orc, raja kegelapan tu pasti akan hantar orang suruhannya untuk hapuskan mereka di sini.

"Caesar...dekat mana Kubu Rahsia tu?Kita kena cepat!Sebelum mereka yang lain datang dapatkan kita.."tanya Delia sambil berlari merentasi semak dan pokok yang ada di laluannya ini.

Sage, Luca dan Caesar yang ketika itu lari sama di sekeliling Delia ikut tidak berhenti.

"Tak jauh lagi...ada dekat depan ni je...masalahnya sekarang kita kena tembusi kawalan dia orang...troll tadi hanya pembuka selera je...yang ini maid dish."beritahu Sage.

Mata Delia terbutang luas lepas dengar, Dia berlari sehingga la mereka berhenti di depan sebuah tembok yang di perbuat dari batang kayu setinggi 8 kaki tingginya. Bersama nafas naik turunya, Delia palingkan kepala ke arah knight yang ada di situ. "Siapa dekat sini ada kuasa ais?"tanya dia.

"Saya!"angkat dua knight yang ada di situ.

Caesar pegang lengan Delia lalu hadapkan badan tu memandangnya. "Apa kau cuba buat ni?"

"Ini saja cara untuk kita lepasi mereka semua dan pendekkan masa. Kita tak ada banyak masa yang hendak di buangkan lagi. Sekarang atau nanti, orang suruhan Dark Orc akan ke sini.." beritahu Delia dengan cemas dan nafas naik turun kepenatan sebab berlari terlalu banyak.

Kening Caesar mencerlung tajam sebab risau sebab dia tengah dengar apa yang kepala Delia sedang fikirkan. Rancangan Delia ialah pecahkan tembok di sini dengan ais. Lalu Delia akan gunakan kuasa sihirnya yang mana akan jadikan apa saja yang berada di laluan batu. Namun kuasa ini amat memakan tenaga yang banyak. Paling parahnya, kalau Delia tak dapat kawal, ianya akan ubah Delia jadi batu jugak.

"Aku tak izinkan kau lakukannya."tegah Caesar yang mengeratkan cengkaman di lengan Delia. "Biar aku yang uruskan dia. Kau larikan diri terus ke Kubu Rahsia tu. Ianya tak sukar untuk di temui. Ianya ada dua buah patung besar dengan depan pintu masuk. Dan di dalam kubu tu ada sebuah dewan luas yang kosong. Di tengah dewan tu ada satu bulatan. Bulatan tu adalah teras dan kunci untuk bangunkan tentera Aragorn. Kau gunakan kuasa lima elemen tu pada setiap bulatan yang ada di situ. Dan semuanya akan selesai."jelasnya dengan tegas.

Delia menggeleng kepala. "Tak...awak kena ikut saya. Saya tak boleh lakukannya sendiri. Sebab itu biar saya uruskan semua ni serta merta dan kita dapat pergi Bersama."dada tu di tepuknya. "Percayakan saya okay?"

Ketika Delia dan Caesar sedang berbincang, ketika itu Sage dan Luca yang sedang melihat-lihat sekeliling dan belakang mereka ternampak sesuatu yang buatkan jantung mereka drop ke perut mereka serta merta. Dengan mata terbutang luas, Sage pun bersuara.

"Kau orang...aku bukan nak kacau kau orang berdua berbincang, tapi rasanya kau kena settle kan cepat-cepat sebab kita dapat kunjungan tetamu lain.."maklum Sage sewaktu melihat empat ekor warg yang di tunggang empat goblin di atas badan sedang jalan merangkak mendekati mereka yang terperangkap di antara tembok batu di situ.

Berpaling laju Delia dan Caesar ke kawasan hutan itu semula lalu Nampak perkara yang sama.

"Seriously?Lagi?"sungut Gibson dengan muka penatnya.

Lima dari mereka di situ terus buka langkah dan hunuskan pedang mereka. "Kau orang buat apa yang patut..kita orang akan lengahkan dia orang!"sebelum serang empat goblin yang menunggang haiwan seakan hyena tetapi bersaiz beruang itu.

Melihatkan keadaan di situ mula kelam kabut dan sibuk, Delia panggil dua knight yang mempunyai kuasa ais supaya mendekat. "Bekukan tembok kayu ni senipis yang boleh sehingga hancur...lepas tu saya nak awak semua naik atas pokok setinggi yang boleh."beritahu dia dengan lantang hendak saingi bunyi bising haiwan mengaum dan desing pedang dan senjata Orc saling bergesel di belakangnya.

Caesar mengetap gigi. "Delia..."

Delia pun berpaling. Dia pandang wajah Caesar dengan kening berkerut sebelum tekap tepi pipi tu dengan kasih. "Ingat..ini peperangan yang akan tentukan hidup mati kita semua..sama ada awak ikut saya atau tinggalkan saya...ianya takkan bawa perbezaan...jadi pilih. Saya atau peperangan ni."

Tangan Caesar naik memegang tangan Delia Bersama dada yang sebu kerana terkilan. Kalau ini keputusan Delia. Dia takkan ada kuasa untuk menidakkannya. "Peperangan ni.."jawabnya.

Tersenyum Delia selepas itu. "Good..sekarang percayakan kepada saya."mintanya.

Mahu tak mahu Caesar pun menganggukkan kepalanya. Kalau Delia mati, dia pun akan ikut mati Bersama. Jadi tiada apa-apa yang dia boleh lakukan lagi selain jayakan misi ini sebaik mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience